August 21, 2016

KulCats Barrio, TTDI

Kali kedua aku ke KulCats Barrio, TTDI. First time aku ke sana time buka puasa dengan kawan-kawan. Tapi time tu aku cuma try nasi herbs dengan ayam. Nama pun aku tak ingat. 😅


August 19, 2016

Tips Pertama Kali ke Pejabat Tanah Negeri untuk pembelian tanah

Pagi ni aku ke Pejabat Tanah Dearah Gombak, dengan tujuan nak bertanya pasal maklumat tanah yang kebetulan ada diiklankan untuk dijual. Jadi untuk mendapat kepastian, aku ke pejabat tanah untuk mengambil ataupun membeli maklumat tentang tanah yang nak dibeli. Kali ni aku baru pertama kali buat carian status dan ingin berurusan untuk pembelian tanah. Jadi kali ni, aku nak berkongsi pengalaman aku di pejabat tanah.



Mencari carian status tanah

Kalau korang nak cari status tanah, korang kena beli borang carian tanah. Berharga RM30.  Dalam Sijil Carian Tanah tu korang boleh tahu maklumat pasal tanah, pemilik tanah dan alamat rumah dan juga apa proses yang sedang berlaku pada tanah tersebut.


Dalam kes aku, aku boleh tengok dan tahu yang tanah tersebut dalam proses pertukaran status dari pertanian ke bangunan.


Pertukaran Status Tanah

Kemudian, aku ke Unit Pembangunan Tanah. Sebab aku nak tahu betul atau tidak apa yang diperkatakan oleh agen yang tanah tersebut dalam proses pertukaran status dari pertanian ke bangunan. 

Apa yang aku faham, proses dalam pertukaran status tanah ni, perlukan beberapa kelulusan.
  • Pejabat Tanah Daerah
  • Unit Perancang Bandar
  • Pejabat Tanah Negeri
Semua kelulusan tu perlu diambil kira. Sebab kalau salah satu sama ada Pejabat Tanah Daerah ataupun Unit Perancang Bandar, penukaran status tanah tu tak dapat dilaksanakan. Dan info yang aku dapat dari pegawai di Pejabat Tanah Gombak sendiri yang masa yang diambil untuk satu-satu kelulusan adalah lebih kurang 6 bulan. Jadi, kalau ada timbul apa-apa masalah contohnya, ini akan mengambil masa yang lebih lama.

Tips dari Pegawai di Pejabat Tanah
  1. Semak dan pastikan status tanah, syarat yang dinyatakan pada tanah dan juga sekatan ke atas tanah.
  2. Perlu bertanya pada penjual tanah samada permohonan telah dibuat untuk pertukaran syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan kediaman.
  3. Tentukan dengan penjual tanah telah membuat permohonan pecah sempadan.
  4. Perlu pastikan sama ada penjual tanah mendapat kelulusan kebenaran daripada perancangan seperti yang diiklankan.

**Gambar Ihsan dari Google Images.

August 13, 2016

Jimat kos tukar screen iPhone 5S


Bulan lepas screen iPhone 5S aku retak dan pecah. Ni sebab jatuh atas jalan. Padahal, sebelum ni pun ada juga jatuh. Tapi tak ada la sampai pecah. Nasib kali ni screen tu terpecah pula. Bila aku buat survey-survey kat kedai, sekali nak tukar screen iPhone 5S ni memang mahal. 


Ada yang harga RM400++. Ada juga yang harga RM250++. Tapi rata-rata memang mahal. Macam tak berbaloi pula nak tukar beratus-ratus harganya. Sebab aku rasa kalau cari iPhone 5S second hand pun tambah seratus dua lagi. Tu yang good condition. Sebab brand new sekarang pun dah RM1299.

Jadi aku decide nak tukar sendiri. Jimat kos dan dapat pengalaman sendiri. Tapi kena study betul-betul la manual cara nak buka. Aku selalu tengok dekat ifixit.com.


Aku order screen iPhone 5S tu dari ebay. Tengok yang mana bagus kualiti, aku dapat dengan harga termasuk pos lebih kurang RM90. Beli tools pula, RM5. Jadi kos permulaan nak tukar kurang dari seratus ringgit. Untung banyak tu. 

Aku berjaya tukar.

Tak susah pun, cuma first time tu cuak sikit. Masalah pun tak ada. Yang penting korang kena study manual nak tukar screen tu dulu. Lepas tukar tu, aku pun ada mengalami masalah sebab line selalu "searching". Rupanya aku kena reset network iPhone tu baru okay.

Jadi kat sini aku dah mampu save banyak. Dan iPhone 5S aku sampai sekarang masih berfungsi. Alhamdulillah.