July 31, 2010

Lamborghini dan Koenigsegg pun kena clamped di Kota London

Undang-undang tidak mengenal pangkat atau darjat...Tu yang berlaku bila pemilik baru Harrods yang bernilai 1.5 billion pound telah di"clamped" pada kereta mereka...Kereta yang kena clamp pulak bukan sebarangan kereta...Kereta Lamborghini Murcielago LP670-4 SuperVeloce yang bernilai 350,000 pound and juga Koenigsegg CCXR yang hanya 6 buah dalamdunia bernilai 1.2 juta pound.


Pemilik kenderaan ni dikehendaki membayar 70 pound untuk release fee...Lepas tu sebanyak 40 pound hingga 120 pound untuk denda...Kalau dibandingkan dengan nilai kereta tu teramatlah kecil...Nasib baik tayar kereta tak rosak semasa di clamped...maklumlah tayar kereta Koenigsegg yang dibuat daripada carbon-magnesium tu bernilai 3,000 pound setiap satu...


Kekayaan keluaarga diraja Al-Thani dianggarkan sehingga 2.4 billion pound seperti apabila digabungkan sedozen kekayaan busineesman yang lain...


July 30, 2010

Ikan Pari Terbang di udara

Kebiasaannya kita tengok ikan Pari hanya berada di bawah air...Kali ni kita tengok pula percubaan ikan pari untuk terbang...Ikan pari ni dah berjaya terbang 3 meter dari paras air laut sebelum jatuh balik ke dalam laut...Gambar ni telah dirakamkan oleh jurugambar Roland dan Julia Seitre di Costa Rica, Amerika Tengah...Ikan pari ni dipercayai boleh membesar sehingga 25 kaki (across) dan berat sehingga 5,100 lb.

Seekor ikan pari yang mengibas-ngibas seperti burung yang terbang...

Dua ekor ikan pari melakukan sommersault sebelum jatuh ke dalam air

Awas perogol zaman kini...

Perhatian !!!

Kalau tengok tiap-tiap hari mesti ada kes-kes rogol...Jadi ni dah biasa memenuhi dada akhbar...Boleh kata tiap-tiap hari...Kalau baca dalam Harian Metro tajuk-tajuk macam ni selalunya digunakan untuk menarik minat permbaca...Jadi korang tahu tak...Perogol sekarang kena berhati-hati...Sebab apa?...


Jadi perempuan zaman sekarang...Anda ada penyelamat...Siapakah dia?...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Ini cuma gurauan semata-mata..Di harap tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak....

Kapal Selam yang berjaya mengalahkan Scorpene milik TLDM...Betul ke?...

Negara kita telah membelanjakan sebanyak berjuta-juta ringgit untuk membeli dua buah kapal selam jenis Scorpene...Namun dengan kekreatifan seorang lelaki dari negara China...Lelaki yang lebih dikenali sebagai Tao Xiangli, 34 telah berjaya mencipta sebuah kapal selam yang dibuat daripada tong-tong minyak dan alat-alat yang dibeli daripada kedai barangan terpakai...

Beliau telah mengambil masa untuk menyiapkan kapal selam ni dan siap sepenuhnya pada 3 September 2009...Kapal selam ni dianggarkan bernilai 30,000 yuan atau ($ 4,385)...




Untuk gambaran lebih jelas...Cuba korang tengok video kat bawah ni...


July 29, 2010

Siapa Taek Jho Low yang bersama Paris Hilton?

Aku pernah terbitkan satu entry yang berkaitan dengan Jutawan Malaysia Taek Jho Low yang bersama-sama dengan Paris Hilton...Klik SINI..Mesti korang tertanya-tanya siapa Taek Jho Low ni...Sebab sebelum ni nama dia tak pernah pun keluar kat mana-mana tv...dan aku pun tak pernah tahu siapa dia ni...So..ni info serba sedikit tentang jutawan misteri Taek Jho Low ni...




Antara bukti kekayaan beliau:


  • Beliau pernah membeli sebuah Pent House di Central Park West pada awal tahun ni dengan nilai hampir RM 110 juta.Pembelian termahal untuk satu unit kediaman di New York.
  • Pernah membelanjakan sebanyak RM 500,000 satu malam di sebuah kelab malam yang dikenali sebagai Avenue pada September lalu.
  • Pernah membelanjakan RM 160,000 hingga RM 200,000 secara berulang kali di kelab malam Pink Elephant di New York.
  • Jho Low pernah membeli 23 botol champagne Cristal yang setiap satunya bernilai RM 3,000 ketika majlis hari jadi Lindsay Lohan di Kelab 10AK.
  • Membuat parti besar-besaran selama empat hari di hotel mewah Ceasar's Palace di Las Vegas untuk hari jadinya yang ke-28 tahun lalu.
  • Megan Fox telah diterbangkan khas untuk majlis hari jadinya untuk menemaninya.
  • Ketika sambutan hari jadi beliau, kolam renang di Ceasar's Palace dikelilingi dengan harimau dan singa yang diletakkan dalam sangkar khas beserta wanita-wanita dalam bikini.
  • Jho Low juga membeli sebanyak 120 botol champagne cristal (bernilai RM 3,000 setiap satu)
  • Sebelum ni, Jho Low menyewa sebuah kondominum dengan harga RM 320,000 sebulan di Park Imperial.
  • Bodyguard beliau seramai 12 orang setiap kali keluar rumah.
Jho Low ni sebenarnya merupakan seorang ejen persendirian bagi membawa masuk pelaburan dari Timur Tengah ke negara ini.
Dia ni bergerak secara persendirian...Sebab tu ramai yang tak kenal dia ni siapa...

Dia ni jugak memiliki hubungan yang baik dengan Putera Raja Kerajaan Kuwait, Hamad Alwazzan...

Kekayaannya tu datang daripada hasil komisen pelaburan yang ditarik dari Timur Tengah ke negara ini...

Sambutan Hari Pahlawan...Ada Aku Kisah?...

Berapa ramai diantara kita yang tahu bila Hari Pahlawan disambut?...Kebiasaannya kalau Hari Kemerdekaan negara kita kenal sebab kita selalu menyambutnya...Tetapi kalau Hari Pahlawan yang disambut pasa 31 Julai setiap tahun aku rasa tak ramai yang tahu bila tarikh sebenar sambutannya...Aku suka tengok cerita-cerita perang macam Leftenan Adnan...ataupun Bukit Kepong yang dahulunya memberi satu impak dalam diri aku tentang perjuangan Pahlawan-pahlawan kita yang memperjuangkan kemerdekaan kita pada masa itu...Tapi pernah tak generasi zaman sekarang sedar akan hal itu?...


Kebiasaanya kalau Sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan konsert-konsert atau nyanyian...Jarang pula kita dengar akan sambutan mengenang jasa-jasa pahlawan kita zaman sebelum kemerdekaan...Kalau ada pun akan dihadiri oleh mereka-mereka yang sudah berumur...Remaja atau pun perintis zaman akan datang...Tak nampak pun di majlis-majlis...


Tapi bila tengok dekat konsert-konsert...Ramai yang  berhibur tanpa memikirkan batasan pergaulan..Tu yang kita nampak pada zaman sekarang...


Cuba kita bayangkan kalau kita berada di zaman penjajahan seperti dulu..Agak-agak korang banyak tak kes-kes buang bayi?...Banyak tak kes-kes rogol?...Aku rasa semua benda tu takkan berlaku...Sebab kita susah...Sekarang kita senang...Semau yang kita nak...kita dapat...Tapi tak sama seperti mereka pada zaman dahulu...Jadi mereka-mereka yang bergelar pahlawan ni la yang memberikan kesenangan pada kita...Tapi kita ada ingat tak kat semua tu?...

Lensa Buruk, The Contest


Tajuk Foto: Dalam Kesamaan Pasti Ada Kelainan
Model Telefon Bimbit: SE K800i (3.2 mp)
Slogan:

Saya suka blog Lensa Buruk kerana memberi satu pengalaman dalam bidang fotografi...Setiap gambar memberi jutaan makna dan itu telah ditunjukkan dalam blog Lensa Buruk...Kualiti gambar yang tidak semestinya bergantung kepada kamera yang diambil....dan Lensa Buruk membuktikan yang kamera telefon bimbit pun boleh menghasilkan satu gambar yang menarik...All the best to Lensa Buruk...

Sekarang aku nak jemput 5 rakan-rakan blog aku untuk sertai contest ini...Tag untuk anda...




Berikut adalah syarat-syarat penyertaan "Lensa Buruk, The Contest " :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Tidak mengira umur.

2. Hendaklah 
mempunyai blog sendiri bagi memudahkan Ti Anne Mohd Yassin untuk menerjah anda.

3. Perkara wajib adalah menjadi 
FOLLOWER Lensa Buruk. Bukan Follower tidak akan dilayan.

4. Letakkan 
banner di atas di side bar blog korang dan pastikan ia terlink terus kehttp://annemohdyassin.blogspot.com

5. Tema bagi foto pilihan anda adalah 
bebas, samada mengenai Landskap ataupun Potrait.

6. Hanya 
satu foto sahaja layak dipertandingkan. Foto hitam putih layak dipertandingkan. Foto yang di edit secara melampau tidak akan di layan. Ini pertandingan tangkap gambo ye, bukan pertandingan graphic design. =P

7. Pastikan anda menggunakan kamera telefon bimbit 
di bawah 10 mega pixel dan 2 mega pixel 1.3 megapixel ke atas semata-mata bagi memudahkan penilaian. Kamera digital lain adalah dilarang sama sekali.

8. Pastikan tajuk entri anda ialah, "LENSA BURUK, THE CONTEST" . Sertakan Tajuk foto anda, Model telefon bimbit dan lengkapkan slogan di bawah foto yang anda pertandingkan mengikut format berikut :


Tajuk foto : Si Kunang-kunang Malam ( contoh)Model Telefon Bimbit : Nokia N96 ( contoh )
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana .......

-Kemudian Tagkan kepada 5 orang rakan anda yang berbakat-

9. Sila laporkan terus di ruangan komen entri ini, bersertakan URL entri di blog anda, sekiranya anda telah mengikuti semua langkah-langkah di atas.

10. Ti Anne akan menerjah blog anda dan akan updates kan setiap penyertaan di dalam entri ini. :) Sehinggalah tarikh tutup penyertaan pada
 1 Ogos 2010. :)

Hadiah bagi Pemenang bertuah : RM30. 00 akan di bank in kan trus ke akaun anda

July 28, 2010

Iklan Nuffnang muncul di tengah malam

Iklan Nuffnang dekat blog aku selalunya muncul apabila mencapai tengah malam...Sebab ape ye?...Tu yang di konfiuskan...Mungkin juga sebab traffic aku tak tinggi sebab aku maintainkan 100 visitors ke atas je...Tak sampai beribu-ribu pun...Biasanya kalau otai bloggers yang mempunyai traffic yang tinggi setiap hari mesti la iklan Nuffnang dok bertenggek je kat blog diorang...Jadi blog aku masih lagi tak mencapai traffic yang tinggi...Sebab tu kot iklan-iklan Nuffnang aku selalunya muncul ketika tengah-tengah malam...




Korang tengok je kat aku punya page...Bila time dah lepas pukul 12...secara tak langsung semua tempat yang aku embedkan kat blog aku  muncul...Tapi selepas je pukul 12 tengah hari mesti takde la iklan aku nak muncul terus-menerus...tu yang aku hairankan...

so...kepada anda-anda dan kamu-kamu yang telah lama berada dalam dunia blog ni...dan bergiat aktif dengan Nuffnang ni...boleh tak korang explainkan sikit pasal benda ni...

[Gambar] Paris Hilton bersama Jutawan Malaysia

Jutawan Malaysia sanggup berhabisan duit sebanyak jutaan ringgit semata-mata untuk bersama dengan Paris Hilton...Taek Jho Low dikatakan telah menghabiskan duit sebanyak 2 juta USD sehari-sehari semata-mata untuk bersama  dengan Paris Hilton...Beliau dikatakan seorang jutawan hartanah dikatakan sedang hangat bercinta dengan Paris Hilton...Dia juga dikatakan pernah membelanjakan 2 juta USD tu semata-mata untuk minuman keras termahal Paris Hilton bersama rakan-rakannya di Les Caves du Roy nightclub...Jom kita tengok gambar Paris Hilton bersama dengan jutawan hartanah dari Malaysia taek Jho Low..










p/s: Semakin hari...Rakyat Malaysia semakin hebat...Betul ke?...


Apa kata anda tentang gambar ini?


Apa nak dikatakan tentang gambar ni?...
Gambar ni aku ambik semalam...time kau pergi ke Kuala Terengganu...
Gambar ni tak berapa nak clear sebab aku ambik dalam kereta...
Apa kata anda?...

Page terbaru di blog aku

Page terbaru dalam blog aku....apa yang aku cuba isi dalam page ni ialah gambar-gambar yang aku ambik...Ini adalah untuk aku belajar dan dapatkan komen dari korang semua tentang gambar yang aku ambik...Aku nak dapatkan komen dari korang semua supaya aku dapat tingkatkan skills aku untuk mengambil gambar...Jadi korang jangan lupa klik links photography tu ye...


Satu lagi page terbaru aku ialah pasal links exchange...sebelum ni aku pun ada letak links exchange dekat homepage aku...tapi nampak tak praktikal sebab ramai sangat yang dah letak links...Jadi aku buat satu page khas untuk exchange links...Jadi kepada pelawat-pelawat dan pembaca blog aku boleh letakkan links anda semua di page links exchange...sebab kat sini memudahkan aku untuk membuat lawatan ke blog korang...


Lastly, korang jangan lupa klik links ads aku yer !...Thanks everyone....

July 27, 2010

Kehebatan Perubatan Zaman Ini

Ni lah dikatakan kehebatan teknologi masa kini...

wajah asal Oscar sebelum pembedahan akibat kemalangan ketika memburu

Kehebatan doktor yang berjaya membuat satu pembedahan kepada seorang petani yang telah hilang hampir separuh mukanya dalam  kemalangan memburu lima tahun dulu...Pembedahan yang meliputi seluruh anggota muka termasuk otot muka, kelopaak mata, hidung, bibir, rahang, gigi dan juga tulang pipi...

Pembedahan  transplant ni telah dilakukan di Vall d'Hebron hospital, Barcelona...Lelaki yang dikenali sebagai Oscar akhirnya berjaya duduk dan bercakap...minum dan makan makanan yang lembut...

Muka Oscar selepas satu pembedahan yang menakjubkan

Dr. Joan Pere Barret menunjukkan x-ray Oscar yang berkaitan dengan pembedahan beliau

July 26, 2010

Nuffnang atau Advertlets?

Kalau korang selalu singgah di blog ni tentu korang perasan sebab apa sekarang aku letakkan iklan daripada Advertlets...adakah aku sudah tidak setia lagi kepada Nuffnang?...tidak puas hati ke?...Semua tu bukan la sebabnya aku bertukar daripada Nuffnang kepada Advertlets...Aku cuma ingin mencuba pengiklanan daripada Advertlets pula...



Secara tak langsung...status Gliteratti aku dekat Nuffnang pun hilang...Tapi apa salah nya kalau aku mencuba sesuatu yang baru...masuk hari ni aku dah menuba iklan daripada Advertlets ni selama 4 hari...walaupun pendapatan yang aku dapat tak sampai pun RM 1...tapi dalam masa 4 hari aku dah kumpul lebih 50 sen...




Nuffnang kebiasaannya mengupdate earnings kita dalam masa 2 minggu...Jika dibandingkan dengan Advertlets earnings kita akan di update setiap hari...Walau bagaimanapun ni kedua-dua syarikat pengiklanan ni masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing...terpulang kepada kita untuk menilainya...

Jadi pada hati korang semua apa yang lebih bertakhta di hati?...Lagipun aku baru mencuba Advertlets...masih banyak yang perlu aku pelajari...

Menjana traffik yang tinggi

Trafik tinggi?...


Ni isu yang selalu ditimbulkan oleh bloggers sebab bila traffik dah tinggi ramai yang berkunjung ke blog...Secara tak langsung nanti mesti ramai yang tolong klik ads...Tapi dari mana datangnya  traffik yang tinggi?...Tu yang menjadi persoalan kepada mereka-mereka yang bergelar bloggers...Mereka pasti ingin mencapai traffik yang tinggi mungkin seratus dan keatas...Tu yang ramai diantara bloggers inginkan...

Aku kagum bila tengok blogger otai macam Ben Ashaari...sekali tu aku masuk blog brader ni users online yang tengah tengok atau melawat blog brader Ben ni "43 users Online"...cuba korang bayangkan...ramai tu...Tak lagi kita ambik kira blog abang nara...yang popular dengan blog gosip artisnya...memang ramai...pernah sekali tu beliau dapat traffic sejuta dalam sebulan...memang hebat...

Tapi semua bergantung pada kita...Aku tak pernah la dapat traffik yang tinggi macam ramai diantara bloggers dalam dunia bloggers ni...Aku cuma maintain seratus orang dan keatas....Pernah jugak aku dapat sampai 300 visitors dalam sehari...tapi tu bila aku buat blogwalking seharian...jadi kat sini kita kena berusaha sikit untuk dapat traffik...Macam yang brader Ben cakap...kita kena popularkan blog kita...Jadi visitors akan selalu datang ke blog kita...

Contohnya macam blog mari bina blog...satu blog yang berkenaan tentang cara-cara membuat blog...sudah tentu kepada mereka-mereka yang masih baru dalam dunia blogging mesti ramai yang singgah kat blog tu untuk mendapatkan tutorial...Jadi dah jadi trademark yang blog tu memberikan tutorial kepada blogger tentang cara buat blog...

Kat sini kita perlu ada trademark tersendiri untuk mencari visitors...Tu pendapat aku..Korang pulak macamana?...

July 25, 2010

Artis disahkan positif dadah

Seorang pelawak dan pelakon yang dikenali ramai kini ditahan plis kerana disyaki terlibat dengan dadah...Yassin Yahya, 32 yang lebih dikenali ketika bersama kumpulan Senario ditahan dalam satu serbuan pada pukul 1 pagi awal pagi Ahad di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid...


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah melakukan ujian air kencing kepada 30 orag yang berada di dalam pusat hiburan tersebut.

Tiga lelaki termasuk Yassin telah didapati positif dadah selepas ujian air kencing tersebut dijalankan.Ujian tersebut juga mendapati dadah jenis ganja telah diambil oleh Yasiin manakala 2 yang lain iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.


SUMBER

Kemalangan Pesawat bernilai 30 juta pound

Malang tidak berbau...Tu yang boleh aku boleh katakan apabila pesawat CF-18 yang bernilai  30 juta pound musnah dalam satu kemalangan apabila dikatakan menghadapi masalah mekanikal ketika Captain Brian Bews, 36 sedang menjalani latihan untuk satu persembahan udara di Canada..


Kejadian yang berlaku di Lethbridge Country Airport berdekatan Alberta di Canada..Captain Bews yang terselamat di bawa ke hospital selepas di bawa angin di landasan oleh parachute beliau...Kat bawah ni sequence kejadian ketika kapal terbang bernilai 30 juta pound tu musnah...






Memang panjang umur la Captain Brian Bews ni...Kalau tengok dari effect letupan kapal terbang ni boleh menyebabkan beliau maut...Tapi nasib baik beliau sempat eject kan diri beliau daripada jet tu...

July 24, 2010

Tips cara mencari kerja yang efisien

Anda sedang mencari kerja?...


Pernah tak korang fikir macam mana cara terbaik nak cari kerja?...Aku terjumpa artikel ni di satu laman web yang mana seorang lelaki menggunakan cara baru untuk mencari kerja...Memang confirm-confirm korang dapat kerja nanti...Sebab-sebab cara ni dah oun dibuktikan oleh lelaki ni...Aku rasa kepada mereka-mereka yang masih lagi tak dapat kerja boleh try cara ni...



korang tak terasa nak cuba ke cara macam ni...bukan senang tau...memerlukan tahap keberanian dan juga tahan kutuk...kira kalau kena kutuk ke...kata kat orang...semua tu immune...tak confirm-confirm tak terasa punya...hahahaha...dan hasil kepada tindakan beliau ni...agak-agak macam mana?...jeng...jeng...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

Akhirnya beliau telah diterima bekerja di sebuah syarikat sebuah kilang kayu...setelah beliau di terserempak dengan pengarah kilang kayu tersebut...lelaki ni jugak di interview selama 20 minit oleh pengarah syarikat tu sebelum beliau diterima bekerja di Kilang Kayu tu...Kira memang berbaloi la dia buat macam tu...Last-last dapat jugak kerja...


Kalau kita praktikkan cara mencari kerja macam ni kat Malaysia agak-agak korang apa yang berlaku?...


[18 SG] X-RAY paling menggerunkan

Hari tu aku pernah buat satu entry dengan gambar x-ray gigi geraham bongsu yang tumbuh secara melintang...Kalau korang tak baaca lagi korang boleh klik kat sini...Kali aku nak tunjuk lagi gambar-gambar x-ray yang boleh menggerunkan korang nak tengok...Mungkin boleh jugak dikatakan 18 SG...Sebab gambar-gambar x-ray ni memang betul-betul berlaku...Tapi bukan kat Malaysia la...Kat luar negara...Tapi ni la dikatakan kegilaan sesorang tu...Nak telan apa sahaja yang dirasakan boleh ditelan..Manusia oh manusia....

Gambar x-ray kat atas ni menunjukkan yang safety pin terlekat di bahagian esofagus seorang wanita...Agak-agak korang boleh fikir tak apa tujuan perempuan tu nak telan safety pin tu?...Kalau macam ni, safety pin dah tak boleh nak dikatakan safety la...Ish3...

Yang ni lagi gila...seorang pesakit yang menelan garfu, berus gigi dan juga ballpoint pen...Memang gila...Macam takde kerja je diorang ni..Nasib baik la pakar boleh keluarkan balik semua barang-barang ni...Melalui pembedahan...Ish3...

Akibat tidak berhati-hati ketika menggunakan tukul...Ni la jadi nye...Paku tertembus di jari...Ish3...

Yang ni pulak adalah gambar jari mangsa yang dihiris oleh penyerangnya..Memang kesian...sampai putus jari mangsa..aku pun tak boleh nak bayangkan macam mana..Ish3...


Kadang manusia ni memang gila...Dari takde kerja...mencari kerja...

July 23, 2010

[Tombstoning Stunts] Hobi yang boleh membunuh

Apabila seseorang tu ada hobi...Korang tengok la sendiri hobi yang boleh dikatakan agak gila untuk seseorang...Penerjun ynag tidak dikenali indentitinya melakukan terjunan maut dari tebing setinggi 100 kaki dari paras laut tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan....

Mamat ni ambik masa selama 2.5 saat sebelum jatuh ke dalam laut yang kedalamannya sedalam 20 kaki...Memang dalam...Jurugambar Alastair Sopp yang mengambil gambar ni secara sequence sebanyak 11 imej...Dia pun kata yang dia tak percaya yang mamat ni akan lakukan penerjunan yang dianggap membunuh ni...Dia juga tengok yang mamat ni check kedalaman air laut, cuaca dan juga arus air laun sebelum terjun ke dalam laut...




Kematian-kematian yang  diakibatkan oleh hobi yang boleh dikatakan gila ni:
  • Stephen Royston , 24 yang melakukan terjunan 100kaki (35meter) ke dalam air di Kit Hall, Cornwall (2003)
  • Sam Boyd, 16, terjunan ke dalam laut sebelum di hanyutkan arus di Minehead Harbour di Sommerset (August 2007)
  • Delwyn Jones, 46, bapa kepada 6 orang anak terbunuh ketika melakukan terjunan setinggi 30 kaki (9.1meter) pada arus rendah di Torbay, Devon (June 2007)
  • Steven Andrews patah leher dan lumpuh seumur hidup apabila melakukan terjunan setinggi 20 kaki di Whitsand Bay (May 2008)
Tengok kepada rekod kematian ni semua...Memang terjunan maut...Tapi disebabkan kegilaan mamat ni dia sanggup melakukan terjunan untuk capai kepuasan dalam hobi...Kalau aku kata gila pun ok jugak kan?...=)

Robert Pattinson a.k.a Edward Cullen di pukul

Aku rasa ramai perempuan-perempuan kat luar sana jatuh hati dekat Robert Pattinson...Ataupun lebih dikenali sebagai Edward Cullen yang menjadi pelakon utama dalam siri Twilight, New Moon dengan Eclipse...Tapi korang tahu tak yang dia dipukul?...

" KENA PUKUL "

Mesti korang peminat-peminat kat luar sana terkejut...Betul tak?...Memang dia dipukul...Kalau tak percaya korang tengok kat bawah...

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Caya tak?...Mesti korang terkejut kan?...Kan?...Kan?...Tapi semua tu make up je...Ni adalah babak dalam satu filem lakonan dia dengan Reese Witherspoon dalam filem terbaru mereka "Water for Elephants"....Jadi kepada peminat-peminat Robert Pattinson jangan la risau ye...Edward Cullen kesayangan dan pujaan ramai ni tak kena pukul la...Ni semua gimik untuk filem terbaru diorang je...


Ni gambar dia...Selamat lagi ni...hehehehe...



Award untuk anda semua


Alhamdulillah...Akhirnya blogpost aku dalam blog A Piece Of A Word akhirnya dah sampai 300 entry...Walaupun aku tahu yang ramai lagi bloggers yang dah lama pun lebih daripada 300 entry nie...Aku memang dah lama daftar dalam bloggers ni...cuma bermula tahun ni baru aku nak bergiat aktif...Bermula tahun ni jugak aku akitf dengan aktiviti Nuffnang dan belajar banyak tentang dunia bloggers...

So..Untuk meraikan entry ke 300 ratus aku kali ni...Aku nak bagi award kepada followers-followers yang setia membaca blog aku...Semua intipati dalam blog aku ni sekadar pandangan peribadi daripada aku sendiri...Walaupun kadang-kadang aku ade jugak timbulkan kontroversi dalam blog ni...Tapi semua tu pandangan semata-mata..

So...Aku jugak nak bagi award ni kat mereka-mereka yang selalu mengomen dekat blog aku ni...


Kalau sesiapa yang ada tertinggal tu harap dimaafkan la ye...Award ini aku tujukan kepada semua pembaca-pembaca blog aku...Award ni untuk korang semua yer...