March 31, 2012

Ingatkan tak bayar letrik, rupanya Earth Hour

Cuba bayangkan bila korang pergi mall tiba-tiba tengok banyak lampu tutup. Tak ke pelik.Sebab baru pukul 8malam. Ni sebabnya aku ni dah tak peka dengan apa yang berlaku. Sebab hari ni, sambutan Earth Hour, bermula pukul 8.30 malam, 31 Mac 2012.


Ok. Malu sebab aku macam orang pelik je bila tanya dekat orang kat kedai tadi. 

Aku :Apasal gelap je nie? Takde elektrik ke?

Salesgirl : Bukan la. Kan hari ni earth hour.

Aku : Erk?. Boleh lupa la pulak.

Ok. Malu kat situ. Boleh pulak tanye kan. Sedangkan dalam blog, dalam radion semua ada sebut pasal earth hour. Aku pulak yang tak teringat pasal tu. 


Haa. Tengok tu. Gelap je. At first kalau aku tak tanya tadi memang tak tau la kenapa. Ingatkan KB mall ni tak bayar letrik. Sebab tu kena potong. Hahaha.

P/S : Maybe Earth Hour ni kena kasi advertise lebih sikit kot. :p

Car Boot Sale Kota Bharu | Setiap Jumaat

Semalam aku pergi ke Car Boot Sale dekat dengan Tesco Kota Bharu. Aku rasa, sape-sape yang tinggal kat Kota Bharu mesti tau pasal Car Boot Sale ni. Ni minggu ketiga. Sebab baru lagi start car boot sale ni, 16 March 2012 hari tu. Tapi ni la first time aku pergi. Sebab 2 minggu pergi kerja. Jadi tak sempat nak pergi hari tu.


Time aku pergi semalam lepas Asar jugak la. Tapi disebabkan cuaca yang agak panas, jadi tak ramai sangat nak jalan-jalan kat luar tu. Ramai yang pergi Tesco lagi. Tapi masih ramai jugak yang ambik peluang nak tengok-tengok barang yang dijual kat situ. Macam-macam ada wooo. Hehehe.


Tengok je la kat gambar atas ni. Kalau dulu orang siap berebut-rebut nak pergi kat McD sebab nak beli gelas Coca-Cola sebab nak buat collection, tapi semalam ada je orang jual full collection. Satu gelas harga RM3 - RM 4. Murah pulak kan?


Tak kurang jugak dengan accessories wanita. Baju-baju, tudung-tudung, beg tangan pun ada. So, memang banyak pilihan. Harga pun boleh tahan murah. Jadi, kalau sape-sape yang tinggal berdekatan dengan Kota Bharu apa lagi, jemput-jemput la singgah. Tapi setiap hari Jumaat je la. Pukul 3 petang

P/S : Sambil-sambil shopping kat TESCO, boleh shopping kat Car Boot Sale. 



March 30, 2012

Menu McD yang tak terjamah

Day 2. Hari ni dah dah 2 hari cuti. Turun darat selepas dua minggu di laut. Disebabkan tak punya masa nak mengadap baru malam ni aku sempa nak update blog. Dengan blog aku yang dah bersawang untuk dua minggu ni lagi bertambah la sawangnye.

So, semalam, turun-turun je aku lepas kat McD. Sementara tunggu parents aku datang ambik. Sebab tak bawa kereta. Kereta aku pulak esok baru keluar workshop. Sebab hari ni Kelantan cuti. Jadi tak boleh ambik kat workshop. Lepak kat McD pun bukan main la lagi aku order Spicy Chicken Mc Deluxe. 


Nampak macam menu tu meriah je kan?

Tapi satu pun aku tak sentuh. Setakat minum air je. Last-last bungkus je. Bawak balik rumah. Hehehe.

p/s: Tengah tune nak update blog balik. 2 minggu tinggal ni. 

March 13, 2012

Pertama kali merasa Tutti Fruitti

Hari ni buat pertama kalinya aku pergi ke Tutti Fruitti. Hahaha. Korang boleh gelakkan aku. Sebab aku tak pernah sampai lagi ke Tutti Fruitti ni. Dan kebetulan jugak kawan aku yang bagitahu yang dekat Kota Bahru ni dah ada Tutti Fruitti. Dekat area Kubang Kerian berhadapan dengan Mydin. Yang selama ni memang aku langsung tak perasaan.

Masuk-masuk je kedai tu, my first impression is kedai tu sangat best. Untuk lepak-lepak or hang out with friends. Tapi aku pulak yang blur. Aku ingatkan masuk macam pergi kat kopitiam. Duduk kat kerusi lepas tu orang ambik order. Hahaha. Nasib baik la aku pergi dengan kawan aku, Liza. Kalau tak memang dah kena gelak kat orang kedai tu. Sebab tunggu diorang ambik order. Hehehe.


Haa. Ni lah Tutti Fruitti yang aku rase tadi. Campur Coklat dengan Vanila. Sedap jugak. Kalau ikutkan taglin Tutti Fruitti ni yogurt, aku ingatkan yogurt la macam yang selalu aku beli kat supermarket tu. Rupanya tak, macam ice-cream je. Lepas tu tambah sikit-sikit accessories lain macam marshmellow dengan coklat chips. Bab rasa memang best. Dan mungkin lepas ni aku rasa macam nak pergi lagi. Tapi kena la tunggu balik ke darat balik nanti. Huhuhu.

P/S : Untuk pertama kalinya aku beli ice-cream ikut gram. RM 0.53 per 10 gram. Hehehe.

Berjumpa rakan-rakan lama yang dah 8 tahun tak jumpa

Owh. Dah tinggal lagi sehari sebelum aku terpaksa offline untuk 2 minggu. So, blog ni pun akan bersawang selama 2 minggu. Sebab esok dah kena pergi ke Kerteh, Terengganu. Jadi hari ni, kena la menghabiskan masa sebaik-baiknya. Hehehe. Sebab lepas ni 2 minggu tak jumpa darat wooo. Tengok laut je kiri kanan. Maklum la, orang bekerja di dua alam. Memang la macam ni. Hehehe. Tapi apa pun, semua tu kerja. 

Semalam aku jumpa rakan-rakan lama sewaktu aku dekat MRSM dulu. Lebih kurang 8 tahun jugak la kitorang tak jumpa. Jumpa kali ni pun sebab datang untuk majlis perkahwinan kawan aku dekat Besut,Terengganu. Masing-masing dah berubah. Masing-masing dah ada kerjaya. Tak macam dulu main sama-sama, belajar-belajar sama-sama. Tapi selepas 8 tahun, masing-masing dah ada kerjaya. Cepat sungguh masa berlalu kan.


Salah sorang dari kawan aku diterima untuk bekerja di Jepun. Sebagai jurutera di Toyota, Nagoya. Hebatkan. Yang lain pulak ada yang sambung Masters. Tak kurang juga yang dah mendirikan rumahtangga. Cuma kali ni aku tak jumpa ramai. Setakat 5 orang je. Sebab yang lain sibuk dengan tugas masing-masing. Dan juga sebab diorang ni tak dapat cuti. Jadi tak boleh nak join kenduri kali ni.

Apa-apa pun, aku ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin, Faiz dan Fatihah. Semoga berbahagia ke anak cucu. 

March 12, 2012

Ular Oh Ular | Melintas depan aku

Apa perasaan korang bila terserempak dengan seekor binatang yang dinamakan Ular? Terserempak bukan dalam akuarium kaca. Tapi teserempak dengan si Ular ni di luar dari akuarium kaca. So, tu la yang aku jumpa tengah hari tadi. 


Cuba korang bayangkan, Ular tu bebas bergerak. Kalau nak kejar aku boleh je tadi. Tapi dah jadi sifat semulajadi Ular, biasanya ia akan lari bila terserempak dengan manusia. Jadi ular ni tak la kejar aku. Cuak jugak rasa. Ular jenis apa aku tak tau. Tapi aku rasa macam Ular Tikus. Tapi entahla. Aku pun tak boleh nak cakap ape jenis ular ni.

So, korang kena la berhati-hati. Walaupun duduk kat rumah. Pertembungan dengan binatang-binatang berbisa ni susah nak lari. Kadang-kadang tu kita pun tak sangka yang kita nak terserempak dengan binatang-binatang berbisa macam ni. So, berhati-hati la ye. Walaupun dekat halaman rumah. Especially, bila pergi ke tempat-tempat yang berpotensi jadi tempat lepak binatang-binatang macam ni. Macam kawasan lembap.



Lee Chong Wei cedera | All England 2012

Semalam aku tunggu sampai pukul 1 pagi semata-mata untuk tengok final All England antara Lin Dan dengan jaguh negara kita Datuk Lee Chong Wei. Apa-apa pun, seperti yang diwar-warkan oleh pengulas sukan ketika itu, Lee Chong Wei mengalami kecederaan di bahu kanannya. Kalau orang tengok time tu pun, nampak sangat yang bahu Lee Chong Wei tu berbalut. Siap kena spray pain killer kat bahu dia.


Walaupun cedera, Lee Chong Wei tetap bagi saingan dekat Lin Dan pada set pertama. Walaupun tewas 19-21. Disebabkan kecederaan yang dialami, Lee Chong Wei akhirnya menarik diri pada set kedua. Secara tak langsung bagi kemenangan kepada Lin Dan untuk gelaran All England kali ke-5 beliau.

Apa-apa pun, aku salute jugak la kat Lee Chong Wei ni. Sebabnya, dia tak lah mengecewakan penonton sangat. Sebab still turun untuk beraksi walaupun untuk satu set je. Kira sape-sape yng pergi tengok ataupun tunggu dekat rumah still boleh tengok dia beraksi. Cuma, mungkin kecederaan yang dialami olehnya yang mengekang beliau dari meneruskan permainan.

P/S : Harapnya Lee Chong Wei bertemu dengan Lin Dan sekali lagi di Sukan Olimpik London 2012.

March 11, 2012

Tergelak bila tengok rancangan Ujibakat Mentor 6

Hahaha. Nak tergelak bila tengok rancangan audition untuk Mentor 6 ni. Aku rasa korang pun tengok rancangan ni. Hahaha. Aku gelak sekali lagi.Sebabnya aku taip entry ni sambil tengok rancangan tu.


Mentor malam ni, Ella,Adam,Ramlah Ram. Macam-macam gelagat yang korang boleh tengok kan. Kadang-kadang tu aku pun fikir balik. Diorang ni berani jugak berdepan dengan kamera sambil buat aksi-aksi yang kadang-kadang tu aku tak boleh nak terbayang dek akal. Hehehe.

Ada yang buat silat terapung, ada jugak yang menyanyi macam menyanyi dalam toilet, ade jugak yang gamble-gamble masuk dalam audition mentor ni. Dan ada jugak masuk Mentor ni untuk tunaikan cita-cita.

Tapi yang paling best bila tengok Mentor Ramlah Ram kena gertak kat sorang peserta ujibakat ni. Bukan main lagi. Siap PR dia pun macam nak cari pasal dengan dia kan. Nak cerita lebih-lebih aku bukannya ada kat situ. Tapi boleh tengok la reaksi peserta ni yang macam marah sangat.

Salah seorang daripada 3 sekawan
Terharu bila tengok 3 sekawan yang buta datang untuk ujibakat Ramlah Ram. Yang sedih bila, salah seorang dari mereka di beri peluang untuk pegang Ramlah Ram. Walaupun tak pernah tengok siapa Ramlah Ram ni, tapi diorang tetap meminati Ramlah Ram.

Tu la kelebihan Mentor ujibakat. Kadang-kadang tu macam Raja Lawak. Kadang-kadang tu macam Bersamamu. Kadang-kadang macam Akademi Fantasia. Tapi time ujibakat je la. Hehehe.


P/S : Boleh tengok berapa ramai yang nak cuba menjadi artis. Walaupun mereka ni tiada bakat. :)

Kereta ku dicium ketika JAMMED !

Aduss. Hari ni kereta aku kena cium. Ni gara-gara jalan jammed. Nak marah pun tak guna jugak. Tapi nasib baik la tak teruk. Sebab kalau polished balik hilang la bekas kena cium tu. Hurmm. Kes langgar belakang kereta aku hari tu pun tak settle lagi. Ni dah kena cium balik. Nasib baik la tak teruk.


Frust jugak la walaupun kena sikit. Tak macam hari tu yang aku kena. Depan belakang. Mangsa secara tak langsung. Kat tengah-tengah pulak tu. Tapi nak buat macam mana. Nasib baik la bumper je pecah. Yang lain tak effect. Tu pun mau RM 1,500 juga satu bumper. Kalau depan belakang mau nya RM 3,000. Tapi nasib baik la semua tu claim insurance. 

Tapi yang menjadi halnya. Insurance aku tak settle-settle lagi. Kes dah dekat 2 bulan. Sekarang ni aku dah bengang dengan agent kat Kuala Terengganu. So, tukar repair kat Kota Bharu. Mau nya tak. Aku pulak yang kena ulang-alik pergi balik balai polis. Sedangkan yang patut settle semua tu pihak workshop. 

So, kena tunggu lagi sebulan. Tengok la macam mana. Asalkan kereta aku boleh siap. Tu je. 

P/S : Sabar...Sabar..Orang yang langgar kereta aku tu, kereta dia dah siap repair pun. GRRRR..

March 10, 2012

Selamat Pengantin Baru | Pali & Tina

Penat. Tu yang aku boleh cakap. Sebab hari ni aku drive dari Kota Bharu-Kuala Terengganu-Kota Bharu. Sorang-sorang pulak tu. Tapi bukan sebab apa. Sebab nak menghadiri majlis perkahwinan rakan aku dekat Kuala Terengganu. So, tahniah diucapkan untuk pasangan Pali dan Tina.


Semoga cepat timang cahaya mata ye.

Satu persoalan yang orang akan selalu tanya bila pergi majlis perkahwinan.

" Anda bila lagi? "

Susah betul nak jawab. Jawapan mudah belum sampai seru lagi. Hahaha. Aku rasa meti yang bujang-bujang kat luar sana kalau pergi majlis perkahwinan ni mesti tak lari dari persoalan ni kan? Hari Isnin nanti aku ada kenduri dekat Besut pulak. Nasib baik la time off days. So, sempat jugak la nak pergi jenguk-jenguk kenduri kawan-kawan. Kalau dah naik laut nanti, memang tak ada peluang la nak kunjung-mengunjung ni.

So, malam ni nak rehat. Penat driving sepanjang hari.

P/S : Nasib baik aku tak tunggu untuk Big Jam Concert kat Dataran Syah Bandar, Kuala Terengganu. Kalau tak tau la pukul berapa sampai rumah. 

March 9, 2012

Unifest, USM Kubang Kerian | Terjumpa Joegrimjow

Hari ni aku pergi ke Unifest dekat USM Kubang Kerian. Buat pertama kalinya. Sebab sebelum ni aku tak pernah masuk pun kampus USM ni. Sekadar ke Hospital USM tu ade la. Kebetulan pulak, aku tengah offdays sekarang ni, so, ambik peluang la nak kenal kampus USM. Bukan boeh masuk hari-hari kan? Sambil-sambil tu aku ambik la peluang nak jumpa member lama yang rasanya dah lebih 8 tahun tak jumpa. Paling last tahun 2004.

Dewan Utama Kampus USM, Kubang Kerian
Sampai je kat sana, macam biasa la. Dah nama Unifest. Mesti la macam-macam aktiviti yang ada. Tambahan pulak, Kampus USM kat sini untuk kos-kos berkaitan dengan kesihatan. Mesti la banyak pameran yang berunsurkan kesihatan. Aku pun tak ambik banyak gambar hari ni. Sebab banyak borak-borak dengan member aku. Jadi nak ambik gambar pun macam malas je. Hehehe.


Kebetulan jugak hari ni, aku jumpa blogger Joegrimjow Aku rasa korang pun kenal dia ni kan. Ni pertama kali aku jumpa dia face to face. Sebab sebelum ni pernah jugak plan nak jumpa. Tapi tak kesampaian. Hari ni baru ada rezeki nak bertemu.Tapi kali tak ambik gambar la. Sebab tempat tu public sangat. Nanti lain pulak orang cakap kan. Hehehe.

Malam ni, tak tulis panjang la. Sebab esok aku nak ke Kuala Terengganu. Biasalah, bila dah cuti sekolah ni la banyak kenduri kahwin yang nak di attend. Sebab esok jugak kenduri kahwin kawan aku dekat Tok Jiring, Kuala Terengganu. Jadi malam ni nak rehat-rehat sikit. Sebab esok nak drive pergi balik dari sini. 

Dhia al-Essa | Miliki lebih 30 buah Supercars pada usia 21 tahun

Salam Jumaat semua.

Apa perasaan anda kalau anda memiliki Supercars terhebat dunia, sedangkan anda baru sahaja berusia 21 tahun? Tapi tu lah yang menjadi kenyataan kepada Dhia Al-Essa yang memiliki koleksi supercars yang melebihi 30 buah. Dengan no plat je pun dah mencecah $153 000. Sebelum ni aku pun tak kenal siapa sebenarnya Dhia al-Essa ni. Tapi sekarang ni kecoh sebab tiba-tiba nama Dhia al-Essa ni naik sebab dia ni sanggup bayar lebih sebanyak $71 000 semata-mata nak potong queue untuk mendapatkan Lamborghini Aventador yang mana mengambil masa lebih kurang 18 bulan kalau nak beli. Kira setahun lebih la nak menunggu. Alasan dia sebab nak menjadi orang pertama dekat Arab Saudi nak pakai kereta tu.


Tapi tak mustahil la, sebab Dhia al-Essa ni memang anak jutawan di Arab Saudi, Mohamed al-Essa. Jadi tak mustahil la untuk anak seorang jutawan di Arab Saudi nak pakai kereta macam ni. Kalau hasil usaha dia sendiri mungkin bleh dihairankan la kot.

Dhia memegang plate no plate yang digunakan untuk semua keretanya
Bukan setakat tu sahaja, Dhia turut memiliki koleksi Ferrari, Lamborghini, Rolls Royce, Koenigsegg, Mc Laren SLR, BMW, Porsche dan banyak lagi la. Kalau korang nak tengok full list kereta yang Dhia ni miliki boleh la click SINI.

Ferrari 599 GTO

Mercedes SLS

P/S : Bila dah kaya terlalu kaya, bila miskin terlalu miskin kan?.

March 8, 2012

The New iPad | Keluaran terbaru Apple inc.



Aku rasa ramai dah tau yang Apple inc. dah pun melancarkan gadget terbaru diorang The New iPad. Dari segi rekaan bagi aku tak lah banyak perubahan macam mana iPad 2 dulu. Lagipun kali ni, The New iPad ni lebih fokus kepada graphic yang mana lebih memberi perincian terhadap resolution dan detail untuk iPad kali ni jika nak dibandingkan dengan iPad sebelum ni.


Bila lihat kembali pada new features yang ada pada iPad baru, rasanya perubahan lebih kepada "upgrade" apa yang telah ada pada versi lama. Jadi kalau mereka yang dah ada iPad 2 untuk berubah kepada The New iPad ni rasa macam tak berbaloi la mengikut pendapat aku. Tapi mungkin kepada mereka-mereka yang masih menggunakan iPad 1st generation ataupun masih belum ada iPad yang ni mungkin pilihan terbaik.

Kalau korang nak tahu detail lagi penerangan pasal new features untuk The New iPad ni boleh tengok pendapat 2 blogger hebat, Ariffshah dan Joegrimjow. Masing-masing dah pun komen pasal The New iPad ni. So, tak perlu la aku komen panjang-panjang kan? Hehehe.


Apa-apa pun, aku masih setia dengan iPad 1st generation yang aku beli bulan April tahun lepas. Tak sampai setahun pun lagi, tapi dah keluar dua model iPad terbaru. Sebab tu aku tak bercadang nak tukar iPad baru. Maybe tunggu untuk next generation kot. Tu pun kalau rasa masih perlu nak guna iPad la kan. Buat masa sekarang ni, setia pada yang satu je. Hehehe.


Neelofa... Lagi?

Semalam time aku keluar jalan-jalan kat luar. Aku lalu kat satu kedai buku ni. Ade la dua orang pembeli yang sedang borak-borak kat situ sambil belek-belek majalah. So, time aku lalu tu terdengar la perbualan diorang dengan brader yang jual majalah kat situ.

Brader Kedai : Dik, ni haa.. Majalah Jelita siap dengan gambar Neelofa ni.
Pembeli 1 : Errr.. Neelofa lagi.
Pembeli 2 : Neelofa...Neelofa...Neelofa..
Pembeli 1 : Sebab tu la tak laku majalah ni bang, asyik-asyik Neelofa. Hurmmm.

Ok. Kenyataan mereka ni aku setuju. Sebab kalau korang perasan, kat TV sekarang ni banyak sangat rancangan yang melibatkan Neelofa. Tu baru rancangan TV. Tak masuk majalah lagi. Boleh katakan sekarang ni Neelofa tengah meletup la kat mana-mana. Korang setuju tak?


Dah sekarang rezeki Neelofa. Memang patut la kalau kat mana-mana pun ada muka dia. Tapi apa yang aku tengok kat Malaysia ni, budaya macam ni memang dah selalu. Tengok kalau dulu, time Linda Onn, asyik-asyik Linda Onn je. Pastu time Aaron Aziz, kat mana-mana pun Aaron Aziz. Jadi Malaysia punya industri memang macam tu kot. Sekarang ni time Neelofa. No wonder la sekarang Neelofa meningkat naik. 

P/S : She's beauty isn't it. Sebab tu tak mustahil untuk dia penuhkan semua majalah-majalah dekat kedai tu. 

March 7, 2012

Wordless Wednesday #1

Untuk pertama kalinya, aku post untuk Wordless Wednesday. A picture without description. So, korang as aa reader yang kena describe sendiri maksud tersirat dalam gambar ni. 


Melatah sebut sendiri punya | Aku yang segan !

Malu dan segan. Tu yang aku boleh cakap. Pagi tadi aku pergi la ke Mydin Mall dekat Kubang Kerian. Temankan mak aku beli barang sikit. So, pagi-pagi ramai jugak la orang dekat Mydin tu. Tambahan pulak Mydin tu memang bersih. Dan sangat selesa kalau nak beli barang dapur. Sebab tu aku pergi kat situ.

Nak dijadikan cerita, aku pergi la kebahagian sayur-sayuran. So, macam biasa bila beli sayur kat pasar raya ni kena la timbang. Jadi aku pun nak timbang la. Kebetulan kat situ semua perempuan. Aku pun letak la barang kat kaunter tu tunggu turn nak timbang. Tiba-tiba, ade seorang gadis kat situ melatah.

SUMBER
Yang aku tak tahan tu, kalau melatah sebut elok-elok tu takpe la jugak. Ni tak. Boleh pulak sebut ***** sendiri punya. Dah ku yang sorang-sorang je lelaki kat situ naik segan pun ada. Nak lari pun ada. Ye la. Semua dok tengok-tengok kat aku. Sedangkan yang melatah tu, perempuan tu.

Hurmmm.

Bila dah melatah tu, jangan la keluar yang bukan-bukan. Nampak sangat yang kita ni selalu nak sebut-sebut yang bukan-bukan. Try to control it. Walaupun aku tahu hakikat nak control melatah ni bukannya senang. Sebab dah jadi sebati dengan diri kita. Mungkin jugak dah jadi habit. Sebab tu kita kena try to control it. 

Kalau sebut elok-elok tu takpe la lagi. Tapi kalau sebut bukan-bukan macam kes aku ni. Aku pulak yang jadi segan. Huhuhu.

March 6, 2012

[Tips] Ubah wallpaper untuk Windows 7 Starter dan Home Basic Edition

Kali ni nak share sikit pasal komputer. Dah lame jugak aku tak tulis pasal tips-tips komputer. Sebab dah lame jugak aku tak blogging kan. So, lepas kembali menulis ni aku nak kongsi sikit tips-tips bagi pengguna-pengguna Windows 7 Starter Edition dengan Home Basic Edition.

Aku rasa kalau korang perasaan, untuk Windows 7 Starter dengan Home Edition tak ada Personalize menu untuk ubah Wallpaper untuk PC korang. So, secara tak lansung korang kena install satu software baru untuk application tersebut.


So, firstly korang kena la download software ni dari Softpedia.com.


Bila dah dowload, ape lagi. Install je. Don't worry tak effect apa-apa pun kat komputer korang. Cuma tambah features Personalize je.

Dah habis install korang Right click kat desktop korang. Nanti akan keluar macam gambar kat atas ni.

Lepas tu, klik pada Personalize. Lepas korang dah install software tu baru ada. Nanti akan keluar dialog box macam ni.


Then, click pada Desktop Background. Untuk ubah wallpaper untuk desktop korang. 

Bila dah keluar dialog box kat bawah ni korang pilih la gambar ape yang korang nak buat wallpaper. Senang je. Tak susah pun.


So, tu je la langkah-langkah nak ubah Wallpaper anda dari Aero Theme ( default theme ) kepada citarasa anda sendiri. Senang je. Dan aku rasa ramai pun yang dah tau kan? Sekadar berkongsi dengan korang semua.

Syiling 5 sen baru | Mood Excited

Excited. Hahaha. Macam budak-budak la pulak kan. Semalam aku beli barang dekat 7Eleven, lepas tu cashier tu bagi la balance kat aku 5sen je kot. Aku pelik jugak sebab syiling yang dia bagi tu macam token funfair je. Lepas dapat syiling tu baru aku tau yang tu duit syiling baru Malaysia. Tapi 5 sen je la. 


Jom kita tengok perbandingan duit syiling 5 sen yang baru dengan duit syiling yang lama,



Kalau tengok perbandingan syiling ni, syiling 5 sen baru ni lagi besar kalau dibandingkan dengan 5 sen lama. Lepas tu, lagi nipis dan ringan. Kalau ikut pandangan mata kasar la. Sebab aku tak la ambik pembaris nak ukur kan. Hehehe.

P/S : Aku rasa korang mesti dah lama dapat duit baru kan. Aku 5 sen pun nak heboh-heboh dah. Hahaha.

March 5, 2012

Sekitar Perlawanan Kelantan vs Negeri Sembilan

Semalam aku pergi Stadium Sultan Muhammad ke IV. Tengok perlawanan antara Kelantan vs Negeri Sembilan. Dah lama jugak aku tak pergi stadium. Paling last aku pergi kalau tak silap aku 3,4 tahun lepas. Tu pun time kat Terengganu.


So, tiket untuk game semalam RM15. Sebab lama sangat tak pergi stadium, aku pun dah tak tau berapa harga tiket. Sampaikan member aku tanya harga tiket pun aku bantai je harga RM20. Hehehe. Maklumlah, lame sangat tak pergi. Walaupun stadium tu tak lah jauh sangat dengan rumah aku. Kalau jalan kaki tu dalam 15minit je.

So, jom aku share sikit gambar time dekat stadium semalam. 

Sebelum perlawanan bermula
Gol pertama Kelantan pada minit ke 2.
Sekitar perlawanan malam semalam
Perlawanan semalam berakihir dengan keputusan Kelantan 2-1 Negeri Sembilan. Gol di saat-sat terakhir oleh Chanturu memberikan point yang bermakna untuk asukan Kelantan. Sekaligus, mengekalkan takhta liga.

March 4, 2012

Yuna, Terukir di Bintang

Akhirnya, aku dapat jugak beli album terbaru Yuna, Terukir di Bintang. Dua minggu lepas aku dah pun cari kat  kedai, tapi tak release lagi. So, semalam kebetulan pegi kat Speedy Entertainment. Itupun tinggal lagi satu copy last yang original.


Dalam album ni ada 8 lagu,

- Sparkle
- Photo of You
- Memo
- KL Kita feat Qi Razali
- Terukir di Bintang
- Coffee
- Someone Out Of Town
- Fears and Frustation

Terus terang aku cakap, lagu-lagu yang ada dalam album ni menunjukkan lagi kematangan Yuna dalam penghasilan lagu. Tambahan pulak 3,4 lagu dalam album ni composed by Yuna sendiri. 


So, kalau korang nak tau best ke tak album ni. Apa tunggu lagi. Cari kat kedai muzik terdekat ye. Jom kita tengok video klip untuk lagu Terukir di Bintang.

March 3, 2012

Pelancaran Kelab Peminat Khairul Fahmi

Kebetulan hari ni aku singgah dekat KB Mall. Hari pula ada majlis pelancaran kelab peminat Khairul Fahmi yang aku rasa korang kenal la sape dia ni. Tak lain tak bukan, penjaga gol Malaysia dan juga pasukan negeri Kelantan. Tak sangka pula sekarang ni dia pun dah lancarkan kelab peminat dia yang tersendiri. 


Ramai jugak yang datang tadi. Macam biasa la, mesti ada game yang diorang anjurkan. So, budak-budak pun ramai yang take part dalam game tu. Sebab tu ramai yang tengok. Diserikan lagi dengan kehadiran Khairul Fahmi. Pastu ramai jugak yang ambik peluang nak masuk kelab Khairul Fahmi.


Sesi bersama peminat. Macam biasa la, ambik gambar bersama celebrity. Hehehe. So, ramai yang tak lepaskan peluang bergambar dengan Khairul Fahmi.


p/s : Esok game Kelantan dengan Negeri Sembilan, kalau tak silap aku. Hope Khairul Fahmi perform malam tu. 


Majlis Perasmian Tahun Melawat Kelantan 2012

Tepat jam 10.00 malam tadi. Secara rasminya, telah pun dilancarkan Tahun Melawat Kelantan 2012 di Stadium Sultan Muhammad ke IV. 


Tak dapat spot cantik, sebab aku pun datang lewat tadi. Sebab sebelum tu hujan agak lebat. Jadi dapat ambik gambar dari side tepi je. Majlis perasmian ni dihadiri oleh Tengku Mahkota Kelantan, diiringi oleh Tuan Guru Nik Aziz serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Lepas majlis perasmian tu, ada pula pertunjukkan bunga api bagi menandakan dengan rasminya dilancarkan Tahun Melawat Kelantan 2012.


Dah habis pertunjukkan bunga api. Diserikan lagi dengan persembahan kumpulan nasyid terhebat tanah air, Raihan dan juga Papa Rock Malaysia, Ramli Sarip.





Tepat jam 1200 malam ada lagi pertunjukkan bunga api. Tapi aku dah tak larat nak tunggu. So, balik je la. Kalau ada kesempatan esok aku ingat nak pergi tengok pertunjukkan air dekat sungai Kelantan. Pagi esok. Mana tau kot-kot nanti terjumpa dekat sana. 

p/s : frust sikit, sebab stage tu jauh sangat dengan penonton. jadi terpaksa la ambik gambar dari jauh. Lens aku pulak setakat 105mm je. Susah la nak dapat detail.  

March 2, 2012

[Gambar] Anak pasangan Mawi dan Ekin

Tahniah kepada Mawi dan pasangannya Ekin. Kerana telah pun mendapat permata hati baru dalam hidup mereka.


Comel kan? Anak perempuan Mawi bersama pasangannya Ekin, diberi nama Cahaya Malaika. Dilahirkan pada 28 Feb 2012.


Tahniah sekali lagi buat Mawi dan pasangannya. Semoga dengan kehadiran orang 'baru' dalam kehidupan diorang, rezeki diorang semakin bertambah. Insyaallah.

Sumber Gambar : Sedaka Sejahtera 



Suatu hari di sebuah bank...

Semalam aku baru balik dari kerja. Lepas dua minggu tanpa internet. Bila dah jejak tanah baru rasa puas hati. Dalam perjalanan balik aku singgah la dekat satu bank ni. Sebab kawan aku nak mintak statement bank. Jadi kitorang pun singgah kat satu bank ni di Paka, Terengganu.

Sungguh bernasib baik sebab bank tu tak penuh. Jadi cepat la boleh masuk kaunter. Lepas tu, seorang pegawai bank tu handle la urusan kawan aku. 

Pegawai bank : Encik boleh tunggu setengah jam tak untuk kami buat statement tu.
Member aku : Boleh je.

Lepas tu kitorang pun pergi la minum dekat kopitiam dekat dengan bank tu. Sebab nak tunggu setengah jam. Boleh tahan jugak la lamenye kalau setengah jam tu. So, takpe la. Lagipun lepas ni nak gerak balik Kuala Terengganu dah. Sementara tu boleh la hilang-hilang penat naik chopper pagi tadi.

30 minit kemudian,

Member aku : Macam mana dengan statement bank saya?
Pegawai bank : Encik, kita punya server down, boleh tunggu lagi 2 jam ke? Ok tak?
Member aku : 2 jam? errrr..tak boleh ke dapat statement tu.
Pegawai bank : Kejap-kejap encik tunggu kejap ye. Duduk dulu.

10 minit kemudian.

Pegawai bank : Ni statement bank encik untuk bulan sekian-sekian.

Haaa. Kat situ macam dah nampak sangat yang diorang buat kerja lambat. Lepas tu bagi alasan macam-macam. Bukan aku nak mengutuk diorang. Tapi better diorang bagi reason yang betul-betul konkrit. Ni tak.

Korang pikir la sendiri.