August 31, 2015

Touchdown !


Alhamdulillah. Dah selamat sampai KL. Chopper dari Platform sampailah travel ke KL. Semuanya selamat. Cuma hari ni banyak kereta pula atas jalan. Ramai jugak yang ambik kesempatan cuti 3 hari ni ye. 


Sampai je darat tengok dalam Facebook ramai member-member yang dah melangsungkan perkahwinan. Tahniah. Yang mana yang menjemput tu maaf la ye. Tak boleh nak datang. Sebab baru turun hari nie. 

Esok dan lusa aku ade exam pulak. Fuhhh.

Gambar macam takde kaitan la pulak. Hahaha.

August 28, 2015

Format foto Instagram yang baru.




Akhirnya. Instagram photo format dah tak lagi sekadar square format je. Selama ni kalau nak update gambar dalam Instagram mesti kena guna format square. Yang mana gambar yang wide lens tu tak boleh nak update dalam Instagram. Especially macam gambar yang ambik dengan GoPro. Selalu kena crop. Jadinya view tu tak penuh. Sekarang dah boleh. New update by Instagram. 

Thumbs up !

Source : Engadget

August 21, 2015

Serai @ Pavilion KL



Pertama kali ke dining loft dekat Pavilion KL. Pertama kali jugak aku try makanan dekat Serai @ Pavilion KL. Satu-satu kedai yang berbahasakan melayu kat level tu. Selain dari makanan arab, korea, dan western. 'Serai' kan nama melayu tu. 


Char Kuey Teow. RM22. Macam kuey teow biasa je. Tak macam original Penang char Kuey Teow yang lagi basah kalau compare dengan yang ni. Tapi not bad. Still boleh tahan. Cuma harga tu pun boleh tahan. 


Semalam aku try Nasi Ambang. RM22 jugak. Penuh satu pinggan. Rasa? Not bad okay jugak. Tapi still tak boleh nak tanding rasa Nasi Ambang yang aku makan kat Shah Alam bulan puasa hari tu. Terbaik. Hehehe.


Last sekali desserts.  Try fried raviolli. Dah macam Italian pulak kan. Tapi sebenarnya simple je tu. Dalam tu, inti cashewnuts salut nutella. Pastu goreng makan dengan aiskrim. Boleh tahan. Tapi dengan harga RM15. 

Layanan pun okay. Tempat  dan environment pun selesa. Rating 8/10. 

August 19, 2015

Working Mode : ON !


Cepat je masa ni kan. Pejam celik. Pejam celik. Dah dua minggu. So, aku dah kena tukar balik mind set. Nak balik kerja. Ni namanya Thursday blues. Sebab esok, Khamis crew change aku. As usual.

Barang pun dah pack. Tunggu nak masukkan dalam kereta je. Malam ni drive ke Kerteh. Mood time-time macam ni la yang nak layan kepala sikit tu. Hahaha. 

Mission Impossible : Rogue Nation


Petang tadi layan Mission Impossible : Rogue Nation kat GSC Pavilion. Kebetulan hujan lebat. Singgah layan movie la kejap. 

Rating aku 8/10. Terbaik. Sebab ade masuk scene kat KL Tower walaupun 5 saat. Hahaha.


Aku rasa mesti dah ramai yang tengok kan? Sebab dah dua minggu dah tayang kat panggung. 


Sedikit sinopsis cerita. 

Mengisahkan pasal seorang ajen IMF, Ethan Hunt cuba untuk menyiasat kewujudan satu sindiket yang cuba untuk melumpuhkan IMF.  



August 18, 2015

Peminta Sedekah , Patut bagi ke tak patut bagi?


Kesian tu memang kesian. Tapi kadang-kadang tu betul ke? Isu ni dah banyak kali pun TV tunjuk. Pasal peminta sedekah sambil jual tisu. Pendapatan yang melebihi RM3000 sebulan. Yang mana kalau kita ikutkan lagi tinggi dari gaji bulanan yang kita dapat tu. 


Sebab tu kadang-kadang aku terfikir jugak. Patut ke tak patut? 

AKu pernah jugak terserempak dengan peminta sedekah berhadapan Giant Taman Permata. Kutip sedekah untuk pembinaan masjid. Tapi bila aku tengok balik tulisan pada kotak derma tu macam Salah tulis je. Tapi masih lagi ada orang yang derma. Mereka-mereka ni senang. Berpakaian baju melayu berkopiah lepas tu minta sedekah.

Aku rasa, pihak berwajib perlu ambil tindakan. Sebab sekarang ni aku tengok ramai sangat. Tambah-tambah bukan orang kita.  Entah betul ke entah tidak. Bagi aku, lebih baik kita menderma ke tempat-tempat yang patut dan diakui. Ataupun, kepada seseorang yang memang kita dah tahu diorang ni susah. 

:)

Tips pelaburan oleh Financial Advisor Bank.


Pagi tadi aku singgah ke satu bank ni. Temankan seseorang nak tanya pasal account bank. Sekali bila dah jumpa dengan salah seorang financial advisor, En. Fuad, pastu mula la bercerita pasal investment ataupun pelaburan. Aku sendiri pun dah ada juga buat pelaburan sikit-sikit. Antara yang disebut pagi tadi.
  • Jangan letakkan duit dalam satu account. Kalau boleh untuk pelaburang dibahagi-bahagi kan.
  • Gunakan formula 4-3-2-1. Dah macam bola la pulak kan. Tu maksudnya 40% kalau boleh letakkan dalam satu account yag bagi pulangan tetap. Contoh macam Fixed Deposit. 30% dan 20% boleh letak dalam Tabung Haji ataupun ASB. 10% lagi tu kita boleh la letakkan dalam pelaburan berisiko tinggi macam stock market ataupun unit trust.
  • Kalau ada kelebihan, apa salahnya kalau beli emas. Untuk protect kita punya kewangan. 
Alhamdulillah. Setakat ni aku dah cuba untuk diversified pelaburan aku. Sekarang ni terlalu banyak yang orang cadangkan untuk pelaburan. Hartanah, emas, saham dan banyak lagi bentuk pelaburan yang ada sekarang ni. Yang penting bagi aku korang tahu apa yang korang buat. 


Sebab apa? 

Sebab kita yang perlu control duit kita. Yang penting ilmu je yang kita kena cari. Betul tak?

August 17, 2015

iPhone 5s aku buat hal. Petanda kena tukar iPhone 6 ke?


Sepanjang pagi aku tak dapat line. Maxis. Aku ingatkan mungkin area Ukay Perdana ni problem la agaknya. Kot. Sebab tu tak dapat line. Budak-budak rumah pulak semua pakai Celcom. So, memang aku agak yang Maxis memang problem pagi tu.effffv

Bila dah keluar sampai ke Damansara masih jugak tak dapat line. Pelik? Takkan la dari area Ukay Perdana sampai ke Damansara line masih bermasalah. Aku buat tak tau je lagi. Tapi rasa pelik jugak sebab aku tengok orang lain rilek je main handphone. Diorang semua pakai Celcom ke. 

Tak puas hati. Aku try tanya brader yang kerja dekat Harvey Norman, IPC. Sekali dia tunjuk yang line Maxis dia okay je. Ahh. Sudah. Sim card problem? Mula la cari Maxis centre paling dekat. Dekat E-Curve. 

Bila staff Maxis test sim card aku. Rupanya okay. Tak ada masalah. iPhone aku masalah? Dah mula terfikir yang nak ambik iPhone 6 dah time tu. Hahaha. Last-last aku balik rumah. Sambung kat Macbook, terus update iOS. Sekali okay laa. Rupanya aku tak habis update semalam. Tu yang hang tu. 



Ingatkan dah kena tukar iPhone 6 dah? Hehehe.

August 14, 2015

Flight AirAsia delay lagi. KBR- KUL.


Flight delay lagi. Hari tu setengah jam. Kali ni 2 jam. AirAsia. Hari tu masa travel dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pun dah delay setengah jam. Hari ni nak travel dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur pun delay jugak? Efficiency macam mana AirAsia nie?


Nasib baik la flexible timing. Kalau dibuatnye terkejar pasal next flight. Memang lari la timingnya. Kalau jadi macam ni siapa yang salah? 


Layankan aje.

August 13, 2015

Singgah di Pengkalan Kubor, Kelantan


Pengkalan Kubor, Kelantan

Singgah situ kejap pagi tadi. Sampai situ macam biasa niat aku nak beli coklat. Yang macam-macam kat airport tu. Tapi harga perghh. Murah giler. Daim kalau kat airport RM 34++. Kat sini RM 17 je. Gambar coklat amek dalam plastik je. Sebab tadi memory phone plak full. Adeh. Tu la kalau pakai iPhone yang memory 16gb ni. 


Jersey? Yang tu memang banyak. EPL? LA LIGA? Semua ada. Thailand made punya. Grade? AAA. Sebijik macam ori. 



Corelle? Corningware? Vision? Pyrex? Tu pun banyak. Duty free. Murah la jugak kalau nak dibandingkan dengan Parkson ke.. Isetan ke.. Sogo ke..



Tu la antara barang-barang yang ada. Kalau datang ke Kelantan apa salahnya singgah kat Pengkalan Kubor ni kan? Why not? Hehehe.

August 12, 2015

Salah aku ke, salah bank?


Hari tu nak direct fund transfer tak sampai 15 minit. Hari ni dah dekat setengah jam la pulak. Hmm. 


Setengah jam tunggu baru aku nampak pegawau bank tu submit borang aku. Padahal aku punya turn dulu. Sampaikan bank ni dah tinggal 2 orang. Aku tak siap-siap lagi transfer duit. 

Kalau difikirkan balik duit dalam bank tu aku yang punya kan? Kenapa la banyak pulak prosesnya? Maksudnya walaupun duit tu bawah nama kita tapi tak semestinya duit tu kita punya sepenuhnya. Tu lah hakikatnya kan.

Pastu aku tanya la Pegawai Bank tu apasal lambat sangat. Pastu dia cakap yang spesimen sign aku tak jumpa. Erk?! Macam tu pulak. Sampaikan kena sign buat spesimen sign yang baru. Padahal, baru 3 minggu lepas aku transfer amount yang sama. 

Layankan aje. 

Ujang dan APO? dihentikan penerbitan


Selamat Tinggal. 

Kalau dulu, aku ingat lagi time-time sekolah. Memang boleh katakan tiap-tiap bulan aku beli Majalah Ujang. Seronok baca. Dah menjadi satu hobi pulak beli majalah ujang. Kalau tak silap aku time tu harga Majalah Ujang tu RM 3.50. Hari tu aku tengok rasanya RM 6.50. Sebab dah lama sangat tak beli. 


Aku baca news yang cakap MOY publications dah hentikan penerbitan majalah APO? dan Ujang. Jadi dah tak ada lah komik yang berasaskan lawak orang Malaysia. Yang sekarang ni, lebih diagungkan lawak Manga. Yang aku sendiri mengaku aku tak suka pun. Tapi aku ingat lagi, dulu time tu majalah-majalah komik Manga ni bersepah dah. Sampaikan ada member aku yang pantang miss tiap-tiap bulan. 

Disebabkan kos operasi yang tinggi dan tak mampu ditanggung dengan penerbitan komik tambah-tambah pulak sekarang ni bersaing dengan komik secara online, GST, matawang yang semakin jatuh banyak lagi sebab yang MOY publications tak mampu nak tanggung. Pembaca pun beralih ke arah komik berbentuk lain. Jadi, terpaksalah diorang hentikan penerbitan komik. 

Apa-apa korang kartunis Ujang dan APO? is the best. Dapat kekalkan konsep komik rakyar Malaysia. Semoga korang sukses di masa akan datang. InsyaAllah.

August 11, 2015

Sandmarc Armor Bag Review untuk GoPro


Sampai jugak akhirnya. Hari tu aku order Sandmarc Armor Bag. Sebab yang ni aku order direct dari Sandmarc California sebab kat sini takde. Alhamdulillah, tak sampai 2 minggu barang sampai.


Packaging cantik. Kotak pun okay. Kalau ikut dari slip penghantaran, diorang gunakan USPS.



Tadaaaaa. Itu dia. Sandmarc Armor Bag. Jenis roll bag. Sebab apa aku suka dengan bag ni? Sebab aku punya kelengkapan untuk GoPro lebih tersusun. Kalau dulu aku gunakan beg Pov Case. Yang tu ada jugak kelebihannya. Tap bila dalam keadaan korang nak cepat capai mounting lain nak tukar jadi roll bag ni lagi elok. Sebab tak ambik masa panjang nak capai. Cuma roll kan je beg tu.


Macam kat bawah ni. Aku dah susun segala accessories aku. Tapi ada jugak accessories yang besar macam Sony suction cup dengan DIY GoPro Jaws Clamp aku yang tak boleh nak sumbat sekali.

Yang best, pole pun korang boleh sumbat sekali. Jadi bila nak keluar outing ambik gambar just 'grab the bag'. Tapi make sure susun dulu la.


Beg ni boleh letak sampai 3 GoPro kamera. Tapi boleh la jugak kalau nak letak lain-lain accessories. Material beg tu daripada canvas yang tahan lasak. Memang keras dan memang tahan lasak. Getah-getah untuk letak accessories tu memang elastic. Korang boleh letak macam-macam dan ikut saiz barang.   


Amacam?

Kalau dah suka korang boleh beli dekat Sandmarc California. Beli secara online. Sebab aku tak jumpa lagi dekat Malaysia. Kos shipping pun cuma USD 10. 

Tapi tu la kan. Sekarang ni bila 1 USD dah cecah RM 3.95. Hmmm. Kena hold la dulu. Boleh tahan mahal jugak tu nanti.

August 10, 2015

Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu


Alhamdulillah. Dah selamat sampai ke Kota Bharu. Walaupun hari ni macam-macam yang jadi sebelum aku nak gerak tengah hari tadi. Tayar bocor la. Walaupun sebenarnya tak bocor, yang bermasalah pam tayar tu. Lepas di bagi tahu oleh bangla yang tengok aku tukar tayar tu. Bila dah habis tukar tayar baru nak bagi tahu yang pam tu rosak.

Tapi sempat jugak la aku gerak ke KLIA 2. Ambik LRT kat KLCC terus ke KL Sentral terus ke KLIA 2. Sampai-sampai je KLIA 2, solat zohor terus masuk departure hall. Memang tak rehat la. Tapi bila sampai kat Gate K2 KLIA 2. Flight pulak delay. Setengah jam. 

Nak tak nak. Layankan aje.


Hari ni punya flight bergegar sikit. Turbulence katanya. Memang kuat jugak la gegaran dalam flight. Sampaikan aku pun tak boleh terlelap. Last-last layan teh tarik. RM 5. 

Layan kan aje. Lima hinggit pun lima hinggit la. Sebab tak sempat nak minum lepas tukar tayar tengah hari tadi. 


Touch down kat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Sampai jugak akhirnya.  Rupanya kat Kota Bharu ni cuaca mendung dan berawan. Tu yang bergegar sikit tu. Apa-apa pun Alhamdulillah dah selamat sampai. 


Antara Vaping dan Rokok , aku pilih Vaping !




Bila sebut pasal vaping, aku suka. Tapi rokok. Aku tak suka. Ada juga kebaikan bila aku tengok member-member aku ni vaping. Sebab apa aku suka tengok diorang vaping?
  1. Asap ada. Tapi tak la busuk macam asap rokok.
  2. Habuk rokok? Langsung tak ada. Clean. Kalau tak bersepah.
  3. Puntung rokok? Pun tak ada. Kalau rokok dah campak tah mana-mana.
  4. Salah satu cara berhenti rokok. Mungkin. Tapi memang nampak perubahan ketara bila diorang vaping. Dari sekotak sehari. Ke sekotak seminggu.
Bagi orang yang tak hisap rokok macam aku. Aku sangat setuju dengan budaya vaping ni. Kalau nak dibandingkan dengan rokok. Tapi sejauh mana kebaikan atau keburukannya? Aku rasa sama je dengan rokok. Cuma vaping ni lagi friendly dan yang paling penting TAX FREE ! 

Maklum la kan. Dengan kos rokok semakin tinggi. Vaping ni dah jadi macam alternative lain bagi rokok yang dah cecah harga RM13.80. Boleh tahan la jugak kalau untuk sebulan tu dah berapa ye kalau sehari sekotak. 

August 8, 2015

KL City Grand Prix 2015


Buat pertama kali, KL City Grand Prix diadakan kat Malaysia ni. Race dalam bandar. First time aku tengok. Kebetulan semalam ke KLCC. Singgah la jenguk-jenguk jugak. Time tu free practice untuk kereta Lamborghini Super Trofeo Cup. Semua Lamborghini. Ada Huracan dengan Gallardo. Memang terbaik la. Bunyi bising bagai. 

So, apa lagi. Keluarkan GoPro. Ambik gambar la. Yang paling best bila aku ambik pakai GoPro ni angle cantekkk punya. Sebab pakai pole. Boleh la sumbat dekat-dekat dengan gate sket. Jadi tak nampak sangat la ambik luar gate. 





Tapi kalau tak silap aku kena tiket walaupun nak berjalan kat race area. Tapi semalam macam tak ade je. Ke memang susah nak control crowd? Hahaha. Kalau ade drone rasenye lagi syok ambik gambar aerial view ni. 

August 7, 2015

Sony Suction Cup Mount untuk GoPro


Semalam aku beli Suction Cup Mount untuk GoPro aku. Sebab yang aku punya sebelum ni dah patah. Yang tu China made punya. Kali ni aku beli Sony Suction Cup Mount. Mula-mula ingat nak beli GoPro suction mount tu. Tapi tengok macam cuma terhad untuk GoPro je.


 Sony Suction Cup ni pulak lebih user friendly. Boleh mount apa-apa camera pun. Sebab mounting screw standard untuk semua kamera.



Harga untuk Sony Suction Cup Mount ni lebih kurang RM159. Kalau ada member Sony, korang akan dapat lagi 10% discount. Kira untung la kan. Boleh pakai untuk macam-macam kamera. 

Apa yang korang akan dapat?

1. Suction Cup Mount
2. Tether Rope untuk secure ketika mounting
3. Spare untuk suction mount tu
4. Sponge. (Yang tu aku pun tak tahu untuk apa)
5. Manual leaflets.



August 5, 2015

Ringgit Malaysia dah capai RM 3.88 untuk 1 USD.


Terkejut. Tinggi betul kedudukan US Dollar sekarang ni. Kalau Awal tahun hari tu baru RM 3.33. Hari ni dah cecah RM 3.88. Mengikut graf hari ni 5 Ogos 2015.


Aku selalu sangat beli barang melalui Online Shopping portal macam Ebay, Amazon tak pun direct dari supplier kat US. Tapi bila dah tengok  1 USD dah sampai RM3.88. Tak tau nak cakap la kan. Sebab kalau beli direct dari diorang tambah dengan shipping cost masih lagi murah kalau nak dibandingkan beli dari Malaysia. Cuma kena sabar tunggu barang sampai berminggu-minggu. 

Tapi kalau dah sampai RM 3.88 agak-agak barang-barang import dari luar pun akan jadi mahal tak? Tu tak campur dengan cukai-cukai dalam negeri lagi kan?

August 2, 2015

Anonymous Commentator


Tiap-tiap hari bila aku check email mesti ada yang komen kat blog aku ni. Tapi sebagai anonymous. Dan kebanyakannya web dari luar. 


Perkara yang paling aku suka bila orang komen dan bagi pendapat terhadap penulisan kita. Tapi kalau anonymous tak ke lebih kepada annoying? Kebanyakannya more to promotion. Tak pun SPAM. Paling aku risan kalau ada link yang saja nak sebarkan virus. Tak phising. Itu memang bahaya. So, advice jangan sesekali klik LINK diorang ni. Tak pasal-pasal naya pulak kita nanti. 

Aku bukan tak nak blogwalking. Tapi kalau anonymous. Maaf la ye. Aku tak sanggup nak memperjudikan laptop aku. Jadi memang aku tak balas balik la kunjungan korang ye. 

Chill !