April 3, 2010

Kereta Malaysia tiada kualiti?...Betul ke?...

Kembali lagi...Malam ni aku agak kecewa dengan kekalahan Manchester United ke atas Chelsea...Kalah kat tempat sendiri pulak tu...Baru satu game Rooney takde dah jadi macam nie...Nanti nak jumpa Bayern Munich kat Old Trafford macam mana la pulak ye...Nasib baik la Macheda ada jugak score sebijik...

So...Malam ni aku berblog walking...Jalan ke blog-blog orang lain...Macam biasa untuk naikkan traffic...Kena la usaha sikit...Lepas tu aku tersinggah dekat blog Macam-Macam Ada...Singgah kat situ aku jumpa artikel pasal kemalangan ngeri kereta Perodua Alza...

Ok-ok...Kat sini korang dah tau kan apa yang aku nak cerita...Pasal mana letaknya kualiti kereta Malaysia?...atau boleh disoal sebegini...Kereta Malaysia ni ada kualiti tak?...Pedih jugak kalau kena soal macam tu...Tambah-tambah kalau kena tanya dengan 'foreigner'...Maklum lah kereta diorang lebih berkualiti...


Korang pernah tengok rancangan Top Gear tak?...

Kalau pernah korang pernah tak tengok yang kereta-kereta Malaysia di hina teruk oleh pengacara rancangan tersebut iaitu Jeremy Clarkson...Kalau tak silap aku Perodua Kenari, Perodua Kelisa, Perodua Myvi dan juga Proton Satria Neo...Memang dah kena kutuk habis-habis dalam rancangan tu...

Yang paling aku menyampah masa Jeremy tengah try test kereta Perodua Kelisa...Yang mana aku setuju dengan pandangan dia...Kalau korang nak tahu, try la search kat youtube ye...Dia ambik kereta tu lepas tu dia hancurkan...Dia kata yang kereta tu di buat oleh mereka yang hanya mengira duit semata-mata...Tu comment dia la..Dan aku akui...Kereta Kelisa kurang seninya...Tak padan dengan harga yang boleh kata mahal jugak la...


Ni adalah snapshot gambar dalam rancangan Top Gear tu...
Korang nampak tak yang kereta tu kemek?...
Tu sebab Jeremy ambik tukul besi pegi belasah kereta tu...


Ni adalah snapshot ketika kereta Perodua Kelisa tu dihancurkan...


Ni adalah snapshot ketika Jeremy test kereta Perodua Myvi...


Richard Hammond memandu kereta Satria NEO...

So kat sini kita boleh tengok yang orang luar tak berapa pandang pun kereta kita...Walaupun ada sesetengah yang membeli kereta kita diluar negara...Macam mana pun aku tetap respect pengeluar kereta kat Malaysia ni...Maklum lah...mereka telah maju selangkah kehadapan dengan pelancaran kereta konsep EMAS...kira dah maju selangkah kehadapan...


So...Kat sini aku nak tanya pendapat korang semua...Apa pendapat korang tentang industri automotif negara kita?...

Pastu kereta kita ni agak-agak ada kualiti tak?...




21 comments:

saljuhumairah said...

bagi aku,
rasanya kita sebagai rakyat malaysia haruslah menghargai kereta kita sendiri...sbb sapa lagi nak hargai..

kita asyik tengok kualiti org lain mcm mana kita tengok jiran sebelah lah asyik tukar perabot baru.. sampai bila kita nak tengok..mereka kaya...memang tak dapat dinafikan kereta luar lebih kualiti terutama dari sudut keselamatan.

sama balik mcm kita tengok jiran sebelah..kalau kita nak kejar, nanti objektif asal kita akan tersasar, mereka akan lebih maju.so sukar kita nak follow.

that y kita kena hargai apa yang kita ada, bila kita hargai, industri kita kenalah hargai kita balik dgn meningkatkan kualiti sedikit demi sedikit.

industri kereta kita akan lebih maju jika kita support dengan bagi mereka kaya. kalau bagi negara luar kaya, taraf kita tidak akan berubah.

Misshy Innz said...

pnh tgk top gear tuh kemek kan kete kelisa.
dy kate ini bukan kete, ini besi peti sejuk.
huhu ;p
kemek trk oke.

TuN Zarie UTaMa said...

haha menarik....

sirNyokism said...

huhuhu..
aku student design..
sume rancangan top gear yg libatkan kete mesia aku da tgk..
bg aku la kan..
kete mesia neh ok..
not bad..
yg aku taw..
sume kete mesia yg export ke ovc neh..
xsama spesification yg jual kat mesia..
contohnya air bag..
proton pon skg neh da amek lotus..
lotus good in handling..
no wonder proton's car nowadays better than b4..
hee..
utk proton emas tu pulak aku xbpe sure nak bgga sgt ke tak..
sbb designer dia bkn org mesia..
syarikat design tuh mmg penah design kete utk company2 besar mcm VW..
huu..
so just wait n see la yek..
wee..
=D
panjang pulak..

Unknown said...

bukan seme kete kite tader kualiti kan...

survey yg ne better..

plan nak bli kete lua tapi dari dulu sampai skang aku still minat gti hehhehe

tapi bapak aku kete tu kuat mkn minyak..

pikir kualiti yg much economical lah..pilih yg sesuai n berbaloi..

but naik moto lagi bes hihiih

aizatshafiq said...

Lukisan Pena-

terima kasih atas pendapat anda...
betul apa yang anda katakan...

walaupun sudah lebih daripada 20 tahun industri automotif di negara kita tapi masih banyak yang perlu dipelajari...
tapi disebabkan itu kita perlu mempertingkatkan lagi usaha untuk memperbaiki mutu kereta kita...
tapi sampai sekarang...aku still tak nampak kualiti yang boleh dibanggakan...

mana wang juta-juta yang dibelanjakan untuk R&D?...

kita boleh lihat yang kereta Malaysia kurang kualiti...Contohnya apabila kemalangan...
kereta Malaysia boleh diibaratkan tin kosong...

aizatshafiq said...

Innz-

Betul...
Agak terasa jugak sebab kereta kebangsaan merupakan salah satu imej negara...

ni kalau dah kena kutuk habis-habis...sape tak marah...

aizatshafiq said...

Tun Zarie Utama-

=)

aizatshafiq said...

sirNyokism-

Tu salah satu usaha R&D antara Proton dengan Lotus...

So..try keep it up untuk kualiti kereta yang lebih baik...

Kita tunggu je...

aizatshafiq said...

parkbhuthe-

betul...

kebanyakan kereta Malaysia memang economical...

tapi dari segi kualiti...kurang...

yang tu perlu pengeluar kereta di Malaysia fikirkan sekarang...

Unknown said...

cikgu saya kata,kalau nk beli kereta,pilihlah yg berkualiti..honda is okay.Merz is better...

aizatshafiq said...

si[jari] telunjuk-

hahaha....

mcam tu ye...

=)

kulanz said...

1st time tengok kereta Malaysia kena perli, dalam siri mr bean.. ingat tak yg bola golf lekat dekat ekzos, pastu tuan kereta hidupkan enjin, kereta terus meletup.. tu perli secara tak kita sedar..

apapun, ada positif juga orang luar kutuk kereta M'sia ni, sekurang-kurangnya pembuat kereta nasional ni rasa tercabar dan buat yg lagi baik.. Lagipun, kalau difikir mmg betul, kereta M'sia yg dieksport ke luar lagi berkualiti dan murah banding kereta yg dijual dalam negara sendiri..

Unknown said...

salam..betul tu..kereta malaysia krg kualiti..tapi kami pakai sebab murah..

tak larat nak pakai keta import..tak cukup duit nak bayar tiap-tiap bulan.

aizatshafiq said...

kulanz-

betul kata anda...

kereta malaysia dalam malaysai lebih mahal...

ini kerana kos hidup di malaysia tersangat lah tinggi...

yang tu yang sebenarnya...

aizatshafiq said...

kak ina kl-

itu salah satu faktor...

dan saya akui yang kereta malaysia murah dan mampu dimiliki oleh sebilangan besar rakyatnya...

so..dengan itu...mereka perlu lah berusaha untuk memberi kepuasan kepada pengguna...

bukan sekadar melepas batuk di tangga...

betul tak kak?...

Pena Crystal said...

hurm..industri kereta kat malaysia mmg la tak mmbanggakan macam kat negara luar.

Tapi at least adew jugak org yang cuba menghasilkan kenderaan utk kita bergerak.at least org malaysia mampu jugak nak pakai kereta.cuba kalau mereka import kereta luar masuk ke malaysia.agak2 brapa ramai la org msia terpaksa jalan kaki or berbasikal.

mereka jugak cuba utk buat yang terbaik cuma mungkin malaysia technlogy kat sini tak setanding dgn kat sana.:)

aizatshafiq said...

Arra Jasmy-

sebab tu diorang perlu lagi gigih tingkatksn R&D...

Budget dah keluar juta-juta...

Hasilnya?...

Kita sendiri yang dapat menilainya....

Saiyed said...

aku penah tgk masa diorang review KENARI. the Stig test kat circuit. aku tak igt compare ngan kete ape. tp aku rasa kete buruk gak la. and kenari jadi mangsa kutukan kaw2. mmg hampeh la. penah gak tgk diorang kutuk design SAVVY. diorang kata org bodoh mana la design kete mcm tu. mcm katak ke ape ntah diorang ckp.

bagi aku la, kete mesia skrg dah makin baik dari dulu. tapi masih boleh diperbaiki. kite citer kite masuk pasaran eropah, eksport sana, eksport sini tapi spec kete yg diorang eksport tu tak sama ngan yg jual kat mesia. kenape mesti ada double standard?? diorang kene utamakan pasaran tempatan kalau nak lebih maju. dan org malaysia pentingkan kualiti, bukan kosmetik semata2.

renung2kan dan selamat beramal. hehehehe

aizatshafiq said...

nirelwof-

terima kasih atas pendapat anda...

apa yang penting usaha pihak terlibat untuk memajukan industri negara...

jangan semata-mata nak jaga standard antarabangsa...

kita di Malaysia yang menjadi mangsa...

Anonymous said...

MEMANG RAKYAT MALAYSIA HARUS MENYOKONG BARANG N PRODUK NEGARA KITA..TAPI KENAPA PROTON N PERODUAL STILL JUAL KERETA X BERKUALITI!...KITA DA SOKONG DIORANG..TAPI DIORANG X HARGAI SOKONGAN KITA..SO...SBGAI CONTOHNYA..PERLUKAH KITE BELI MAKANAN YANG SUDAH BASI DARI KEDAI JUAL MAKANAN TERSEBUT..SEDANGKAN KITA DA TAHU KEDAI ITU AKAN JUAL MAKANAN BASI??? PERLUKA BELI MAKANAN YANG BASI???