January 31, 2011

Wah ! Jana RM 1000++ dengan Churp-Churp | Teringin jugak aku

Churp-churp. Churp-churp.

Ade gaye macam burung tak? Hehehe. Berape ramai lagi yang tak join Churp-Churp? Angkat tangan. KAli ni aku nak ajak korang kat luar sane join Churp-Churp. Sebab ape? Sebab churp-churp ni bessssttt. Hehehe. Yang penting churp-churp ni boleh jana pendapatan korang jugak. Tapi dengan syarat korang ade blog ke, facebook ke, twitter ke. Semua tu booleh tolong korang menjana pendapatan dengan churp-churp. 

Tak percaya?

Sumber : Redmummy

Banyak kan? Tapi tu pendapatan Kak Red yang sememangnye seorang blogger yang popular di alam blogger ni. Kalau nak dibandingkan dengan aku ni. Memang jauh berbeza la. Ni pulak aku punya earnings. 


Jauhnyeeeee kalau nak dibandingkan dengan Kak Red. Tapi takpe. Sikit-sikit. Lame-lame jadi bukit. Hehehe. Kalau korang nak tahu lagi ape tu Churp-Churp, boleh tengok kat entry aku pasal Apa Itu Churp-Churp ?

Jangan lengah-lengah lagi. Makin cepat korang join. Makin cepat la korang boleh jana pendapatan. Betul tak? =)

Situasi di Mesir | Doakan untuk rakan-rakan kita kat sana

Kalau sekarang, mesti korang tahu pasal berita dekat Mesir kan? Sekarang ni rusuhan berlaku sebab diorang nak President Hosni Mubarak letak jawatan. Dan bagi aku, aku sangat-sangat sokong ape yang dilakukan oleh rakyat Mesir ketika ini. Kalau sebelum ni kerajaan Tunisia di bawah pimpinan Ben Ali digulingkan. Kali ni biar lah Mesir pulak ambik tindakan yang same.


Sebab ape aku setuju? Sebab President Hosni Mubarak ni merupakan salah seorang sekutu rapat kepada Israel. Sanggup mengarahkan penanaman plat besi dekat sempadan Mesir dengan Palestin. Langsung pejamkan mata. Macam tak nampak ape yang berlaku. Hmmm.


Source : The Wall Street Journal
Melihatkan keadaan kat Mesir sekarang, aku risau jugak kat membe-rmember aku kat sane. Maklum la sekarang ni, segala perhubungan macam internet ke, telefon ke. Macam susah time sekarang ni. Ape-ape pun, kita doakan yang mereka kat sane semuanya selamat. Insyaallah. 

Gathering Sahabat Blogger buat aku jeles !

Semalam berlangsung gathering sahabat blogger kat Times Square. Agak jeles. Sebab aku dah lame tak dapat join gathering. Bila la aku nak jumpa dengan blogger-blogger lagi ye. Maklum la, semakin hari semakin ramai blogger yang ade dalam dunia maya ni kan. Huhuhu. Broframestone dah pun tulis pasal Gathering Sahabat Blogger ni.

SUMBER : Broframestone
Sekarang ni masih tak mengizinkan lagi nak pergi gathering. Sebab sealu gathering kat KL je. Aku pulak keje kat KT. Alamatnye tunggu cuti nanti la. Aku rase kat Terengganu ni pun ade blogger jugak kan? Ape kate kalau kite-kite kat sini buat gathering. Best jugak tu. Hehehe. Anyone? =)

The White !

Kalau dulu. Aku pernah mintak pendapat korang pasal kereta kan? Korang ingat lagi tak entry Yang Mana Dirasakan Sesuai ? .. Mintak pendapat korang pasal kereta. Dapat jugak komen daripada korang. Banyak pendapat yang aku terima. Dan hasilnya. Aku dah pun 2 bulan pakai kereta ni. Selama ni tengok je orang pakai. Alhamdulillah. Sekarang, aku pun dah mampu pakai. Syukur.


January 30, 2011

Lee Chong Wei tewas lagi kepada Lin Dan

Macam kebiasaan. Bila Lee Chong Wei bertemu dengan Lin Dan. Kelebihan tetap diletakkan kepada Lin Dan walaupun, Lee Chong wei merupakan pemain no. 1 dunia. Aku pun hairan la. Sebab ape la Lee Chong Wei susah nak menang dengan Lin Dan ye?


Untuk kejohanan badminton terbuka Korea tadi, Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan dengan keputusan 19-21 , 21-14 dan 16-21. Tipis. Dan selalu memang Lin Dan akan bawa game ke rubeer set macam kebiasaan sebelum menang. Dah biase sangat.

Tapi bagi aku, permainan tadi tu cukup best. Tapi biasa la. Adat permainan. Kalau ikut rekod pertemuan, Lin Dan dah tewaskan Lee Chong Wei 15 kali. Lee Chong Wei baru je tewaskan Lin Dan sebanyak 7 kali. Jauh jugak la rekod tu.

Apa-apa pun. Tu la permainan badminton kan..kan..

January 28, 2011

Supper di Kedai Air Buah Gelas Besar

Semalam, supper dekat kedai yang aku rase ramai jugak yang tahu kedai ni. Air Buah Gelas Besar. Seberang Takir, Terengganu. So, untuk semalam aku makan laksa penang dengan jus epal susu. Try korang tengok gelas tu. Actually tu gelas paling kecik. Tak larat nak ambik gelas besar-besar. Sebab paling besar gelas tu adalah sebesar balang besar. Memang cukup besar. Kalau ambik yang tu tak larat pulak nak habiskan. Hehehe.


January 23, 2011

Blogger pun mampu dapat RM 1 juta !

Blogger mampu meriah RM 1 juta?

Terkejut jugak aku tengok muka depan Berita Harian hari ni. Tajuk utama pulak tu. Cakap yang blogger ni mampu meraih RM 1 juta. Lepas tu, ternampak la pulak muka Kak Red kat situ. Memang tak dinafikan yang kak red ni memang dah pun established.

Memang tak dinafikan sekarang ni ramai yang dah bergiat-giat dalam dunia blogger. Sebab dengan cara beblogging ni korang boleh jana pendapatan sampingan. Yang penting kena pada teknik berblogging yang betul. Kalau nak cakap aku ni seorang blogger yang hebat. Jauh sekali. Orang lain dah hit ribu-ribu sebulan. Aku ni setakat nak sampai ribu-ribu pun semput. Tapi syukur la. Sebab disebalik tu ade jugak pendapatan sampingan aku. =)

Sape-sape yang bace pasal news ni kat Berita Harian mesti terperasan kat satu column. Sebab kat situ ade tulis yang blogger yang dapat pnedapatan ni takkan lari dari kena bayar cukai. Tak sangke jugak la. Kalau macam ni pun kena bayar cukai jugak ye. Ingatkan kita dapat semua sekali. Huhuhu.

Ape-ape pun. Semua tu rezeki masing-masing kan. Yang penting kita kena Happy Berblogging. =)

January 22, 2011

Gambar Perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Jam 3.45 petang semalam, pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha selamat diijab kabul oleh imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Rohidi Abu Bakar @ Che Wan.


Ayu menerima mas kahwin RM 1,888 beserta dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan dulang. Majlis pernikahan ini telah disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.


 Berikut adalah koleksi gambar di Majlis Pernikahan mereka.

January 20, 2011

Pemilik Chevrolet Camaro @ KLIMS | Baru aku tahu

Aku lambat tahu mengenai info ni. Baru hari ni aku tahu yang siapa pemilik kereta Chevrolet Camaro yang dipamerkan kat KLIMS hari tu. Rasenye dah dekat sebulan dah ni. Hahaha.


Sape yang pegi kat KLIMS hari tu, aku rase mesti tengok kereta Chevrolet Camaro ni kan? Kalau tak silap aku, harga kereta ni time tu RM 488,888. Untuk model ni. Dan time di pamerkan kat situ, kereta ni dah pun ade pemiliknya. 

Korang nak tahu siapa?

January 19, 2011

Facebook bakal ditutup 15 MAC 2011?

FACEBOOK BAKAL DITUTUP?


Betul ke? Aku ade jugak dengar ura-ura ni. Tapi bila baca news kat MSTAR online pasal Facebook bakal ditutup ni macam satu fenomena yang bakal timbul dalam dunia internet. Kalau korang perasan, Mark Zuckerberg cakap yang pada 15th Mac 2011, laman sosial Facebook akan ditutup sama sekali. Antara yang diperkatakan oleh beliau ketika dalam satu sidang media di Facebook HQ, Palo Alto.

“the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness”.

Sampai macam tu sekali ye....

January 16, 2011

Gambar Majlis Perkahwinan Rebecca Nur Al Islam dan suami

Sekitar gambar Majlis Perkahwinan Rebecca Nur Al Islam dengan suaminya, Nor Azam Sulaiman, 43 pada malam Jumaat lalu. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, dan Rujuk, Masjid A;-Ridhuan, Hulu  Kelang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana kira-kira jam 9.40 malam, Jumaat.



January 15, 2011

Review Filem : Khurafat

Baru balik dari Mesra Mall , Kerteh. Jalan-jalan. Kebetulan ade hal kejap kat Dungun. Jadi terus la ke Kerteh. Layan movie terbaru terbitan Shamsul Yusof, Khurafat.


So. Lepas tengok poster. Jom kita tengok pulak trailer Filem Khurafat ni.

January 14, 2011

Dua situasi yang sama, tapi berbeza

Selamat Pagi Jumaat semua. Hari ni kat Pantai Timur dah start weekend dah. Hehehe. So, hari ni tak keje la. Kali ni aku nak cerita 2 situasi berbeza tapi sama. 


Situasi 1 :

Terjadi dalam minggu lepas. Time tu aku tak ingat bila. Tapi time tu aku baru sampai kat satu kedai makan. Seingat aku la makan malam. Kebetulan kat situ ade seorang pak cik ni. Dia ni 'istimewa' sikit. Aku rasa korang faham kan ape maksud 'istimewa' ni. 

Jadi pak cik ni datang la jenguk-jenguk kat kedai tu. Ape yang aku kagum dengan tuan kedai tu. Dia bagi pak cik sebungkus nasi. Nasi Kukus. Memang cukup murah hati tuan kedai tu.

January 11, 2011

Blogger | Kalau dulu...

Ramainye blogger sekarang ni. Betul kan?


Kalau dulu time aku mula berblog tahun 2005 tak la ramai macam sekarang ni. Sekarang ni, boleh dikatakan ramai yang dah pun ade blog. Macam-macam jenis kategori blog yang kita boleh jumpa sekarang kan. 

Kalau dulu, time aku ade blog. Tak syok pun. Ye la. Dulu bila kita berblog. Orang kata kita gila. Sekarang ni, kalau takde blog tu. Lain pulak jadinye kan. Cuma aktif atau tidak kita nak update. Bagi aku, masih lagi tak same macam Ben Ashaari yang entry berbelas dalam sehari. Hehehe.

January 10, 2011

Lebah sekarang makan cili sos

Petang tadi lepas balik dari kerja. Lepak minum air kelapa dekat Pantai Batu Rakit. Hehehe. Almost setiap petang la pulak lepak kat pantai kan. Bukan ape. Saje-saje, kebetulan nak ambik dobi singgah kat pantai dekat-dekat pulak.

So, tadi aku terserempak dengan dua ekor lebah yang dah pun move to the next level. Kali ni diorang dah tak cari madu. Tapi cari sos cili. Hehehe.


Time ni ade sekor lebah ni sedang bersusah payah nak bukak botol cili sos tu. Berusaha walaupun aku tahu tak boleh nye. Hahahaha.

Keputusan Penuh AJL ke-25 | Tahniah kepada para pemenang

Tahniah buat Ana Raffali sebab dah menang AJL ke-25 dengan lagu Tolong Ingatkan Aku. Walaupun masih lagi baru dalam dunia hiburan. Tapi beliau dah pun berjaya mengecapi kejayaan di Juara Lagu ke-25 dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM 35,000. Tahniah !


Tempat kedua pulak jatuh kepada Meet Uncle Hussien dengan lagu Drama King.

Tempat ketiga jatuh kepada Hafiz dengan lagu Noktah Cinta.

Persembahan terbaik dimenangi oleh Faizal Tahir dengan lagu Hanyut.

Vokal terbaik pulak dimenangi oleh Hafiz untuk lagu Noktah Cinta.


**Komen korang untuk AJL ke-25 macam mane?
**Aku ingatkan Faizal Tahir sapu untuk kali ni. Tak sangka yang Ana Raffali muncul juara. Congratulations again. =)

January 9, 2011

Aktiviti Hujung Minggu | Pantai Teluk Ketapang, Terengganu

Hari ni Kuala Terengganu baru stop hujan. Hari ni tak panas dan tak hujan. Syukur alhamdulillah. Lepas dua hari hujan tak henti, hari ni dah pun berhenti. Mungkin esok hujan lagi kot. Hehehe.

So, pagi tadi aku pergi ke pusat servis EON. Sebab nak tukar rim kereta aku yang aku dapat hari tu. Sebab rim yang aku dapat dengan kereta hari tu ade defect sikit. Tak sedap mata memandang. Jadi aku buat la report kat EON. Terus dapat rim baru. Kalau ikutkan kat receipt tu tadi, rim untuk Satria Neo CPS harge RM 320 sebijik. Mahal jugak tu. Ingat nak beli la tadi. Hahaha.



Lepas balik lunch, singgah kat Pantai Teluk Ketapang. Ombak masih lagi kuat. Masih lagi tinggi. Tapi yang bestnye, disebabkan ombak-ombak tu. Banyak cengkerang siput hanyut ke pantai. Sangat banyak.


Banyak kan? Bukan setakat ni je. Boleh kira sepanjang pantai penuh dengan cengkerang siput ni. Macam-macam jenis,bentuk, rupa. Yang penting korang rajin cari je.



Ni antara yang aku rasakan agak menarik jugak la. Yang lain tu nampak macam same je. Yang ni je nampak macam rare sikit. Cari jugak kot-kot ade yang besar. Tapi tak jumpe la pulak kali ni. 



Yang ni pulak aku rase memang kayu dari dasar laut. Sebab nampak macam cengkerang tu hidup atas kayu tu. Lepas ombak kuat, kayu tu hanyut ke pantai. Ni semua disebabkan takde kerja di hujung minggu. Macam ni la jadinye. Hehehe.

*Gambar semua diambil dengan Sony Ericsson K800i. 

January 7, 2011

Walaupun hanya 50 sen, Aku rasa tak patut la.

Kadang-kadang tu ade jugak orang yang suka ambik kesempatan kat orang lain kan. Walaupun kita tahu yang sekarang ni dalam keadaan yang tak sepatutnya.

Ni bukan la salah satu sebab untuk aku complain. Tapi aku agak hairan la. Sebab ape ade orang yang suka ambik kesempatan ke atas orang lain. Terjadi kat aku petang tadi. Macam korang tahu, kat Kuala Terengganu ni takde la shopping mall sangat. Melainkan Mydin Mall dan juga Giant. Tu je la yang boleh dikatakan agak besar dan murah. Aku pegi la kat satu shooping complex. (Boleh panggil shopping complex ke?) 

So, macam korang tahu, sekarang ni musim hujan kat area pantai timur. Jadi boleh kata majoriti la yang pakai sweater. Tak pun jacket. Jadi tadi aku nak masuk la kat shopping complex ni. Tup..Tup. Kena tahan kat pak guard complex tu. 

Pak Guard : Bang, tak boleh pakai jacket kat sini.
Aku : Ye ke.
Pak Guard : Boleh letak kat depan tu ye. 

(aku pun tanggalkan la jacket tu, pastu terus nak gi kaunter kat depan. tempat simpan barang)

Aku : Bang, nak simpan barang ni.
Pak Guard : Tinggal barang kena bayar 50 sen.
Aku : Kena bayar 50 sen? 
Pak Guard : A'a. 
Aku : Apehal pulak?

Last-last pak guard tu tak jawab dah. Aku memang bengang jugak tadi. Ye la kan. Sebelum ni memang tak payah bayar pun. Aku pun dah kena situasi yang same. Tapi tu 2,3 minggu lepas. Time tu tak pulak kena bayar. Tapi bila dah masuk musim hujan ni, yang mane ramai orang pakai sweater kene pulak bayar 50 sen? Pecite pulak kan? 

Bukan la aku cakap aku ni tak mampu nak bayar dan bukan sebab aku berkira. Tapi macam tak patut sangat. Sebab aku rasa kalau masuk Mydin ke, Giant ke, TESCO ke, takde nak charge 50 sen ni. NI kompleks kecik macam tu pun nak charge 50 sen. Lagipun aku masuk dalam complex tu just nak pusing-pusing tengok je. Bukan nak pegi curi barang pun. Aku pun blah  la dari situ. Takde kepentingan pun aku nak masuk complex yang nak tindas orang lain pulak kan.


Aku rase kalau orang Terengganu mesti kenal kat kompleks ni kan? Kalau tak percaya korang try la pegi. =)

January 4, 2011

Betul ke kalau cuci kereta hari akan hujan?

Aku rasa korang mesti biasa dengan satu ungkapan ni.

"Kalau basuh kereta, mesti hujan"

Tapi sejauh mana kebenarannya? Memang betul ke kalau basuh kereta je. Mesti hujan turun. Walaupun sebelum basuh kereta tu cukup panas terik. Dengan cahay matahari memancar-mancar ke bumi. Tapi bila dah basuh je kereta. Tiba-tiba langit bertukar jadi hitam. Mendung. Nak hujan. 

Google
Tapi tu semua dah jadi kenyataan kat aku hari ni. Memandangkan 2 hari aku dah tengok panas. Termasuk la pagi ni, jadi tengah hari tadi aku decide la nak basuh kereta. Tengok-tengok je time tengah basuh kereta dah pun start hujan. Jadi betul ke ungkapan tu ade kebenarannye ek?

January 3, 2011

Korang tahu tak CPR boleh menyelamatkan nyawa?

First of all, aku nak tanya korang, berapa ramai diantara pembaca blog aku ni yang pandai buat CPR ataupun dengan name panjangnye Cardiopulmonary Resuscitation. Bila bercakap pasal CPR ni, mesti ramai yang gelak-gelak. Macam take for granted la benda-benda macam ni. Eventhough benda ni penting.


Kali ni, aku nak kongsi pasal ni, sebab aku rasa CPR ni penting sebab mampu menyelamatkan nyawa. Ni pulak ditambah dengan Penyakit Lemah Jantung yang merupakan salah satu pembunuh utama di Malaysia. Korang perasan tak?

Hari tu, time aku training untuk safety ade di brief pasal ni. Pasal CPR boleh menyelamatkan nyawa. Tapi selepas 4-6 minit seseorang tu pengsan tapi takde pernafasan ataupun dengupan nadi. Tu yang aku tahu daripada facilitator yang bagi briefing kat aku time tu. Nak explain lebih-lebih aku bukan dalam bidang medical. Takut tersalah bagi info pulak nanti. Tapi kat sini, aku nak berkongsi kat korang pembaca-pembaca blog yang korang mampu menyelamatkan nyawa seseorang kalau korang tahu cara-cara nak melakukan CPR. 



Sekadar berkongsi dengan korang ape yang aku tahu. Sebab aku tahu, ramai lagi yang tak tahu ape tu CPR. Yang kita tahu kalau jadi ape-ape selalunya kita biarkan doktor ataupun pbsm je yang sampai. Tapi berapa lama masa yang diambil untuk mangsa tu diselamatkan. Tapi untuk korang yang tahu buat CPR ni Insyaallah boleh menyelamatkan nyawa.

Kat bawah ni pulak video macam mana nak perform CPR:


Harap same-same kita pelajari cara nak buat CPR ni ye. =)

Ke Rantau Panjang on the 1st of January 2011

1st of January 2011 aku sambut New Year dengan pergi jalan-jalan kat Rantau Panjang. Kalau diikutkan pada rancangan asal nak ke Kuantan. Tapi dalam news tv inform yang dekat Kerteh banjir. So, cancel. Jadi tukar program pegi ke Rantau Panjang. Sambil-sambil tu bawak member-member pergi jalan kat Kota Bharu.


Ni gambar yang aku ambik semalam. Ni pun snap dalam kereta je. Actually, time aku sampai kat Rantau Panjang ni, level air sungai Golok dengan jalan ni dah same tinggi. Takut jugak aku tengok. Lepas je Kompleks CIQ tu boleh nampak yang paras air sungai dah same. Air pun dah melimpah-limpah masuk ke atas jalan. Sebab tu decide nak patah balik. Tapi bila dah dapat masuk sampai dalam. Dapat parking pulak tu. Terus cancel. So, aku pun teman la member-member aku beli barang. Hehehe. 

Tu la aktiviti aku time 1 January 2011. Time aku type entry ni aku dah pun kat atas katil. So, ngantuk sangat. Whole day driving tadi. Nak rest. Esok kita sambung cerita lain pulak. Nite all !

*Ape reaksi korang bila tengok gambar tu? Budak tu dok main air. Dekat dengan kereta lalu lalang. Korang rase macam mane?