July 22, 2016

BRE ataupun dikenali sebagai Beyond Economic Repair

Bulan lepas aku terlibat dengan kemalangan di KM145.1 di lebuh raya PLUS menghala ke Johor Bharu. Di sebabkan aku tak berapa nak familiar dengan kawasan Pagoh atau Muar pendekatan yang aku ambil adalah dengan menghubungi syarikat insurans aku tanpa mengambil kira geng-geng tow truck yang datang nak tolong.

So, semua insurans aku settlekan termasuk la towing ke panel bengkel kereta diorang.



Apa itu BRE ataupun Beyond Economic Repair?

Aku pun baru tahu juga pasal BRE ni. Ni yang terjadi pada aku disebabkan kemalangan tu. Syarikat insurans menawarkan aku untuk cover sepenuhnya nilai insurans yang aku bayar disebabkan BRE dan kereta aku dikategorikan sebagai total lost. Bukan lah bermaksud kereta aku ni tak boleh dibaiki, tapi kereta aku ni tak cukup nilai insurans aku untuk baiki.

Satu pelajaran yang aku dapat, apabila kita claim untuk satu-satu kemalangan, selalunya syarikat insurans tak akan cover sepenuhnya untuk membaik pulih kenderaan. Sebagai contoh dalam kes aku, paling tinggi boleh cover lebih kurang 60% daripada nilai insurans aku. Yang mana aku rasa nilai tu tak cukup nak baiki kerosakan kereta aku.

Ini disebabkan, apa yang aku tahu daripada bengkel kereta tu, diorang akan baiki, tapi dengan cara "contract repair". Repair sampai siap dengan nilai yang diluluskan oleh syarikat insurans.

Kat sini, kena pertimbangkan pulak, sama ada berbaloi atau tidak untuk "total lost" kan kereta tu. Macam kes aku, aku kena tambah lebih kurang RM5k untuk settlekan loan dengan bank. Sebabnya nilai insurans aku agak rendah dibandingkan dengan hutan yang aku ada dengan bank sekarang.

Kesimpulannya,

  • Total lost tak semestinya total lost. Kadang-kadang ini disebabkan nilai insurans yang di insuranskan tak dapat menampung kos pembaikan. Jadi syarikat insurans mengambil jalan untuk total lost kan kereta.
  • Nilai "insured" value kalau boleh janganlah terlalu rendah. Kalau boleh insurans kan sama nilai dengan baki loan. Aku ikut nilai yang diberikan oleh syarikat insurans, tu yang jadi kurang tu tu.