December 31, 2010

Persoalan yang timbul di malam sambutan tahun baru

Aku rasa sekarang ni dah ramai kot yang nak bersiap-siap. Tak pun, ade yang dah pun keluar rumah sebab nak tengok konsert kat Dataran Merdeka. Tak pun ramai yang dah pun memenuhi tapak-tapak sambutan Tahun Baru 2011. Yang kebiasaannya memang ade konsert-konsert dan juga pertunjukan bunga api. Bukan setakat di Malaysia. Tapi kat seluruh dunia. 


Antara persoalan yang aku timbulkan.
  • Sanggup ke bersesak-sesak ke tempat-tempat macam tu?

  • Sambutan tu habis setakat pukul 12 tengah malam je ke?

  • Betul ke malam tahun baru banyak kondom bersepah merata-rata?

  • Bila dah sampai bulan 9, ramai la orang buang anak. Betul ke disebabkan oleh sambutan tahun baru?

Ok. Setakat tu je. Agak-agak korang ade jawapan tak?

Imbasan 2010 | Pencapaian dalam diri aku

Pejam celik. Pejam celik. Hari dah pun 31 December 2010. Cepat je masa berlalu. Dalam masa setahun ni. Macam-macam yang berlaku kan. Ade yang pahit. Ade yang manis. Tak kire la. Semua orang mesti ade kisah tersendiri dalam tahun 2010 ni kan. Hari terakhir kita berada dalam tahun 2010. Lepas ni tak jumpa lagi dah tahun 2010. 


Dalam tahun 2010 ni banyak kenangan bagi aku. Antara yang utama. Sebab aku sekarang ni dah pun menuju ke alam baru. Dalam masa setahun aku berubah daripada seorang pelajar kepada seorang yang sudah pun berkerjaya. Alhamdulillah. Aku tak sempat nak menganggur lama-lama. Sangat-sangat bersyukur. 

Dalam berblogging, pencapaian tahun ni merupakan pencapaian terbaik yang pernah aku dapat. Sejak aku bertukar daripada blog apieceofaword.blogspot.com kepada aizatshafiq.com banyak perubahan yang berlaku dalam penulisan blog aku ni. Antara pencapaian aku yang terbaik sepanjang aku berblogging :
  1. Pertama kali aku cashout duit Nuffnang. Setelah setahun aku bersama Nuffnang. Sejak cashout kali pertama. Dah dua kali aku cashout. Walaupun, tak seberapa. Tapi masih lagi memberi semangat kepada aku untuk berblogging.
  2. Pertama kali aku dapat Unique Viewer melebihi 1000++ orang dalam masa sehari. Kalau korang ingat boleh tengok kat ENTRY ni. Walaupun aku tahu, ramai lagi blogger yang dapat 1000++ dalam sehari. Tapi, bagi aku tu pencapaian terbaik aku untuk tahun ni.
  3. Followers aku meningkat. Kalau dulu. Aku susah nak dapat follower. Atau pun aku lebih gemar memanggil reader untuk blog ni. Sekarang, sehingga entry ni di taip, dah ade 638 follower. Thanks korang. 
  4. Pageview blog aku sekarang dah pun cecah 80,000++. Tak capai target. Sebab aku target nak capai 100,000 ++ pageview sebelum masuk tahun baru. Tapi aku masih lagi tak cukup 18,000. Mungkin tahun depan kot. Sape tahu kan? 
Banyak jugak yang berlaku dalam tahun 2010 ni. Tak kira la, sama ade aku dalam dunia blogging ni ataupun dalam dunia realiti. Macam-macam kenangan pahit manis yang berlaku dalam tahun ni. Dan tahun ni juga, banyak keinginan aku dah pun tercapai. Syukur alhamdulillah. 

Bila dah masuk tahun baru ni, mesti kita akan ade azam baru kan? So, nanti kita cerita pasal azam baru pulak. Korang punya kejayaan tahun 2010 macam mane pulak ye?


*Impian aku yang dah pun tercapai untuk tahun 2010. Alhamdulillah. =)

December 30, 2010

Piala Suzuki AFF | Macam ni rupa Harimau Malaya ratah Garuda !


Kalau tengok gambar kat atas ni. Ni lah gayenye, bila Garuda kena ratah kat Harimau Malaya. Hehehe. Signifikan dengan kemenangan Malaysia semalam. Walaupun semalam, Malaysia tewas buat kali kedua dekat Indonesia untuk Kejohanan Piala AFF Suzuki kali ni. Tapi dengan bekalan yang dibawa dari Malaysia tetap memberikan Malaysia dengan kemenangan aggregat 4-2. Tahniah.


Komen dari Rio Ferdinand. Pemain pertahanan Manchester United pun ucapkan tahniah pada Malaysia. 


Tahniah untuk team Malaysia yang bawa pulang Piala Suzuki AFF ke Malaysia selepas 14 tahun kejohanan tu diadakan. Secara overall, aku raasa team Malaysia dah tunjukkan satu kelainan dalam permainan bola sepak. Tak macam dulu. Passing-passing bola pun boleh terlepas. Game semalam pun cukup best kalau nak dibandingkan 2,3 tahun dulu. Betul tak korang?

Jadi takde sebab kalau cakap laser kat Malaysia yang menyebabkan diorang kalah 3-0 hari tu. Dan semua dah dibuktikan. Sebab Malaysia pun kene laser kat Indonesia. Sampai tak score pulak penalty si Firman tu kan. Hehehe.

December 29, 2010

LIVE | Jom sokong Team Malaysia malam ni !


Malam ni yang bakal menentukan siapa yang bakal membawa pulang Piala Suzuki AFF. Aku yakin dengan kelebihan 3 gol yang Team Malaysia bawa ke Stadium GBK, Indonesia bakal memberi peluang kepada team Malaysia nak bawak balik Piala Suzuki AFF buat pertama kali. 

Jadi, malam ni sama-sama kita bagi sokongan kat Team Malaysia. 

Time : 8.00 malam
Live : TV1 dengan ASTRO
Tempat : Dimana-mana yang korang rasakan best

Jom ramai-ramai sokong team Malaysia !

December 26, 2010

Malaysia tewaskan Indonesia 3-0 | Salute untuk Malaysia !

Wow...


Tu je aku boleh cakap. Walaupun sebelum ni Malaysia diaibkan oleh Indonesia dengan jaringan 5-1 di Indonesia akhirnya menebus kemenangan mereka di Malaysia. Walaupun tak dapat jaring sebanyak 5 gol. Ape-ape pun, aku cukup respek permainan Team Malaysia malam ni. Ade satu peningkatan daripada permainan-permainan terdahulu. Yela kan. Dah makin teratur dan bijak buat keputusan dalam permainan. 
Penjaring 2 Gol untuk Team Malaysia malam ni.

Syabas buat Team Malaysia !

*Semalam Shahrul Idlan Talaha baru je kahwin. Hari ni perform. WoW. Salute ! =p

December 25, 2010

Merry Christmas kepada mereka yang menyambutnya

First of all. Hari ni aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Natal dan juga Merry Christmas kepada mereka yang beragama Kristian.


Update yang cukup pendek. Will come out with new entry soon k. =)

December 21, 2010

Senarai bloglist December 2010 | Pertambahan


Hari tu aku dah buka bloglist aku. Yang dah kekal akan kekal. Cuma kali ni nak buat pertambahan sikit je. Sebab ape gunanya kalau kita sebagai bloggers ni tak share-share kan? Jadi kali ni sharing is caring. Hehehe. Kat bawah ni semua list blog yang dah pun tinggalkan entry diorang. 




December 20, 2010

Anonymous ni penggangu ke?

Anonymous. Anonymous.


Korang mesti dah familiar dengan perkataan anonymous ni. Korang suka tak dengan golongan mereka-mereka yang suka menggelarkan diri mereka ni anonymous? Sebab diorang ni suka menyembunyikan identiti mereka. Lepas tu, yang paling best bila diorang ni suka mengutuk, mengata dan mengeji. Tapi tak kurang jugak dengan memberi nasihat.

Perlu ke suka pada anonymous ni?

Bagi aku. Kadang-kadang tu, aku cukup suka dengan anonymous ni. Ye la kan. Diorang ni pun bagi nasihat jugak. Kadang-kadang ade jugak tegur aku dalam penulisan blog aku ni. Kira memberi kritikan membina la. Tapi kan ade jugak anonymous yang tinggalkan komen sambil meluahkan perasaan. Time tu kalau bace komen pun korang pun boleh agak komen diorang ni macam mane. Macam dalam entry aku yang berkaitan dengan Cikgu Shida ni. Banyak betul komen-komen dari anonymous. 

Tu la antara kategori anonymous yang selalu singgah kat blog aku. Bagi aku, aku suka kat diorang ni. Sebab diorang ni tak bagi kita ni leka. Maklum la, bila kita ni tak dapat teguran, mula la nak lupa diri kan. Dengan kehadiran anonymous yang dari kedua-dua kategori ni, secara tak langsung mengingatkan kita. Betul tak?

Bagi korang pulak macam mane?

December 19, 2010

TSTC dan Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort


Update untuk hari ni. Hari ni aku travel dari Batu Rakit ke Kemaman. Sebab nak undergo untuk safety training. One of the requirement untuk dapatkan safety passport. Jadi hari ni bertolak dari INSTEP pukul 6.30 pagi. Awal tu, sebab sebelum ni memang bangun lambat  je. Paling awal pun 6.30 pagi. Hahaha. Tapi disebabkan nak kena gerak dari INSTEP awal. Terpaksa la kan. 

Aktiviti pagi biase je. Sebab juzt banyak briefing untuk esok. Yang lain-lain tak pun. Kat bawah ni korang boleh tengok la gambaran untuk training yang aku bakal jalani esok. 



Lepas class untuk hari ni. Dah balik hotel pun. Check in dekat Awana Kijal, Kemaman. Tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak. Cuma yang ni je aku sempat ambik. Ingat nak ambik gambar kat lobby. Tapi disebabkan hujan yang teramat lebat kat sini. So, mood nak ambik gambar kat lobby pun jadi kurang. Hehehe. Nanti aku ambik gambar lagi. =)


Ok. Nak rest dulu. Sementara masih sejuk. Mane tau kot-kot malam ni ade entertainment pulak. Hahahaha

*Kepada orang Kemaman, ape aktiviti best boleh buat ye?

December 18, 2010

Perlawanan Pusingan Kedua Champions League 2010/2011



Keputusan untuk Pusingan Kedua Champions League. Kalau tengok kat jadual kat atas tu, Arsenal akan jumpa Barcelona. Manchester United pulak jumpa dengan Marseille. Kira laluan kat pusingan kedua tak la berat sangat kalau nak dibandingkan dengan Arsenal. Bekas juara Inter Milan pulak nak jumpa dengan Bayern Munich. 

Overall, setiap perlawanan tu memang best. Bila dah masuk second round ni, semua mesti team hebat. Yang paling best Tottenham Hotspurs. Memang prestasi terbaik la sekarang ni. Walaupun, nanti diorang akan berjumpa dengan AC Milan. Tak mustahil kalau diorang boleh tewaskan AC Milan kan. Sebab bola tu bulat.

Ape-ape pun, Manchester United tetap dihati. Hehehehe.

December 13, 2010

Penyertaan Bloglist di buka !

Selamat Malam !

Memang lame jugak aku tak update blog tengah-tengah malam kan. Tapi korang masih lagi setia nak bace blog aku. Thanks alot. Untuk entry malam ni, aku tak nak tulis panjang-panjang. Untuk entry malam ni aku nak bukak penyertaan baru untuk korang masuk bloglist aku. 


Kalau korang masih lagi tak tersenarai dalam bloglist aku ni. Tinggalkan link kat entry ni ye. Di ENTRY ini sahaja. Nanti bila aku dah kumpul semua link blog korang aku akan masukkan dalam senarai blog. Buat mase sekarang aku tak letak lagi bila tarikh tutup. Yang penting, korang tinggalkan je link kat blog aku ye.

Blogger's let us share !

Penantian satu penyeksaan.

2 hari tak update blog. Lame jugak tu. Hehehe. Ni pun aku ambik kesempatan nak update blog tengah hari.  Sementara tengah tunggu nak masuk keje balik kan. Actually last week aku dah settle kan satu kerja. Dan sekarang ni tengah tunggu sesuatu nak sampai.

Tinggal lagi 2,3 hari sebelum aku dapat bersua muka buat pertama kali. Hehehe.


Ni la dia. Cuma tunggu kehadirannya dalam hidup aku. Hehehe. 

December 11, 2010

Pantai Teluk Ketapang di Petang hari

Kalau entry pagi tadi aku tulis pasal Pantai dengan Nasi Kerabu. Tapi time kat pantai aku tak ambik gambar. So, hari ni Alhamdulillah sebab cuaca sangat cerah. Panas. Jadi sangat sesuai nak berjalan-jalan kat tepi pantai. Untuk sekali lagi. Tapi kali ni kat pantai lain pulak. Maklum la. Bila dah duduk kat Terengganu ni kena la jelajah-jelajah pantai kan? Hehehe.

Jom tengok antara gambar yang aku ambik time pergi ke Pantai Teluk Ketapang. Dekat je dengan Airport Kuala Terengganu.



Amacam? Boleh tahan jugak ombak ni. Tapi kalau tengok depan-depan lagi korang boleh tengok ganas tak ganas ombak ni. Sekarang ni kan musim tengkujuh. So, ombak ni lain sikit-sikit dari musim-musim lain. Boleh kate ganas jugak la. Kat Pantai Teluk Ketapang ni memang tak boleh mandi. Sebab bahaye. Mungkin disebabkan ombak kat kawasan ni bahaye jugak kot.  =)


Jarang jugak aku interframe kat dalam blog ni. Saje nak letak gambar kali ni. Time ni aku dengan member aku tengah duduk-duduk kat benteng batu. Kalau nak datang kat tempat ni senang je. Korang cari je landmark Kuala Terengganu Airport. For sure boleh jumpa la Pantai Teluk Ketapang ni. 


Lagi gambar Pantai Teluk Ketapang. Actually petang ni ramai. Tapi aku tak ambik la gambar orang. Saje ambik gambar pantai dari view batu tempat aku dok lepak-lepak. =)

December 10, 2010

Pagi Jumaat di Pantai bersama dengan Nasi Kerabu Ayam Bakar

Hari Jumaat. Kalau kat negeri Terengganu ni. Hari ni dah cuti. Weekend. Best la kan. Hehehe. Rehat je kat bilik. Pagi ni, lepak-lepak kat beach. For the first time aku pegi beach pukul 7 pagi. Sebelum ni pun tak pernah lagi nak pergi ke pantai pukul 7 pagi. Awal kan?

Ni bukan gambar yang aku ambik. Ni gambar google je. Hehehe.

Ingatkan pergi ke pantai pagi tadi, boleh la nak tengok sunrise. Tapi tak dapat la pulak. Sebab kabus tebal. So, lepak-lepak je la kat pantai tu. Tengok-tengok ombak. Macam korang tahu, sekarang ni memang musim tengkujuh. Kira macam winter la kat sini. Jadi, ombak kat pantai tadi memang tinggi. Tapi yang frustnye, aku tak bawak kamera. Tak ambik la gambar. Kalau ambik gambar dengan phone pun tak berapa nak clear. Huhuhu.

Balik je dari pantai Batu Rakit pagi tadi. Aku dengan member aku, lepak kedai makan. Sebelum balik ke residence tempat aku tinggal. Makan Nasi Kerabu ayam bakar sekali dengan teh tarik. Perghh. Memang sedap. Tempat tu memang popular. Memang ramai orang pergi. Sebab tu aku singgah kat situ.

Amacam? Terliur tak? Hehehe. Gambar ni member aku ambik. Sedap kan? =p

December 9, 2010

Earning yang paling tinggi aku dapat dari Nuffnang

Sekarang ni aku ni susah betul nak keluarkan entry. Tah la. Sebab ape pun aku tak tahu. Bila nak menaip entry je mesti jadi kaku. Kalau dulu, time cuti bukan main lagi kan. Boleh kata setiap jam aku ade je nak tulis. Bila dah masuk kerja ni macam kering pulak kepale otak aku nak type entry. Kalau macam ni la prestasi aku, macam mane nak lawan Ben Ashaari. Tak pun, Eyriqazz. Memang tak terlawan la diorang gayenye. Hahahaha.


Korang ingat lagi tak entry aku pasal Earning tertinggi aku dari Nuffnang? Kalau hari tu aku tunggu nak capai RM50 kan? Alhamdulillah. Sekarang ni dah pun capai RM50. Siap terlebih pulak. Thanks to you Nuffnang. Walaupun Nuffies sekarang ni tengah berseronok atas kapal. Wah. Wah. Memang seronok kan. Aku pun nak plan la buat vacation macam tu. Lain daripada yang lain tu. Hehehe.


Income aku dengan Churp-churp tak la banyak sangat. Tapi masih bersyukur lagi, walaupun tak dapat banyak tapi masih ade lagi income aku dengan Churp-churp. Maybe sebab cash out dengan Churp-churp ni RM100. Jadi lambat sikit kot. Ape-ape pun thanks jugak kat churp-churp. Sebab korang masih lagi sudi bagi tweet untuk aku promote. Thanks ye.

Aku tunjuk semua ni bukan dengan niat aku nak berlagak. Sebab aku tahu, ramai lagi yang dapat lagi tinggi yang aku dapat. Ade yang sampai ribu-ribu sebulan. Terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan aku. Tapi ape yang aku bagi tau korang ni semata-mata nak memberi semangat kat korang. Dan tunjuk bukti yang dengan blogging pun korang boleh dapat pendapatan sampingan. 

Pasal tips. Aku pun tak tau nak kongsi macam mana. Yang perlu, aku rasa korang perlu jadi stalker kot. Cari info-info kat blogger otai. Yang aku rasa banyak membantu aku dalam dunia blog ni. Kalau rajin , boleh la jenguk-jenguk Tips Blogging aku ye. 

Happy Blogging Guys !

December 7, 2010

Aku masih lagi konfius sebab kenaikan minyak


Kalau tengok tajuk news kat atas ni. Nak je aku happy. Ye la kan. Kerajaan dah bagi jaminan yang minyak takkan naik sehingga hujung tahun ni. Tapi cuba kita tengok balik ape yang dah terjadi. Baru je diumumkan yang minyak RON 95, Diesel, LPG sekali dengan gula dah pun naik harga. Jadi ke manakah janji yang diberikan minyak takkan naik sehingga hujung tahun ni?

Konfius jugak kan. Kalau ikut statement dalam news KOSMO yang bertarikh 3 NOVEMBER 2010. Tak sampai sebulan, tak sampai sebulan minyak RON 95 dah pun naik. Kalau ikut statement dari KOSMO tu, dari Menteri KPDNKK, Datuk Ismail Sabri,

"Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen seliter tetapi harga minyak RON 97 ditentukan oleh pasaran"

Kalau ikutkan pada statement tu aku boleh terima la. Tapi tak sampai sebulan dah naik dah. Sedangkan nak masuk tahun 2011 lagi sebulan. Atau pun tahun baru yang dimaksudkan tu adalah tahun baru Hijrah? Kalau ikut tahun hijrah tu betul la. Tapi tu pun dah awal seminggu.

Jadi boleh pakai ke statement tu? Sebab aku masih lagi konfius dengan sebab-sebab tak pun di war-warkan dalam tv pasal kenaikan ni kan? Tup.tup je dah naik. Hmmm.

December 6, 2010

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun | Selamat Menyambut Maal Hijrah

Tinggal lagi beberapa jam sebelum tahu 1431H melabuhkan tirainya. Bila masuk je waktu Maghrib kita dah pun masuk ke tahun baru. 1 Muharam 1432H. Semoga tahun baru ni bakal memberikan kita satu kelainan untuk kita ditahun baru ni. Tanamkan azam baru. Bukan setakat sambut tahun baru je.

Ape-ape pun, aku cuma nak berpesan, sambil ingat-mengingati. Nanti lepas solat asar nanti jangan lupa baca Doa Akhir Tahun ye. 


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: 

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" 

Bila dah masuk waktu Maghrib, korang bace pulak Doa Awal Tahun ye.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : 

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



December 5, 2010

Cinta, Couple, Gaduh

Bercouple? Bercinta? Kat mane manisnya ye? Ape kata kalau korang tengok gambar kat bawah ni.


Actually gambar ni memang aku snap time dalam kereta. Sebab pasangan ni tengah gaduh-gaduh. Kalau aku boleh ambik video dah lame aku post video kat sini. Memang tangan tu naik tinggi-tinggi kot. Tak tahu la gaduh pasal ape kan. Kebetulan pulak, time ni jalan tu tengah jem. Tapi sebelah yang satu lagi. Yang lane satu lagi ni pulak kosong. Memang orang boleh tengok terang-terang la pasangan ni gaduh-gaduh. 

Aku tak tahu la ape perasaan diorang. Tak kan tak rase malu kan. Gaduh di stesen bas. Macam-macam betul ragam manusia ni. Hahaha.

Aku jatuh cinta dengan Proton Satria R3 Racing Concept

Tengah lunch break. Sempat jugak la aku online kejap. Sebab training untuk petang ni start pukul 3. Jadi, sekarang baru satu setengah. Ambik masa jap nak update blog. 

Semalam aku tengok blog Paultan.org. Pasal kereta Satria Neo R3 Racing. Wah. Memang sangat-sangat aku berkenan. 


Sekali je aku pandang dah pun terpikat. Memang sporty habis la. Dengan 200hp memang puas hati. Tapi sayang sebab kereta ni cuma dikeluarkan sebagai concept car. Tak tau la bile production nak keluar kan. Huhuhu.

Agak-agak kalau keluar berape harge kereta ni ek? Kalau Proton Satria R3 Lotus Racing pun dah RM115,000 , tu baru 145hp. Tapi kalau yang ni, 200hp. Berape agaknye?

*Masih kecewa memikirkan aku tak dapat pergi ke KLIMS. Huhuhu.

December 4, 2010

Pengalaman di Monsoon Cup 2010

Dah dua hari aku tak update blog. Sebab sekarang ni aku punya line broadband dah kena block. Walaupun baru sebulan aku tak bayar. Hmmm. Sekarang ni memang Celcom cepat sangat block line. Aku update ni pun guna broadband kawan aku. Mungkin esok baru aku bayar aku punya broadband. 

Semalam aku ke bandar Kuala Terengganu. Macam korang tahu, sekarang ni tengah berlangsung pertandingan Kapal Layar Monsoon Cup kat Kuala Terengganu ni. Jadi kata mana-mana pun korang boleh tengok banner pasal monsoon cup ni. Ni kali kedua aku pergi Monsoon Cup. Last sekali aku pergi, time first dulu tahun 2005 kalau tak silap. Jadi semalam aku jejak kan kaki kat MarinaResort. tengok sendiri kemeriahan Monsoon Cup. Memang ramai, sebab hari semalam tak hujan. Jadi ramai la rakyat Terengganu yang turun kat situ.

Jom tengok antara koleksi gambar yang aku ambik. Tapi tak banyak la. Nak tengok lagi tekan Read More ye. =)

December 1, 2010

Samsung Galaxy Tab pesaing iPad?

Baru-baru ni Apple Malaysia baru je officially launched iPad kat Malaysia. Walaupun dah ramai orang pakai sekarang kan. Aku pun berkenan jugak kat iPad ni. Sebab veryvery convenient. Senang nak bawak merata-rata. Dan aku pulak jenis yang suka online. Lagi la aku berkenan kat iPad ni. 

Jom tengok comparison antara dua :

Minyak naik lagi ! | RON 97 kini RM 2.30 sen

Minyak naik lagi?

Tu mengikut laporan berita yang aku tengok kat MalaysiaKini. Minyak RON 97 bakal naik lagi 15 sen. Lepas hari tu, kalau tak silap aku bulan lepas dah naik 5 sen. Kenaikan mendadak jugak tu. Jom tengok dekat graf kenaikan minyak sejak 2004 - 2010.


Hari ni dah naik pun ke harga RM 2.15 sen untuk RON 97. Tapi untuk RON 95 masih lagi kekal dengan harga RM 1.85 sen. Yang tak best nye, aku tahu pasal kenaikan ni tengah malam semalam. Cepat kan? Tau tau je dah naik. Tak de dapat information pasal kenaikan ni. Berita pagi ni baru ade cerita pasal kenaikan ni kat berita. Hmmm.

Bila dah naik tu, tak boleh nak buat ape la kan. Kita tunggu la bila pulak nak turun. Tapi nak turun tu agaknye bile ye? Sebab kalau tengok graf, asyik naik je. Pastu, minyak yang kita guna dulu adalah RON 97. Sebelum diperkenalkan RON 95. Betul tak? Sekali lagi. Hmmmm.