August 23, 2010

Hamster Racing | Pelik Tapi Benar

Kalau dulu kita selalu je dengar apa itu F1 Grand Prix. Apa pula perasaan kita bila tengok Hamster Grand Prix? Kenal tak Lewis Hamilton dan Jenson Button? Tapi kita kenal tak pada Lewis Hammy dan Jenson Button Nose?

Lokasi di Adventure Valley di Brasside berdekatan dengan Durham merupakan rumah kepada Lewis Hammy, Micheal Chewmacher, Rodent Barrichello dan juga Jenson Button Nose. Setiap jenis hamster ni mempunyai kereta mereka sendiri,yang mana rupa bentuk kereta lumba yang digunakan untuk berlumba di trek sejauh 5 meter.


Pemilik tempat itu, Marco Calzini menyatakan bahawa, hamster-hamster disitu suka berlumba dan selalu membuat latihan perlumbaan. Perlumbaan yang agak mencabar apabila setiap hamster akan berusaha sedaya upaya untuk menang. Dalam perlumbaan ni turut mempamerkan live commentator sehingga la tamat perlumbaan.


Perlumbaan yang menyeronokkan dan menghiburkan. Bila la Malaysia nak buat race macam ni pula. Mesti best kan. Kalau orang luar ni, macam-macam yang diorang buat. Ada je yang diorang nak buat kan. Sungguh kreatif.




No comments: