April 30, 2010

HotCakes di Pagi Hari...


Mc Donald's, Bandar Baru Bangi...Tu tempat yang aku singgah pagi tadi...Time tengah break 1hour...aku terus ke Mc D, Bangi...Semata-mata nak melepaskan niat dihati...Hahahaha...Sebab aku mengidam nak rasa HotCake Breakfast Menu kat Mc D...

Harga tak mahal...RM4.00 je...kira berbaloi jugak la...Lepas rasa, aku pun terfikir...dan aku rasa hotcake ni mungkin roti canai bagi mat salleh..Betul tak?...Kalau orang Melayu mestilah roti canai...Kalau India mestilah Cappati...Jadi pancake ni...Mat salleh punya la...hahaha...Betul tak?...

Tak sempat nak lepak lama-lama...Sebab aku ni tengah break...Pastu kena masuk kelas balik...Ni gara-gara lecturer aku bagi time break sampai sejam...Hahahaha...


p/s: Picture are taken from Google Images...

April 29, 2010

Ada apa dengan Teh o' Ais?...


Kali ni aku nak tulis pasal Teh O' Ais...Sebab apa?...Sebab aku nak tahu...Asal harga teh o' ais ni selalu kita jumpa RM1.20...
Macam isu ni besar je kan?...Hahaha...Sebenarnya macam ni...Aku ni boleh kata selalu makan kat luar...So...Selalu la order air teh o' ais...Korang pun tahu...Selalu kita kat kedai, selalu diorang akan bancuh teh menggunakan serbuk yang sama...Kira dapat la dalam 5,6 gelas sekali bancuh serbuk teh...Dan kalau tengok balik kat kedai...Serbuk tu dalam 5,6 ringgit je...Kalau tak pun murah dari tu...Dan tak la semahal milo...Betul tak?...

Lepas bancuh...Gula dalam segelas teh pun guna sesudu je...aku tahu...Gula ni pernah naik tak turun-turun...Tapi kalau ikutkan sekilo gula berapa ringgit?...Rasanya dalam RM1.50...Jadi harga jualan segelas air teh o' ais dah macam harga sekilo gula...Murah ke mahal?...

Kalau letak satu uncang dalam teh boleh la diterima lagi...Tapi kalau sekadar bancuh serbuk yang sama 5,6 kali ape cite?...Tapi tu la lumrah yang kita hadapi tiap-tiap hari...nasib baik kat kampus aku RM1.20...Aku pernah jugak jumpa sampai RM1.50...Fuyoooo...ni lagi hebat la...Aku rasa teh yang digunakan import kot...Direct dari negara India...Mungkin?...

Jadi korang rasa tak ape yang aku rasa?...Nak tak kita buat referendum bagi kat menteri?...Hahaha...Hanya kerana segelas Teh o' Ais?...


p/s: gambar kat atas tu aku search je kt google..

April 28, 2010

Iron Man 2 & Toy Story


30April..Korang semua pun tahu yang hari tu Iron Man 2 dah mula ditayangkan kat panggung...So...aku rasa memang ramai yang tak sabar-sabar nak tengok cite nie...Dan aku rasa aku pun tak sempat nak booking...Sebab cite ni memang menjadi tupuan ramai...Maklum la...Dah la ditayangkan hari Jumaat...di tambah pulak dengan cuti Hari Pekerja pada 1 Mei...Dekat hujung bulan pulak...Secara tak langsung ni dah menjadi tumpuan orang ramai...Jadi nampak gayanya tak sempat la aku nak tengok cite ni hujung minggu ni...


Aku bertukar movie...Aku nak tengok cite Toy Story & Toy Story 2...3D lagi...Tapi aku still tak booking...Sebab aku pun tak tahu sebab apa dari pagi tadi aku try nak booking tak dapat-dapat...dah full ke?...Arghhhh...jangan la..Aku nak release tension hujung minggu ni...Release tension sorang-sorang jer...Hahaha...So...Aku ambik port kat Midvalley...Best sikit...Lagipun dekat je kalau naik public transport...Save cost....hahaha...

Cite Toy Story ni dah lama aku minat...Dari mula-mula keluar lagi...Siap aku ada mainan character cite nie...Macam Buzz, Potato Man, Dinosaur hijau tu...Tak ingat apa nama dinosaur tu...Banyak lagi la...Cuma character woody je aku tak ada...So..kali ni kalau boleh aku tak nak lepas peluang la nak tengok cite ni...Dalam 3D...lagipun kali ni boleh tengok 2 cite dalam satu masa...sebab tu dipanggil Double Feature...Lagipun harga cuma macam kita tengok satu movie 3D...Pakej yang best...=)



April 25, 2010

Fraud Clicking?...Apa tu?...


Nuffnang...Semua bloggers tahu pasal nuffnang...Dimana ini merupakan salah satu sumber pendapatan mereka dalam dunia blogging ni...Baru-baru ni jugak nuffnang dah organized programme in collaboration with Gatsby...Secara tak langsung menempatkan satu pencapaian dalam Malaysia Book Of Records...sebagai Largest Bloggers Gathering...

Nuffnang jugak pernah warning pasal fraud clicking...Korang tahu tak apa maksud fraud clicking?...So...Kat sini aku nak share sikit pasal fraud clicking berdasarkan apa yang aku tahu...Fraud clicking kalau ditranslatekan dalam bahasa melayu adalah:

Fraud = Tipu

Clicking = Klik

So bila dicampurkan Fraud + Clicking jadi la Tipu Klik...So maksudnya korang klik secara tipu atau tidak jujur...Untuk pengetahuan korang...Untuk mengelakkan fraud clicking...Korang kena click iklan atau advertisement...Tak kira la untuk nuffnang ke, advertlets ke, innity ke...tak kira la mana-mana link yang melibatkan advertisement...



Sebab apa?...

Sebab setiap advertisement yang kita click...diberi tempoh masa contoh nya 30 saat, 45 saat atau pun seminit...untuk kita lihat iklan-iklan tersebut...Perbuatan melihat iklan di bawah tempoh yang ditetapkan adalah dikra fraud clicking...Itu berdasarkan apa yang aku tahu...

Jadi sekarang ni korang jangan la klik iklan tu...lepasa 2,3 saat korang dah tutup...Tu dah kira tipu la...Sebab macam korang klik tak ikhlas je...Nanti tak pasal-pasal korang kena band dekat korang punya advertising host...Harap-harap jangan sebab korang jugak yang rugi nanti...

So...sama-sama kita amalkan amalan blogging yang sihat yer...=)

April 24, 2010

Biru Gelap atau Biru Cerah?

Kembali lagi dengan post terbaru...Macam yang korang tahu, Ahad ni...Mereka yang berdaftar sebagai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di kawasan Hulu Selangor...Yang mana melibatkan pertarungan antara Barisan Nasional dan juga Parti Keadilan Rakyat...Jadi kat mana-mana pun heboh tengtan siapa yang akan memenangi kerusi Dun Hulu Selangor...Para calon sibuk berkempen untuk memenangi hati rakyat...Kerana hanya rakyat yang menentukan siapa yang akan menang kerusi yang dipertandingkan itu...

Aku bukan apa...Hampir setiap hari aku lihat kat TV ada je update pasal perkembangan di Hulu Selangor...Dan kebanyakan menceritakan pasal sebelah pihak sahaja...Bagi satu pihak yang lain seperti tidak diberi peluang untuk memberi ucapan...Walau sepatah dua...Seperti tidak adil di situ...Itu pandangan aku...Aku hanya ingin tahu...

So korang sebagai pengundi kat kawasan Hulu Selangor jangan lupa jalankan tanggunjawab anda esok ye...Undi la sebetul-betulnya...Aku tak nak tulis panjang...Takut kontroversi pulak nanti...=)

April 23, 2010

Tips Nak Cari Duit Online

Selamat pagi Jumaat kawan-kawan...So hari ni aku nak kongsi satu lagi web yang membolehkan kita mencari sumber kewangan tambahan menerusi internet...Aku rasa ada antara kita yang dah menggunakan perkhidmatan nie...tapi aku rasa ramai lagi yang tak tahu...Korang pernah dengar pasal Pay Per Click tak?...

Pay Per Click ni satu laman web memberi kita peluang untuk mnedapat pendapatan dengan hanya klik ads yang dipaparkan...Bila kita klik kita akan dibayar sebanyak 3 sen...Kira kalau korang klik tu...Korang kena sabar la sikit...Nak kumpul duit memang agak lama...Tapi Pay Per Click bagi kita transfer duit ke account kita lepas dah dapat RM10...Jika dibandingkan dengan sumber-sumber yang lain...Kita boleh cash out bila dah sampai RM50...So...Pay per click ni senang sikit...Cuma korang perlu rajin bukak web PPC tiap-tiap hari...

Kat sini aku nak tunjuk sikit screen bila korang bukak web tu...


Ni muka depan bagi laman web Pay Per Click...Gambar tu adalah gambar pengasas laman web ni...


Bila korang dah register...Korang dah boleh Surf ads...Jangan lupa ambik aku sebagai referral ye...


Kalau korang dah klik ads...Korang boleh check korang punya statistik...termasuk berapa ringgit yang korang dah earn...Aku pun baru join...Still tak dapat nak cash out lagi...hehehehe...


So...Kalau korang nak join klik disini ye.....



p/s: Gambar tu kecik sikit...So kalau nak tengok secara detail...Klik untuk besarkan ye....

April 22, 2010

Bilik aku diceroboh

Hari ini bilik aku dah diceroboh...hahaha....Gaya ayat yang macam official sangat...Ye la kan...Dah memang hari ini bilik aku dah diceroboh oleh seekor makhluk kecil...Sungguh nakal...Hahaha...Berlari sana-sini....last-last atas katil aku jugak dia landing....

Kecil je makhluk itu...Disebabkan mukanya yang innocent aku tak sanggup nak halau...So...aku angkat la letak kat atas kerusi kat ruang tamu...Lepas tu...aku pergi la mandi...Lepas je aku mandi...aku tengok makhluk kecil tu atas katil aku...Apa la yang dia minat kat katil aku ye?...

Aku cuma risau...Takut makhluk kecil ini melakukan sesuatu di luar dugaan...Korang pun tahu...sebab tu aku nak alih suruh dia tido tempat lain...


Ni lah makhluk kecil yang aku maksudkan...Member aku bawak balik...Tapi tak tidur kat bilik member aku...Masalahnya..Makhluk ni tido kat bilik aku...arghhhh.....

April 21, 2010

Update Largest Blogger Gathering lagi....


Penangan Gatsby Deodorant Street Fair hari tu yang dah pun menghimpunkan lebih 500 bloggers masih lagi kedengaran...Kalau korang sendiri perasan still ade blog-blog yang masih lagi update pasal event pada hari tu...Tak kira lah kat blog ke...TV ke...termasuklah kat newspaper...sebab tu aku tulis entry ni...Sebab tadi time aku baca The Star...Ade la jugak terselit gambar dan artikel pasal perhimpunan bloggers kat Times Square hari tu...

Perhimpunan hari tu bukan sahaja memberi peluang kepada blogger-bloggers untuk berkenalan antara satu sama lain...Malah memberi peluang kepada bloggers untuk mendapat hadiah...Yang sememangnya ditaja oleh Gatsby secara tak langsung membantu untuk mempromosikan produk mereka...Jadi kat sini sama-sama seronok...Sama-sama happy...Hahahaha...Mungkin jugak ada yang berjumpa dengan pasangan hidup mereka...Siapa tahu...hahahaha...

Sape-sape yang pergi mesti dah dapat elaun dari Nuffnang kan?...Seperti yang diorang janjikan...Bloggers yang merupakan ahli Nuffnang yang register sebelum pukul 10 pagi mesti dapat RM 50 daripada Nuffnang...Korang dah dapat tak?...

So...bagi yang terlepas peluang nak pergi ke event hari tu...Next time kalau Nuffnang buat event macam tu...Jangan la lupa nak pergi ye...Memang seronok...So...jangan lepaskan peluang ye....


p/s: saje nak update pasal gathering hari tu...hehehe...bagi jelez sikit....=p

Sebab apa aku berblogging?...


Aku selalu jugak lepak-lepak kat gengblogger....Tu sememangnya menjadi satu tempat persinggahan aku...Selalu jugak aku tengok list blogger-blogger paling popular...Boleh kata daripada 20 orang...dalam 5 orang je lelaki...So kat sini adakah blogger wanita lagi popular dari blogger lelaki?...

Aku tulis ni bukan sebab aku dengki...cuma musykil sedikit...adakah ini disebabkan bilangan wanita di dunia ini semakin ramai?...ataupun lelaki kurang minat terhadap blogging?...Mungkin jugak...Aku ada juga tengok member-member aku...Boleh kata tak ramai yang minat berblogging...dan masih lagi menganggap kerja blogging ni macam tak berfaedah bagi sesetengah orang...Mungkin...

Bagi aku...Berblogging banyak info yang kita dapat...kadang-kadang tu lagi cepat dari news kat TV...Selain tu dapat jugak cari income lebih...Macam yang korang semua tahu, sekarang marketing boleh dibuat melaui marketing...Secara tak langsung korang boleh menjana pendapatan...dengan hanya menaip..Sekarang pun dah banyak menawarkan khidmat advertise untuk di paparkan kat blog...Contoh macam Nuffnang, Innity, Advertlets...Banyak lagi...Semua tu boleh jadi side income...

Tapi apa tujuan sebenar aku berblogging?...Adakah untuk mencai income semata-mata?...Mencari fans mungkin?...Mungkin sesetengah orang berpendapat sedemikian...Tapi adakah itu perlu menjadi tujuan utama berblogging?

Mungkin lain orang lain persepsi mereka...Jadi korang macam mana?...Sebab ape korang blogging?...Ape yang korang dapat...Maklum la...Bila dah masuk dunia blogging...Kita akan selalu mengadap komputer...Jadi tak bosan ke?...

Bagi pendapat sikit.....

April 20, 2010

Simpsons dan DSA....


Kalau tengok pada tajuk entry...Agak pelik...hahaha...sebab aku gabungkan Simpsons dan DSA...Tapi tu yang tengoh bermain dalam fikiran aku...Simpsons dan DSA...

Aku gilakan cite The Simpsons...hahaha...Nie gara-gara aku dapat copy cite tu dari member aku...Aku dapat je cite aku tengok...Aku rasa semua orang tahu cite tu...Bila orang tengok cite ni mesti korang perasan...yang cite ni asyik nak kutuk orang je...tak kira la sape-sape pun mesti kena kutuk...tu kadang-kadang menyampah jugak...tapi apa-apa hal pun cite ni kelakar...hahaha..

Aku dapat tahu yang dekat PWTC sekarang ada pameran DSA...Kalau korang tengok blog BenAshaari...Mesti korang peraasan yang brader tu cukup excited untuk ke Pameran DSA...Aku pun baru tahu tentang pameran tu...Tapi masalahnya...aku tak boleh pergi...Sebab semalam aku check kat webite DSA...Pameran tu Strictly not open to public...Arghh....Asal tak open untuk public?...Sebab ape ye?...Jadi tak boleh la aku nak pergi...

Kecewa...

April 19, 2010

Zoo Negara...


Semalam aku sibuk dengan event kat Times Square dengan Gatsby deodorant street fair...Hari ni aku menghabiskan masa seharian kat Zoo Negar pulak...Seingat aku...Paling last aku pergi kat Zoo Negara adalah sepuluh tahun lepas...lama dah tak singgah situ...Dari harga tiket berapa ringgit je...Sekarang dah naik sampai RM 20...Tapi ni sejajar dengan kenaikan harga untuk penambahbaikan kaliti zoo...jadi tak hairan la...tambah-tambah duit ringgit kita semakin hari semakin kecik...

Bila dah masuk Zoo...memang semua nak lawat...kira tak nak tinggal satu pun spesis binatang kat sana...So...aku dengan family pun berjalan-jalan la...Korang bayangkan...Kami masuk ke Zoo kira-kira pukul 11 pagi...keluar dari Zoo kira-kira pukul 5 petang...memang seharian kami berada di Zoo...

Penaat tu bukan main la...Memang tak tipu...Kaki aku pun sampai dah naik lebam berjalan...tapi puas hati la...Sebab aku dah boring nak lepak kat shoping complex...Asyik benda sama je...hehehe...So kali ni buat kelainan sikit..Jadi pergi zoo kali ni dah banyak berbeza dari yang last aku pergi...binatang-binatang pun makin bertambah...sekarang pulak dah ada animal feeding time untuk gajah dengan zirafah...so kita boleh makan kat diorang...memang best...

Ok2...sekarang aku nak rehat...penat berjalan tak habis lagiii....korang enjoy la gmabar binatang yang aku letak kat bawah...


nampak macam bunga kan...sebenarnya sejenis ular...


aksi monyet...


mesyuarat agung burung-burung sedunia...


badak sumbu tengah rehat...


ular sawa albino...


feeding session...


zirafah...kat tempat feeding session...


Posted by Picasa

April 18, 2010

Takziah buat Keluarga Achik, Spin...

Salam takziah kepada keluarga Abdillah Murad Md. Shari, 28 atau lebih dikenali sebagai Achik, Spin ....Beliau telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Kilometer 14 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di Mantin petang semalam...Kereta yang dipandu oleh beliau dipercayai terbabaslalu melanggar papan tanda dan terus menyebabkan kebakaran kereta MPV jenis Estima yang dipandu beliau...Ketika itu beliau bersama dengan sepupu beliau, Salihin Md. Salleh,29 yang berada di tempat duduk hadapan...Sepupunya " menyatakan bahawa beliau tidak sedar kerana beliau telah tidur sepanjang perjalanan"...Beliau telah patah kaki kanan dan tangan kiri telah dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan...Manakala mayat Abdillah Murad Md. Shari telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk bedah siasat.



Kereta Toyota Estima yang telah dipandu oleh Abdillah Murad b. Md Shari terbakar selepas melanggar papan tanda di KM13, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)



Kenderaan Toyota Estima yang marak terbakar...


Takziah saya ucapkan kepada keluarga beliau..


p/s: Sumber dari Berita Harian

Gatsby Streetfair....Kes Ragut....

Aku lambat sikit update pasal blogger gathering semalam...For the first time aku join event yang melibatkan blogger-bloggers yang ramai...Mana tak nya dah pecah Malaysia Book of Records pun...hahaha...melibatkan 518 bloggers...untuk record dipecahkan...

Event semalam dah start pukul 10 pagi dengan registration...Time tu pun dah boleh kata ramai blogger-blogger yang sampai...Aku pun tak sangka yang ramai blogger-blogger di Malaysia...Dan semalam Gatsby dah bawak semua blogger-blogger berkumpul dalam satu event...Memang gempak...Bukan nya senang nak dapat sponsor macam Gatsby...hahahaha...


So..lepas je registration...Kitorang pun dah boleh start main game...Syokk...main game pun dapat point...dapat point boleh redeem...hehehe...Banyak jugak produk Gatsby yang aku redeem...Semalam pun aku dapat kumpul dalam 100 points...so boleh la nak support stok grooming aku untuk setengah tahun...hehehehe...

walaupun ramai bloggers yang aku berblogwalkin kat blog diorang...Tapi aku tak berapa nak cam sangat la...So...Sory sangat coz aku tak tegur korang-korang ye...Aku sempat jugak menegur sorang blogger ni...So...visit-visit la dia ye...lovelyemy.blogspot.com....

Aku tunggu sampai pukul 5.30 ptg semalam...sampai habis event la...Semata-mata nak tunggu Lucky Draw...tapi memang aku ni susah nak dapat luck...So...aku pun tak dapat lah hadiah lucky draw...Sungguh tak bertuah...huhuhu...


sape yang pergi mesti tau game ni...Krazy Kans...


Lawan-lawan jangan tak lawan...hahahaha...


nie gambar time MANDOM co. punya president cabut undi...

Satu lagi yang aku tak dapat lupa semalam...Satu kes ragut depan aku...Masa time tu aku tengah nak bayar tiket Monorail...memang depan mata aku...yang aku hairan...Orang kat sekeliling tempat tu macam lambat je bertindak...last-last penjenayah tu dah lari...Memang betul-betul kurang ajar...even tempat yang memang ramai orang pun jenis-jenis orang yang macam nie boleh jugak buat kerja-kerja sampah masyarakat macam tu ye...

Sempat jugak sampah masyarakat macam diorang ni buat kerja...So..guys...korang kena berhati-hati...tak kira la kat mana sekali pun...

April 17, 2010

Jom Pergi Times Square

Hari ni aku akan ke Times Square...
Nak join Gatsby Deodorant Street Fair...
So Kita jumpa disana ye...

April 15, 2010

Kehidupan Selebriti

Semalam aku oergi main futsal...Dekat Indoor Futsal Centre, Setapak...ni adalah first time aku main futsal kat situ...Kebetulan semalam member aku ajak main...Sebab ada friendly dengan KRU...fuyooo...KRU tu...So...dapat jugak la aku main futsal dengan Tomok...pastu ade jugak Edry Halim...Yang lain-lain aku tak kenal...hahahaha....

So...semalam aku dengan member-member bertolak la dari Bangi...Pukul 8 malam...Dekat pukul 9 baru sampai...Sebelum sampai tu aku terserempak dengan Datuk Yusof Haslam dengan A.Galak...Dalam kereta Nissan Fairlady yang dipandu oleh Datuk Yusof Haslam...So dari situ aku terfikir nak tulis entry ni...

Betul ke kalau jadi artist...Kita boleh jadi kaya?...

Tu persoalan yang aku nak timbulkan kat sini...Aku tengok ramai nak jadi artist sebab nak cepat kaya...Betul ke?...Sebab tu ramai yang berebut nak jadi artis...Sampai aku tengok audition untuk Mentor hari Ahad lepas siap nak ugut lagi supaya diorang diambil sebagai Protege...Sedangkan suara pun tak ke mana...Nak kata rupa pun tak berapa nak ada...Tapi dengan keberanian yang ada...Berani mencabar mentor supaya ambik dia jadi protege...Macam dah desperate sangat...Adakah mereka ni dah terlmpau desperate sehingga begitu sekali?...

Satu lagi...Bila dah popular...Nanti jadi lupa diri...Aku rasa korang sendiri boleh nilai mereka-mereka yang boleh diibaratkan kacang lupakan kulit...so tak payah la aku nak explain lagi...

Bila dah jadi artis...Kereta pun besar-besar...Tu time tengah naik...Bila dah jatuh...Baru nak kembali ke pangkal jalan...Tapi dengan semua kontroversi tu...Ada lagi ke orang nak pandang?...Bila dah jatuh masuk la dalam rancangan TV...mintak ehsan orang ramai...untuk bantuan...Tapi masa tengah popular?...

Tapi faktor-faktor tu semua orang dah tak kisah...Sebab apa yang diorang pandang adalah kekayaan...Itu cuma pandangan aku...So...Korang pulak macam mana?...

Bagi la pandangan korang ye...

Nak tau juga pandangan korang...

April 14, 2010

Tips Nak Reserve Movie


Kembali lagi...Kali ni aku nak bagi tips sikit kat korang semua...Aku rasa dah ramai yang jugak yang tahu kita boleh booking kalau nak tengok movie kat GSC...sebab apa aku nak share dengan korang...sebab hari tu time aku pegi GSC...Aku beratur kat line nak booking ambik booking tiket...korang tahu tak..sepanjang yang line aku beratur...hanya ada 2 orang je Melayu yang booking...kebanyakan yang lain tu Chinese...So kat sini aku rasa aku nak share sikit tips macam mana nak booking tiket...bagi mereka-mereka yang tak tahu..

1. First sekali...Korang kena lah ada account dalam GSC...So...Korang kena lah sign up dulu...Lepas tekan button sign up...akan keluar lah info kat bawah ni...Terms and condition...Korang baca la dulu...


2. Lepas tu, korang isikan maklumat tentang diri korang...Biasa lah...macam isi borang...=)


3. Bila dah isi...Submit je la...Lepas tu korang check email korang untuk verify account korang...Senang je...

4. Bila dah verify...Korang dah boleh log in...So boleh la start booking membooking...korang boleh la pilih GSC mana korang nak pergi...


5. Lepas tu pilih la movie mana yang korang nak tengok...Kan senang....


So...aku rasa tu je lah untuk kali ni....Aku share dengan korang sebab aku nak tengok yang kita ni pun pandai gunakan teknologi...Bagi sape-sape yang masih tak tahu korang try la guna...Sebab nanti akan memudahkan korang jugak...Tak payah nak beratur panjang-panjang...



p/s: Gambar-gambar kat atas agak kecik jugak la...So kalau boleh korang klik la untuk besarkannya ye...

Siapa yang pergi Gatsby Deodorant Street Fair?

Aku masih lagi mengalami masalah line yang tak henti-henti...secara tak langsung nak berblogging pun agak susah...So...kalau nak update tiap-tiap hari sekarang payah jugak la...Jadi traffic aku pun makin lama makin turun...


Aku rasa dah ramai yang dapat invitation daripada nuffnang...Pasal Gatsby Deodorant Streetfair...Yang diorang buat dekat Times Square...Aku pun dah tengok ramai yang tulis pasal ni...Dan ramai jugak yang mengesahkan diorang ni nak pergi...Jadi ni boleh jadi salah satu cara kita nak kenal satu sama lain...


So kepada sape-sape yang pergi nanti kita jumpa la kat sana ye....Boleh aku kenal korang-korang semua...Sape yang pergi inform kat comment box aku yer...

April 11, 2010

Pameran Keranda...Pergi tak?...

Aku susah sangat nak update blog...Sebab aku pun tak tau sebab apa dah jadi dengan line broadband aku 2,3 hari ni...Pelik sikit...Jadi secara tak langsung traffic aku pun dah turun mendadak... tapi hari ni sempat la nak update...tapi line tetap slow...Agak tension jugak ni....

Hari ni aku nak story sikit pasal semalam...So aku pergi melawat kat muzium negara dengan "seseorang"...hahaha...kira dating kat muzium...hehehe...aku rasa korang semua dah tahu...Sekarang muzium negara ada buat pameran keranda...keranda sejak dari zaman dulu lagi...So macam jenis ada...Nak masuk untuk pameran tu tak mahal pun...Kira-kira RM 2...Murah jadi berbaloi la kalau nak tengok keranda lama-lama...

Kat situ jugak ada tunjuk keranda-keranda yang digunakan oleh orang asli di Malaysia...Kalu korang nak tahu..Aku pun baru je tahu semalam...Yang ada satu suku kaum orang asli kat Malaysia...Dia tak tanam mayat...Tapi lepas seseorang tu mati...Mayatnya akan diletakkan disatu tempat yang tinggi di atas pokok...Kira macam tanam atas pokok...Wowww....Kira nanti kalau korang jumpa rangka atas pokok tu paham-paham je la ye...hehehe...

Ada jugak kat situ Keranda yang diperbuat daripada emas 14 karat...Fuyoooo...Banyak lagi yang dipamerkan kat situ...termasuklah keranda yang di gunakan di Indonesia, Thailand dan juga Filipina...

So...Sape-sape yang berminat nak tengok pameran ni...singgah-singgah la kat Muzium Negara ye...Sebab pameran ni sampai 20 Jun 2010...Rasanya sempat lagi kalau nak gi tengok...


Ni ialah keranda yang disadur emas 14 karat...


Ini merupakan salh satu cara pengebumian oleh salah satu kaum orang asli di negara kita...
yang mana mayat akan diletakkan di atas pokok yang tinggi...


Keranda kanak-kanak zaman dahulu...


Ni merupakan salah satu keranda zaman dahulu...
Yang mana mayat akan ditutup dengan kepingan-kepingan batu...


Jadi kalau pergi tu korang akan tengok banyak jenis-jenis keranda yang telah dibawa untuk pameran...Kalau tak pergi...Bila lagi nak tengok pameran yang macam tu kan...Jadi kalau free boleh lah pergi tengok ye...Best...

April 10, 2010

Aku bengang...Apahal?...


Aku tertekan....sebab dah dua hari aku tak dapat online...Aku pun tak tau sebab apa tiba-tiba line broadband biru aku jadi lembab...Tak pasal-pasal susah nak dapat connection...Kalau dapat pun slow sangat...Nak kata aku tak bayar bill...Aku dah bayar bulan ni...Jadi apa masalahnya ni?...

Sebab tu lah dah dua hari aku tak update blog...

So...aku mintak maaf kat korang semua...Sebab aku tak dapat nak update...ni pun dapat line macam nak tak nak je...Arghhhh....Tension....


April 7, 2010

Messi atau Ronaldo?...Anda pilih?...

Tahniah kepada Barcelona setelah melayakkan diri ke Semi Final liga juara-juara...Dan aku sendiri akui yang Barca merupakan satu team yang cukup mantap...Tak kiralah kat bahagian serangan, tengah atau pun pertahanan...So tak hairan lah kalau diorang masuk final sekalipun...

Semalam je diorang dah belasah Arsenal 4-1 dekat Nou Camp...Yang sememangnya advantage bagi diorang...Di tambah pula dengan keempat-empat jaringan yang telah dihasilkan oleh Lionel Messi...Seorang penggempur yang hebat...Jadi dari situ aku tiba-tiba terfikir nak tulis entri berkaitan diorang....Sebab aku nak tau..pendapat korang ni sama tak dengan pendapat aku...


Korang mesti kenal dengan mamat kat atas ni...Yang mana merupakan salah satu pemain terbaik dunia...Dia ni telah menjadi popular lepas masuk Manchester United...Lepas tu keluar dari Manchester United dengan nilai bayaran perpindahan palig tinggi...Korang rasa berbaloi tak Real Madrid mengeluarkan sejumlah wang...Yang teramat besar...Tapi untuk first season diorang nak lepas suku akhir pun tak kesampaian...

Pemain ni pernah dinobatkan pemain terbaik dunia....Tapi sekarang?....Korang pun tahu kan..Adakah ini disebabkan ramai sangat pemain bertaraf "star" dalam team Real Madrid...So korang sendiri lah tentukan...


Kat atas ni gambar ketika Messi celebrate goal dia masa lawan Arsenal...4 biji beb...Dari seorang penjaring...Kalau diikutkan dulu orang tak pandang sangat Messi ni sebab Ronaldu dulu orang kata lagi hebat...Maklum la...Masa kat Manchester United dia diibaratkan nadi utama dalam team...Tapi sekarang baru lah dikatakan buku bertemu ruas...Liones Messi memang lagi hebat daripada dia...

Mungkin corank permainan di Sepanyol lain daripada di England adakah itu menjadi satu alasan?...


Jadi dalam entry kali ni aku just nak tanya korang mana satu yang korang rasa memang pemain bolasepak paling hebat dunia?...

Komenn sikit....

April 5, 2010

My Favourite Sport

Kali ini aku nak story sikit pasal "My Favourite Sport"...Banyak sukan yang aku minat sebenarnya tapi yang aku paling suka adalah mount hiking...Before aku cerita lebih jauh lagi dengan sukan yang aku minat...Aku rasa eloklah au story sikit pasal sejarah macam mana aku boleh terlibat dengan hobi yang boleh dikatakan mencabar ni...So korang tengok la gambar kat bawah ni...Mesti teruja kan...Bila korang sendiri tengok air terjun macam ni...Tiba-tiba korang rasa masalah korang hilang...Dengan ketenangan yang ada...


Aku memang dah lama sangat terlibat dengan aktiviti kehutanan sejak dari sekolah rendah sampai lah aku masuk Universiti...Memang best...Tambah-tambah bila kita duduk dalam hutan tu dengan keadaan udara yang nyaman...Langsung tak dicemari...Bunyi bising kereta pun takde...Yang ada hanyalah bunyi burung-burung...Bangunan pencakar langit?...Jauh sekali tak nampak...Pokok-pokok besar je yang ada...


Aku dengan member-member yang minat akan sukan mendaki ni...Tak di nafikan satu sukan yang boleh mebawa seribu makna...Mana tak nya...Kami rapat disebabkan kerjasama berpasukan...Kenal antara satu sama lain...Kerjasama antara satu sama lain...Untuk mencapai satu tujuan...Tu yang aku tengok bila kami sama-sama berganding bahu...So...Kalau ambik gambar sebelum pendakian tu perkara biasa...Masa gambar ni diambil semua masih lagi dalam keadaan segar...Kebiasaan...Hehehehe...


Sukan yang aku minat ni agak mencabar...Jadi ramai yang menganggap sukan ni susah untuk dipraktikkan tapi aku tak rasa yang sukan ni susah...Bila kita berada dalam hutan...Kita amat tenang...Tak boleh rasakan yang kita ni ada masalah...Tenang je...Kadang-kadang dalam hutan banyak yang dapat menguji kita punya ketahanan mental dan fizikal...Bila dah sampai je kat puncak atau tempat yang kita tuju...Fuuhhh....memang best...Rasa semua penat tu hilang...Tapi untuk kita sampai ke tempat tu semua kerjasama ahli kumpulan diperlukan...Maklumlah..."We need each other"...Tengok je gambar kat atas tu...Bila dah penat...Nak berjalan pun tak larat tau...Hehehehe....


Korang tengok je la gambar aku dengan member-member kat atas ni...Teamwork merealisasikan segala-galanya...Kami mandi di air terjun...Anda semua tahu di mana letaknya air terjun ni?...Sudah tentu hampir ke puncak...Dan perjalanan yang jauh ditambah dengan penat...Memang tak dapat capai la kalau tak ada matlamat dan juga team work dalam anggota pasukan...

Time ni jugak kami tak lupa nak gunakan product Adidas yang semestinya memberi kepuasan kepada kami untuk meneruskan perjalanan ke puncak..Adidas yang banyak memberi kesegaran kepada ahli sukan apabila dalam keadaan lesu dan lemah...dan sebab tu kami gunakan produk ni...Tengok sendiri betapa happy nya kami...hahaha...


Tujuannya satu...Untuk mencapai puncak tertinggi dalam satu-satu ekspedisi...Yang tu sudah semestinya...Bila sampai ke puncak...Segala-galanya hilang...Ditambah dengan kepuasan menakluk puncak gunung yang tinggi...Yeahhhh!!!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3
and
supported by P1 and MAS