February 23, 2016

Kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia dah bermula?

WHAT?!

Bangla dah mula masuk secara berperingkat?

Hari aku dengar dalam news yang pengambilan tenaga pekerja daripada luar negara dibekukan. Tengok-tengok hari ni ada pula geng netizen yang berkongsi gambar di airport KLIA yang mana ramai pekerja-pekerja dari Bangladesh dah sampai sini. Dan masuk secara sah.



Ramai. Kalau seorang dua tu lain la kan. Tapi ni boleh tengok berapa ramai yang masuk. Sepanjang-panjang walkalator tu diorang beratur. Sahih ke tak? Ke diorang ni buat lawatan ke Malaysia tapi kita dah salah anggap. 


Banyak suara yang mencadangkan kerajaan tak patut ambil pekerja asing lagi, sedangkan rakyat negara kita yang masih lagi tak mempunyai kerja. Tambah-tambah aku pernah terbaca yang dalam Malaysia sekarang ni dah ada lebih kurang 6 juta warga asing yang mungkin masuk secara halal dan juga secara haram. 

Bukan sekadar nak tuduh, aku rasa mereka-mereka yang tinggal di Kuala Lumpur terutamanya akan tahu situasi ni. Macam dekat Kg Baru, boleh tengok yang majoritinya warga Indonesia dan Thailand. Puduraya, Nepal, Bangladesh, Myanmar. Chowkit. Banyak tempat lagi. Pekerjaan sebagai sekurit guard majoriti pekerja asing. Bila tanya semua tak faham. Dah tu nak jaga macam mana?

Kerajaan patut pertimbangkan balik sebelum ambil pekerja asing dari luar. Sebab bagi aku apa salahnya panggil mereka-mereka warga asing yang maksud secara haram untuk dapatkan permit diorang bekerja secara sah. Daripada kita tambah lagi warga pekerja asing dari 6 juta ke 7.5 juta.


Paling aku terkejut. Bangla pergi training untuk Basic Offshore Training (BOSET) yang mana kita tahu sebagai lesen untuk bekerja di pelantar minyak. Dan aku memang tak setuju. Sebab aku pernah jumpa warga bangladesh kerja dekat pelantar. Yang aku rasa peluang tu patut diberi kepada rakyat negara kita. Lain la kalau mereka-mereka ni datang sebagai pakar atau pun "specialist" dalam sesuatu bidang itu boleh dipertimbangkan. Tapi kalau sekadar tenaga kerja, aku rasa memang tak patut. Dan tak perlu. Sebab ramai lagi yang berkemampuan untuk kerja daripada bagi kat mereka-mereka ni.

Mahal ! Berpatutan atau tak?


"Under Armour - RM105"
"Adidas - RM119"
"Nike - RM120"

Mahal ke murah?
Ataupun memang aku yang tak mampu nak beli? 
Ataupun barang tu sendiri yang "overprice"?


Kalau tengok pada kualiti barang ku rasa sama je. Nak kata barang yang lagi mahal tu berkualiti tu rasanya tak ada beza pun. Mungkin ada yang berpendapat yang kalau pakai barang berjenama memang lagi puas hati. Daripada beli barang yang tak berjenama.

Bagi aku, ada "pro & cons". Betul tak?

Aku memang suka barang berjenama. Tapi mungkin bukan dari segi pakaian. Sebab aku tak kisah sangat pasal fesyen atau "style" dalam memilih pakaian. Tapi kalau bab-bab gajet ni. Memang aku tak pilih yang buatan negara China. Yang mana kita tahu ketahanan nya lagi kurang kalau dibandingkan dengan yang berjenama. Walaupun aku tahu, ada barang-barang yang walaupun berjenama masih lagi dibuat di negara China. Contoh, macam Apple dan GoPro.



Bila aku masuk kat kedai-kedai butik terutamanya di mall-mall memang harga tu agak mahal. Dan kadang-kadang tu aku rasa macam terlalu mahal. Dan harga tu tak sepatutnya macam tu. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi harga. Antaranya macam nilai tukaran matawang kita yang semakin murah. 

Pilihan lain?

Aku selalu bandingkan barangan yang aku beli dari ebay. Sebabnya ada sesetengah barang tu memang murah. Dan jauh lagi murah kalau kita beli dari kedai. Walaupun kita terpaksa tunggu sebulan. Dah lama juga aku beli barang dari ebay. Setakat ni alhamdulillah. Tak ada apa-apa masalah.  Barang yang sampai pun okay.

Korang tahu macam mana nak beli kat ebay? Nak aku kongsikan?

February 20, 2016

Interest kereta naik pada Feb 2016?

Interest kereta dah naik?

Aku pun terkejut juga. Sebab tadi bila aku tengok kereta Subaru XV kat Mid Valley. Bila cakap-cakap dengan jurujual tadi, terkejut bila diberi tahu interest untuk pinjaman kereta dah naik sampai 3.20 %. Sebelum ni baru je dalam lingkungan 2.6-2.8 %.

Mungkin memang betul yang ekonomi negara kita dah makin teruk. Kalau tak, takkan la sampai interest kereta dah naik. Jurujual tu pun dah cakap yang tak semua bank dapat bagi loan untuk kereta Subaru. Maklum la, kereta jenama Subaru ni baru nak naik kat Malaysia. Tak macam kereta Honda yang dah "establish" kat Malaysia ni. Bank pun lagi yakin nak bagi loan.

Ada juga ura-ura yang mengatakan lepas ni bank dah tak dapat nak bagi loan 90%. Mungkin hanya dapat bagi 80% dan juga tempoh pinjaman makin singkat. Sehingga 7 tahun mungkin. Dah la sekarang nak beli rumah yang berharga beratus-ratus ribu pun kena kumpul berpuluh-puluh ribu. Ni kereta pun bakal ikut cara yang sama.

Macam mana mereka yang hanya bergaji RM1000 dengan kos hidup yang makin tinggi. Adakah mampu untuk diorang memiliki kendaraan dan rumah sendiri. Tengok sahaja dalam mudah.my , kos nak sewa rumah pun paling kurang pun RM500 sebulan untuk flat kos rendah. 

Bukan untuk aku merungut dengan realiti kehidupan sekarang. Tapi hakikatnya itulha yang perlu kita hadapi setiap hari. 

Siapa yang patut bertanggungjawab?


February 12, 2016

Jersi Pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dan Senarai Pemain musim 2016.

Pink pun pink lah. 
Untuk kali pertama sejarah Liga Malaysia ada jersi pasukan warna pink. Tak kisah pun. Yang penting untuk tahun ni semoga pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dapat bagi saingan sengit untuk kejuaran Liga Super tahun ni. 




Pemain untuk musim Liga Super tahun ni pun kebanyakkannya dibarisi oleh pemain lama yang menjuarai Liga Super dengan Piala Malaysia dulu. Diharapkan dengan kehadiran pemain-pemain lama ni boleh la menaikkan semangat pasukan dan menang untuk tiga kejuaraan musim ni, Liga Super,Piala Malaysia dan Piala FA.  


February 11, 2016

Kadar kompaun saman tak patut dinaikkan. Pendapat aku.

Kadar kompaun saman bakal dinaikkan?

Patut ke tak patut? Pendapat aku, kerajaan atau pun pihak yang mempunyai kuasa dalam mengubal undang-undang kesalahan trafik patut mempertimbangkan banyak perkara. Sebab bagi aku dengan cara menaikkan kadar kompaun saman seolah-olah meletakkan kesalahan semata-mata kepada pengguna jalan raya yang menyebabkan kemalangan.


Situasi 1
Agak-agak kalau kereta tu bawa dengan halaju 60km/h tapi jalan tu had laju 110km/h. Lepas tu pula jalan pula dekat lorong sebelah kanan. Kita yang bawa kereta pun potong la kereta tu. Salah kita ke? Yang aku tahu, bila aku potong lebih sikit 140km/h dah confirm-confirm kena saman. Boleh bela diri ke kalau kita cakap kita tengah memotong kereta perlahan?

Situasi 2
Jalan satu lane. Lepas tu bas, lori berderet kat depan. Kita potong. Had laju 90km/h. Time kita potong, 110km/h. Kena saman. Macam mana pula tu. Sebab aku tak ikut belakang lori tu aku salah ke? Bukan ke lagi bahaya kalau ikut belakang lori?

Tu pendapat aku. Sebab aku rasa RM300 pun tak semua dah settlekan saman. Inikan pula, kalau saman dinaikkan sampai RM500. Dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin menghimpit rakyat. Aku rasa memang tak patut. Banyak lagi yang patut dipertimbangkan. Apa salahnya kalau saman tu digantikan dengan khidmat masyarakat? Yang aku rasa lagi memberi banyak manfaat daripada dikenakan bayaran kompaun. Lepas tu settle. Pastu buat lagi. Pastu bayar lagi.

Ke sebab duit tu lagi bernilai? Bukan nak mendidik. Satu lagi persoalan, duit saman tu ke mana agaknya? Untuk PDRM je ke? Ke mana agaknya perjalan duit saman yang kita bayar tu ye. 

Bagi aku, PDRM tak perlu kecewa. Sebab kalau dah kompaun naik tu, faham-faham je la. Sebab apa yang PDRM perlu kecewa? Sebab bagi aku PDRM perlu kaji apa punca kemalangan sebenarnya. Banyak faktor-faktor lain yang perlu dikaji selain dari terus menyalahkan pengguna jalan raya semata-mata.

Mungkin kalau nak kurangkan kadar kemalangan, perlu kurangkan bilangan kereta atas jalan raya? Dan aku rasa memang betul-betul akan kurang kadar kemalangan tu nanti.

Allahualam.