August 31, 2010

22 pasangan di tangkap khalwat ambang Kemerdekaan ke-53

Sambutan Kemerdekaan ke-53 turut dicemari dengan penangkapan seramai 22 pasangan di Shah Alam. 22 pasangan kekasih yang dipercayai warga tempatan yang dipercayai berkhalwat di tahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam "OPS Sayang" sempena sambutan ambang Merdeka ke-53 malam tadi dan awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi tadi.

Beliau berkata pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik. "Curiga dengan tindakan itu, pihak kami pada mulanya pergi ke sebuah bilik yang didaftar namun tiada orang di dalamnya sebelum menyerbu ke sebuah bilik lagi.

"Di bilik itu, anggota JAIS yang terpaksa memecah masuk setelah pintu tidak dibuka mendapati ada seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim berada di dalamnya," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain pasangan itu, Nurhamizah berkata terdapat seorang wanita yang disyaki berkhalwat dengan lelaki bukan Islam menggunakan nama kekasihnya dalam buku pendaftaran bilik sewa hotel bagi mengaburi pihak Jais.Nurhamizah berkata kesemua pasangan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke ibu pejabat Jais di sini untuk diambil keterangan dan diikat jamin sebelum dibebaskan.

Beliau berkata pasangan yang disyaki berkhalwat itu akan didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, katanya lelaki bukan Islam itu tidak akan didakwa oleh Jais.-BERNAMA

p/s: Aku hairan. Setan bulan puasa kena ikat. Tapi masih ada lagi mereka yang berkelakuan macam ni. Adakah ni dorongan syaitan? Bulan-bulan puasa pun masih lagi ada yang berpelakuan macam ni. Macam tak ada akal fikiran. Semua ikut hawa nafsu. Bila dah ada kes-kes macam ni, kita tunggu 9 bulan, bermakna dalam bulan 5 tahun hadapan mesti ada lagi kes-kes buang bayi.

Norman Hakim, Memey bertunang Hari Raya Keempat


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya aktres Memey Suhaiza, 22, membuat kenyataan yang dia akan mengikat tali pertunangan dengan bekas suami pelakon popular, Abby Abadi iaitu Norman Hakim pada hari raya keempat ini.

Menurut Memey, rombongan keluarga kekasihnya, Norman, akan tiba di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor pada 13 September ini.

"Norman menyuarakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada hari tersebut beberapa hari yang lalu dan keluarga kami bersetuju dengan cadangan itu.

"Rombongan Norman akan datang merisik lalu terus bertunang pada hari yang sama dan kami merancang untuk bernikah pada awal tahun depan," ujar Memey ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Skop Productions di Finas di sini, hari ini.

Ujar Memey, dia kini sedang merancang majlis pertunangannya namun hanya berkesempatan untuk menguruskannya dua hari sebelum raya kerana sibuk dengan penggambaran telefilemOsman Berani untuk Astro Ria.

Menurut Memey, dia berasa berdebar untuk bergelar tunangan orang dan dalam masa yang sama berdoa semuanya berjalan dengan lancar.

Sebelum ini, Memey dan Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dibicarakan atas tuduhan berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak di pejabat milik Norman di Taman Ukay Perdana, Ampang.

Beginikah sambutan kemerdekaan ke-53?

Adakah ini cara sambutan tahun baru di bulan Ramadan?


Aku balik dari Tadarus Al-Quran kat masjid ni yang aku nampak. Mat-mat motor merempit ke sana sini. Berkumpulan di atas jalan. Tanpa kawalan. Seolah-olah jalan ini mereka yang punya.


Adakah ini cara menyambut kemerdekaan di bulan Ramadan? Di sambut dengan bunga api dan mercun? Walaupun aku tahu, sekarang ni musim bunga api. Tapi adakah patut bunga api dan mercun dimainkan ketika pukul 1 pagi? Waktu di mana orang ingin tidur.


Kita berada di malam sepuluh yang terakhir. Tak ke kita nak ambil peluang untuk mencari malam lailatul qadar? Malam yang dijanjikan pahala bersamaan seribu bulan.


Tak ke kita nak menunaikan ibadat di masjid?


ataupun memilih untuk bersuka ria dimalam kemerdekaan?


dan secara tak langsung menghasilkan?


Fikir-fikirkan.

Gambar-gambar kredit to Google.com

August 30, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-53

Kurang 2 jam lagi kita akan menyambut kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-53. Setelah 53 tahun, laungan kemerdekaan telah pun berkumandang di mana-mana di televisyen, di radio di facebook dan juga di blog-blog. Tapi sejauh manakah erti kemerdekaan dalam diri kita? Aku sendiri lahir pada tahun selepas merdeka. Tak pernah merasai kehidupan sebelum merdeka dan mungkin juga aku tak faham apa itu merdeka. 

Dalam menyambut kemerdekaan ke 53 ni macam-macam isu yang timbul. Antara yang hebih diperkatakan tentang kes bendera Malaysia yang kita sanjung dipijak-pijak oleh mereka yang berfikiran cetek bukan tu je, sampaikan bendera kita disapu najis. Hina. Tu yang kita boleh katakan tentang perlakuan segelintir mereka yang berfikiran pendek.

Dalam bulan kemerdekaan ni juga, banyak kes-kes buang bayi yang timbul Merata-rata kes buang bayi. Mana-mana akhbar memperkatakan pasal kes buang bayi. Adakah ini dikatakan kemerdekaan? Adakah semangat kemerdekaan atau erti sebenar kemerdekaan ada dalam hidup generasi zaman sekarang?

Aku tengok juga TV. Sekarang ni tak banyak kisah-kisah yang menceritakan kisah-kisah perjuangan zaman dulu macam Leftenan Adnan ke, Pahlawan Bukit Kepong ke. Banyak cerita-cerita baru yang ditunjukkan. Kadangkadang tak mengambarkan kehidupan sebenar yang dialami oleh mereka yang berjuang mencapai kemerdekaan pada zaman dahulu. Yang selalu ditunjuk kat RTM ni cerita Sarjan Hassan. Asyik-asyik Sarjan Hassan. Cerita perjuangan lain tak pun ditunjukkan.


Kalau tengok tahun ni, kemeriahan sambutan kemerdekaan tak lah semeriah 10 tahun dahulu. Bila tengok tahun ni,aku tengok kat jalan-jalan tak banyak pun orang yang gantung bendera. Kalau tengok kat shopping complex pun tak banyak yang meningatkan tentang sambutan kemerdekaan. Mungkin tahun ni sebab bulan kemerdekaan di sambut pada bulan Ramadan tapi tak bermakna kita patut melupakan sambutan kemerdekaan. Sekadar mengingat kembali sejarah kemerdekaan tanah air.

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-53.

Contest di Enveeus.com | Total Prizes bernilai RM 430

Contest lagi. Kali ni dibawakan khas oleg blog Enveeus.com. Kalau nak sertai contest ni senang je. Sebab syarat-syarat untuk korang sertai contest ni cukup mudah. Contest ni pun memberi peluang kepada Malaysian bloggers dan juga non-Malaysian bloggers. Di tambah pula dengan ganjaran hadiah yang cukup lumayan. Untuk hadiah kita cerita sekejap lagi ye.


Syarat-syarat untuk menyertai contest ni :


  1. Bila nak sertai contest yang macam ni, sudah tentu korang perlu menjadi follower kepada blog Enveeus.com. Tu biasa la. Sebab senang nak dapat update tentang contest tersebut.
  2. Korang kena tulis pasal kontest ni dan juga tentang blog Enveeus.com di blog korang. Dan jangan lupa masukkan link http://www.enveeus.com dalam post tersebut. Post tu tak kira la dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
  3. Korang juga jangan lupa add kat Facebook atau Twitter.
  4. Bila dah ikut syarat-syarat kat atas ni, korang jangan lupa nak hantar blog post permalink contest tersebut. Sama ada Malaysian Entries ataupun International Entries.
Sekarang kita cerita pula pasal hadiah yang ditawarkan. Memang lumayan. 

Kategori Malaysia Bloggers:
  1. RM 200 cash bersama satu review blog pemenang di blog Enveeus.com
  2. RM 150 cash  bersama link blog pemenang yang akan diletakkan di atas blog selama 15 hari.
  3. RM 80 cash.
Kategori International Bloggers:
  1. USD 25 cash & 10,000 EC credits
  2. USD 15 cash & 5,000 EC credits
  3. USD 10 cash & 2,500 EC credits
*hadiah contest akan diberikan melalui Maybank2u (Malaysian Blogger) & Paypal (International Blogger)

Bukan tu saja. Contest ni turut memberikan hadiah special kepada mereka yang layak.
  1. Kepada mereka yang memberi Referer tertinggi tak kira la melalui Facebook ke Twitter ke bakal memenangi FREE space di sidebar blog Enveeus.com.
  2. Kepada blog post yang paling kreatif juga akan memenangi hadiah misteri.

CONTEST bermula 18 AUGUST hingga 30 SEPTEMBER. Pemenang akan diumumkan pada minggu pertama bulan October.

Jom jenguk Enveeus.com untuk keterangan lanjut


Status Gliteratti aku menjadi Ordinary | Jawapan dari Nuffnang

Hari tu aku ada tulis mengenai status "Gliteratti" aku yang hilang semalam. Sebab bila status Gliteratti ni hilang bermakna hilang la keistimewaan sebagai Nuffnangers. So aku dah hanta ticket dekat Nuffnang Blogger Relations bertanyakan pasal hal ni. Tadi Teoh Xinxian, Blogger Relation Executive dah pun reply persoalan aku tu. 


Sebab status Gliteratti aku hilang hari tu adalah disebabkan oleh crawler Nuffnang tak dapat detect access ke blog kita. Macam blog aku, 27/8 hari tu blog aku tak dapat didetect oleh crawler. Ni mungkin bermasalah daripada server. Sebab tu lah status Gliteratti hilang. Bukan sebab lain. Mungkin sebab aku gunakan server berbayar jadi kena la make sure yang server aku tu stabil. Kalau tak akan timbul lagi masalah-masalah macam ni.

Jadi kepada mereka-mereka yang mengalami masalah macam aku ni, tak payah la risau dah ye. Sebab ni mungkin masalah daripada server. Jadi bukanlah sebab Nuffnang saja-saja nak tarik korang punya Gliteratti Status melainkan kalau korang ada letak iklan SEA yang lain dalam blog korang. Contoh macam Advertlets, Innity dan juga Youthsays. Yang ni baru Nuffnang tarik balik statu "Gliteratti" korang. 

Prestasi Blog sepanjang Bulan August

Bulan ni boleh dikatakan pencapaian terbaik blog ni sepanjang aku berblog. Sejak dari 30 July hinggalah ke 30 August ni blog ni berjaya mencapai Unique Viewer seramai 6939 visitors. Dan lebih dari 14347 pageviews sepanjang bulan. Blog aku masih lagi blog biasa dan tidak setanding dengan blog-blog blogger yang mempunyai Unique Viewer 10,000++ sebulan.


Prestasi terbaik aku dalam bulan Ogos ni pada minggu 8 August hingga 4 August. Time ni aku mendapat Unique View seramai 2,253. Ini adalah kerana entry berkaitan pembunuhan Dato' Abdul Aziz Mohd Nor yang menjadi satu tajuk yang dicari oleh orang ramai. Time ni juga aku masih menggunakan domain apieceofaword.blogspot.com yang ber PR 2. Jadi lepas minggu tu aku bertukar kepada custom domain dan PR aku menurun. Jadi untuk tersenarai dalam Google index susah la sikit sebab PR blog aizatshafiq.com masih lagi 0.

Penggunaan SEO dalam blog sedikit sebanyak bleh memberi sumber traffic kepada blog. Selain daripada backlinks. Tetapi menurut Kak Jie dalam comment yang ditinggalkan dalam entry Backlink mampu menarik traffic, SEO menjadi penyumbang utama untuk blog Kak Jie. Antara bukti penggunaan SEO dalam blog ini boleh rujuk entry SEO.

Aku juga nak berterima kasih kepada visitor-visitor yang selalu datang kat blog ni. Sungguh aku hargai. Sebab korang dah membantu meningkatkan lagi prestasi blog aku ni. Macam yang korang tahu, aku akan buat review kepada blog yang menjadi banyak memberi referral kepada blog ini melalui blogger stats.Macam entry penghargaan yang aku pernah buat hari tu. Jadi kalau korang banyak sumbangkan traffic ke blog ni aku akan membuat reviwe sebagai menghargai jasa korang. Di harap dapat la korang sumbangkan banyak-banyak traffic lagi ye. Hehehe.

Percubaan menggunakan Scribe Fire | Aktivit Hari Esok

Ni merupakan entry pertama aku yang ditaip menggunakan ScribeFire. Scribe Fire ni merupakan salah satu Google Chrome extensions dan tool yang boleh digunakan oleh blogger. Antara kelebihan menggunakan Scribe Fire ni kita tak payah nak log in ke Blogger account. Just terus boleh taip entry menggunakan Scribe Fire. Kira memudahkan la.

Hari ni mission aku nak pergi survey desktop untuk rumah aku. Sekarang yang terfikir dalam kepala ni 3 jenama. ACER, HP, DELL. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Masih belum ditentukan lagi. Sebab siang hari nanti baru aku nak tengok yang mana berkenan dan semestinya kena dengan budget yang akan aku keluarkan. Kalau tak cukup budget nanti susah la pulak. Jadi esok baru nak tengok. Sekarang desktop dah murah dah. RM 1500 pun dah dapat specification elok. Kebiasaannya dengan 500Gb HDD include sekali dengan Ram 2Gb DDR3. Lepas tu aku kena tengok pulak processor macam mana diorang pakai. Kebiasaanya sama ada Intel atau pun AMD. Masing-masing ada kelebihan. Ikut penggunaan. 

Nanti aku kasi tips nak pilih desktop yang betul. Sekarang ni aku nak rehat dulu. Nak bersedia untuk pagi esok.  =)

Ranking Alexa selepas 2 minggu tukar domain

Hari ni genap 2 minggu aku bertukar kepada domain aizatshafiq.com. Kalau dulu aku menggunakan domain free oleh blogger apieceofaword.blogspot.com. Lama juga aku guna domain free dari blogger, kalau tak silap aku bulan depan masuk 2 tahun. Sebab aku mula aktif blog sejak 2008. Tapi kalau tengok profile aku, aku dah jadi blogger since 2005. Cuma masa tu aku hanya berdaftar dengan blogger.

Bila dah bertukar domain baru, banyak yang terpaksa bermula kembali. Contoh macam ranking alexa.com, yang tu connfirm-confirm dah jatuh. Yang tu sudah semestinya. Satu lagi yang berubah apabila kita bertukar kepada domain baru ialah PageRank. Kalau korang nak check PageRank korang boleh pergi dekat PageRank checker. Kat situ korang boleh tahu korang punya pagerank. Kalau dulu blog berdomain free apieceofaword.blogspot.com dah pun mencapai pagerank 2. Tapi bila dah tukar domain ni. Kembali kepada 0. Tu la yang dialami bila bertukar domain.

Kepada blogger-blogger baru yang teringin untuk berblog menggunakan domain sendiri, boleh lah membeli domain cepat-cepat. Sebab kalau bermula dari dulu lagi. Mesti tak payah nak mengejar kembali PR tu. Dalam masa 2 minggu je ranking alexa aku dah pun mencapai 5,378 dalam Malaysia. Masih cukup jauh nak dapatkan ranking bawah 1,000. Maklum la kat Malaysia ni ramai blogger yang hebat-hebat. Jadi kena lah berguru dengan diorang.


PageRank update oleh Google mengambil satu masa yang lama. Jadi kita kenalah maintainkan blog kita. So, that bila Google PR ni update. Blog kita akan terserlah. Macam blog Kak Jie dan Ariffshah je sekarang ni dah PR3. Bukan senang nak dapat PR tinggi tau. Bila dah dapat PR yang tinggi, blog kita makin senang la mesra dengan SEO. Nak tahu apa itu SEO boleh klik entry pasal SEO ni. 

Banyak lagi tips-tips pasal PR ni. Boleh lah refer pada blogger-blogger otai kita ye.

August 29, 2010

Aku jeles dengan Gathering Gengblogger kali kedua !

Ok...Adakah ni menandakan entry tahap kejelesan melampau yang aku alami? Ni adalah kali kedua aku terlepas peluang nak pergi gathering Gengblogger. Hari tu masa first gathering aku termiss satu hari dari tarikh diorang buat gathering. Dan kali ni, aku termiss untuk kali keduanya disebabkan kekangan masa dan jarak aku yang berada di KB. 


Hari ni je dah heboh satu dunia blogger tentang gathering Gengblogger yang cukup happening. Dan aku terlepas lagi. Ini menjadikan aku tahap kejelesan aku dah naik ke ranking PR 6. Hahahaha. Tengok gambar diorang time gathering membuatkan aku jeles sangat. 

Ditambah kejelesan aku bila Joe buat pula komik Gathering dekat blog beliau. Huhuhu. Bertambah-tambah la PR kejelesan aku hari ni. Hahaha. Next time punya Gathering aku make sure aku akan ade. No excuse. Sebab dah jeles dengan korang-korang ni.


Status Gliteratti aku menjadi Ordinary | Kenapa?

Sejak 2 hari ni, aku cukup hairan sebab apa kurang iklan Nuffnang muncul dekat blog aku. Tadi aku check Nuffnang dan status aku dah bertukar kepada "ORDINARY". Mengapa? Sedangkan aku tak letak mana-mana iklan lain selain Nuffnang. Jadi sebab apa status aku bertukar?


Aku dah ikut syarat-syarat oleh Nuffnang sepenuhnya untuk statu Gliteratti. Jadi apa yang menyebabkan status gliteratti aku hilang masih menjadi persoalan. Korang tahu sebab apa tak? Sebab aku pun keliru ni. Dalam blog aku tak ada pun iklan dari syarikat lain. Aku baru je hantar ticket kat Nuffnang nak tanya pasal hal ni. Jadi kita tunggu apa jawapan dari Nuffnang.

Tol Percuma sempena Sambutan Kemerdekaan ke-53


Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-53, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) akan memberikan tol percuma bagi semua kelas kenderaan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP). Pemberian tol percuma tu akan diberikan selam 24 jam bermula 31 Ogos mulai 12 tengah malam hinggan ke tengah malam 1 September.


Pemberian tol percuma ini adalah di semua empat plaza tol di LDP. Selain LITRAK, tiga syarikat konsesi lain turut menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus. Syarikat itu ialah PLUS Expressway Berhad yang mengendalikan Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Linkedua Sdn. Bhd. (Johor Bharu ke Singapura) serta Elite Sdn. Bhd. (Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah).


Income pertama dari ChurpChurp | Apa itu ChurpChurp?

Ingin buat duit dengan Churp Churp?



Hari ni aku baru je dapat income pertama dari Churp Churp. Apa itu churp-churp? Aku pun baru nak belajar dan mengenali lagi Churp-Churp ni. Aku tertarik nak join Churp-Churp ni bila aku berjalan dekat blog KancilBiru. Baca punya baca. Tiba-tiba aku berminat nak join Churp-Churp. 

Mengikt apa yang aku baca, Churp-Churp ni satu cara pengiklanan tapi menggunakan Twitter dan Facebook. Kalau Nuffnang kita guna blog. Sekarang dengan Twitter dan Facebook pun kita boleh menjana side income. Menurut Kancil Biru, ChurpChurp ni tak kan menarik korang punya kelebihan Gliteratti status sebab ChurpChurp ni di bawah Nuffnang juga. Jadi jangan risau dengan status Gliteratti korang ye.

Cara pengiklanan dekat ChurpChurp ni amat mudah. Tak perlu nak taip post panjang-panjang ke. Cukup kalau mengandungi keyword yang diinginkan. Lepas dah buat tweet tu kita tunggu di authorizekan. Bila dah di authorizekan. Baru lah tweet tu akan tersiar dalam kita punya twitter atau facebook. 




Aku baru pertama kali dapat scheduled tweets. Dan income pertama aku sebanyak RM0.11. Sikit je. Lagipun untuk ChurpChurp ni income sampai RM100 baru boleh cashout. Jadi lambat la sikit. Nak dapat kan scheduled tweet pun kena tunggu jugak diorang kasi. Jadi kita kena tunggu la jugak. Tak cepat. Kadang-kadang lambat. Tapi aku dapat tweet pertama untuk churpchurp ni lepas 3 hari au register. Kira boleh lah. Untuk tweet kedua tak tahu la bila.


Berminat nak join Churp-Churp? Klik la thumbnail kat bawah ni ye.



August 28, 2010

M. Rajoli terlantar sakit | Tidak mampu berkata-kata

Seniman tersohor M. Rajoli kini terlantar sakit. Keadaan kesihatan beliau masih tidak berubah. Di rumahnya, beliau terbaring di atas katil besi dengan susuk tubuh yang kurus dengan mata layu yang terbuka tanpa kata-kata. Ucapan salam pihak wartawan kepadanya langsung tidak mendapat jawapan daripadanya hanya sekadar pandangan mata layunya yang menyimpan seribu makna.

Menurut wartawan Utusan Malaysia, ketika 5 bulan lalu dia menziarah nya, beliau masih mampu berkata-kata walaupun sepatah dua. Namun kini, dia lebih menyepikan diri. 

Jika isteri tercinta bertanya makan minumnya, M. Rajoli akan menunjukkan isyarat bagus jika lapar dan menggoyangkan tangan jika dia enggan makan.

“Macam itulah abang sejak dua bulan lalu. Dia tak mahu bercakap dan makan minum pun dia tidak pernah minta.

“Mulanya saya tunggu juga apabila dia mahu makan tapi lama-lama dia diamkan diri dan tidak pernah minta apa pun walaupun setitik air.

“Akhirnya saya buat keputusan memberi abang makan ikut waktu tertentu iaitu pukul 10 pagi beri sarapan, pukul 2 petang makan tengahari dan pukul 8 malam suapkan makan malam,” cerita Hashimah sambil memandang penuh kasih pada suami tercinta.

Bukan itu sahaja, malah kini Hashimah juga memastikan M. Rajoli memberi reaksi terhadap apa saja pertanyaannya terutama dalam memastikan makan minumnya terjaga.

M. Rajoli menjalani pembedahan penyakit limfoma (kanser kelenjar di otak) pada 11 November 2007. Selepas pembedahan itu, M.Rajoli menjalani kimoterapi sebanyak empat kali.

M. Rajoli asalnya boleh berjalan seperti biasa selepas pembedahan. Bagaimanapun, kata Hashimah, selepas darah dan air tulang belakang diambil untuk tujuan uji kaji, dia terus terbaring.

“Enam bulan abang menjalani fisioterapi tetapi apabila melihat tidak ada perubahan, saya dan anak-anak mengambil keputusan untuk menghentikannya.

“Tetapi kini setiap petang Selasa dan Rabu ada dua orang jururuawat dari syarikat swasta akan datang ke rumah untuk membuat fisioterapi.

“Selama sejam itu, mereka mengurut dan menggerakkan kaki dan tangan abang agar tidak kejang tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

“Di samping itu sebulan sekali, saya akan ke Intistitut Jantung Negara (IJN) untuk mengambil ubat jantung abang,” cerita Hashimah.

Hashimah yang mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya dengan M. Rajoli - Siti Zaleha, 34, Nur Muhammad, 33, Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff, 23, ketika ditanya penjagaan terhadap suaminya, sambil membetulkan selimut suaminya, berkata: “Syukur benar saya ada anak-anak yang tidak merungut menjaga bapa mereka.

p/s : Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau.

Alhamdulillah...Hujan juga akhirnya


Semalam suhu kat umah aku cukup panas. Nak mencapai 40 darjah celcius.Gambar tu menunjukkan termometer kat umah aku. Time ni memang betul-betul tengah hari. Memang panas sangat. Selalunya kalau kat Malaysia ni suhu dalam 35-37 darjah celcius je. Tu pun dah kira panas. Tapi semalam lagi panas. Memang betul-betul berwap la kalau duduk dalam rumah ni. 

Hari ni pun panas juga. Sejak semalam tak hujan. Tapi syukur alhamdulillah start dari pukul 8 tadi dah mula hujan. Cukup rahmat. Sebab dapat sejukkan bumi. Maklumlah 2 hari berada dalam keadaan panas yang amat terik. Kalau keluar dari luar rumah je, kejap je berpeluh.  Sungguh rahmat malam ni. Dapat la rasa kesejukkan sikit tidur malam ni.

Senarai Harga Barangan Terkawal 2010 sempena Aidilfitri


Bila time cuti raya mula kita sibuk dengan kenaikan harga barang makanan contohnya macam ayam, daging dan banyak lagi la. Semalam je KPDNKK dah umumkan kenaikan harga runcit bagi barang-barang terkawal. 18 harga barang terkawal berkuat kuasa dari 3 september hingga 17 september telah pun diumumkan oleh Datuk Ismail Sabri, Menteri KPDNKK dalam laman web kpdnkk.bernama.com.

Antara senarai harga barang-barang terkawal untuk Aidilfitri kali ni adalah: 

Harga maksimum bagi Santan RM 6.00/ kg
Daging Kerbau Tempatan RM 19.00/kg (borong) dan RM 21.00/kg (runcit)
Ayam Hidup RM 5.40/kg (borong) dan RM 6.10/kg (runcit)
Ayam Standard RM 6.35/kg (borong) dan RM 7.20/kg (runcit)
Ayam Super RM 7.20/kg (borong) dan RM 8.05/kg (runcit)
Daging Lembu Tempatan RM 18.00/kg (borong) dan RM 20.00 (runcit)

Antara barangan lain yang termasuk dalam harga terkawal ialah :

Daging Kerbau Import (India)
Telur Ayam Gred  A,B,C
Kubis Bulat Import (Indonesia dan China (tidak termasuk kubis Beijing)
CIli Merah
Tomato
Kelapa Biji
Kelapa Parut
Kacang Tanah Import
Bawang Merah Kecil (India) 

Jadi untuk raya kali ni make sure korang beli sebelum 3 September. Sebab time tu masih tak berkuat kuasa lagi harga kawalan ni. Tapi kalau harga naik sebelum 3September korang boleh buat report kat KPDNKK dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 atau emel kepada e-adua@kpdnkk.gov.my.


Malam Lailatul Qadar | Satu ganjaran yang tak patut dilepaskan


Hari ni dah masuk hari ke 18 puasa. Bermakna kita dah pun menghampiri 10 malam terakhir Ramadan bagi tahun 1431 H. Ramadan semakin meninggalkan kita. Dan akan ditinggalkan dengan satu ganjaran yang besar untuk sesiapa yang mencari malam Lailatul Qadar. Malam yang mana lebih baik dari seribu bulan. Satu malam yang hanya dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Erti menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan ibadh adalah lebih baik daripda beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul Qadar seperti sabda Nabi s.a.w
" Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisya r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripda isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslin meriwayatkan
"Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripda malam-malam yang lain"
Persoalannya, mengapa kita perlu mencari malam Lailatul Qadar?

Ini kerana pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun ke bumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang dan bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohon kebaikan daripada Allah Taala. Para Malaikat mengaminkan doa mereka itu. Ini merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju ke langit setlah berhimpun di pelosok bumi pada malam Lailatul Qadar.
"Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka, kerana segala perkara ( yang di takdirkan berlakunya pada tahu berikutnya)"
" Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar "
( surah Al-Qadar) 

Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk beramal ibadat bersempena mencari malam Lailatul Qadar. Antara amalan yang patut didirikan ialah

1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim), selawat (Allahumma sholli’ala saidina Muhammad).
3. Sembahyang sunat tahajjud.
4. Sembahyang sunat tasbih.
5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca: “Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni waghfirli”.

Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-

1. Doa.
2. Beristighfar.
3.Bertasbih.
4.Bertahmid.
5.Bertakbir
6.Bersedekah
7.Menjaga maruah dan akhlak
8.Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
9.Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).

Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:

1. Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
2.Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
3.Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
4.Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!

Begitulah hebatnye Malam Lailatul Qadar dan kita sepatutnya tanamkan azam dalam diri untuk mencari malam tersebut. Semoga kita mendapat rahmat darinya. Insyaallah.

Buffered Earnings bulan Ramadan | Tips Blogging

Bermula bulan Ramadan hari tu aku dah dapat 4 BE. Thanks a lot to Nuffnang. Sebab sebelum ni aku memang susah nak dapat BE. Semalam aku check dalam account aku , baru dapat BE terbaru. Jadi bertambahtambah la rezeki Ramadan aku. Untuk bulan ni aku akui yang pendapatan aku dari Nuffnang agak memuaskan. Kalau dulu nak dapat earning dari Nuffnang cukup susah. 


Tips untuk mendapatkan Buffered Earnings? Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi mungkin korang boleh gunakan tips-tips ni untuk dapatkan Buffered Earnings. Mungkin nanti, Nuffnang akan berbesar hati untuk bagi BE kat korang.

Macam yang korang tahu, sekarang ni BE dah tak kira sangat traffic yang sampai ribu-ribu sehari. Boleh refer penjelasan daripada Nuffnang dalam blog Lanun Sepet. Kalau boleh korang maintainkan 150 UV dalam sehari. Ini untuk menjaga traffic ke blog korang. Maintainkan. Jangan macam yoyo. Kalau lebih takpe. Tapi kurang tu jangan la. Hehehe

Satu lagi, bila dah korang maintain kan traffic tu, selalu update survey. Menurut kebanyakan otai-otai blogger. Survey tu kalau boleh update dalam masa 2 minggu sekali. Sebab dalam masa 2 minggu tu  baru boleh buat analisis tentang blog korang. Kalau tiap-tiap hari tukar, macam mana nak dapat BE. 

Yang ketiga, korang boleh try hantar ticket ka Nuffnang. Tanya diorang pasal account korang. Mana tahu kalau ada apa-apa masalah ke. Sebab tu korang susah nak dapat BE. Cuba tanya diorang. Nanti mesti diorang bagi feedback kat korang. Sebab Nuffnang ni mesra pelanggan. Memang aku cukup senang dengan diorang.


Last sekali, korang kena blogging dengan ikhlas. Sebab jangan la harapkan duit sangat. Sebab, bila kita dah mengharapkan sesuatu. Nanti akan membebankan kita. Ye la. Nak kena update selalu. Nak  kena blogwalking selalu. Jadi secara tak langsung nanti akan membebankan korang jugak. Aku ni tak lah sehebat mana pun. Orang lain dah dapat berbelas-belas BE. Tapi apa yang tulis ni sekadar nak kongsi dengan korang. Sama-sama dapat keuntungan, betul tak?

August 27, 2010

Musim shopping sudah bermula | Jom serbuu !!!

13 hari lagi kita akan menyambut hari kemenangan bagi umat Islam, iaitu perayaan meraikan kemenangan umat Islam. Segala persiapan untuk perayaan sudah pun sibuk dilakukan oleh kita. Petang tadi aku ke KB Mall. Antara shopping complex yang paling besar la kat Kota Bahru ni. Niat aku hanya nak berjalan-jalan dan aku tak ada pun niat spesifik nak ke sana. 

Nasib baik la aku naik motor je. Sebab sebelum sampai dekat KB Mall tu memang dah jam sangat. Bermula dari traffic light sampai la nak masuk ke parking kereta. Kereta-kereta beratur panjang. Sampai kat depan KB Mall je aku tengok sebuah lori kontena ditinggalkan. Ingatkan apa yang berlaku. Kemalangan ke. Rupanya tu stock barangan untuk jualan murah sempena perayaan. Barang-barang dijual terus dari atas kontena. 

Dah masuk dalam KB Mall tu bukan main la lagi. Penuh dengan orang ramai. Maklum la hari ni merupakan hari minggu bagi negeri Kelantan, Terenagganu dan Kedah. Jadi hari ni masing-masing mengambil peluang untuk membeli-belah bersama keluarga. Lagipun sekarang ni sale 30 %,50 %, dan 70 %. Sape yang tak nak shopping kan? Aku nak berjalan kat KB Mall pun tak berapa nak selesa. Sebab ramai sangat. Tempat yang takde orang kat Popular Bookstore je. Yang lain semua penuh. Lepas aku beli Top Gear September punya copy terus aku balik. Sebab ramai sangat aku nak berjalan pun tak comfortable sangat.

Buat masa sekarang ni aku tak decide lagi nak beli baju raya ke tak. Walaupun peruntukan sudah pun diluluskan. Sekarang ni tengah fikir lagi. Nak beli baju melayu ke? kasut ke? t-shirt ke? jeans ke? masih tak decide lagi. Tengah berfikir-fikir. Korang macam mana? Dah berapa pasang beli baju? Ke masih konfius macam aku lagi? Hehehe. Apa-apa pun yang penting jangan membazir sangat time berbelanja. Nanti kalau membazir sangat, lepas raya nanti nak makan apa pula? Sekadar mencukupi untuk raya pun dah kira ok kan.

Arwah pernah datang ke rumah | Kes bapa sembelih anak


Pejam celik, pejam celik dah 17 hari kita berpuasa. Tinggal lagi 13 hari untuk kita tunaikan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Dalam diam Ramadan semakin meninggalkan kita. Dan hari ni tanggal 17 Ramadan kita sebagai umat Islam meraikan Nuzul Al-Quran yang mana pada tarikh 17 Ramadan inilah turunnya Al-Quran sebagai petunjuk kepada umat manusia sekalian alam.


Masih ingat tak korang tentang kes bapa yang menyembelih anaknya 2,3 hari lepas? Ini kerana bapanya yang mempunyai masalah gangguan mental tidak mengambil ubat dan menyebabkan dia bertindak di luar kawalan. Semalam aku dapat tahu dari mak aku yang budak tu pernah datang kat rumah ni sebab saudara-mara nya merupakan jiran aku. Agak terkejut juga la. Sungguh kecil dunia ni. Sampaikan boleh terjumpa dengan arwah Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin, 3. 

Menurutnya, ibunya, Nik Suzila sebelum kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, dia dan suaminya, Muhaimin Sauntar, 33, sempat berbual-bual sebelum suaminya mengadu kepanasan dan berjalan ke arah dapur sambil diekori Mohamad Adam Muszahffar. 

Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar jeritan kuat Mohamad Adam Muszahffar dan pada mulanya menyangka anak kedua daripada tiga beradik itu terjatuh di dapur. 

“Saya segera ke dapur dan terkejut melihat anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami. Saya tak sangka dia sanggup berbuat begitu. Saya mampu menjerit dan makin terkejut apabila suami cuba mengelar lehernya sendiri,” katanya.

Menurut Nik Suzila, turut berada di rumah ketika kejadian, anak bongsunya, Siti Aisyah, 2, manakala anak sulung, Nur Syafikah, 8, berada di sekolah.

Berita selanjutnya korang boleh tengok dekat Harian Metro.

Isu gadis persenda zikir | Kita membuka aib orang

Terpanggil untuk aku tulis entry ni. Entry aku berkaitan tentang gadis bertudung persenda zikir banyak mendapat teguran daripada rakan bloggers. Dan ramai yang mengingatkan aku tentang hukum mengaibkan orang. Isu mengenai gadis bertudung yang menjadi isu utama hari ini bila rata-rata ramai blogger yang tidak setuju dengan penyebaran video yang mengaibkan mereka sebab dalam video memang jelas-jelas menunjukkan rupa paras mereka. 

Aku dapat comment dari anonymous, yang mana merupakan senior kepada mereka yang terlibat dalam video ni yang mengatakan bahawa video ini tersebar tanpa kehendak mereka apabila phone yang merakamkan video ini dicuri pada bulan 6 yang lepas. Sehubungan dengan itu, kandungan video yang dianggap mempersendakan zikir ini telah tersebar dalam laman youtube dan lebih memalukan lagi bila ramai bloggers yang menulis mengenainya termasuk la aku sendiri. Mengenai video ini, mereka telah pun membuat laporan polis dan polis sedang menyiasat tentang kes penyebaran klip video ini.

Bila di fikirkan balik artikel yang telah dihantar oleh Nana d'Fedrin kepada aku mengenai isu gadis bertudung persenda agama ni. Tersentuh hati aku yang aku telah membuka aib orang lain. Mungkin video ni dah pun ditonton oleh ramai orang di Youtube, tetapi aku tak sepatutnya menambah lagi jumlah tontonan video ini.

Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, tapi tidak sepatutnya mereka dimalukan begini. Rata-rata komen yang aku lihat mengenai isu ini ramai yang mengutuk, mengeji dan memaki perbuatan mereka. Sepatutnya kita memberi teguran dalam bentuk nasihat ataupun peringatan. 



Aku terbaca artikel di iluvislam.com mengenai aib ini, apa yang dicatatkan dalam artikel tersebut mengenai aib. Sebagai manusia kita merupkana makhluk yang lemah danhamba yang penuh kebergantungan kepada Allah s.w.t. Kita takkan terlepas dari melakukan dosa. Walaupun secara terang-terangan dan sembunyi-sembunyi. Dosa terang-terangan akan mengundang malu terhadap orang lain melainkan hati sudah keras seperti batu. Malah bila melakukan dosa yang tersembunyi, hanya Allah sahaja yang tahu.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan i akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)

Aku juga silap dalam hal ini. Jadi aku memohon seribu kemaafan jika artikel aku menyinggung perasaan mereka-mereka ini. Kepada mereka-mereka yang masih menyiarkan artikel atau video berkaitan. Harap dipertimbangkan kembali. Sebab kita tak mahu mendapat dosa bila menyiarkan artikel sedemikian. Mungkin penulisan ni berbentuk ceramah. Tapi aku harap dapat kita sama-sama ingat-mengingati.

p/s: Aku dah remove entry berkaitan Gadis bertudung persenda zikir. Mungkin dalam entry tu lebih banyak mengeji daripada meningati. Di harap kita mengambil iktibar diatas perkara ini.


p/s/s/s: thanks kepada mereka yang mengingatkan aku mengenainya.

August 26, 2010

Banyak orang banyak ragam | Situasi orang Melayu zaman sekarang

Macam yang korang tahu...Tiap-tiap petang aku jual soya sambil-sambil nak tolong mak aku dapat jugak duit poket. Aku pernah juga cerita pasal soya ni. Kalau nak tahu lagi pasal khasiat soya ni boleh refer entry aku sebelum ni mengenai khasiat air soya . Jadi sepanjang tempoh aku menjual ni ada dua situasi yang aku nak tanya korang. Sebab kedua-dua situasi ni memberi aku banyak persoalan dalam fikiran aku.

Situasi Pertama
Ada sebuah kereta berhenti depan tempat aku menjual soya tu. Sebuah kereta Wira. Dalam tu ada 3 orang. Dua lelaki dan seorang perempuan. Aku pasti yang diorang ni semua orang Melayu. Sebab bila tengok riak wajah orang Melayu ni tentu kita kenal. Bukan nya kita tak kenal yang diorang ni orang Melayu. Bila dah Melayu, mesti kita boleh kata yang mereka ni Islam. 

Masa tu baru 6.30 petang. Aku nampak diorang selamba je makan dalam kereta. Walaupun aku rasa kat situ ramai jugak orang. Lepas tu ada seorang perempuan dalam kereta tu. Seorang lelaki dalam kereta tu selamba je cium perempuan tu. Walaupun kita tahu sekarang ni bukan puasa. Masih ada lagi golongan-golongan yang macam ni. Ke dah nak jadi macam Saller Gregor Samsa?

Situasi Kedua
Ada seorang budak perempuan ni. Budak sekolah rendah dalam darjah 4 atau 5. Datang dekat gerai aku menjual. Datang ke kedai aku naik basikal. Dalam bakul basikal budak ni aku tahu yang budak ni menjual air soya jugak. Sebab dalam bakul tu penuh dengan air soya. Dialog antara aku dengan dia:

Budak : Abang, jual air soya jugak?
Aku : A'a.
Budak : Abang, nak mintak duit. Mintak sedekah.
Aku : Sedekah? Untuk ape?
Budak : Nak beli makanan  berbuka puasa.
Aku : ???

Aku sebenarnya konfius. Budak ni menjual tetapi mintak sedekah. Macam mana tu? Aku pun keluarkan RM 1, pastu bagi kat budak tu. Pastu budak tu terus pergi dari situ. Jadi sekarang ni aku terfikir, sebab apa budak tu sanggup mintak duit orang? Sedangkan dia tu berniaga juga? Adakah sebab dia ni budak? Aku cukup konfius.

Dalam bulan puasapuasa ni macam-macam benda boleh berlaku. Tapi dua situasi ni aku rasa cukup jelas memberi pandangan terhadap orang kita zaman sekarang. Sudah tak rasa malu lagi. Walaupun kita tahu sekarang ni bulan Ramadan. Jadi apa nak jadi dengan orang kita sekarang ye?

Masalah Fair Usage melanda diriku

Aku paling tak suka bila dapat message daripada Celcom bila mengatakan yang penggunaan bulanan aku sudah pun melebihi 5 Gb. Ini kerana, banyak perkara yang aku tak suka akan berlaku. Contohnya, nak online susah. Nak blogwalking susah. Nak buka webpage sendiri pun susah. Adakah penggunaan 5 Gb ni memang tak cukup untuk seorang blogger?

Tadi aku call la Celcom sebab nak tanya pasal penggunaan Fair Usage aku, memang dah lebih pun. 5.1 Gb baruuu. Ingat nak top up fair usage macam aku top up minggu lepas, 1 Gb untuk RM5 dan 5Gb untuk RM 20. Last-last tadi aku tanya benda yang sama, dah naik harga pun. 1Gb = RM15,  5Gb = RM50. Cepat betul naik harga. Baru sebulan. Nak tambah fair usage aku macam tak berbaloi pulak. Sebab 28hb ni dah start counting 0Gb balik. Jadi baik aku tunggu je.

Jadi untuk 2,3 hari ni. Blog aku agak suram. Ye la kan, nak bukak blogger punya web pun dah makan berjam. Ni tak tambah lagi kalau nak blogwalking. Kena pula dekat blog yang memang makan masa untuk load page. Alamatnya, sampai pagi esok la aku tunggu. Tapi, apa-apa pun, aku ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi tinggalkan komen kat blog ni, walaupun aku tak update sangat sampai la 28hb nanti. 


Terfikir jugak aku nak ambik ISP lain, tapi bila ditengok kembail pakej yang ditawarkan, aku rasa celcom masih boleh diterima. Maklum la, dah dekat setahun jugak aku pakai Celcom ni. Jadi tak memberi aku apa-apa masalah pun. Lagi satu, speed dah bertambah, tu pun kalau Fair Usage tak exceeded la. Time tu memang puas hati. Tapi bila dah sampai tahap macam ni. Nak cakap ape lagi? Sabar je la.