September 18, 2015

Sales ! For Non-Sales People by Robert Ashton



SALES ! For Non-Sales People by Robert Ashton. Aku cukup tertarik dengan buku ni. Mula-mula tu aku tengok tajuk buku dah macam buku marketing. Tapi bila aku baca, makin menarik. Buku ni bukan untuk mereka-mereka yang terlibat dalam sales ataupun marketing. Tapi boleh digunakan oleh semua orang. Sebab banyak panduan dari segi marketing atau sales yang diterapkan yang boleh kita gunakan untuk kegunaan selain dari tujuan jualan.


Dalam buku ni, penulis lebih menerapkan cara macam mana kita gunakan konsep atau aplikasi yang selalu digunakan dalam marketing atau jualan untuk menjual diri kita dalam apa-apa job interview.

Selain tu, penulis juga menekankan pada teknik- teknik yang perlu dititik beratkan dalam berkomunikasi. Cara untuk memenangi hati ataupun customer bagi mendapatkan sales.

Kalau korang baca buku ni, buku ni lebih berbentuk persuasive ataupun mendesak. Penulis banyak menekankan tentang cara bagaimana kita perlu menjual diri kita untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan ataupun jualan. Malah untuk berjaya dalam karier kita. Selain penggunaan teknologi dan teknik-teknik 'presentation' dan penggunaan body language yang betul. Sebagai first impression orang terhadap kita.

Bagi aku, buku ni best. Seronok untuk dibaca. Senang untuk dipraktikkan. Aku beli buku ni kat Borders, The Curve, Damansara. Harga RM59.90. Memang sangat berpuas hati. Tambah-tambah kalau kita nak improve diri dalam memperkenalkan diri kita dan meningkatkan keyakinan diri.

September 15, 2015

Celcom Broadband Terminated !


Akhirnya aku terpaksa terminate  account Celcom broadband yang aku dah pakai sejak tahun 2009. 

Sebab apa?

Dulu time aku belajar, aku ambik pakej student time tu RM50 untuk 5gb. Memang tak dapat la pakej tu sekarang kan. Tapi nak tak nak aku terminate jugak. Sebab bil bukan RM50 dah. Sekarang RM70. Tambah GST lagi. Pastu ade charge-charge la in pulak. Jadi macam tak berbaloi pulak. 

My option? 

Terminate je la account tu. Nanti baru cari the best service provider with the best benefits. 


Jerebu di Kuala Lumpur melepasi IPU tidak sihat.


Jerebu makin teruk. Tahap penglihatan kat Kuala Lumpur pun makin kurang. Dah mendung macam nak hujan. Bayang-bayang matahari pun dah tak nampak.

Makin hari maiin teruk pulak jerebu kat KL. Parents aku kat KB pun dah cakap yang jerebu dah sampai sana.


Marilah kita sama-sama berdoa supaya malam ni diturunkan hujan. Semoga reda kesan jerubu yang melanda. 

InsyaAllah. 


Dip N Dip, Bangsar


Teringin nak makan chocolate kat KL? Aku recommend satu tempat. Kalau kat KL ni aku suka pergi Dip n Dip. 

Lokasi?

Bangsar dengan The Curve, Damansara. 

Boleh pilih yang mana satu korang nak pergi. Kalau korang tengok kat bawah ni, semua tu yamg aku selalu order. Memang chocolate tu sangat padat. Puas hati. 

Harga?

Bagi aku, boleh tahan jugak la. Lebih kurang RM10 dan ke atas. Nak tau detail boleh tengok kat website Dip n Dip. 

Antara menu yang selalu menjadi pilihan aku bila singgah situ. 

Chocolate Crepe


Brownies in a cup


Fondant


Apa lagi? 
Boleh la cuba. Tak menyesal punya. :)

September 12, 2015

Saiful Nang - Kisah Orang Menang




Saiful Nang - Kisah Orang Menang hasil nukilan oleh Saiful Nang sendiri. Apa yang ditulis dalam buku ni mengisahkan tentang kisah hidup dan pandangan peribadi Saiful Nang sendiri. Jatuh bangun beliau dalam perniagaan senhingga sukses dengan perniagaan fotografi beliau melalui syarikat beliau Candid Syndrome

Aku cukup tertarik dengan kisah beliau. Bila pertama kali beliau terlibat dalam industri fotografi dengan hanya berbekalkan kamera DSLR yang dipinjam oleh seorang rakan. Sehingga lah beliau mampu memiliki kamera sendiri. Dan akhirnya membuka syarikat beliau sendiri. 

Padat dengan pandangan peribadi beliau. Komen terhadap mereka-mereka yang salah menjustifikasi diri beliau. Dan jawapan terhadap segala kritikan yang ditujukan pada beliau. 

Cara bagaimana beliau mendidik anak beliau Orked. Yang aku paling suka. Tapi kalau nak cerita panjang-panjang pun tak seoronok jugak kan. Yang penting korang dapatkan dekat kedai buku yang terdekat. Semua dalam buku tu hasil tulisan beliau sendiri yang sebelum ni beliau tulis dalam blog.  Sekarang ni beliau aktif menulis pandangan peribadi beliau di Facebook.

Worth to read !

Entry yang ke-1000 aizatshafiq.com


Alhamdulillah. Entry aku dah cecah 1000 post. Tak sangka. Sejak mula-mula aku post entry Oct 2008. Baru sekarang cecah 1000 entry. Walaupun ramai lagi yang rasanya la kan. Dah lama dah cecah entry ke-1000 ni. 



Agak-agak kalau aku buat contest okay tak?



September 9, 2015

iPhone 5S casing dengan GoPro Mount DIY


Aku perasan yang sekarang ni ramai yang gunakan phone sebagai remote. Tak pun sebagai screen. Sebab GoPro yang ada screen cuma Hero4 Silver. 

Tengah- tengah terfikir, timbul la idea DIY paling mudah. Korang cuma perlu :

1. GoPro flat mount
2. Casing phone yang korang guna. 

Senang. Cuma lekat je. Pastu dah boleh pairing dengan WiFi terus jadi screen. Kat bawah ni aku cuma buat untuk normal phone view. Lepas ni ingat nak tambah untuk satu lagi mounting untuk landscape view.  




Amacam?

Boleh try la nanti kan. Yang penting jimat cost ! 

September 5, 2015

The Transporter : Refueled


Terus terang aku cakap. Aku agak kecewa jugak la. Sebab macam yang korang tahu The Transporter ni memang sinonim dengan Jason Statham. Tapi untuk sekuel kali ni bukan dia yang berlakon. Dan yang tak bestnya, pelakon tu cuba nak jadi macam Jason Statham.

Rating aku 5.5/10. 

Kereta Audi yang diorang gunakan kali ni memang best. Audi S8. Memang terbaik la. Tapi action, bagi aku kurang. Pelakon dalam sekuel kali ni pun macam tak kenal sangat. 

Sinopsis?

Sama je macam siri The Transporter yang lepas. Ambik dan hantar. Sama je. Nak story panjang-panjang pun tak best jugak. Jadi korang gi la tengok ye. 




Malaysian Film Expo, KL Convention Centre. 4-5 September 2015


Sekita pameran Malaysian Film Expo yang diadakan kat KL Convention Centre. Pamerab tentang industri perfileman dan animasi Malaysia bersempena Festival Filem Malaysia ke-27.

Hari ni last day dah. Sebab diorang buat 2 hari je. So, kalau korang jalan-jalan kat sekitar KLCC singgah la ye. Banyak jugak activiti yang diorang buat. Casting untuk pelakon baru pun ade. Kot-kot nak jadi pelakon la kan. Hehehe.







September 4, 2015

Trim dan share video menggunakan GoPro App.


Dah makin senang. Sekarang tak payah nak transfer masuk komputer dah. Dah boleh edit 'on the spot' pastu terus boleh post. Kalau dulu leceh sikit la nak kene transfer dulu baru boleh trim ke, edit ke. Sekarang tak payah dah. 


Thumbs up  !

UAE 10-0 Malaysia | Malaysia tewas lagi.


Team Bola Sepak Malaysia tewas lagi?

Kali ni 10-0 kalah kepada pasukan U.A.E yang berada di ranking ke-70 dunia. Kita pulak di ranking ke-168 dunia. Tapi kalah 10-0 ni memang betul-betul pasukan belasahan ni. Macam status sebagai bekas juara Tiger Cup dengan Suzuki Cup macam tak ada reputasi dah. Macam mana tu?


Aku tak tengok pun game tu semalam. Tapi bila aku tengok balik replay goal untuk game tu semalam memang malu. Nak salahkan keeper? Dollah Salleh dah tukar 3 orang keeper. Lain macam punya strategi jugak tu. Dollah Salleh menunjukkan yang dia masih confident dengan barisan petahanan dia. Tapi itu la kan. Takkan nak harapkan keeper semata-mata. Dah tentu-tentu barisan pertahanan yang memainkan peranan dulu sebelum keeper. Pening !


Harapan nak masuk World Cup dalam masa 10 tahun ni rasanya tinggal harapan je la. Hari tu dah kena dengan Palestin 6-0. Dengan Timor Leste pun seri 1-1. Harapan tinggal harapan je la. FAM dah kena buat sesuatu ni. Mesti something yang diorang perlu sedar. Takut tak lama lagi, ranking makin turun. Last-last sampai top ten from the bottom. Harapnye tak la macam tu. 

Tersesat di Masjid Jamek, Kg. Baru


Dah lama jugak aku tak singgah dekat Masjid Jamek, Kg Baru. Baru-baru ni aku singgah nak solat Asar. Tapi boleh tersesat sampai ke pintu masuk ke saf wanita. Nak cari tandas pulak tak jumpa-jumpa. Yang jumpa tandas perempuan. Adoi. Berpusing satu masjid aku hari tu. 

Nasib baik la ada sorang Pak Cik ni tunjuk jalan kat aku. Rupanya memang pintu masuk dah berubah. Susun atur masjid pun dah berubah. Macam gambar kat bawah tu. Dah makin cantik-cantik dah. Siap ada basement. 



Cari punya cari jumpa laa tandas. Kat basement. Tu pun lepas pusing satu masjid. Sebab cari sign board tak jumpa. Memang makin selesa la masjid ni. Rasanya lama jugak masa yang diambil untuk renovation ni. Memang lain sangat. Apa-apa pun yang penting jemaah makin selesa. Alhamdulillah.

September 3, 2015

Macam ni ke attitude orang Malaysia?


Attitude orang Malaysia? Tak faham aku. Ni aku jumpa kat parking Pavilion. Main buang merata-rata. Setahu aku, dekat Pavilion ni tak susah sangat nak cari tong sampah. Masuk kat pintu masuk tu pun dah memang ada tong sampah. Kalau tak pun simpan la dulu. Buang kat rumah sendiri. Susah sangat ke?

September 2, 2015

Fynn Jamal : Puisi Tepi Jalan


Album terbaru Fynn Jamal. Selepas album Fynn & Tri. Kali ni memang aku suka album ni. Sebab banyak lagu yang aku suka dalam album ni. Dan sape-sape yang memang dengar lagu Fynn Jamal dari dulu memang tahu la lagu-lagu dalam album nie. Sebab most of it compilation dari lagu-lagu lama.


Kalau korang dengar lagu ni. Ada jugak diselitkan puisi-puisi Fynn Jamal. Ada jugak part-part yang kelakar. Nanti korang dengar sebelum lagu Biar. Fynn marah kan sape la tu? Hehehe. Nak tahu. Kene la beli kan. So, antara tajuk lagu dalam album Fynn Jamal : Puisi Tepi Jalan


Apa yang penting kita support local artist. Tapi kecewa sikit la. Kalau zaman sebelum GST tu rasanya album ni harganya lebih kurang RM29.90 la kot. Dah masuk zaman GST ni.Hmm. RM31.90 la jadinya. Ingat lagi time aku beli album Fynn&Tri hari tu. Masa tu baru RM19.90. Ish.Ish.Ish.