January 27, 2016

La Ferrari TMJ.

Koleksi terbaru kereta TMJ. Kali ni LA Ferrari pula. Pada mulanya aku ingatkan memang tak ada la kereta La Ferrari kat Malaysia. Tapi kereta yang berharga USD1 million ni dah pun jejakkan kaki kat negeri selatan tanah air. 

Mengikut laman web Paultan.org , kebanyakan pembeli La Ferrari ni akan mengambil bahagian dalam Ferrari's Personalisation Programme yang mana memberi peluang untuk customize kereta diorang mengikut cita rasa yang dikehendaki. Untuk TMJ, warna ungu metallic menjadi pilihan. 


Sedikit info mengenai La Ferrari.

Hanya 499 buah sahaja model La Ferrari hasil rekaan Centro Stile Ferrari yang dihasilkan. Dikuasakan dengan enjin 6.3L F140FE V12 bersama motor elektrik dan KERS (Kinetic Energy Recovery System) dan dilengkapi dengan 7-speed dual clutch automatic-manual. Dengan semua spesifikasi tu, berat La Ferrari ni hanyalah 1,585 kg.






January 26, 2016

Followers berkurang?

Followers makin berkurang?


Kalau tak silap aku. Paling last aku ingat ada lebih kurang 801 orang jumlah followers yang baca blog aku. Tapi bila aku tengok hari ni. Dah tinggal 791 orang? 
Maknanya followers blog ni dah makin berkurang.

Sebab apa?

  • Content blog tak menarik?
  • Aku jarang update?
  • Followers dah tak libatkan diri dalam blogging?
  • Google remove diorang dari account blogger?
Mungkin juga. Sebab tiba-tiba hilang 10 orang sekali gus. Tapi tak tau la kan. Kalau kot-kot ada yang memang dah tak nak follow aku.

Redha je lah. Yang penting aku nak teruskan luahkan pandangan aku. Berkongsi apa yang aku tahu. Tak perlu putus semangan kan? Aku tahu, ramai lagi silent reader yang masih lagi baca blog aku. 

Terima kasih banyak-banyak. 

January 18, 2016

Apple Watch paling mahal di Malaysia berharga RM80,000

Aku baru dapat tahu yang baru-baru ni Apple Watch dah pun masuk kat Malaysia. Macam yang kita tahu yang Apple Watch ni terbahagi kepada 3 versi. Apple Watch Sport edition, Apple Watch,  dan Watch Edition .


Percaya atau tak. Harga Apple Watch paling mahal. Tak pun aku rasa "smart watch" paling mahal yang berharga RM80,000.


RM 80,000 untuk jam 18 karat? Kalau korang beli emas 24 karat dengan harga RM140 segram agak -agak dah berapa gram korang dapat? Kira-kira dah lebih dari 500 gram tu. Dan aku rasa tak mustahil ada orang yang akan beli. Sebab jam ni kalau kat US paling mahal tak silap aku hari USD 17,000 pun ada juga orang yang beli.

Aku berkenan juga dengan Apple Watch ni. Tapi kalau tengok harga jam RM1599 untuk sport edition. Agak mahal. Sebab smart watch ni lama-lama akan ada evolusi kalau nak dibandingkan dengan jam evegreen macam Tissot yang harga pun lebih kurang sama je.




Patut dipertimbangkan ke tak ye?

January 17, 2016

Spesifikasi No Plat di Malaysia

Spesifikasi no plat kereta yang JPJ nak. Lepas ni dah tak obleh sebarang-sebarang pakai no plat tak ikut spesifikasi. Kalau tak dah memang jadi sebab untuk JPJ tahan korang. 



Sumber : Paultan.org

January 13, 2016

Teknik menabung dengan mudah

Hasil tabungan aku. Kalau tak silap aku start bulan 10 rasenye. Sebab aku ada terbaca salah satu teknik untuk menabung yang boleh diguna pakai. Yang mana kita pilih duit warna apa kita nak simpan. Untuk aku aku pilih RM5. 

Paling penting kena disiplin. Terus terang aku cakap kadang-kadang tu memang susah nak disiplin ni. Maklum la kan, duit mesti nak guna, betul tak? 

Tapi gigih juga la aku simpan. Sekarang ni pun hasil tabung dah pun lepas RM500++. Target seterusnya RM1000 sebelum aku masukkan dalam akaun simpanan. Yang penting kena bermula dari sekarang. 


January 11, 2016

Kek Kukus Buah untuk tempahan.

Kali ni aku nak promote kek kukus buah. 
Untuk tempahan boleh hubungi 
Karim Azan kat no telefon ni 012-5226177.

Setiap bekas tu berat dalam 800gm. 
Harga RM40 tapi boleh contact Saudara Karim Azan. Kot-kot korang boleh dapat special price lagi kan. 

Cara penghantaran?
COD pun boleh di area sekitar KL dan sewaktu dengannya. Kalau POS kena berhubung dengan Saudara Karim Azan.


Aku dah makan kek ni. Memang best dan puas hati. Aku ni bukanlah peminat kek buah. Tapi bila aku makan kek ni first time hari tu, tak perasan pula yang aku dah makan sebahagian dari kek tu. Time masa aku bawa kek tu gi rumah nenek aku. 

Kalau tak caya. Apa lagi. Boleh la try.





January 10, 2016

Siswazah tak mampu nak belanja makan?

Keratan akhbar The Star. 


Teringat balik zaman-zaman kolej aku dulu. Dengan duit perbelanjaan hasil dari pinjaman MARA sebanyak RM680. Untuk seorang pelajar, dengan macam-macam kos untuk digunakan. Dengan RM680 tu jugaklah untuk bayar sewa rumah tak pun hostel je dah RM120++. Pastu tak masuk minyak moto nak ke kelas yang agak jauh. Kalau jalan kaki, paling kurang pun dah 15minit. Pastu untuk makan minum lagi.  Banyak juga la kalau diletakkan RM680 tu.



Kadang-kadang tu terpaksa juga aku minta bantuan dari keluarga aku. Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang ni agak-agak korang la kan. Kalau dapat RM680 sebulan tu boleh dikatakan cukup tak? Nak pakai public transport pun dah berapa. LRT? Komuter? Bas? 

Makan? Dah tentu-tentu naik. Aku dulu ingat lagi yang makan nasi bujang. Nasi dengan telur goreng dengan sup kosong. Time tu Rm1.50. Sekarang? Tak tau la tu berapa agaknya la kan.

Sedih jugak bila tengok berita hari ni yang mana student dah tak mampu nak makan. So, macam mana diorang nak berjuang menuntut ilmu? Tak mustahil yang dengan kekangan hidup dalam ekonomi sekarang ni. Ramai yang menjadi gelandangan. Sebab tak mampu. 

Apa tindakan yang patut kita lakukan?

January 5, 2016

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016

Selamat menyambut tahun baru 2016. 



Terlambat sikit aku nak wish kat semua pembaca blog aizatshafiq.com ni. Maklum la, sibuk sikit. Tak sempat pulak nak mengadap blog. Sekarang ni kalau ada yang perlu aku kongsikan akan aku kongsikan. 

Bila dah masuk tahun baru 2016, mesti penuh berkobar-kobar kan. Macam azam dan targer nak capai untuk tahun ni betul tak? Tapi yang tahun lepas berjaya tak? Alhamdulillah, kalau dapat capai apa yang kita azam kan tahun lepas. Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun lepas.

Apa yang aku perhatikan, tahun ni tahun yang amat mencabar bagi kita. Dengan kenaikan kadar inflasi yang tinggi, dengan kos hidup yang makin mencanak naik tak turun-turun. Jadi semua tu kena la kita bersedia untuk menghadapi semua tu.

Aku pun kena muhasabah balik diri aku ni. Banyak lagi yang nak kena perbetul. Semoga kita sama-sama berusaha menjadi ke arah yang lebih baik InsyaAllah.