September 30, 2010

Tikus Dalam Roti

Korang mesti suka makan roti kan? Siapa kat sini yang tak suka makan roti? Angkat tangan? Aku gerenti mesti ramai diantara kita yang suka makan roti. Kalau mereka yang tengah diet ni mesti lagi suka kan? Sebab roti ni pengganti kepada nasi. 


Aku tak nak cerita banyak. Kejadian ni memang betul-betul berlaku kat UK. Tak tahu lah kalau kat Malaysia dah jadi macam ni ke tak.


Korang nampak tak ape yang aku nampak? Aku rasa korang mesti nampak. Seekor tikus kecil yang berada diantara 4 keping roti. Memang tak sedar. Menurut Stephen Forse dari Kidlington, Oxfordshire, UK dia dah pun makan beberapa keping roti sebelum menyedari pasal tikus ni. Memang sebelum tu dia langsung tak sedar. 


Jadi lepas ni berhati-hati ye bila makan roti. Jangan lepas tengok gambar ni korang tak makan roti pulak ye. Kat Malaysia ni tak ade lagi kes-kes macam ni. Harap-harap tak ade langsung la. Jadi tak payah ragu-ragu ye.

Fake Irine Nadia Marcello dalam Facebook?

Aku rasa, isu ni dah pun di highlight kan oleh sesetengah blogger. Kalau korang ingat dulu gambar blogger Dark Batman dan juga Ben Ashaari pernah dijadikan sebagai gambar profile orang lain. Kali ni aku pulak jumpa lagi satu Fake Identity yang menggunakan gambar orang lain. 

Yang menjadi masalahnye, bila orang lain yang guna gambar orang yang sememangnya dah terkenal dalam dunia maya ni.  Pada hakikatnya orang tahu yang dia ni menggunakan gambar orang lain. Sebab ape tak nak guna gambar sendiri? Diri sendiri tak cantik? Tak hensem? Sebab tu sanggup nak ambik gambar orang lain? Lepas tu ngaku gambar sendiri.


Blogger yang terkena kali ni, Irine Nadia Marcello. Aku rasa korang pun kenal sape Irine Nadia ni kan? Sebab dia ni memang cukup popular dengan blog nya. Selain tu, dia ni kan pernah jugak masuk Majalah DARA edisi July kalau tak silap.

Nak dijadikan cerita, budak yang gunakan gambar Irine ni tag gambar nya pada gambar kawan aku. Jadi tak pasal2 aku pulak yang nampak. Aku tahum kadang-kadang tu ade lagi yang tak cam gambar orang lain. Tapi bila aku tengok kat profile Irine balik. Memang gambar tu terang-terang diambil dari profile Irine. Aku tanya lah si Irine ni, dia cakap memang dah sound pun budak ni. Tapi still buat lagi. Ape hal? Addicted to Irine Nadia Marcello? Sampai dah tak ngaku diri sendiri?

Klik untuk lebih jelas

Melalui perbualan antara kawan aku. Memang aku tahu yang kawan aku ni memang tak kenal siapa Irine Nadia Marcello. Dan budak yang guna gambar Irine berasal dari Sarawak. Memang tak patut la, dah disound pun boleh buat macam ni lagi. Tak boleh pakai betul la.

Jadi sekarang ni berhati-hati la bila letak gambar kat Facebook. Sekarang ni macam-macam orang boleh buat dengan gambar kat Facebook. Ke arah kebaikan mahupun keburukan. Sebab tu kita perlu berhati-hati.

Pendapatan aku bersama Nuffnang

Bila bergelar bloggers. Semua orang tahu. Apa itu Nuffnang. Satu syarikat yang mampu beri pendapatan kepada bloggers. Aku sebenarnya bukanlah lama aktif dengan Nuffnang. Masih baru. Walaupun dah mendaftar dengan Nuffnang sejak bulan Julai 2009, tapi aku betul-betul aktif dengan Nuffnang baru berapa bulan je. Kalau tak silap sejak Gatsby Blogger Gathering hari tu. Sejak hari tu, ade jugak la aku join event Nuffnang ni. Dan pernah jugak menjejakkan kaki ke office Nuffnang ni sebanyak dua kali.

Sekarang ni memang terbukti yang Nuffnang ni mampu memberikan pendapatan sampingan kepada bloggers. Kalau ikutkan traffic aku hari-hari tak lah sampai ribu-ribu. Tapi Alhamdulillah sebab ada lagi yang sudi nak baca blog aku ni. Sebab korang selalu jenguk blog aku ni lah yang membolehkan aku dapat earnings sedikit sebanyak.

Berbalik kepada tajuk, pendapatan aku dengan Nuffnang ni betul-betul menjadi sejak aku pergi ke  Gatsby Gathering kalau tak silap aku bulan April yang lepas. Time tu baru aku kenal Nuffnang. Dan dalam masa 5 bulan ni je aku dah mampu nak cash out 2 kali. Tapi tak sampai beribu-ribu macam ade blogger yang dapat. Tapi cecah jugak la 3 angka.


Baru dua kali cash out. Tak terima lagi Cheque dari Nuffnang. Mungkin tengah bulan ni kot. Bulan ni jugak aku dapat Buffered Earning paling tinggi. Sampai RM50++. Alhamdulillah. Syukur sangat. Kalau sebelum ni nak dapat earnings daripada Nuffnang ni bukan main susah. Tapi sekarang boleh lah dapat la jugak duit sampingan kan. =)


Ni pendapatan aku yang baru selepas cash out semalam. Baru RM 2.00. Lambat lagi nak cash out. Memandangkan aku punya buffered earnings pun tinggal satu je. Susah la sikit kot. Harap-harap Nuffnang bagi la lagi buffered earnings kat blog aku ni. Boleh lah aku cashout lagi hujung bulan nanti ye. Hehehe.

Jadi pokok pangkalnye sekarang ni, korang jangan terkeja-kejar sangat duit atau earnings ni. Yang penting korang blogging dengan gembira. Dengan suka hati. Bila dah dapat ramai readers mesti nanti earnings pun tinggi. Kalau dapat BE tapi reader tak sampai 50 orang seminggu pun susah jugak nak dapat income. Sebab tu readers atau traffic ke blog ni penting. Sebab tu boleh jadi sumber kewangan korang tau. Macam bro Eyriqazz kite la. Dah cecah 4 angka sebulan. Korang pun mesti boleh kan?

Enjoy yourself with blogging.
Money will come later. 
=)

Review 6# Ceritera Sang Kura-Kura | Blog pasal kura-kura ke?

Kura-kura?

Pernah dengan Ceritera Sang Kura-Kura?

Be nice, I won't bite.

Nampak tak ape yang kura-kura ni kate. Nak melawat blog Ceritera Sang Kura-Kura ni kena hati-hati tau. Nanti kura-kura tu gigit. Hehehe. Blog ni merupakan blog ke 6# yang berada dalam sesi Terjah @ aizatshafiq.com. Banyak lagi nak diterjah ni. Hehehe.


Bila melawat blog ni aku cukup suka. Sebab page load yang ringan. Aku sebenarnya memang tak suka sangat blog yang berat-berat ni. Maklum la, aku kan pakai broadband je. Bila berat-berat ni susah sikit nak load kan page. Blog ni warna pink tau. Hehehe. Feminin. Dah pun namenye blog perempuan kan? Takkan nak letak warna hitam pulak. Banyak cerita pasal diri penulis.

Jadi nak tahu kisah sang Kura-Kura boleh lah jenguk kat blog Ceritera Sang Kura-Kura. Aku cari jugak cerita pasal kura-kura dengan arnab. Tapi tak jumpa lagi ni. Hehehe.

Minum air berudu

Sedih bila terpaksa minum air yang disediakan secara percuma. Tapi kualiti air tak seberapa. Minum tu memang dah terpaksa la. Tapi bila air yang minum tu kita tak sedar macam mana kualiti air nye sedih jugak kan. Ni keluhan penoreh-penoreh getah di Ladang Sebaling di Daerah Jempol. Walaupun air yang disediakan adalah percuma. Tapi kualiti airnya diragui. 

gambar sekadar hiasan

Berikut adalah laporan daripada Berita Harian
JEMPOL: Seramai 50 keluarga yang kebanyakannya penoreh getah di Ladang Sebaling terpaksa menerima hakikat kemungkinan terminum dan termakan telur katak atau berudu. 
Ini disebabkan mereka dibekalkan dengan
air dari satu kawasan paya yang terletak di pinggir hutan tidak jauh dari kawasan penempatan ladang itu, yang pemprosesan airnya dilakukan pekerja Indonesia yang bertugas menjaga alat pam dan rumah rawatan air yang sudah usang.
M Kalimmah, 52, berkata mereka dibekalkan air percuma tetapi kualitinya tidak dijamin bersih.
Ia kotor dan kadang kala berwarna coklat dan jika musim hujan, ia berlumpur dan pernah keluar anak berudu dari paip rumah saya, katanya kepada BERNAMA. 
Beliau yang berpendapatan RM600, kurang senang dengan bekalan air di situ walaupun rumah yang disediakan kepada mereka oleh pihak ladang agak selesa. 
Rakannya, K Sivakolunthu, 62, sanggup menunggang motosikal setiap hari ke Ladang Geddes berhampiran bagi mendapatkan bekalan air lebih bersih. 
Setiap hari, saya bawa balik air paip dari Ladang Geddes dalam tiga bekas botol besar kerana saya tidak boleh minum air di rumah ini yang berbau dan ada banyak mendapan, katanya. 
Beliau sudah lapan tahun tidak menggunakan air di rumahnya untuk minum tetapi isterinya terpaksa menggunakan air itu untuk memasak, mandi dan mencuci. 
Tinjauan BERNAMA di kawasan paya yang dijadikan bekalan air untuk penduduk ladang itu mendapati, semua proses rawatan air dibuat menggunakan tenaga manusia dengan setiap hari pekerja akan memasukkan klorin. 
Difahamkan, ladang itu diambil alih pengurusan baru dan mereka berjanji membekalkan air lebih bersih kepada penduduk tetapi projek itu belum dilaksanakan.

Kalau dah kaya sangat, macam nilah jadinya

Terus terang aku cakap, siapa yang tak nak pakai Ferarri 458 Italia. Yang baru tu. Kalau aku jadi macam Mark Zuckerberg, mesti aku dah beli sebijik. Tapi bila dah dapat sebijik macam-macam pulak halnye kan. Kadang-kadang tu bila dah dapat, tak reti-reti nak bersyukur pulak kan. 

Kejadian ni memang betul-betul berlaku. Aku dapat story ni pun time tengah berjalan-jalan di alam maya. Lepas  tu terjumpalah pulak gambar ni. Memang realiti. Tuan punya Ferrari 458 Italia ni baru je beli kereta ni. Tak sampai 24 jam pun lagi.

Korang tengok gambar ni korang nilailah sendiri ye.














Memang sedih kan? Tak sampai 24 jam pakai kereta ni dah jadi macam ni. Kesian tuan empunya kereta ni. Baru nak try dengan kereta baru last-last jadi macam ni. Kalau aku tak tahu nak fikir macam mane. Mungkin mamat ni dah senasib dengan Syahir AF kot yang kemalangan dengan kereta Nissan Fairlady 350z hari tu. Cuma Syahir sempat la jugak merasa sebulan. Mamat ni pulak Tak sampai 24 jam. Kesian.

Sebab tu lah 'Pandu Cermat, Jiwa Selamat Kereta Selamat'.

September 29, 2010

Apa yang ada disebalik Farmville? | Korang patut tahu pasal ni

Bila bercakap pasal Facebook ni. Semua orang tahu. Bila cakap pasal applications Farmville mesti korang kenal kan? Kat bawah ni ade sedikit fakat pasal Farmville. Tapi kali ni fakta Farmville versus dengan Real Farms. Kali Farmville lawan dengan Real Farms. 


Fakta ni patut korang tahu. Sebab kalau lah Famrville ni betul-betul berada di alam nyata memang aku rasa petani-petani zaman sekarang ni dah kaya raya. Kalau ikut fakta-fakta ni la.


Dah tengok fakta-fakta ni? Aku rasa kalau siapa yang gilakan Farmville ni patut bukak ladang sendiri. Seba korang boleh kaya kalau korang punya attitude macam dalam Farmville. Hehehe.


Mark Zuckerberg | Pencipta Facebook

Siapa Mark Zuckerberg?

Artis ke?

Penulis ke? 

Pelakon ke? 

Korang kenal tak die ni sape?


Dia nilah Pencipta Facebook. dan sekarang ni dia baru je berumur 26 tahun. Tapi dah pun bergelar jutawan. Tak pun sekarang ni dah jadi billionaire. Sekarang ni saham dalam Facebook je die dah pegang 24%  saham daripada berbilion-bilion tu.

Gambar HQ Facebook di Palo Alto, California

Nanti akan dilancarkan filem yang bertajuk The Social Network pada 1 October ni. Filem yang bakal mengisahkan tentang kehidupan jutawan muda Mark Zuckerberg. Bukan setakat filem je yang ditayangkan, malah komik yang berkisarkan pasal 'Mark Zuckerberg ; Pencipta Facebook' turut diterbitkan. Makin bertambah-tambah la pendapatan si Mark ni ye.

Bill Gates pernah tawarkan si Mark ni sejuta dolar. Time tu die masih lagi bersekolah di sekolah tinggi. Supaya si Mark ni bekerja untuknya. Tapi dia tolak tawaran tu. Kalau aku, aku rasa mesti aku dah ambik tawaran tu. Tak fikir panjang dah. Tapi kalau ikut reputasi Mark Zuckerberg sekarang ni. Memang patut sangat la die tolak tawaran Bill Gates tu. Sebab nilai kekayaan dia sekarang bernilai beribu-ribu kali ganda dari jumlah yang ditawarkan oleh Bill Gates time tu.

Mark Zuckerberg ni jugak turut disenaraikan sebagai orang yang ke-35 paling kaya di Amerika Syarikat dengan nilai kekayaan AS$6.9 billion (22 billion). Cuba korang bayangkan. Kekayaan di usia 26 tahun. Wow. Cukup hebat.

Berita Baik untuk Rakyat Terengganu

Berita baik kepada mereka yang berada di Terengganu. Kalau dulu dekat kawasan Pantai Timur ni yang mempunyai kawasan bebas cukai adalah di Pengkalan Kubur, Kelantan. Dan kemungkinan besar pada tahun 2012 nanti, kawasan pelancongan popular di Terengganu mungkin akan diwartakan sebagai kawasan bebas cukai. 


Berita selanjutnya dari Berita Harian
KUALA TERENGGANU: Terengganu akan maju setapak lagi apabila tasik buatan manusia, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu akan menjadi kawasan bebas cukai mulai tahun 2012. 
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata Tasik Kenyir akan menjadi tarikan kepada lebih ramai lagi pelancong dengan pengwujudan kawasan bebas cukai itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di sini hari ini, beliau berkata Tasik Kenyir yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai kawasan bebas cukai minggu lalu akan diwartakan dalam masa terdekat.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk menyediakan kompleks bebas cukai, kompleks kastam dan sebagainya. 
Selain itu, 300 unit chalet dan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang akan dibina bagi memudahkan pelancong menginap di Tasik Kenyir. 
Katanya, untuk tujuan itu juga kerajaan negeri akan menyambung bekalan elektrik dari Kampung Kepah ke Pulau Bayas di Hulu Terengganu dengan kos kira-kira RM27 juta. 
Ahmad berkata, dengan adanya beberapa daya tarikan pelancong di Tasik Kenyir seperti taman burung, taman rama-rama, taman gajah dan lain-lain akan lebih menarik perhatian pelancong. 
"Tambahan pula, dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan memudahkan lagi pelancong datang ke Tasik Kenyir," katanya. - BERNAMA

Tak lama lagi ramai lah yang akan datang ke Tasik Kenyir ni. Tambah-tambah pula diwartakan sebagai kawasan bebas cukai. Harap-harap jadi la.

Berhati-hati bila guna mesin ATM | Anda mungkin jadi mangsa

Berhati-hati ketika menggunakan mesing ATM sebab sekarang ni macam-macam car diorang nak mencuri. Sekarang ni 'Geng Tepuk Bahu' pulak. Diorang boleh cam bunyi mesin ATM time kita tekan no pin. Jadi berhati-hati ketika menggunakan mesin ATM. Jangan sampai terpedaya.


Berikut adalah laporan daripada Berita Harian.
KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan sindiket antarabangsa yang dikenali sebagai 'geng tepuk bahu' untuk menukarkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) memiliki kemahiran membaca nada bunyi pada papan kekunci nombor mesin ATM bagi membolehkan mereka mengetahui nombor pin ditekan mangsa.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata kumpulan itu didapati bergerak antara dua hingga tiga orang dan berlegar di bank dengan masing-masing mempunyai tugasan sendiri iaitu mendengar nada nombor pin ketika mangsa membuat pengeluaran, memerhatikan gaya dan pergerakan mangsa selain menabur wang di lantai bagi mengalih perhatian mangsa ketika menukarkan kad ATM di mesin.
Beliau berkata, kelalaian segelintir pengguna mesin ATM yang kurang peka untuk mengamalkan ciri keselamatan seperti mengelakkan jarak ketara dengan mesin ATM ketika melakukan pengeluaran wang memudahkan lagi penjenayah menjalankan kegiatan.
"Segelintir pengguna kurang peka untuk mengutamakan aspek keselamatan ketika mengeluarkan wang di mesin ATM. Mereka mungkin menyangka selamat apabila merasakan orang tidak tahu nombor pin keselamatan mereka, tetapi sebenarnya kadang kala tindakan menjarakkan diri dari mesin ATM membolehkan nada pada papan kekunci dibaca dengan lebih jelas. 
"Kesempatan inilah yang digunakan penjenayah dan ia dibuktikan selepas kita menyoal siasat tiga rakyat asing yang ditahan di Chukai, Kemaman pada 19 Ogos lalu," katanya. 
Akhbar pada Ogos lalu melaporkan, polis menahan tiga warga Peru berusia 30-an hingga 60 tahun mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana dipercayai terbabit dalam sindiket menipu dengan taktik menepuk bahu mangsa, sebelum bertindak menukar kad ATM dalam kes membabitkan kerugian hingga RM30,000 dalam tempoh dua bulan lalu. 
Difahamkan, kumpulan berkenaan kebiasaannya memilih mangsa yang mempunyai banyak wang di dalam akaun melalui pengamatan terhadap cara pemakaian dan kenderaan mangsa. 
Mohd Shukri berkata, hasil siasatan, kebolehan membaca dan mendengar bunyi nada nombor pin itu hanya dimiliki seorang daripada tiga suspek. 

Teknik Tidur Time Kerja

Teknik terbaik untuk tidur semasa bekerja. Agak-agak korang kalau kerja lain boleh tak buat macam ni? Sebab gambar ni menunjukkan yang kerjaya sebagai "Pak Guard" korang boleh berehat sambil tido-tido time kerja. Hahaha.

Hentikan Fraud Click | Pesanan daripada Nuffnang

Kalau korang perasan dekat blog Nuffnang terdapat satu pesanan khas yang ditinggalkan oleh Nuffnang. Berkaitan dengan pengiklanan oleh Nuffnang ni la. Kalau korang perasan sekarang ni boleh dikatakan semua blog ade perkhidmatan Nuffnang. Time aku mula-mula nak kenal blog 2,3 tahun lepas memang cukup susah untuk aku kenal Nuffnang. Sekarang ni banyak blog yang dah pun ade Nuffnang ni. 

First biar aku kenalkan dulu pengiklanan yang selalu Nuffnang bagi dekat bloggers. Terbahagi kepada dua, iaitu :
  • Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns yang dibayar berdasarkan number visitors yang datang ke blog korang. Ni lah yang dikatakan Buffered Earnings. 
  • Cost-Per-Click (CPC) campaigns. Yang dibayar berdasarkan berape ramai yang klik blog korang.
Sekarang ni Nuffnang dah detect mereka-mereka yang selalu melakukan penipuan klik. Sebab utama mereka buat macam ni adalah disebabkan oleh mereka yang menjana duit atau earnings secara cepat. Yela kan, bila klik iklan kat blog sendiri maybe diorang ingat senang-senang nak dapat income. Tapi cara ni memang Nuffnang dapat detect. Tak kira lah kalau korang tukar IP sekalipun.

Antara contoh-contoh mereka yang melakukan Fraud Clicking ni adalah:
  • Mereka yang klik pada iklan di blog orang lain. Lepas tu tinggalkan mesej atau pesanan kat shoutbox ke, suruh tuan blog tu klik balik pada iklan di blog mereka.
  • Menyuruh readers atau visitors untuk klik pada iklan di blog mereka.
  • Register banyak blog. Lepas tu klik setiap iklan di blog tu.
  • Bertukar-tukar IP dengan tujuan nak klik iklan di blog sendiri.
Tu antara contoh apa yang dipanggil Fraud Clicking. Dan perbuatan macam ni dah dikira melanggar Terms & Condition dibawah Section 6


First aku nak cakap, korang tak perlu lah buat macam tu. Sebab Nuffnang punya security ni memang tinggi. Lagipun perbuatan macam ni, senang sangat diorang nak detect. Lain lah kalau korang ni Hackers yang dah pernah hack sistem pertahanan US ke. Takpe la jugak. 

Satu lagi, korang buat macam ni macam tak berbaloi. Sebab ni akan merugikan korang jugak. Bukannya menguntungkan. Apa salahnya kalau korang fokus pada blog. Entry yang bagus. Nanti reader akan datang. Bila dah dapat reader ramai. Secara tak langsung nanti earnings korang akan bertambah. Betul aku cakap. Tak tipu. Yang penting niat blogging tu. Sebab nak dapat semua ni kenalah bersabar kan. Baru dapat hasilnya. Betul tak?!

Last sekali, kalau korang buat kerja-kerja macam fraud clicking ni. Elok berhenti lah.  Merugikan je. Sebab buat macam ni korang tak dapat banyak pun. Sikit je. Lebih baik korang cari reader sampai ribu-ribu sehari. Last-last income tu akan datang jugak.

SAY NO TO CLICK FRAUD.


September 28, 2010

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Betul lah orang kate. Patah tumbuh hilang berganti. Aiseyy, berperibahase la pulak. Hari tu aku ade tulis pasal entry yang aku kehilangan follower. Sampai dua orang tu. Macam-macam dah bermain dalam fikiran aku time tu. Ye la kan. Sebab ape diorang dah tak nak follow blog aku? Blog aku ni tak best ke? Ke aku ade sakitkan hati diorang ke? Macam-macam lah aku fikir. 

Tapi kurang dari masa seminggu. Alhamdulillah. Follower aku dah meningkat. Ni gara-gara masih ade yang udi nak ikut perkembangan blog aku ni. Masih lagi sudi nak membace blog aku. Ni thanks untuk korang. Dan ketika entry ni ditulis je blog aku dah pun mendapat follower seramai 502 orang.  Thanks untuk korang yang dah menjadi follower blog ni.


Tak boleh aku nak senaraikan semua followers aku. Maaf ye. Ape-ape pun aku harap korang selalu-selalulah datang balik ke blog aku ye. Jangan datang sekali tak singgah-singgah dah la ye. 




Digi iPhone 4 Life

Pada suatu hari aku berjalan-jalan di sebuah Zoo. Sedang aku berjalan-jalan sampai lah aku di hadapan 3 ekor zirafah. Cuba korang bayangkan. Ape yang zirafah tu borak? Tengok kat bawah ni.


Sungguh mengecewakan sebab Zirafah pun dah mula-mula bercakap pasal iPhone 4 ni. Mane taknye kan. Digi menyediakan Pakej Paling Hebat jika dibandingkan dengan Telco lain. Kalau tak caye korang tengok la sendiri entry Plan iPhone 4 yang disediakan daripada Digi. Memang terbukti murah. 

Jalan-jalan punya jalan kat Zoo, tu aku terkejut. Bila ade la sekor mamat ni dah dapat pun iPhone 4. Lepas tu dok action-action kat aku. 


Panas beb. Dah tunjuk-tunjuk kat kite kan. Sampai nak pinjam pun tak boleh. Takpe-takpe aku tunggu Digi bagi kat aku nanti aku datang balik tunjuk kat si Gajah ni pulak. Tengok je la gambar tu. Siap gelak-gelak lagi kat aku. 

Lepas tu terus aku berjalan pulang. Sebab dah tak tahan tengok Gajah tu pakai iPhone 4. Aku pun tak boleh nak pakai lagi. Sebelum keluar daripada Zoo tu aku jumpa lah seekor monyet. Yang berada dalam kesedihan. 


Sempat jugak la aku tanye die. Die cakap yang die pun nak iPhone 4 jugak. Dengki dengan si Gajah tadi. Patutlah muka die sedih je. Memang aura iPhone 4 dari Digi ni cukup kuat. Sebab tu lah ramai yang nakkan  Digi iPhone 4 life. Sebab kat Zoo pun diorang nak guna iPhone 4 ni tau. Maklumlah, iPhone 4 ni kan banyak applications yang boleh digunakan sehingga 250, 000 ++ tau. Banyak sangat. Dan cukup untuk memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja.

Sebab tu la aku nak sangat iPhone 4 daripada Digi ni. Walaupun persaingannya boleh dikatakan 0.05 % untuk menang. Bukan mudah mungkin beratus-ratus orang yang bersaing. Dan cuma satu iPhone 4 yang akan diberikan kepada pemenang. Apa-apa pun persaingan tetap persaingan sebab aku nak Digi berikan satu iPhone 4 life dalam hidup aku.

Review 5# Ceritera Kehidupan

Sesi Terjah @ aizatshafiq.com diteruskan. Kali ni kita berkunjung pulak ke blog yang datangnya dari Bidor, Perak.

Ceritera Kehidupan. Tu lah nama yang diberikan untuk blog ni. Macam tajuk lagu la pulak. Hehehe. Blog ni milik Nur Azila Ismail. Orang muda ceria gitu. Hehehe. Tengok gambar pun dah tahu. Mengikut profile penulis sekarang ni berusia 17 tahun. Tahun ni kiranya penulis akan menghadapi SPM. Ape-apepun semoga berjaya untuk Nur Azila ye.


Blog ni banyak mengisahkan pasal diri dan juga pendapat daripada Nur Azila. Kira banyak tulis pasal peribadi. Betul. Seronok baca. Lagipun page load untuk blog Nur Azila ni tak lah berat sangat. Sebab tak banyak widget-widget yang berat. Cuma, tak selalu update la. Sebab tuan blog Ceritera Kehidupan ni kan nak SPM. Banyak lagi yang kene fokus. Jadi nanti lepas SPM mesti dia selalu update. =)

Jadi korang berkunjung la ke blog Ceritera Kehidupan ni ye.

September 27, 2010

Tips Trafik untuk blogger baru | Tips Blogging

Kali ni aku nak kongsi tips yang aku rasakan mampu nak tarik pembaca ke blog kita. Pembaca ni ataupun boleh dipanggil traffic. Bila ade traffic bermaksud ade earnings. Betul tak? Tapi tips nak tarik traffic ni aku cuma nak suggest kepada blogger-blogger yang masih baru. Sebab kalau yang lame-lame ni mesti dah ade teknik-teknik mencari reader tersendiri.


Tips 1#
Korang cubalah untuk senaraikan blog korang dalam blog list blogger-blogger yang hebat. Tak kira la macam mane sekalipun. Korang try lah tanye tuan blog tu. Selalunya mereka akan buka bloglist untuk masa-masa tertentu. Jadi bila blogger-blogger hebat ni dah buka bloglist. Join lah. Ape salahnye kan. Untuk kebaikan bersama. Sekarang ni kalau tak silap aku Ben Ashaari sedang buka bloglist beliau. Apa kata kalau korang join.


Korang boleh jugak join Terjah @ aizatshafiq.com. Sebab bila korang join ni aku akan senaraikan blog korang di dalam bloglist Terjah ! kat sidebar aku tu. Ape salahnye kan. Bantu-membantu sesama blogger.

Tips 2#
Update dalam sehari tu biar lah dua tiga kali. Kalau dapat empat kali ke lima kali ke. Lagi ok. Sebab bila korang selalu update. Blog korang akan sentiasa berada di atas bloglist. Bila dah tersenarai dalam bloglist blogger-blogger lain. Bila tajuk blog korang  ni menarik. Mesti ade orang yang akan klik ke blog korang melalui blog lain. Jadi update ni penting untuk sesebuah blog. Sebab pembaca nak kan yang terkini dari blog. Bila blog selalu update. Mereka akan selalu datang ke blog.

Tips 3#
Ping blog anda dalam laman-laman Ping. Kalau korang yang masih tak tahu lagi apa itu laman-laman Ping. Contoh macam Blogged.my. Tak pun boleh try Ozbloggers.com. Ni antara laman ping blog yang agak popular jugak. Selain tu ade jugak laman Innit.Nuffnang. Tu antara laman-laman untuk ping blog. Sangat sesuai untuk ping blog. 

Ping ni penting untuk korang sebagai blogger-blogger baru. Sebab kat laman ping ni jugaklah yang kita gunakan sebagai medium atau tempat untuk kita promosikan blog kita.

Tips 4#
Kalau korang serius dalam berblogging. Korang boleh jenguk laman-laman blog yang mempunyai reputasi tinggi dalam dunia blog ni. Ramai blogger-blogger yang dah berjaya. Korang selalu-selalukan jenguk blog mereka. Korek tips-tips yang dah pun mereka tulis. Sebab memang blogger-blogger ni tak kedekut ilmu. Diorang mesti akan tulis pasal tips-tips blogging dalam blog mereka.

Jadi tak salah kalau korang luangkan masa sedikit mencari dan menggodek diorang punya tips. Hehehe.



Tips 5#
Cuba untuk kenal blogger lain. aku rasa sekarang ni cukup mudah nak kenal blogger lain. Betul. Tak tipu. Korang perlu ade account Twitter. Yang tu penting. Sebab dengan twitter ni korang boleh behubung dengan ramai blogger. Macam Kak Red dari blog Redmummy.com pun korang boleh sembang-sembang. Betul ni pengalaman sendiri. Ramai lagi blogger-blogger hebat yang lain yang selalu berhubung dengan Twitter.

Kat sini jugak korang boleh promosi blog. Sebab tu aku rasa Twitter ni penting jugak. Korang boleh tanya direct kat blogger tu satu-satu soalan. Kalau tak keberatan mesti diorang akan jawab. Jadi jangan lupa Folllow account Twitter/aizatmx89 aku ye. Senang nak kenal-kenal nanti.

Aku rasa cukup setakat tu dulu untuk tips-tips kali ni. Sebab kalau nak dikongsi tips pasal blogging ni memang banyak. Tapi aku pun masih belajar lagi. Banyak lagi nak kena improve. Nak bersaing dengan blogger hebat jauh la lagi. Mereka memang dah hebat. Aku ni masih lagi terkedek-kedek. Hehehe. 

Isu Tudung | Sama tapi tak serupa

Bila cakap pasal isu tudung ni sekarang dah macam style ade. Tak kira pin sane, pin sini. Kira macam style. Kalau pegi dekat pasar malam ke, macam-macam jenis nama pun ada. Tudung Ekin la. Macam-macam lagi la yang aku pun tak tahu sangat. Tapi sejauh mana pemakaian tudung yang betul? Ramai ke orang Islam pakai tudung dengan betul? 


Terkejut jugak bila aku dapat gambar ni daripada Facebook. Sebab ye la kan, sebelum aku pun tak perasan. Bila dah keluar gambar-gambar macam ni baru la aku perasan persamaan diantara keduanya. Ni lah yang dikatakan tak sama tapi serupa.


Kalau ikutkan etika kat atas ni lah pemakaian tudung yang sebenar. Kalau boleh ikut fungsi tudung yang sebenar. Tapi semua tu terpulang pada individu tu sendiri menilainya. Bak kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Betul tak?

Aku dan Formula One

Semalam aku layan siaran tertunda Formula One Singapore. Lame la jugak tak layan Formula One ni. Kalau dulu memang aku cukup ikut perkembangan Formula One. Tapi lepas TV dah siarkan race tengah-tengah malam dah tak berape nak ikut sangat. Semalam baru lah aku tengok pertama kali trek racing Formula One Singapore. Sebelum ni selalu je miss. Tak sempat nak tengok. 


Race track Singapore ni cantik. Tapi masih lagi tak  tak boleh nak tanding race track Monaco ataupun Dubai. Lagi menarik. Ape-ape pun disebabkan race pada malam hari menyebabkan race kat Singapore diterangi oleh lampu-lampu yang menjadikan ia menarik. 

Pengalaman aku bersama Formula One 

Cakap pengalaman aku pasal Formula One ni. Aku pernah tengok sekali je. Tu pun time sekolah. Dapat sponsor untuk Programme F1 in school. Seronok la jugak. Tapi time tu first time masuk Sepang International Circuit. Tak tahu ape-ape lagi. Time tu jugak la aku terkejut bila harga air minuman a.k.a air mineral berharga RM 5 sebotol kecik. Memang first time sangat la time tu. Burger pulak RM 12. Perghhh. Zaman tu time budak-budak mane nak ade duit sangat kan. Terpakse la berlapar dalam tu. Beli air je sebotol nak tahan sampai ke petang.

Bila race habis je di petang hari. Kitorang start nak balik. Tengah tunggu-tunggu bas sekolah datang nak ambik ade la pulak brader tu yang jual air mineral dengan nasi lemak. Harga biasa. Nasi lemak RM 1. Air mineral pun RM 1. Ape lagi. Serbu la. Sorang ambik 2,3 bungkus. Lapar punya pasal. Tu la kisah aku kat Sepang International Circuit. 

Tak suka kereta Formula One Sekarang

Bila cakap pasal kereta Formula One untuk race sekarang ni aku cukup tak suka. Sebab kereta sekarang ni lebih kurang same je. Tak macam dulu. Setiap kereta berlainan. Jadi bila tengok design kereta F1 lebih kurang same ni macam A1 la pulak. Tak syok sangat.


Tengok gambar kereta Formula One untuk team Mc Laren Mercedes tahu 2010. Biase je kan. Tak seronok sangat nak tengok macam kereta race tahun 2007. Time tu kereta paling best. Design terbaik la aku katakan. Sebab tu FiA buat undang-undang yang kereta ni ada perbelanjaan terhad. Jadi baru adil untuk team-team yang berbudget rendah. Tapi nampak macam tak adil pulak untuk team-team yang berbudget tinggi kan. 


The best car ever build. Kalau tak silap aku kereta ni lah yang bagi Lewis Hamilton naik. Time tu dia baru je join Formula One. Tapi memang kereta daripada Mc Laren Mercedes Racing Team memang superb giler dengan design yang lain  dari yang lain. Aerodynamic untuk kereta ni pun terbaik la. Time tu pencabar utama Ferrari pun tak boleh nak challenge la.


Sekarang ni persaingan lebih terbuka. Bagus jugak la FiA buat macam tu. Bagi peluang kat team lain jugak. Ape-ape pun aku memang suka tengok Formula One. Tapi buat masa sekarang ni masih lagi tak mampu nak tengok Formula One kat Sepang atas sponsor sendiri. Maklum la, tiket ribu-ribu. Mane nak mampu. Lain la kalau ade orang sudi nak sponsor. Kan?! Kan?!


September 26, 2010

Review 4# Cinderella-Hardlena | Blog yang cukup feminin

Kita teruskan dengan sesi terjah menerjah blog dalam sesi Terjah @ aizatshafiq.com. Masih terbuka sebab aku masih lagi nak berkongsi cerita blog-blog lain di blog aku. Ye la kan. Masing-masing dapat faedah. Blog aku orang kenal blog mereka pun orang kenal. Kedua-dua pihak dapat untung. Ni lah di namakan 'sharing is caring'.

Sesi diteruskan dengan menerjah blog milik Wan Nurhalena. Hiyahhh !!! =)


Tengok warna blog pun dah tahu yang blog ni ala-ala feminin gitu. Hehehe. Nak tahu pasal blog ni? Jom kita ke blog cinderella-hardlena. Seronok baca blog ni. Betul. Banyak cerita pasal life beliau. Kalau tak silap, pemilik blog ni satu negeri dengan iddinMcorner yang telah pun diterjah dalam edisi Review 1# yang lepas. Jauh tau. Dari negeri di bawah bayu. Sabah nun jauh disana.

Bila korang jenguk blog cinderella-hardlena ni sejuk je mata memandang. Tak banyak widget-widget yang dirasakan tidak perlu. Secara tak langsung kalau nak masuk ke blog ni cukup mudah. Tak payah nak tunggu page load lama-lama. Terutama kepada aku yang menggunakan 'broadband' ni. Memang simple. 

Dalam entry ni banyak pasal kisah hidup penulis. Banyak menceritakan pasal kisah hidup keluarga bahagia Wan Harlena ni. Kalau nak tahu lagi kisah hidup penulis, jenguk-jengukkan diri anda ke blog cinderella-hardlena. Baru boleh korang godek-godek rahsia keluarga bahagia daripada penulis. Hehehe.

Korang tak rasa nak diterjah ke? Boleh promote blog korang tau. Tak perlu pakai duit pun. Sekarang ni kita guna konsep give and take. Dua-dua dapat faedah. Jom Terjah @ aizatshafiq.com. Peluang masih lagi terbuka.

Datuk Lee Chong Wei tewaskan Lin Dan di Terbuka Jepun

Akhirnya terbalas jugak dendam yang tersemat dalam jiwa rakyat Malaysia. Kalau korang masih ingat bila masa Lin Dan buat tarian robot lepas tewaskan Datuk Lee Chong Wei time Piala Thomas hari tu. Maklum la. Time tu dia dah menang. Sape yang tak suka kan. Tapi tak perlu la sampai nak buat tarian robot yang boleh dikatakan menyindir Lee Chong Wei depan penyokong sendiri. Betul tak?


Tapi kali ni Datuk Lee Chong Wei dah tebus balik kekalahan hari tu. Dengan mengalahkan Lin Dan 22-20, 16-21 dan 22-17. Dengan kemenangan ni aku tak tahu la kot-kot kalau Datuk Lee Chong Wei pun buat tarian robot jugak kan. Sebab tak masuk berita pun. Apa-apa pun syabas untuk Datuk Lee Chong Wei.