December 12, 2014

TAHNIAH . Malaysia ke Final Piala AFF Suzuki 2014.


Tahniah Malaysia yang akhirnya melayakkan diri ke Final Piala Suzuki AFF 2014. Akhirnya setelah perubahan besar yang dibuat oleh Dollah Salleh lepas kekalahan dekat Stadium Shah Alam hari tu. Betul la kan. Sebab bila Dollah guna line up player macam kat Shah Alam hari tu macam tak ada perubahan langsung dengan skuad Rajagopal dulu.

Aku yang sendiri tengok dekat Stadium Shah Alam pun naik geram sebab player Malaysia yang main hari tu macam tak tunjukkan semangat langsung. Tapi semalam permainan Team Malaysia dah menunjukkan satu perubahan baru dan corak permainan yang lain kalau nak dibandingkan dengan hari tu.

Aku harap lepas ni Dollah Saller akan lakukan yang terbaik dan tak terlalu bergantung dengan player-player yang sama je. Buat pilihan yang terbaik. Sebab kalau penonton pun boleh tengok dan komen tentang cara pemain tu bermain. Apa salahnya kalau sekali-sekala kasi tukar.

Apa-apa pun tahniah buat Malaysia untuk ke final Piala AFF Suzuki 2014.

July 30, 2014

Gaza | Bantulah Mereka

Ya Allah. 
Selamatkan dan lindungilah saudaraku di Gaza. 
Sesungguhnya mereka berjuang menegakkan tanah air mereka dari dijajah.


Amerika mungkin akan meluluskan USD225juta untuk membantu Israel memperkukuhkan Iron Dome. Sedangkan yang tertindas rakyat Palestin. Di bom Israel di Hospital, Masjid, Sekolah. Laknatullah. Kejam.
Kalau binatang tu ade perikemanusiaan. Ni lagi teruk dari binatang. 


Umat Islam seantero dunia. Bangkitlah. Bersatu. Jangan kita bergaduh. Jangan kita dijadikan boneka pihak yang sanggup membunuh saudara seagama kita.


Apa yang penting kita perbanyakkan sedekah untuk saudara kita di Gaza. Cuba bayangkan kalau kita dapat bagi peruntukkan sebagaimana Amerika memberi peruntukan kepada sahabat laknatullah mereka Israel. 

Teruskan bersedekah untuk mereka mempertahankan tanah air mereka melalui ngo-ngo seperti Aman Palestin, Aqsa Syarif, Mercy Malaysia, dan banyak lagi ngo-ngo yang berhubung langsung dengan pihak kerajaan Hamas di sana. InsyaAllah dengan bantuan kita nanti akan sedikit sebanyak membantu mereka disana.

July 29, 2014

Lobster vs Raya

Tajuk post bukan main lagi kan. Hahaha. Selalu kalau raya menu yang selalu aku jumpa Satay, Soto, Nasi Dagang, Nasi Minyak ... dan banyak lagi la. 

Tahun ni lain sikit. Tahun ni jugak pertama kali aku tak raya kat rumah. Kalau tahun lepas sempat la jugak raya pertama, kali ni raya ke-10 baru aku balik. 

Lobster? Ni haaa.


Besauuu..First time kot. Sebelum ni mane aku pernah makan udang lobster besar ni. Aku pulak bukan jenis yang favourite seafood. Udang, sotong, lobster. Bila tengok lobster ni macam tak ambik port sangat la. Cuma terkejut tengok saiz lobster ni. Hahaha.

Jeng..jeng..jeng


Test sebelah dulu.Last-last sekor jugak aku baham. First time. Kalau makan kat darat agak-agak berapa sekor ye?

July 26, 2014

Raya di Perantauan

Buat pertama kali sepanjang aku hidup selama 25 tahun ni pertama kali aku beraya di perantauan. Balik tak balik raya ke-10 nanti. Time tu aku rasa ramai yang da masuk kerja balik. Aku pilak baru turun nak beraya. Hahaha. 

Tahun lepas nasib baik la dapat balik. Tapi tu pun pagi raya baru gerak. Sampai umah petang. So, feel balik raya ni dah kira 2 tahun la tak rasa. Disebabkan tugas kerja yang tak dapat nak elak.


Paling seronok pengalaman raya aku time balik raya dengan time malam raya. Lepas tu pagi raya sebelum solat hari raya dengan selepas solat hari raya. Time bila kitorang satu family duduk salam bersalaman mintak maaf semua la kan. 

Sebab tu semua pelengkap suasana Aidilfitri. Betul tak? So, kiranya tahun ni dah masuk tahun kedua la. Raya aku macam tak lengkap sangat la. Apa-apa pun, kerja tetap kerja. 



Salam Aidilifitri buat semua. Maaf zahir dan batin. Kepada yang bekerja di Aidilfitri , Selamat Bekerja. 

Selepas 2 Tahun.

Post terakhir aku bertarikh 10.11.12. Lebih kurang 2 tahun yang lepas. Disebabkan masa dan mungkin juga kesibukan kerja aku tak ambik port sangat nak update blog. Banyak lebihkan ke arah media sosial lain. Facebook. Instagram. Whatsapp. Twitter. Jadi blog aku ni pun dibiarkan bersawang.

Dah lama jugak aku tak buka laman web blogger. Jenguk blog jauh lagi kan. Hahaha. 

Dah lama sangat tak berblog, aku rasa macam aku nak blog balik lah. Sekarang ni macam-macam isu yang ada. Tapi susah nak luah. Kalau dulu blog la jadi inspirasikan. Facebook dulu mana ada nak share-share bagai. Sekarang senang klik je share. Dah kira pendapat la tu. Tapi kalau blog ni lain sikit. Ade feel. Hahaha.


Dalam masa dua tahun ni macam-macam dah jadi. Banyak sangat perubahan. Banyak yang dah dicapai. Alhamdulillah. Semua tu rezeki dari Allah S.W.T. Dan aku rasa mungkin melalui blog juga lah aku boleh berkongsi dengan korang semua pengalaman aku. 

Anyway lepas ni tunggu next post dari aku. Aku pun nak jugak tips-tips dari korang. Ye la kan, 2 tahun beb bukan sekejap tu. Mesti skill-skill blogging korang dah hebat kan. 

So, apa kata kalau kita sharing-sharing. Kan sharing tu is caring. 😊