Aktiviti malam tadi aku ke Wakaf Che Yeh. Aku rasa semua orang tahu Pasar Wakaf Che Yeh. Sebab ni merupakan satu tarikan pelancong kepada mereka yang datang ke Kota Bharu. Kalau datang ke Kota Bharu tak singgah ke tempat ni memang tak cukup syarat la kiranya. Aku ke Wakaf Che Yeh bukan apa, saja nak jalan-jalan tengok suasana persiapan raya. Lagipun aku ni jenis tak suka sangat nak berada kat tempat ramai orang, sebab tu aku jarang ke Wakaf Che Yeh.
Kat Wakaf Che Yeh ni macam-macam boleh cari. Baju ke, seluar ke macam lagi la yang boleh dapat kat Wakaf Che Yeh ni. Memang banyak. Harga pun berpatutan. Kalau pandai tawar menawar, lagi untung. Boleh dapat murah. Aku sampai kat sana tak tahu nak beli apa. Jadi aku berjalan-jalan je. Lagipun tahun ni aku tak bercadang pun nak tukar baju Melayu. Macam yang dah tersenarai dalam checklist aku tu. So, aku jalan-jalan tengok orang shopping je la.
Aku tertarik dengan satu gerai ni. Di jaga oleh 2 orang budak. Umur baru dalam lingkungan 6 tahun ke 8 tahun. Cuba korang tengok apa dia jual.
Time aku jumpa budak ni dia tengah modified mercun. Tak tahu la nak buat mercun macam mana. Tapi lagi hebat la katanya. Pengalaman main mercun tak tanya la pulak. Tapi pernah la tahun lepas terbakar jari. Cuma tak putus je lagi. Memang ganas habis la budak ni. Dia offer aku mercun yang bulat-bulat dalam gambar tu. RM 25 sekotak. Mak aih. Memang besar kot. Port budak memang best giler. Cuba korang bayangkan diorang jual duduk bawah bakul yang letak kain-kain tu. Tapi depan kedai bapak sedara dia la. Budak ni memang betul-betul business minded. Memang pandai sangat tarik pelanggan sampai aku pun terbeli bunga api kat dia. Hehehe.
Walaupun dah masuk pukul 1.30 pagi. Masih ramai lagi orang berpusu-pusu datang ke Wakaf Che Yeh ni. Mana taknya. Banyak pilihan kat sini. Tapi time-time raya macam ni je la ramai orang sampai 3-4 pagi. Musim-musim lain tak la ramai macam ni. Jadi kepada sesiapa yang berkunjung ke Kelantan tu jangan lupa la singgah kat sini. Seronok dan murah-murah. Kalau kat KL tu lebih kurang macam Jalan TAR kot. Tapi harga tak boleh lawan la dengan harga kat sini. Hehehe. Promote ni. =)


12 comments:
ko patut nasihat budak tu
hohohoh
gila apa men modified2 mercun
boleh jadi ahli sains nuklear tu
ohohoh
sungguh hidup betul suasana tengah malam kan
Iklan TV3 Dikecam Hebat
tal terpergi lagi
tgu la kot nanti2 wlpon dekat je
jauhnye nk g beli.. huhuhu..
@ery farieha
dah nasihat dah...
budak tu brutal sangat...hahaha
untung la...
nanti kalau Malaysia ade nuklear kan?...
dah ade pakar nuklear macam bdk tu...hehehe
@sharinginfoz
betul2...
happening je malam-malam...
nak shopping malam-malam ni sejuk sket...
betul tak?
=)
@joegrimjow
last minute shopping jugak ke nie?...
hehehe
@sweet ladybird
kalau datang Kota Bharu boleh la singgah...
seronok jugak tengok ragam orang kat sini taw..
harga pun memang murah-murah...
=)
kalau balik raya aku mmg datang sini beli bedil ngn sotong gelek je ... yang lain tengok perangai manusia kat sana .. wkakakaa
mmg best pon. suke beli tudung murah2 cantek2 byk choices~ phew~ len kali nk g, gtau lah ! blh join same haha
@bella
sotong gelek dengan bedil ye?...
hahaha...
memang best...
tpi port yang aku beli bedil tu memang underground sangat...
bawah bakul kain...
hahaha
@Ratu Syahadah
memang banyak barang kan..
cuma tak tahu nak beli ape dah..
nak join sekali?...
no problem...halo2 je...
hehehehehe
Post a Comment