August 10, 2010

Fadhilat Ramadhan | Selamat Menyambut Ramadhan

Dalam kemeriahan kita nak menyambut Ramadhan kadang-kadang tanpa kita duga. Ada orang yang pergi meninggalkan kita tanpa sempat merasai nikmat Ramadhan tahun ni. Dalam minggu ni sahaja aku dapat tahu 2 berita kematian dari bloggers yang selalu menceriakan dunia blog ni. 

Tanggal 7 Ogos yang lepas, bapa kepada Mazidul Akmal Sidik telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 2.10 pagi. Dan tadi pula, aku terbaca blog Eyriqazz yang mendapat berita dari kampung akan kematian pak ciknya yang juga telah pergi meninggalkan kita tanpa sempat merasai Ramadhan 1431H. Aku bersyukur sebab aku masih lagi berpeluang bertemu dengan Ramadhan tahun ni.


Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak tahun 1431 Hijrah. Jom tengok Ery Farieha bersama kucingnya mengucapkan Salam Ramadhan. Dengan peluang yang kita ada, aku harap kita masing-masing dapat memperbaiki amalan  kita. Capai target untuk Ramadhan kali ni. Pastikan kita jadikan Ramadhan kali ni lebih bermakna dalam hidup kita. Antara fadhilat bulan Ramadhan:
  • Di buka pintu-pintu syurga dan di tutup pintu neraka dan diikat segala syaitan
  • Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosa yang telah lalu
  • Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat
  • Berpuasa pada semua anggota badan dan bukan hanya pada makan dan minum sahaja
  • Ada satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan, marilah kita sama-sama mengejarnya
Mari kita sama-sama jadikan Ramadhan kali ni cukup bermakna, sebab kita belum tentu akan berjumpa Ramadhan akan datang. Insyaallah.

8 comments:

hamzah ian said...

nice entry./. u got good looking blog.. keep it up ok..

aizatshafiq said...

@Hamzah Lan-

thanks...
masih lagi merangkak-rangkak ni...
hehehe...
selamat berpuasa ye..
=)

Mama Zharfan said...

nice entry, nice blog
salam ziarah dari nottingham UK

feel free to visit my lil blog CLICK HERE!

aizatshafiq said...

@mama zharfan-

thanks...
jemput la singgah lagi ye...
=)

Thumbelina said...

yup..dalam masa yang semakin menghampiri ramadhan,macam2 boleh jadik..rasa macam ...alahai..lagi beberapa hari lagi nak masuk ramadhan..semalam mah dapat tau ayah kpd guru kelas meninggal dunia..innalillah..isk3...ari nie dah nak start tarawikh..esok puasa..sama2 la kita berdoa,semoga masih bernyawa hingga ke akhir ramadhan dan seterusnya ^^..insyaAllah

aizatshafiq said...

@mah-

sama kita manfaatkan Ramadhan kali ni...
sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat ye...
insyaallah...

z o u l said...

Salam Ramadhan

aizatshafiq said...

@azizul-

selamat berpuasa..
=)