June 29, 2010

[Gambar]Perasaan "MEREKA" terhadap Penjara Pudu

Petang tadi aku ke Times Square...Dengan tujuan untuk mencari barang untuk presentation FYP aku nanti...Sampai di stesen Hang Tuah...aku berjalan ke Times Square yang tak la jauh sangat...Kalau nak diikutkan naik monorail...jalan kaki pun dekat jugak...

Laluan ke Times Square dah tentu lalu dekat tembok batu penjara Pudu...masih tersergam gah di satu sudut...manakala satu sudut yang yang lain sudah pun dirobohkan..Dengan tujuan untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya disitu...Jalan Pudu akan dibesarkan dan pengguna jalan raya di Pudu sudah tentu tahu yang keadaan jalan kat situ agak sempit jika dibandingkan dengan trafik yang semakin meningkat setiap hari...

Lalu di tepi tembok batu Penjara Pudu...korang sendiri boleh tengok banyak contengan-contengan grafitti yang ditulis dan di conteng...Termasuk la mural yang telah dihasilkan oleh banduan-banduan yang tinggal di situ dulu...masih lagi jelas kelihatan...Ekoran dengan isu yang semakin panas tentang isu yang Penjara Pudu akan dirobohkan terdapat pula tulisan yang baru sahaja ditulis...yang mana mewakili perasaan mereka...Cuba korang tengok gambar-gambar yang aku ambik tadi...






Walaupun ada diantara kata-kata yang diorang lemparkan agak keterlaluan...mungkin tu perasaan diorang yang menulis...mana kita tahu...dan aku rasa Penjara Pudu patut dijadikan salah satu monumen sejarah bagi mengimbas kembali sejarah penjara di Malaysia...ditambah pula dengan umur bangunan yang agak tua...dan menyimpan pelbagai kenangan walaupun hanya sebuah penjara....

June 28, 2010

England boleh dikaitkan dengan jaguh kampung?...

Semalam Germany dah tewaskan England dengan kemenangan 4-1...Kalau diikutkana kepada ranking FIFA kedua-dua pasukan tak lah jauh...Germany ranking ke -6 dunia manakala England ranking ke-8 dunia...Kedua-dua pasukan dibarisi oleh pemain bintang...

Kalau pasukan England tu aku rasa semua orang kenal dengan barisan pemainnya...Wayne Rooney, Frank Lampard, Steven Gerrard, Glen Johnson, John Terry dan ramai lagi la yang korang kenal...sebab kita selalu sangat ikut English Premier League...

Kalau nak dibandingkan kepada team Germany...Tak semua...ada jugak antara mereka yang aku tak kenal...Macam Lukas Podolski, Miroslav Klose, Bastian Schweinsteiger. Thomas Muller tu aku kenal la...Tapi tak semua...Kalau dilihat kembali, populariti pasukan England lebih tinggi daripada pasukan Germany.

Tapi semalam semua tu tak boleh nak mengubah kemenangan Germany dalam melayakkan diri ke suku akhir...Kalau kita tengok balik kepada prestasi pemain setiap pasukan...Wayne Rooney ni merupaka salah seorang pemnjaring terbanyak dalam EPL...Tapi dalam siri World Cup kali tak score langsung...mereka ni boleh dikaitkan dengan jaguh kampung tak?....

Jom kita tengok antara gelagat diorang semalam...









#sources from soccernet.com

Sebab aku menghilangkan diri

Agak lama jugak aku tak berblogging...Sejak duam nejak ni aku agak sibuk dengan kerja yang perlu disiapkan....Banyak yang aku perlu settlekan...Di tambah pula dengan broadband aku yang agak lembap debab tak sempat bayar lagi...jadi banyak yang menyebabkan aku tak berblogging...

Tak banyak yang aku nak cerita...sebab hari-hari aku berada di bilik projek...jadi setiap hari mnegadap benda yang sama...ni sebab aku nak siapkan final year project aku dan perlu bersedia untuk External Verification. alhamdulillah buat masa sekarang semua dah dalam keadaan yang baik.

Aku saja post kan gambar kat bawah ni...Dah agak lama aku tak tengok pelangi...Dan semalam, aku terjumpa pelangi dekat area kolej aku...Sungguh cantik...Tapi time tu aku tak bawak kamera...just snap pakai kamera phone yang 3.2 mp je...

June 25, 2010

Juara Dunia Italy kalah kepada Slovakia

Akhirnya...Kecundang Juara Piala Dunia 2006 Italy...
Italy tewas kepada Slovakia 3-2...secara tak langsung melayakkan Slovakia ke pusingan ke seterusnya...
Hasil jaringan Antonio di Natale dan Fabio Quagliarella tak mampu nak sekat kemaraan Slovakia dengan 3 jaringan yang dihasilkan oleh Robert Vittek (2) dan juga Kamil Kopunek...
Jadi sekarang nasib Italy dah sama dengan France walaupun Marcello Lippi pernah bawa Italy menjuarai Piala Dunia sebelum ni...





#source:soccernet.com

June 24, 2010

Bukti kekejaman Israel

Sekarang aku rasa berita yang melibatkan Israel semakin agak dilupakan...Kalu dilihat, selepas pembebasan tawanan Rachel Corrie termasuk juga rakyat Malaysia yang ditahan...Jadi sekarang dah agak kurang berita yang melibatkan Israel...Aku dapat e-mail petang tadi...Daipada kenalan aku...yang mana dia mengingatkan aku pasal kekejaman Israel..Agak terkejut bila ditunjukkan gambar-gambar tu...Sebab sebelum ni mungkin gambar tu tak dipaparkan oleh mana-mana media...

Jadi kat sini aku share dengan korang satu bukti kekejaman Israel...Yang perlu kita hayati...dan tahu yang Israel sentiasa melakukan kekejaman kepada rakyat Palestin...



Sama-sama kita renungkan...

June 23, 2010

[Gambar]Terbaru tentang Penjara Pudu

Aku baru tahu yang sekarang ni tengah heboh yang Penjara Pudu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur nak dirobohkan...Ramai blogger aku lihat menulis pasal Penjara ni...Sebab nilai-nilai sentimental yang terdapat kat penjara ni tak dijadikan sebagai satu yang bermanfaat kepada rakyat Malaysia...Kalau tak silap aku dulu pernah dibuka kepada umum...Tapi tidak lama selepas tu penjara tu di tutup kembali kepada umum...


Aku memang teringin nak melawat Penjara Pudu ketika itu tapi tidak berkesempatan...Dan kini disebabkan kepesatan pembangunan ekonomi...Penjara Pudu akan dirobohkan...Kebetulan bilk yang aku dapat dekat Berjaya Times Square Hotel betul-betul berhadapan dengan Penjara Pudu...So boleh la aku share sikit-sikit gambar kat korang...





Kalau korang tengok balik gambar-gambar ni...Lapisan pagar luar Penjara Pudu dah separuh dimusnahkan...Ini juga salah satu usaha untuk memperbesarkan Jalan Pudu yang agak sesak untuk lalu lintas...Sebab sepanjang jalan tu diratakan...Jadi secara tak langsung memberi kesenangan kepada pengguna jalan raya di Kuala Lumpur...

Tapi kalau boleh mintak la pihak yang bertanggungjawab kekalkan struktur asal Penjara Pudu dan dibuka untuk pelawat...Lagipun ni boleh memberi manfaat juga kepada rakyat Malaysia...

June 22, 2010

Seharian Interview....Hasilnya Hotel 5 bintang....

Pernah tak korang interview dapat satu bilik yang boleh dikatakan bertaraf 5 bintang?...Buat pertama kali aku menjejakkan kaki aku dekat bilik di Hotel Berjaya Times Square...yang bestnya...penginapan aku kat sini di tanggun secara percuma...termasuk dengan makan tengah hari, malam dan juga sarapan...semua ditanggung oleh syarikat yang aku di interview...

First time juga aku kena interview sampai 2 hari...Hari ini sahaja aku dah memerah otak untuk menjawab soalan-soalan yang telah di wajibkan untuk dijawab...semua sekali ada 6 paper...start dari pukul 8 pagi sampai la 5 petang...memang lama...dan semua masa dihabiskan dekat bilik conference untuk aku jawab exam...

Interview yang terbahagi kepada 3 sesi...hari sesi ujian IQ dan kemahiran aku dalam mekanikal...lepas tu ada ujian bahasa Inggeris...dan esok aku akan masuk peringkat terakhir iaitu sesi interview...Petang tadi sahaja separuh daripada calon awal tidak layaj untuk sesi ketiga...

Alhamdulillah...sebab aku layak...dan disebabkan itu aku dapat penginapan di Hotel Berjaya Times Square...Alhamdulillah...


Ni la antara ruangan dalam bilik hotel tu..Bilik aku berlatar belakangkan Penjara Pudu...sebelum ni aku teringin jugak nak tengok Penjara Pudu dari atas...akhirnya impian aku tercapai...aku tak boleh nak upload gambar...sebab aku takde lagi kamera DSLR jadi kalau nak ambik gambar malam tu,,,tak cantik sangat la...


Korang tengok sendiri rate Hotel yang aku duduk...Wooowwww....Aku memang pertama kali duduk hotel yang harga macam tu...sebab aku ni tak kerja lagi...so...masih tak mampu nak tinggal kat hotel-hotel macam nie...


Tempat yang kitorang lepak makan...Kat sini la...

June 21, 2010

[Gambar] Italy 1-1 New Zealand

Itali gagal memanfaatkan peluang apabila hanya mampu seri dengan New Zealand..Jaringan awal gol oleh New Zealand oleh Shane Smeltz dan Vicenzo Laquita menyamakan kedudukan untuk pasukan Itali...









#source: Soccernet.com

June 20, 2010

[Gambar] Paraguay 2-0 Slovakia

Paraguay memastikan 3 mata menjadi milik mereka hasil jaringan Enrique Vera dan Cristian Riveros...Paraguay 2-0 Slovakia








#source: soccernet.com

[Gambar] Cameroon 1-2 Denmark

Antara aksi semasa perlawanan diantara Cameroon vs Denmark..Cameroon 1-2 Denmark...Hasil jaringan daripada Samuel Eto'o (Cameroon), Nicklas Bendtner (Denmark), Dennis Rommedahl (Denmark)....









#source: Soccernet.com

[Gambar] Australia 1-1 Ghana

Gambar ketika aksi perlawanan diantara Australia vs Ghana...Australia 1-1 Ghana...Jaringan dihasilkan oleh Brett Holman (Australia) dan Asamoah Gyan (Ghana)...