November 10, 2012

Cara nak buang Virus Recycler

Dah lame jugak aku tak tulis new entry. Tapi kali ni aku nak tulis pasal macam mana nak buang malware yang sering kali menggangu komputer kita sekarang ni. Virus RECYLER.


Selalunya virus ni bergerak dalam thumbdrive USB. Bila guna thumbdrive je, tak pasal-pasal semua file kita dalam thumbdrive tu jadi hidden. Bila orang lain guna thumbdrive kat PC kita pulak jadi benda yang sama. Jadi sekarang aku nak kongsi cara nak buang virus ni dari komputer kita dan juga bila kita guna USB drive kita.

  • Mula-mula pastikan kita unhidden file dalam thumbdrive kita. Sebab kalau file virus recycler tu masih   berada dalam keadaan hidden, antivirus memang tak jumpa. Jadi unhidden kan file tu. Search Command Prompt macam kat bawah ni.
  • Type cmd dekat search box. Nanti akan keluar cmd.exe. Klik pada link tu.
  • Kemudian, masukkan kod ni,

  • Tukarkan huruf g tu kepada drive yang nak kita unhidden kan file. Contohnya f:\*.*
  • Semua file akan unhidden lepas tu. 
  • Bila dah unhidden boleh la korang scan dengan software anti malware. Contohnya macam Malwarebytes Anti Malware Software. Software ni boleh didownload secara percuma kat filehippo.com.
  • Bila dah scan remove segala virus yang ada. Kemudian perform full scan dekat C drive and D drive untuk PC korang, supaya tidak ada lagi saki baki virus dalam PC korang.








November 2, 2012

[Photo Session] Burung Ketitir






October 9, 2012

Kos Servis 40,000 KM Proton Satria Neo CPS MT

Dah 40,000 KM pun. Jadi hari ni aku pergi servis kereta aku. Ingatkan nak tunggu bulan depan. Tapi bila dah ade bunyi kreuk..kreuk kat kereta aku tu yang jadi tak sedap hati tu. Terus pegi servis. Tapi aku dah agak yang brake pad aku belah depan dah out dah pun. Tu yang kene tukar tu, alang-alang nak tukar brake pad terus servis sekali la. Boleh tahan jugak la. 40,000 KM tu Major Servis. Jadi faham-faham la duit melayang servis kali ni.


Total servis untuk 40,000 km bagi sebuah kerea Proton Satria Neo CPS MT adalah RM 560.80. Tu termasuk sekali dengan brake pad aku. Sepasang je, bahagian depan. Apa yang aku tukar kali ni macam list kat bawah :

1. Engine Oil
2. Oil Filter
3. Spark Plug
4. Brake Fluid
5. Air Filter
6. Fuel Filter
7. Power Steering Oil
8. Radiator Coolant
9. Gear Oil 
10. Brake Pad (External)

Kos upah Pro Care Smart : RM 110.

Tu la lebih kurang, kos untuk servis 40,000 KM. Aku rasa kalau ikut kereta Proton lain pun lebih kurang jugak kot. Sebab major servis 40,000 KM tak lari jauh la kot.

October 8, 2012

Don't be selfish !

Pagi ni aku pegi la HUSM. Hantar mak aku gi ambik ubat. So, sementara nak tunggu ambik ubat tu aku gi la parking kat parking lot HUSM tu. Boleh dikatkan parking lot tu memang sempit laluan pun sekadar muat2 satu kereta. Jadi kat hujung jalan tu ada space sikit untuk buat U- Turn. Tapi cuba korang bayangkan bila ruang U-Turn dah di tutup, sebab ada seorang hamba Allah ni dah parking kat situ. Perasaan korang macam mana?

Yang aku tau dia ni memang nampak sangat rasa bersalah parking kat situ. Tapi dia parking jugak. Seban aku yang parking menunggu kat situ pun dah buat tengok2 pelik kat diz tu macam tak hairan. Yang penting dia dapat parking. So, selfish !


October 7, 2012

Piala Malaysia 2012 : Kelantan 1-0 Selangor

Lambat pulak aku update. Semalam aku gi Stadium Sultan Muhammad ke-IV macam tengok perlawanan antara Kelantan  menentang Selangor.  Yang berakhir dengan keputusan Kelantan menang dengan satu gol kosong hasil daripada jaringan Muhd Ghaddar.

Yang seronok nya. Kedua-dua pasukan memberikan persembahan terbaik. dua-dua sama hebat. Tactical, set pieces semua hebat. Tu yang tak sabar nak tunggu keputusan kat Stadium Shah Alam pulak nanti. Harapnye Kelantan menang la ye.

Stadium Sultan Muhammad ke-IV  seperti biasa penuh sesak. Aku beratur nak masuk stadium pun dekat 15minit jugak la. Lepas dah solat maghrib ape semua. Masuk-masuk stadium je sit semua penuh. Yang berdiri pun bukan main la.  Tu yang jadi meriah bila Ghaddar jaringkan gol. Nasib baik tak runtuh je stadium tu. Hehehe.



October 5, 2012

Carwashed !

Dah 2 minggu kereta tinggal kat airport. Sayang betul rasenye. Tapi nak buat macam mane kan. Nak tak nak kena la tinggal jugak. Jadi pagi ni, as usual hantar gi car wash. Malas nak basuh sendiri. Hahaha. Tambah - tambah pulak dengan cuaca panas sekarang nie. Lagi la malas kan.

Aku ingatkan aku sorang je yang malas nak basuh kereta, rupanya pagi -pagi Jumaat weekend ni pun ramai yang datang basuh. Maklum la, kat Kelantan ni kan Jumaat dah weekend. So, hari ni banyak mase la kot.


It's October

Pejam celik..pejam celik.. Dah pun masuk bulan Oktober. Kejap je kan. Semalam aku baru turun dari pelantar. Setelah 2 minggu kerja kat laut. As usual, nak kena sesuaikan diri dengan cuaca kat darat. Sebabnya selalunya kat laut lagi sejuk dari kat darat. Mungkin jugak sebab aku kerja dalam air cond kot. Hahaha.

Dua minggu hari tu kerja night shift je. So, dah lain dari orang lain la. Orang tido aku kerja. Orang kerja aku tido. Semalam nak sampai rumah aku dah tak tido 24jam. Sehari tak tido pastu for 5 hours sebelum nak sampai ke Kota Bharu. Boleh tahan la jugak kan. A little bit risky kat situ. Mungkin sebab dah penat sangat sampai tak boleh tido la kot.

Hari ni pagi-pagi lagi dah gi pasar Siti Khadijah. Biase la kena temankan mak aku. So, tak sempat la nak berbungkus lama-lama bawah selimut tu. Hehehe.


September 17, 2012

Update Pertama kali dengan Samsung Galaxy Tab 2

Buat pertama kalinya, aku post entry guna Samsung Galaxy Tab 2 aku. Nak tengok jugak macamana post ni bila di publish buat pertama kali. Sebab duklu time aku post entry pakai iPad dulu memang sangat pelik la outputnya. Kali ni kita try dengan android pulak.

so, kali ni nak tengok apa hasilnya bila aku posting blog guna Galaxy Tab nie.ok atau tidak?


August 18, 2012

Range Rover Evoque dikesan di Kota Bharu


Range Rover Evoque dikesan di Kota Bharu. Hahaha. Macam jakun jap. Tapi tu lah hakikatnya, bila musim raya tiba je banyak la kereta mewah kelihatan. Tak kurang jugak dengan Range Rover Evoque ni. Aku ingatkan tak ada orang pakai lagi. Rupanya dah ada orang pakai. Plate Kelantan pulak tu. Kaya sungguh.


Tu baru sebuah, semalam aku jumpa Volkswagen Golf R, pastu Porsche Carrera. Yang tu tak sempat nak ambik. Maklum la, kamera phone tak mampu nak ambik waktu malam. Huhuhu

NotaKaki : Time Raya memang banyak kereta mewah kat Kota Bharu ni.


Awal pagi lagi dah ke pasar


Hari ni awal-awal pagi lagi aku dah gerak ke Pasar Siti Khadijah. Walaupun baru pukul 7 pagi. Tapi jalan tetap jammed. Kira bukan aku je la yang nak keluar pagi. Rupanya masing-masing sibuk mencari lauk pauk untuk hari raya nanti. 


Tak kurang jugak gelagat penjual-penjual kat situ. Korang tengok je la gambar kat bawah ni. Brader yang bawak satu troli daging lembu tu siap pakai wisel lagi. Semata-mata nak mintak laluan orang ramai. Hahaha. Dah macam padang bola kot. 


NotaKaki : Gambar tak berapa nak cantik. Sebab pakai phone je. Maklum la, bukannya Samsung Galaxy S III. Jadi gambar kurang memuaskan sikit. Hehehe.

August 16, 2012

Rancangan raya tahun ni.

Aku rasa hari ni ramai yang dah mulakan perjalanan pulang ke kampung. Maklum la, esok Jumaat ambik la cuti sehari kan? Hehehe. 

Bagi aku yang belum berkahwin ni, tak timbul lagi la masalah nak balik kampung siapa kan? Tapi kalau yang dah kahwin tu kena la tentukan tahun ni raya pertama nak balik kampung mana. Hehehe. Bila tengok signboard kat bawah ni nak tergelak pun ada. Sangat kreatif. 


Tahun ni alhamdulillah rezeki aku dapat beraya di darat. Tahun depan belum tentu lagi. Mungkin kena bertugas di hari raya. Siapa tahu. Jadi tahun ni kena la manfaatkan sikit suasana beraya di darat. Hehehe. Perancangan tahun ni, raya pertama di Kota Bharu sebelum bergerak ke Kuala Terengganu raya kedua. Tahun ni nak buat family gathering besar-besaran. Dah lama sangat tak uat family gathering besar-besar ni sebab selalunya tak semua berkumpul sekali. So, tahun ni semua cuba untuk balik sekali. Insyaallah.

NotaKaki : Bila dah ramai-ramai ni kena la sediakan duit raya banyak sikit. Huhuhu. 

August 14, 2012

Kesalahan ketika Berhari Raya

Tak lama lagi dah nak raya. Dalam sedar tak sedar cepat je Ramadhan tinggalkan kita. Sekarang dah pun nak masuk Syawal. Bila nak menjelangnya Syawal ramai yang mula buat persiapan untuk raya. Beli baju raya, perhiasan rumah dan macam-macam lagi la.

Tapi sedar tak kita yang kadang-kadang tu kita ni ada terbuat kesalahan ketika berhari raya yang kita tak sedar. Sambil-sambil jom kita memperingatkan diri kita sendiri termasuk la aku jugak. 

SUMBER
Jadi dalam kemeriahan menyambut raya jangan pulak kita lupa ye. Semoga dapat dijadikan panduan kepada semua. Insyaallah.

Akta 114A perlu dibincangkan semula?

Satu yang kita patut tahu sebagai pengguna internet di Malaysia tentang Akta 114A akta yang telah dipinda terhadap Akta Keterangan 1950.  Pindaan terbaru ni menjadi bantahan daripada pengguna internet disebabkan oleh kerana pindaaan terbaru ni meletakkan beban membuktikan kesalahan kepada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.

Sebagaimana contoh di bawah,


Petikan dari stop114A,


Kalau tengok balik kenyataan kat atas tu memang nampak ada bahayanya di situ. Mungkin ada pihak lain yang boleh mengambil kesempatan terhadap orang lain. Macam korang sendiri tahu yang sekarang ni dah ramai yang cuba menyamar menjadi orang lain. Termasuk dengan menggunakan gambar orang lain sebagai gambar profile. 

Jadi amat bahaya kepada kita sebagai pengguna internet yang sering kali terdedah dengan fake account yang dicreate oleh orang lain. Harapnya diperbincangkan kembali Akta 114A ni.

SUMBER  

August 13, 2012

Saiz RM 1 menyusut sama dengan nilainya?

First time aku pegang duit RM 1 yang baru. At first excited la jugak. Tapi bila dah pegang sedih pun ada. Sebab menampakkan sangat yang duit kita dah semakin hari semakin mengecil. Kalau nak dibandingkan dengan duit yang dulu.


Betul kita boleh katakan semakin kecil duit kita semakin susut nilai mata wang kita? Kalau dulu duit kita dengan Singapore Dollar tiada bezanya. Kini, duit kita dengan Singapore Dollar dah pun berbeza satu kali ganda. Hurmmm.

So, betul ke sekarang ni nilai duit kita menyusut sekaligus dengan saiz duit tu pun meyusut sekali? 

August 12, 2012

Top 5 juadah pilihan Ramadhan 2012

Tinggal lagi 6 hari sebelum kita merayakan Hari Raya Aidilfitri. So, sepanjang bulan Ramadhan ni pelbagai juadah berbuka puasa yang kita dah makan. Tak kira la yang masak sendiri ke, atau pun beli di Bazar Ramadhan. Sebab time bulan puasa macam ni la banyak nak jumpa makanan yang jarang-jarang jumpa.

So, kali ni aku nak cerita sikit Top 5 makanan dan minuman pilihan aku di bulan Ramadhan untuk tahun ni.


Air Tebu
Memang menjadi pilihan aku bila berbuka puasa. Mungkin sebab bila masuk bulan Ramadhan ni la yang senang nak jumpa. Kalau bulan-bulan lain bukan tak ada, tapi jarang-jarang. 


Soto Ayam
Yang ni tak perlu beli. Sebab yang ni mak aku yang masak. Special punya. Jadi bila bebuka dengan Soto Ayam ni setakat semangkuk tu memang tak cukup. Kalau boleh 2 mangkuk. Tak pun sambung lepas terawikh semangkuk lagi. Hehehe.


Ayam Golek
Boleh katakan macam cendawan tumbuh selepas hujan. Macam tu jugak la yang terjadi bila masuk bulan Ramadhan. Gerai-gerai yang menjual ayam golek ni mula kelihatan. Jadi sememangnya menjadi pilihan bila bermulanya bulan Ramadhan. Aku pun tak lepas peluang nak rasa ayam golek ni. 


Onde-onde
Aku rasa kuih ni ada nama lain. Buah Melaka kot. Tapi aku panggil onde-onde je. Yang ni pun memang pilihan aku. Sebab aku rasa korang pun tahu feel bile makan kuih ni kan? Bila dala mulut je. Perghh. Tambah-tambah bila gula melaka tu meletup. Syokkk. Hahahaha.


Laksa Sarawak
Last but no least. Laksa Sarawak. Yang ni memang specially made kat rumah aku. Sebab tiap-tiap tahun mesti jumpa. Tapi time bulan puasa dengan raya. Sebab nak dapat rempah untuk kuah ni susah sikit. Jadi kena tunggu rempah dari Sarawak je la. Kebetulan tahun ni ade member aku dari Sarawak, so aku pesankan sekali tolong belikan. Yang ni memang favourite aku la. Benda susah nak jumpa. Kena la makan banyak sikit kan? Hehehe.

Semua tu antara juadah yang aku rasa memang menjadi pilihan aku bulan puasa ni. Kadang-kadang bulan Ramadhan ni la yang kita jumpa makanan yang pelik-pelik sikit. Ada tu yang tak pernah jumpa. Ni baru la nak jumpa. Apa-apapun kena kawal nafsu bila berbelanja. Walaupun shopping untuk raya sekalipun. ;)

P.S : Masih tak tau nak shopping apa untuk raya. :(

August 11, 2012

Tahniah buat Dato' Lee Chong Wei & Pandalela Rinong PAMG

Belum lambat kiranya aku ucapkan tahniah kepada dua atlet negara yang dah pun membawa pulang dua pingat Olympic London 2012. Sekaligus mengangkat martabat Malaysia di mata dunia. 

Seperti yang dijangka, Dato' Lee Chong Wei mampu menghadiahkan pingat kepada Malaysia menerusi acara Badminton. Walaupun ramai yang mengharapkan pingat emas daripada beliau. Tapi mungkin nasib tak menyebelahi kita. Apabila Dato' Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan dalam set penentuan dengan memberikan satu tentangan yang sangat hebat.


Satu kejayaan yang tak disangka-sangka bila pingat kedua Malaysia datang dari kolam renang. Yang mana selalunya acara kolam renang ni selalunya didominasi oleh negara-negara besar seperti China, Amerika Syarikat, Great Britain. 

Tapi penerjun negara kita mampu menghadiahkan pingat untuk negara. Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia. Pandalela Rinong PAMG berjaya menaikkan nama Malaysia dalam acara Terjun 10M Platform Wanita. Yang mana merupakan pingat Olimpik pertama Malaysia selain dari acara Badminton. Tahniah diucapkan.


P.S : Patut ke Pandalela Rinong dapat gelaran Dato' ? Pingat pertama rakyat Malaysia selain dari acara      Badminton. 

Tips Periksa Kenderaan sempena Musim Perayaan

Pejam celik je dah tinggal seminggu je Ramadhan akan tinggalkan kita. Masing-masing dah pun sibuk dengan persiapan raya. Dan tak kurang jugak buat persiapan untuk balik kampung kan? Sebab minggu depan mereka tinggal  di perantauan pun akan memulakan perjalanan balik ke kampung. So, dah periksa kenderaan anda untuk pulang ke kampung?

Kat sini aku nak share sikit tips-tips check kereta sebelum pulang ke kampung.


Enjin
Perkara yang paling penting kena check. Sebab kalau enjin kereta bermasalah ketika perjalanan jauh. Nanti mesti membawa kesukaran untuk kita sampai ke destinasi. Tambah-tambah pulak musim perayaan macam ni. Nanti ada la bengkel-bengkel yang ambik kesempatan kan? Jadi lebih baik kita mencegah sebelum mengubati kan? 


Brek
Yang tu memang kena check la. Sebab ni one of the safety part dalam kenderaan kita. Sebab tu kena pastikan ia berfungsi dengan baik. Check sama ada brek tu makan ke tak. Minyak ada ke tidak. 


Radiator Coolant
Sistem penyejukan enjin pun perlu di check. Takut-takut kalau terperangkap dalam kesesakan lalulintas kereta tak meragam. Tambah-tambah pulak untuk perjalanan jauh. Kena pastikan level air radiator. Kalau kurang nanti satu hal pulak kan. Tak pasal-pasal pulak tersangkut tengah jalan.


Bateri Kereta
Yang ni pun kena pastikan yang bateri dalam keadaan baik. Sebab nanti akan menyenangan kita juga. Takut-taku nanti susah nak start kereta sebab bateri dah nak habis. Jadi kalau boleh pergi la dekat kedai-kedai bateri untuk check keadaan bateri kita ok ke tak. Pernah dulu sekali, kereta aku habis bateri, memang tak boleh nak start langsung. Tambah-tambah pakai bateri kering. Lagi la.


Lampu kereta
Wajib check kalau nak travel malam hari. Kadang-kadang tu kita tak perasan yang lampu tu dah terbakar. Bila malam buka lampu baru perasan. So, sebelum rancang perjalanan jauh kena la check dulu. Tukar lampu murah je. Tak rugi. Lagi rugi kalau tak boleh nak travel malam kan? 


Tayar
Tayar pun kena pastikan bunga tu ada. Tengok pada kedalaman bunga ataupun depth thread gauge kat tayar tu. Senang kita nak tahu tayar kita ni elok ke tidak nak digunakan lagi.


Wiper
Yang ni pun penting. Time-time hujan la. Sekarang ni cuaca pun tak menentu. Jadi kalau tiba hujan wiper ni la yang penting. Kalau tak mane boleh drive dalam hujan pulak kan. Confirm-confirm tak nampak jalan.

Apa-apa pun, kalau korang tak ada masa nak buat semua ni boleh hantar kat bengkel-bengkel kereta untuk check kereta korang. Setahu aku, kalau Proton memang ada buat pemeriksaan percuma ni. Kalau tempat-tempat lain aku tak tahu la. Tapi apa yang penting, perlu pastikan yang kereta perlu sentiasa berada dalam keadaan baik sebelum mulakan perjalanan. Baru selamat sampai ke kampung halaman kan?


July 24, 2012

Logo Merdeka 2012 melambangkan kematangan 55 tahun Merdeka?

Nampak sangat yang sekarang ni bahang politik di negara kita menjadi-jadi. Aku rasa korang pun perasan. Semakin hampir kita dengan pilihanraya. Semakin menjadi-jadi laporan berita TV, surat khabar. Sampaikan kita sebagai rakyat nak dapat info yang tepat pun kadang-kadang tu keliru. Sama ada berita tu tepat atau tidak.

Yang terbaru berkaitan dengan Logo Kemerdekaan 2012. Yang aku rasa sangat-sangat bermotifkan politik. Sampaikan Logo  Merdeka 2012 pun boleh dikatakan amatlah bermotifkan politik. Tambahan pula, logo macam terlalu simple. Sampaikan bila aku tengok penjelasan logo tersebut macam tak melambangkan kematangan kita yang dah pun merdeka selama 55 tahun.


Apa pendapat korang?

Sampaikan "ERDEKA" tu oleh melambangkan keunikan? Sedangkan tu pun bukannya salah satu perkataan yang terdapat dalam kamus dewan bahasa. "ERDEKA" ? Maksudnya?

Kalau tengok balik pada logo kali ni. Aku rasa pelajar sekolah rendah baru pertama kali kenal apa itu PAINT pun rasanya tak susah nak buat logo ni. Ni yang menghairankan aku macam mana logo ni boleh diluluskan. Nak dibandingkan dengan logo - logo terdahulu sangat la jauh berbeza.


July 22, 2012

Sindrom Sewaktu Solat Terawikh , Pernah Alami Tak?

Masuk hari ketiga terawikh. Bila dah penuh makanan disebabkan berbuka tadi. Mesti time terawikh rasa mengantuk je kan. Korang ada tak sindrom-sindrom macam ni time nak terawikh. Tu la dugaan selepas berbuka. Lepas solat terawikh. Ada la sindrom ni nanti kan?


Bila dah ada sindrom tak khusyuk dalam solat ni. Kita kena lah berusaha. Sebab aku pun selalu terkena sindrom ni. Alhamdulillah. Bulan puasa ni tak lah seteruk bulan-bulan lain. Maklum la syaitan laknatullah semuanya diikat. Jadi cuma tinggal hawa nafsu kita je yang perlu dilatih. Aku pun masih lagi mencuba untuk mendapat kekhusyukan. Bukan senang kan?

Apa-apa pun. Sama-sama kita berusaha. 

Kadar Bayaran Zakat Negeri di Malaysia 2012

Sambil-sambil menunggu waktu berbuka. Sempat jugak aku update blog. Hehehe. Ambik kesempatan masa yang ada ni sikit. 

Back to the story. Dalam bulan Ramadhan ni selain kita dituntut untuk berpuasa di siang hari. Kita juga dituntut untuk mengeluarkan zakat. Iaitu zakat fitrah. Aku rasa kepada mereka yang dah pun punya pendapatan sendiri kena la bayar zakat fitrah ni. Sebab wajib tau. 

Berikut adalah kadar zakat untuk tahun 2012 untuk semua negeri di Malaysia.


Bilakah waktu pembayaran zakat?

Waktu Wajib : Akhir Ramadhan sehingga terbitnya matahari
Waktu Afdal : Bermula terbit fajar subuh sehingga sebelum solat hari raya
Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh : Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Waktu Haram : Selepas (uruf) matahari satu Syawal tetapi tetap wajib membayar zakat fitrahnya. Jika lebih lama tidak dibayar lebih besar dosanya. 

Jadi lebih baik kita ambil berat tentang pembayaran zakat. Sebab salah satu amalan di wajib dilakukan di bulan Ramadhan. 

Bazar Ramadhan penuh sesak !

Alhamdulillah. Hari dah pun berjaya melalui hari pertama Ramadhan. Selamat pun melaksanakan ibadah berpuasa untuk hari pertama. Semoga kita dapat habiskan sehingga Syawa menjelang nanti kan. Insyaallah.

Apa aktiviti korang hari ni? Mesti ramai yang dah pun singgah ke Bazar Ramadhan kan? Macam biasa mencari juadah berbuka puasa. Aku pun ada singgah jugak tadi dekat Bazar Ramadhan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Pada mulanya memang niat nak mencari-cari kuih untuk berbuka puasa. 

Tapi...



Korang tengok je la. Betapa ramainya orang dekat Bazar Ramadhan tu tadi. Sampaikan laluan pejalan kaki pun penuh sesak. Aku yang nak masuk nak tengok-tengok kuih pun tak jadi. Last-last beli je la kat gerai-gerai tepi. Tu pun beli air tebu je. Ok la jugak buat buka puasa kan.

Tapi kan.. aku ada satu persoalan. Bila dah berhimpit ramai-ramai kat dalam bazar ramadhan tu. Lelaki dan perempuan. Takde ke yang cuba ambil kesempatan. Walaupun di bulan Ramadhan ni? Allahualam. Tu yang aku takut nanti puasa sia-sia je. Hanya berlapar dan dahaga kan? Hurmm.

July 21, 2012

Ramadhan | Bulan Mempertingkatkan Amalan

Alhamdulillah. Tadi kita dah pun bersolat Terawikh beramai-ramai yang mana telah pun masuknya bulan Ramadhan al-Mubarak. Bersyukur kita sebab kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni. 

So, apa perancangan korang untuk Ramadhan tahun ni? Ada azam tak? Cuba kita jangan lepaskan peluang bulan yang penuh barkah ni. Aku pun akan cuba sedaya upaya untuk lengkapkan azam aku untuk Ramadhan kali ni. Semoga amalan bulan ni akan kekal sehingga ke bulan-bulan seterusnya.


Malam ni mesti ramai yang tidur awal kan? Sebab nak bangun sahur pagi esok. Maklum la. Selalunya bangun pukul 6 pagi. Kali ni kena bangun pukul 5 pagi sebab nak tunaikan sunat sahur pagi nanti. Aku pun nak kena train jugak ni. Takut terbabas pulak nanti.

Apa-apa pun jangan lupa untuk niat puasa esok hari. Tak pun niatkan untuk puasa sebulan terus. Takut-takut terlupa pulak nanti. 


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga kita sama-sama mempertingkatkan amalan kita dibulan yang mulia ni ye. 

July 19, 2012

Surat Cinta dari Pak Cik Polis


Baru-baru ni sampai je kat rumah aku dapat surat cinta dari Pak Cik Polis. Sejak aku dapat lesen 5 tahuun lepas. Ni la kali pertama aku kena saman. Saman pun kes speedtrap time aku pergi Port Dickson tahun lepas. Kira aku ni pemandu berhemah jugak la kan. Sebab 5 tahun pegang lesen baru dapat saman. Hehehe.


Kalau tengok pada kesalahan aku ni kan, memang macam tak puas hati jugak la. Hanya 108km/h. Macam tak puas hati je kan. Lain la kalau aku tekan sampai 160km/h ke. Ni 108km/h. Tapi dalam kawasan 70km/h. Hurmm. Kalau korang yang dari pantai timur lalu ikut Kuala Lipis tu mesti perasan jalan dekat Kuala Lipis yang tersangat la lebar dan luas. Kat situ la pulak diorang boleh buat speedtrap. 

Nak tak nak kena la bayar jugak. Tapi sebab gaji tak masuk lagi ni. Aku kena hold la dulu. Tunggu gaji masuk baru boleh bayar. Tengok tempoh bayaran pun dah macam tu kan. Nasib dalam tempoh 2 minggu boleh bayar RM150. Ok la sikit. Tapi kalau dapat discount sampai RM 100 pun ok jugak kan?? Hehehe..

July 18, 2012

[Photo] Pantai Kemasik


f/22
1/20s
ISO 320

July 17, 2012

Penggunaan ' Handphone ' di sekolah pada tahun 2013


Sekarang dah dibenarkan pula pelajar-pelajar bawa handphone ke sekolah. Kalau dulu, bila bawa handphone ke sekolah cikgu mesti rampas. Lepas tu, nak minta balik handphone tu ibu bapa kena datang jumpa cikgu. Baru la boleh ambik. Tapi bermula tahun hadapan, handphone dibenarkan bawa ke sekolah pula. 

Senang je kan peraturan diubah. Walaupun dah sekian lama kita tahu yang handphone tak boleh bawa ke sekolah. Bagi aku aku tak setuju, sebabnya ini mungkin mengganggu konsentrasi pembelajaran di sekolah. Macam yang kita tahu, bila ada handphone ni senang la nak bersms. Sedangkan tengah bawak motor pun boleh sms. Inikan pula kat dalam kelas.

Bukan tak ada kebaikan, ada juga kebaikan yang mana memudahkan lagi perhubungan dengan keluarga. Kalau ada kecemasan senang dihubungi. Tapi bukan semua yang mampu nak pakai handphone. Walaupun pada hakikatnya kita tengok boleh dikatakan 90 % daripada pelajar sekolah dah ada handphone. 10 %  bukanlah dikalangan keluarga yang mampu.

Mungkin jugak dengan penggunaan handphone ni pelajar lagi senang terjebak dengan gejala-gejala yang tak sihat. Contohnya kecurian. Faham-faham je la. Budak-budak zaman sekarang ni bukannya nak pakai Nokia 3310. Paling kurang pun smart phone. Tak mustahil gejala kecurian kat sekolah mungkin meningkat. Betul tak?

Tu antara pendapat aku. Untuk korang macam mana pulak ?

Sesuatu yang tak patut dibanggakan

Budaya kita kat Malaysia ni dah dipengaruhi dengan budaya barat? Ataupun gaya hidup Islamic atau yang berlandaskan agama bukan lagi menjadi salah satu panduan hidup. Sedangkan agama Islam tu sendiri di gelar ad-din. Ataupun cara hidup. 

Cuma aku hairan, sebab sekarang ni aku tengok gaya hidup masyarakat Islam di negara kita ni hanya sekadar nama. Walaupun pada hakikatnya, tidak mengamalkan rukun Islam yang lima. Mungkin ini lah yang dikatakan dekatnya kita dengan Hari Kiamat. Seperti mana yang telah dijanjikan kepada kita yang akan tiba pada suatu ketika nanti. Tapi sudah kah kita semua bersedia?

Aku cukup terkejut bila satu artikel yang tersebar di dunia maya, sehingga dibangga-banggakan. Walaupun sebenarnya menampakkan yang kita ni sebenarnya dah lari dari gaya hidup sebenar masyarakat Melayu dan Islam yang mana ada adat sopannya yang tersendiri.

Bila dah keluar kenyataan macam tu. Aku boleh katakan, hilang adat ketimuran kita yang sopan santun. Boleh katakan sekarang ni budaya barat dah jauh mempengaruhi hidup kita. Yang mana aku sangat akui yang aku pun terikut-ikut dengan budaya barat. Walhal, kita ni sepatutnya sedar di mana bumi kita berpijak. 

Aku harap, semakin hari kita akan sedar yang kita ni berpijak di bumi siapa. Apa yang sepatutnya di banggakan dan apa yang sepatutnya tidak. Tapi itulah hakikatnya sekarang. Wallahualam.

[Photo] Blooming Bunga Raya di Pagi Hari


Blooming Bunga Raya. 
Aku ambik pagi tadi. Dekat perkarangan rumah aku. Kebetulan nak masuk parking tu baru perasan yang bunga raya ni dah mekar. Sangat cantik bila tengok tambah-tambah pulak bertentangan dengan matahari naik. So, lighting pun ok.

Photo details :
F 1.8 1/4000s ISO 100

Kepada photographer diluar sana, what's your comment?