August 6, 2010

Pelajar tumbuk guru...Pelajar semakin kurang ajar?..

Budak sekolah zaman sekarang makin kurang ajar?...Isu yang semakin hangat diperbincangkan sampaikan guru pun sanggup dibelasah...Ye la...bila dipanggil mesti la pelajar tu buat kesalahan...Takkan dipanggil atas alasan yang tidak munasabah...Mesti budak tu dah buat satu kesalahan yang berat...Tak pun terlibat dengan sesuatu yang tidaka elok...

Aku rasa semua dah tahu pasal kes pelajar yang tumbuk cikgu dekat Sarawak...Dah heboh satu Malaysia pun...Video pelajar tumbuk cikgu ni pun dah dapat hits sampai 77,206 viewer...Dah ramai la yang tengok...Jadi betul ke pelajar sekolah zaman sekarang ni dah semakin berani?...

Sebelum kes pelajar tumbuk cikgu disiarkan..ada juga tersebar rakaman perlakuan seks oleh pelajar sekolah...Aku rasa benda tu sekarang baru nak heboh...sedangkan benda-benda macam ni dah melibatkan ramai budak sekolah....Ye la...Kalau kita tengok balik mereka-mereka yang buang bayi...Ramai yang masih bersekolah...tak dinafikan sekarang pihak-pihak bertanggungjawab nak heboh pasal kes ni...Tak terlambat ke?...

Jom kita tengok balik rakaman pelajar yang tumbuk cikgu di negeri Sarawak ni....


Ni pula petikan daripada Berita Harian

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan,berkata tayangan video kurang empat minit itu tidak menggambarkan tahap disiplin keseluruhan pelajar di negara ini dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai kes terpencil.


“Kita tidak boleh membuat andaian mengenai kejadian atau tidak boleh kata masalah disiplin begitu serius. Tidak perlulah kita sensasikan kejadian ini kerana masih banyak lagi kes yang tidak dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pihak.
“Kita tidak tahu kejadian itu sepenuhnya apa yang kita nampak pelajar marah dan kemudian menumbuk guru berkenaan,”katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau meminta guru sebagai orang yang lebih dewasa dan banyak pengalaman memainkan peranan masing-masing untuk mengawal dan meredakan kemarahan pelajar terbabit.


“Saya difahamkan pelajar itu berusia 15 tahun dan berada di Tingkatan Tiga dan dalam usia sebegini kita tahu mereka cepat marah... cepat bertindak. Bagaimanapun, guru perlu menggunakan pengalaman mereka untuk mengawal keadaan,”katanya.

No comments: