May 31, 2012

Tamat sudah WTF? 23 Properties by 30


Habis jugak aku baca buku WTF? 23 properties by 30. Salah satu bentuk investment yang sebelum ni aku memang tertanya-tanya. "How to start a property investment?" Akhirnya semua terjawab dalam buku ni. Kebetulan time aku pergi KL hari tu dapat jugak aku beli buku ni. Sebab dekat Kota Bharu ni masih lagi tak sampai. Mungkin akan ambil masa 1,2 bulan lagi kot.


Mungkin satu hari nanti aku harap dapat la berjumpa dengan penulis buku ni Faizul Ridzuan macam bro Eyriqazz kita, yang dah berjumpa dengan beliau baru-baru ni. Rujuk entry Jumpa Penulis WTF? 23 properties by 30.

Komen aku tentang buku ni,

Memang sangat-sangat padat dengan info mengenai pelaburan dalam bidang. Cara untuk mulakan satu-satu pelaburan. Walaupun dengan bermodalkan RM2k. Apa-apa pun semestinya dengan usaha. Dan dalam buku ni jugak diceritakan segala pengalaman penulis dalam pelaburan. Kalau korang tak percaya boleh la beli. Sangat menguntungkan untuk tambah ilmu dalam bidang pelaburan.

May 30, 2012

Manusia ni tak reti beralah !

Aku tak faham ada jugak jenis manusia yang tak langsung tak boleh nak beralah dengan orang lain. Ni kes yang terjadi pagi tadi. Kesnya berebut parking. Aku yang nak keluar parking. Yang berebutnya dua orang yang masuk parking. Satu tu memang deserve dapat parking tu dan satu lagi memang tak deserve dapat parking tu. Sebabnya dia dah terlepas parking tu. Tapi sanggup reverse dan block kereta aku sebab nak suruh orang kat belakang tu reverse bagi peluang kat dia nak masuk parking.


Agak-agak la bro.

Dah tak ada rezeki tu lepas je la. Ni tak pasal-pasal macam nak gaduh pulak kat situ. Yang tak dapat keluar parkingnya aku. Stuck kat parking sebab satu mamat yang tak reti nak beralah. Hurmmm.

Last ada la seorang mamat ni dengan bangga katakan macam ni,

" Bro, boleh keluar tak dari parking ni, ni parking saya ! "

Ok. Aku memang tak perasan. Yang parking tu memang ada plate number kat situ. Tapi aku tak tau la yang memang betul dia punya parking. Sebab aku ada jugak usha-usha keliling kot-kot dia tengah tunggu parking. Tapi tak nampak pun plate ataupun aku yang tak perasan. Apa-apa pun, kereta yang sepatutnya deserve parking tu beralah. Yang sombong dengan berlagak tu tetap nak masuk. Dan aku pun tak tau sama ada bro yang handsome smart tu bagi ke tak. Sebab sebelum tu dia dah cakap yang parking tu dia yang punya. Sebab lepas tu aku dah blah. Malas nak kecoh-kecoh hanya sebab satu lot parking. Hummm..

Wordless Wednesday #5

It's Wednesday already. So, kena la ada entry Wordless Wednesday. This is my entry for Wordless Wednesday. And it's Wordless.

Selamat tiba di Kota Bharu

Alhamdulillah. Selamat jugak sampai ke Kota Bharu. Walaupun sebelum mulakan perjalanan dah ada macam-macam dugaan. Mana taknya, pagi-pagi tadi time aku check kereta sebelum nak jalan jauh, boleh pulak tayar belakang kereta tu pancit. Nasib baik la malam semalam tak pancit time kat MidValley. Moral of the story kat sini, sila check kereta anda betul-betul sebelum mulakan perjalanan.

Tayar pulak semalam je baru tukar empat-empat. Boleh pulak dia buat pancit. Check-check kat sumbu dia. Memang dah agak pun semalam. Sebab time tukar tayar baru tak tukar benda tu sekali. Tu yang jadi camtu tu.


Gambar kat atas ni ambik time kat Plaza Toll Bentong. Dah on the way balik pun. Kalau ikut lan nak gerak balik pukul 1030 pagi. Tapi disebabkan perkara yang tak dirancang, pukul 1230 tengah hari baru tinggalkan KL. Tu la yang dikatakan ada aral yang melintang. Hehehe.

Apa-apa pun aku dah selamat sampai kat rumah. Selepas perjalanan selama 8jam. Alhamdulillah. Dan tadi jugak aku terserempak dengan satu kemalangan maut dekat area Merapoh. Toyota Avanza merempuh sebuah lori. Terkejut jugak bila aku tengok situasi tu. Cuma kita ambik pengajaran daripada tu, walaupun kadang-kadang tu aku pun agak gila-gila bila bawak kereta. Jadi harapnya boleh jadi pengajaran untuk diri aku jugak. Insyaallah. Alfatihah buat mangsa.

Followers blog makin berkurang?

Followers makin kurang?


Kalau sebelum ni followers untuk blog ni mencecah 800 orang. Tapi dalam masa dua hari dah berkurang ke 798. Bermakna dua orang dah meng "unfollow" kan blog ni. Mungkin penulisan dalam blog ni tak menarik hati diorang kot. Sebab tu diorang dah tak nak follow.

Tapi apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kerana korang pernah follow blog ni. Sekurang-kurangnya korang dah bagi sokongan kat blog ni sebelum ni. Hak nak follow atau tidak itu terpulang kepada diri masing-masing. Tak perlu la nak paksa-paksa. Betul tak?

Mungkin bila dah di"unfollow" ni menunjukkan yang mungkin ada yang tak berminat dengan penulisan aku kat blog. Jadi kena lah mempertingkatkan lagi penulisan aku kat blog. Masih dalam improvement. Tambahan pulak dalam 2,3 hari ni aku sibuk sikit. Sebab ke Kuala Lumpur. Jadi tak punya masa nak update. Bila dah balik rumah banyak la sikit masa nak update blog ni. 

Kepada yang masih baru kepada blog ni, blog aku lebih berkongsi tentang apa yang aku alami. More to personal blog. Dan aku tulis blog ni sebab aku suka jadikan blog sebagai hobi. Sejak aku mula blogging dari tahun 2005, susah aku nak tinggalkan blog walaupun aku pernah stop blogging sejak May tahun lepas. Tapi kembali aktif tahun nie.

Untuk follow atau tidak terpulang pada korang. Yang penting aku jadikan blog ni tempat aku berkongsi. Selagi aku dapat berkongsi, selagi tu aku akan berkongsi.

Happy blogging !

May 28, 2012

WTF? 23 properties by 30 dan The Money Book


Macam selalu, kalau aku pergi ke Mid Valley Megamall memang takkan tak pernah tak singgah ke MPH bookstore. Cuma semalam aku terkejut sebab bila aku cari MPH bookstore kat level ground tu, Uniqlo dah ambik alih tempat kedai asal MPH tu. Ingatkan MPH dah bankrup. Rupanya diorang dah pindah kat tingkat bawah, LG. Mungkin nak save sewa kedai kot. Hehehe.


Hasilnya, tertangkap la dua buah buku ni. Satu buku WTF? 23 properties by 30 yang sememangnya kalau tunggu nak sampai KB memang lambat la. Dan satu lagi The Money Book. Cukup la dua buku dulu. Takut tak terbaca pulak nanti. Hehehe.


Tahniah buat pasangan Rabiatun Adawiyah dan Norzukhairy


Tahniah buat pasangan Rabiatun Adawiyah dan Norzukhairy. Selamat pengantin baru buat anda berdua. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.


Gambar kenang-kenangan kat Majlis Perkahwinan sebelah perempuan. Aku gerak ke Linggi konvoi ramai-ramai. Dalam 7 buah kereta jugak la. Ni mungkin kali pertama aku berkumpul ramai-ramai macam ni lepas habis belajar hari tu. Jadi sambil-sambil tu ambik kesempatan nak jumpa member-member. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai ni kan. 

Hari ni still kat KL lagi, maybe esok dah nak gerak balik Kota Bharu dah. So, hari ni nak settlekan urusan mana yang patut dulu la. Lepas tu baru boleh pergi jalan-jalan. Semalam dah pergi kat Midvalley. Punya la jammed. Tapi  nak buat macam mana, sebab dah masuk dalam jammed tu, kena la redah je. Alhamdulillah, pusing sekali je terus dapat parking. Lama jugak tak main-main dengan jammed ni. Hehehe.

Ok lah. Tak nak cerita panjang pagi ni. Nak siap-siap nak keluar pulak. Nanti kita sambung cerita lagi.

May 25, 2012

Dapat 3 jemputan kahwin


Maklum saja lah, bila dah start cuti sekolah mesti la banyak dapat jemputan kenduri kahwin. Semalam, sampai-sampai rumah je dah dapat 3 keping. Semua time cuti sekolah. Sebab time ni ramai yang ambik peluang nak cuti. Sebab tu ramai jugak yang buat kenduri kahwin. Aku rasa korang mesti dapat banyak lagi kan? AKu dapat tiga jeee. :p


Tapi sekarang ni boleh decide nak pergi satu majlis je. Disebabkan lokasi dan masa yang tak sesuai, yang lain-lain tu tak dapat la aku nak pergi. Maaf ye. Esok aku akan gerak ke Kuala Lumpur. Lusa nak hadiri majlis perkahwinan kat Linggi, Negeri Sembilan. Jadi akan berada di Kuala Lumpur mungkin sehingga hari Selasa. Sambil jalan-jalan dekat Kuala Lumpur. Ambik peluang la sikit. Hehehe.

Kata pepatah lama.

"Sambil menyelam, minum air" 

:)

May 24, 2012

Offdays AGAIN !


Alhamdulillah.

Selamat jugak sampai kat rumah aku. Walaupun hari ni ada dua-tiga kali kejadian yang boleh dikatakan near miss nak menyebabkan aku kemalangan. Yang mungkin disebabkan aku sendiri yang tergesa-gesa dan mungkin juga disebabkan keadaan lalu lintas yang agak sibuk hari ni. Maklum la, dekat negeri pantai timur dah start cuti sekolah dah. Sebab tu ramai orang dah berpusu-pusu balik ke rumah, ke kampung. Tu yang macam traffic busy sikit.

Apa-apa pun, alhamdulillah. Sebab aku dah pun selamat sampai ke rumah. Banyak jugak plan minggu ni. Kalau tak ada pape insyaallah aku akan ke Kuala Lumpur Sabtu ni. Mana tau kot-kot boleh jumpa sape-sape yang ade kat Kuala Lumpur time tu. Best jugak kan? 

P/S : Gambar kat atas tu aku ambik trip kali ni. Time MV Setia Teguh nak datang kat platform.

May 9, 2012

Plantar Fasciitis | Sakit di tumit kaki


Baru balik daripada klinik. Pergi check kaki aku. Sebab sejak dua menjak ni tapak kaki aku sakit. Tapi baru dua tiga hari ni baru sakit betul-betul. Tu yang pergi klinik tu. Tambahan pulak malam ni nak drive balik Kerteh dah. Sebab esok pagi nak balik ke platform balik. Kalau sakit-sakit macam ni macam tak seronok pulak nak kerja nanti. 

Sekarang ni senang, doktor nak bagi explanation kat pesakit pun senang. Tak payah nak terang panjang lebar. Google je. So, tadi doktor pun tunjuk la kat aku yang kaki ni kena Plantar Fasciitis. Perghh. Kalau nak sebut pun berbelit-belit. Senang-senang tunjuk gambar je la.


Haa. Tu lah dia Plantar Fasciitis. Baru aku tau. Mulakan aku ingt sakit tumit kat tulang. Rupanya dekat join. Doktor cakap sebab kita ni selalu berjalan lepas tu berat badan kita not even dekat tapak kaki. Jadi, nak jadi macam ni memang ada potential. Tambah pulak kalau perempuan yang selalu pakai heel. Lagi berpontensi nak jadi macam ni.

Bagus jugak kan bila dunia di hujung jari.  Doktor nak explain kat patient pun senang. Patient nak tahu jugak apa yang diorang sakit. Baru la puas hati bila doktor dapat explain macam ni kan.

May 8, 2012

Wordless Wednesday #4


New post untuk Wordless Wednesday. Walaupun di post 30 minit sebelum masuknya hari Rabu, 9hb May 2012.


Taken in the morning. Using only my Olympus TG-310. Not a DSLR camera

Top 5 Penyanyi Wanita bermain Gitar

Kali ni aku nak buat entry pasal Penyanyi Wanita kat Malaysia ni yang berbakat bermain gitar. Yang mana korang sendiri pun dah kenal diorang ni. Sebab diorang ni memang dah top pun. Tambahan pulak ada diantara diorang ni yang dah pun menempa nama di mata dunia.

Nama : Yunalis Zarai a.k.a Yuna
Tarikh Lahir : 14 November 1986
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Pendidikan : Bachelor of Legal Studies, UiTM Shah Alama
Lagu : Dan Sebenarnya, Terukir di Bintang

Nama : Izyan Ali Rahman a.k.a Zee Avi
Tarikh Lahir : 1985
Tempat Lahir : Miri, Sarawak
Education : Fashion Design, American InterContinental University, London
Lagu : Bitterheart, Kantoi

Nama : Ana Nur Hidayah Mohd Raffali a.k.a Ana Raffali
Tarikh Lahir : 4 November 1985
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Education : Bachelor Degree in TESL, UiTM Shah Alam
Lagu : Tolong Ingatkan Aku, Kalau Berpacaran

Nama : Imratul Najwa bt. Abdul Latif a.k.a Najwa Latif
Tarikh Lahir : 23 May 1995
Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor
Education : SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat, Johor
Lagu : Cinta Muka Buku, Carta Hati, Kosong

Nama : Diandra Arjunaidi
Tarikh Lahir : 1993
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Education : Film and Theater Student
Lagu : Angkasa, Remember, White Lines

Sebenarnya ramai lagi artis-artis wanita yang bermain gitar kat Malaysia ni. Yang ni mana-mana artis yang dah pun meningkat naik. Mungkin yang lain aku masukkan dalam entry lain pulak.

Invitation Nuffnang untuk Event The Sparkle Project With Yuna


Adusss. Dapat invitation dari Nuffnang la pulak untuk event The Sparkle Project With Yuna. Tapi sayangnya tak boleh nak pergi la. Sebab masih lagi di laut. 25hb baru turun. Tak berkesempatan la pulak nak pergi. Tambahan pulak memang aku nak pergi KL pun hujung bulan ni. Kalau event tu buat hujung minggu tu mesti aku dapat pergi. Tapi apakan daya.


Dah lama jugak tak dapat invitation event macam ni dari Nuffnang. Kalau dulu masa aktif-aktif blogging tu ada la jugak dapat. Bila sekarang yang tak berapa nak aktif ni susah pulak nak dapat kan. Apa-apa pun mungkin tak ada rezeki. Mungkin rezeki lain kali nak join event bersama Nuffnang lagi. Insyaallah. Mana tau kan. 

Tamat sudah pembacaan Rich Dad, Poor Dad


Tamat sudah. Habis jugak aku baca buku yang bertajuk Rich Dad, Poor Dad hasil tulisan Robert T. Kiyosaki dan diterjemahkan oleh PTS publications. Lepas dah baca buku ni, memang betul-betul membuka pemikiran aku tentang konsep kewangan yang sebenar. Kalau sebelum ni memang aku tak boleh bezakan sangat antara :

1. Aset
2. Liabiliti

Tapi lepas dah baca buku tu dengan penerangan yang lebih mendalam memang senang untuk faham dan mengubah persepsi aku terhadap sistem kewangan yang kita ada.


Secara ringkas, kita selalu diterapkan dengan pemikiran yang perlu belajar di universiti, dapat keputusan cemerlang. Lepas tu, dapat pekerjaan yang menjamin masa depan. Lepas tu kerja, bayar bil, bayar cukai sampaikan kita tak ada peruntukan diri sendiri. Seperti mana aku jugak macam tu la. Tapi bila dah baca buku ni membuka pemikiran aku dari pemikiran konvensional terhadap kewangan.

Jadi kalau nak tau lagi apa isi kandungan buku ni. Korang boleh la dapatkan buku ni kat pasaran. Memang berbaloi. Harga pun tak mahal, dalam RM 21.00 je. Sangat berbaloi dengan nilai ilmu yang dapat dalam buku tu.

P/S : Menambah pengetahuan dalam bidang kewangan pula. :)

May 7, 2012

[Video]Singa cuba untuk makan seorang bayi

Cuba korang bayangkan kalau singa tu betul-betul terlepas dari cermin tu. Aku pun dah boleh bayang apa yang bakal berlaku. Sebab dari dalam cermin pun singa macam tak puas hati je dengan budak tu. Mungkin jugak penjaga zoo dah seminggu tak bagi singa tu makan kot. Sebab tu tengok budak tu macam nak makan je. Tambah-tambah pulak pakai baju belang-belang. Memang dah nampak macam zebra pun ade. *Baby Zebra. Hehehe.


P/S : Harapnya memang cermin kat zoo tu tebal sangat-sangat. Takut nanti one day cermin tu pecah. Hurmmm.

Semakan Keputusan Kemasukan IPTA, Lepasan SPM


Lepasan SPM kini boleh membuat semakan kemasukan ke IPTA  bermula sekarang sehinggalah 28 MEi 2012 akan datang.

Petikan daripada Berita Harian 


Sekarang ni nak semak keputuan senang je. Online je. Tak pun dengan SMS.

UPU RESULT [No. Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888.

Atau pun boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi,

03-55692840

[Photo Session] Pantai Kemasik


Apa nak post hari ni ye? Hurmm. Aku post gambar je la.


Taken at Pantai Kemasik, Terengganu. Lepas habis course kat Kerteh hari tu, aku ambik peluang nak ambik gambar kat sini. Sebab sebelum ni lalu je. Tak pernah nak singgah nak ambik gambar. Ni baru first time singgah ambk gambar kat sini. 

So, sekadar share dengan korang je. Sebarang komen amatlah dialu-alu kan. :)

May 6, 2012

Rich Dad, Poor Dad | Dalam proses pembacaan

Rich Dad, Poor Dad. Aku rasa ramai yang dah baca buku ni. Aku dah baca dulu. Kalau tak silap tahun lepas. Download PDF version kat internet. Sebab dah lama baca aku beli satu semalam. Version Bahasa Melayu. Senang untuk jadi rujukan.


Buku ni memang aku rasa patut korang miliki. Untuk beri pengetahuan lebih pasal selok belok kewangan yang perlu kita tahu. Yang selama ni kita selalu terikut-ikut dengan pandangan yang sama. So, buku ni memberi kita peluang untuk kita berfikir di luar dari lingkungan pemikiran kita selama ni. 

Semalam, aku jenguk website bro Eyriqazz pasal buku hasil dari tulisan Faizul Ridzuan. Yang bertajuk WTF? 23 properties by 30. Wow. Kalau tengok tajuk tu je membuatkan kita makin nak membeli-beli buku ni. Sebab nak tahu rahsia saudar Faizul ni. Tapi bila aku dah cari kat kedai buku di Kota Bahru ni. Memang tak ada la. Sebab kalau kat KL pun dah berebut-rebut. Kat sini lagi la.

Jadi kena tunggu je la. 

May 5, 2012

DRIFT | Walk With Me Carnival

Drift event. Petang tadi yang berlangsung dekat perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Enjoy the pics.








Tamat sudah Carnival Walk With Me yang diadakan selamat 3 hari. Aku rasa dari hari pelancaran sampai la hari ni banyak entry aku pasal Carnival Walk With Me ni. Lepas ni dah habis dah. Kita tunggu event yang akan datang pulak. Hehehe.

Hukum Sedekah | Sedekah di Mata Masyarakat

Tadi aku keluar ke pasar. Beli barang sikit. Tengah jalan-jalan tu aku terserempak dengan dua golongan peminta sedekah. Berlainan cara. Kadang-kadang timbul rasa bersalah, kadang-kadang timbul perasaan yang mereka ni perlu berusaha sedikit. Sebab mereka ni cukup sempurna anggota badannya. Tak macam mereka yang kekurangan dari segi anggota badan. Mungkin juga mereka mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sumber kewangan macam yang kita selalu tengok yang rakyat Malaysia ni cukup pemurah. Suka bersedekah sana-sini.

Golongan pertama yang aku jumpa, boleh dikatakan sekumpulan remaja perempuan. Di tangan dengan bernaskah-naskhah surah Yassin. Datang menegur sesiapa sahaja. Meminta sedekah. Sana-sini. Kadang-kadang tu sehingga memaksa pun ada. Memang aku pernah terserempak dengan situasi memaksa meminta sedekah.

Golongan kedua yang aku jumpa, mereka ni cukup sempurna anggota badan. Cuma mungkin berpakaian koyak sikit. Tapi masih waras untuk berfikir. Tapi lebih memilih profession meminta sedekah daripada bekerja untuk mendapatkan rezeki. Mungkin dengan cara meminta sedekah lebih mudah untuk mendapat pendapatan tanpa perlu bekerja. Mungkin yang mereka fikir. Allahualam.

Berikut antara jawapan mengenai hukum sedekah,

SUMBER

Berdasarkan penyataan diatas, budaya meminta-meminta bukanlah dituntut Islam. Sebab umat Islam dituntut untuk berusaha mencapai kejayaan. Tanpa mempunyai sebab yang membolehkan mereka untuk meminta sedekah. Melainkan mereka tidak punya kekuatan untuk bekerja.

SUMBER

Sekadar berkongsi bersama-sama rakan. Sebab sekarang ni, ramai orang yang suka mengambil kesempatan ke atas diri kita yang pemurah dalam memberi sedekah. Sampaikan wujud sindiket yang mengupah kanak-kanak untuk meminta sedekah. Bukannya melarang kita dari bersedekah, tapi jika kita tidak menilai sebelum memberi sedekah, jika tersalah orang, mungkinkah akan menggalakkan lagi mereka berbuat demikian? Allahualam.

May 4, 2012

Autoshow CARnival | Walk With Me Carnival

Kalau semalam ada Pelancaran Karnival Walk With Me kat Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Bersempena dengan Karnival Walk With Me tu hari diadakan Karnival Autoshow dekat perkarangan stadium. So, petang tadi aku singgah kejap. Cuci-cuci mata sikit. Tengok kereta-kereta yang dah pun di modified.

As usual, kebanyakan kereta yang di pamerkan Malaysian Cars. Proton and Perodua. Nak cerita panjang-panjang pun tak best. Baik tengok gambar kan? 

Enjoy !










Esok ada event lagi. Mengikut apa yang diorang cakap, esok ada persembahan dari Team KTM dengan drift. Mungkin kalau tak ada apa-apa esok aku pergi lagi. Hehehe.

Workplace | Dulu dan Sekarang

Tengah-tengah mencari di Picasa Web Album, aku terjumpa la gambar ni.


My workspace dulu-dulu. Time bergelar student. Gambar ni pun 4 tahun lepas, kat dalam bilik hostel aku. Macam bersih je meja tu kan. Kot-kot kemas semata-mata untuk ambik gambar aku sendiri pun dah tak ingat. Hehehe. Time tu PSP aku ada lagi. Sebab lepas tu, PSP aku kena curi. Bilik kena pecah. Biasa la, dah nama hidup kat asrama kan.

So, ni compare time sekarang punya workplace.


Different sikit kot. Sebab ni gambar kat rumah. No more hostel. Hehehe. Alhamdulillah. Kalau dulu pakai handphone Nokia berapa entah, tak ingat dah. Sekarang boleh pakai smart phone. Bersyukur atas rezeki yang Allah s.w.t berikan. Kira ada jugak la perubahan dari dulu dan sekarang. Cuma, PSP tu je la tak berganti. Hehehe.

Walk With Me Event di Stadium Sultan Muhammad ke-IV

Selamat hari Jumaat. Kalau dekat negeri Kelantan, Terengganu dengan Kedah hari ni dah cuti dah. Maknanya dah masuk weekend. Kat tempat lain still hari bekerja lagi kan. So, selamat bercuti kepada yang dah bercuti.

Semalam, aku pergi kat event Walk With Me yang dianjurkan kat Kota Bharu. Berjalan bersama Sultan Mohammad ke-5. Memang semalam aku betul-betul jumpa Tuanku Sultan dengan Tengku Mahkota dekat Stadium Sultan Muhammad ke-4 Kota Bharu.

Nak cerita panjang pun malas la. Jom kita tengok gambar je. :)


Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dibanjiri para peserta.

Perbezaan perfahaman politik tak menjadi halangan dalam event kali ni.

Tuanku Sultan bersama Tengku Mahkota Kelantan

Ustaz Azhar Idrus

Pelepasan Para Peserta oleh Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan

Ustaz Azhar berposing bersama peminat

Pengacara TV Al-Hijrah membuat liputan , Walk With Me.

Alhamdulillah. Majlis Pelancaran Walk With Me semalam berjalan dengan lancar. Walaupun, dengan hari yang panas terik. Tapi masih ramai rakyat Kelantan menghadirkan diri ke event ni memberi sokongan. Di sebelah malam pulak diadakan ceramah agama oleh Ustaz Don dan Ustaz Azhar. Boleh kata ribuan penonton yang hadir. Sampai aku sampai semalam pun dah tak ada tempat duduk. Sangat-sangat ramai. Kiranya perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV tu penuh dengan orang ramai nak dengar ceramah.

Apa-apa pun, hari ni kalau aku tak silap, ada Autoshow pulak. Kalau tak ada apa-apa mungkin aku pergi tengok autoshow pulak. Mana tau kot-kot terserempak dengan korang. Kan?

See You There !








May 2, 2012

Berani Punya Budak Review

Kali ni aku nak review satu filem baru daripada Pengarah yang aku rasa korang pun tau, Afdlin Shauki. Dengan tajuk filem terbaru dia Berani Punya Budak.


Tengok pada poster filem ni, memang ada iras-iras macam poster game GTA : Grand Theft Auto. Sape-sape yang kaki game mesti tau pasal game ni kan. Aku pun pada asalnya tertarik jugak la nak tengok cerita ni sebab aku tau Afdlin Shauki punya cerita boleh cakap best jugak la. 

Tapi cerita kali ni macam aku tak tau nak komen macam mana. Sebab mungkin exectation aku terhadap filem ni tinggi sangat kot. Tapi jalan cerita untuk cerita ni kurang. Aku pun kadang-kadang tak faham. Dan lawak yang diorang cuba buat dalam cerita ni macam tah pape. Bukan aku nak kutuk, tapi tu yang pendapat aku tentang cerita ni la.

Tapi terpulang kepada korang nak tengok cerita ni atau tak.Sebelum korang nak tengok, boleh tengok trailer Filem Berani Punya Budak dulu. Lepas tu boleh la korang decide.



Aku punya komen,

4 / 10