June 5, 2010

[Review] Chop & Steak Restaurant


Kali ni aku nak review sikit pasal satu restoran yang aku pergi semalam...Aku rasa mungkin dah ramai yang pergi kat restoran ni...sebab restoran ni terletak kat Kampun Baru...dan memang ramai orang yang pergi makan kat sini...Nama restoran ni ialah Chop & Steak restoran....


Aku suka konsep restoran ni sebab menggunakan konsep restoran atas air...Dengan hiasan seperti berada di dalam kapal...Malah hiasan dalaman di restoran ni pun cukup untuk memikat pengunjung...Kat sini kita boleh pilih pelbagai jenis tempat duduk yang kita nak...sama ada nak duduk bersila...nak duduk di atas kerusi kayu panjang...atau pun meja makan biasa...Malah ada juga disediakan ruang makan seperti di bawah pokok...yang memang memikat hati kalau pergi kat restoran ni...

Kat atas ni antara hiasan kat kedai tu...memang menarik...


Pasal makanan harga memang berpatutan...dan juga sedap...dan kalau dah rasa tu memang nak try lagi...Semalam aku order Chicken Golden Blue...Macam Chicken Chop...tapi ayam tu dimasak sekali dengan cheese..Memang sedap...Aku jugak order air jus durian belanda...dan total course aku tak sampai pun RM 15.00...memang puas hati....so...kalau rasa nak cuba sila lah ke kampung baru ye...=)



No comments: