June 23, 2010

[Gambar]Terbaru tentang Penjara Pudu

Aku baru tahu yang sekarang ni tengah heboh yang Penjara Pudu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur nak dirobohkan...Ramai blogger aku lihat menulis pasal Penjara ni...Sebab nilai-nilai sentimental yang terdapat kat penjara ni tak dijadikan sebagai satu yang bermanfaat kepada rakyat Malaysia...Kalau tak silap aku dulu pernah dibuka kepada umum...Tapi tidak lama selepas tu penjara tu di tutup kembali kepada umum...


Aku memang teringin nak melawat Penjara Pudu ketika itu tapi tidak berkesempatan...Dan kini disebabkan kepesatan pembangunan ekonomi...Penjara Pudu akan dirobohkan...Kebetulan bilk yang aku dapat dekat Berjaya Times Square Hotel betul-betul berhadapan dengan Penjara Pudu...So boleh la aku share sikit-sikit gambar kat korang...





Kalau korang tengok balik gambar-gambar ni...Lapisan pagar luar Penjara Pudu dah separuh dimusnahkan...Ini juga salah satu usaha untuk memperbesarkan Jalan Pudu yang agak sesak untuk lalu lintas...Sebab sepanjang jalan tu diratakan...Jadi secara tak langsung memberi kesenangan kepada pengguna jalan raya di Kuala Lumpur...

Tapi kalau boleh mintak la pihak yang bertanggungjawab kekalkan struktur asal Penjara Pudu dan dibuka untuk pelawat...Lagipun ni boleh memberi manfaat juga kepada rakyat Malaysia...

No comments: