May 29, 2016

Saham amanah, pendapat aku.

Dah banyak kali orang cadangkan aku untuk ambil saham amanah. Tak kira la, Public Mutual mahupun CWA. Sebab aku dah pernah ambil saham amanah tapi tak tolak daripada gaji. Cuma ambil melalui bayaran bulanan. 

Al-kisahnya, aku masuk dan beli saham amanah daripada CWA kalau tak silap aku saham amanah Dali Equity. Yang mana pada masa tu, boleh dikatakan price trend untuk saham amanah ni agak tinggi. Lebih kurang 20% dalam masa 3 tahun. Ya, pada mulanya aku tak tahu apa-apa pun pasal pasaran saham ni. Dan bila aku beli saham amanah sebanyak RM500 tapi nilai saham amanah dan juga ditolak dengan kos-kos lainnya. Nilai lebih kurang RM480. Sampai sekarang masih lagi berada di bawah RM500 seperti yang aku bayar pada mulanya.


Pendapat aku mengenai saham amanah.

Saham amanah merupakan salah satu cara untuk melabur saham tanpa perlu kita ambil tahu secara terperinci disebabkan pelaburan kita diuruskan oleh mereka yang berkelayakan dan berpengalaman seperti Public Mutual, CIMB-CWA, Manulife dan banyak lagi.

Saham amanah mempunyai kos-kos yang menyebabkan kita perlu tolak untuk kos pengurusan terhadap pelaburan kita. Kos-kos tersebut bergantung kepada bank yang kita ambil.

Semakin banyak kita simpan semakin tinggi keuntungan. Tapi untuk berapa lama. Adakah kita perlu untuk tunggu selama 10 tahun atau pun kita boleh capai nilai keuntungan yang sama kalau kita melabur dalam unit saham ekuiti.

Kita kurang pasti dengan kos-kos yang terlibat. Pengalaman aku bila aku bertanya pada agen-agen saham amanah, selalunya mereka kurang pasti dan tidak terangkan secara terperinci tentang kos-kos yang terlibat. Aku

masih ingat ketika mana aku tak tahu, aku beli saham amanah RM500, ingatkan nilai saham amanah tu RM500, rupanya kurang. Sebab kene tolak kos-kos lainnya.


Pendek kata, saham amanah ni kita wakilkan orang lain untuk mengurus duit kita tanpa perlu kita pening. Sebab semua tu diuruskan oleh mereka-mereka yang berkelayakan. Tapi setakat ni dalam setahun aku terlibat dalam pelaburan saham ekuiti. Aku rasa aku lebih berminat untuk urus duit aku sendiri. Dengan keuntungan yang aku dapat lebih dari 20% untuk masa setahun.

Konklusi:
  • Saham amanah diuruskan oleh Fund Manager.
  • Saham amanah terdapat kos-kos pengurusan.
  • Saham amanah boleh dikatakan 'hassle free' tak perlu pening-pening pasal untung rugi. Yang penting untung.
  • Keuntungan sesuatu saham amanah itu bergantung kepada fund manager.

P/S : Sebarang komen amat dialu-alukan.

May 25, 2016

Kelebihan iPhone yang tersembunyi

Berapa ramai yang pakai iPhone kat sini? Aku sendiri dah pakai iPhone lebih kurang 3 tahun baru aku tahu yang rupanya iPhone aku ni masih aku belum cukup "explore" lagi.

Bagi siapa yang tak tahu, jom tengok video kat bawah ni.


Macam mana? Lepas ni boleh la try features terbaru ni. Paling best yang boleh pakai pergerakan kepala tu. Senget-senget kepala tu. Hahaha.

Video oleh Tech Insider.

May 21, 2016

Buffettology - Mary Buffett & David Clark


Buffettology oleh Mary Buffett & David Clark.


Aku baru sahaja habis baca buku ni yang banyak menceritakan tentang teknik-teknik pengiraan untuk ekuiti yang di beli dan juga teknik-teknik yang digunakan oleh Warren Buffett berdasarkan pemerhatian oleh Mary Buffett dan juga David Clark.

Untuk pengetahuan, buku ini memang tak melibatkan Warren Buffett tetapi ini adalah penulisan oleh Mary Buffett yang merupakan bekas menantu Warren Buffett. Disebabkan Warren Buffett amat mengalakkan anak-anak dan menantu melabur saham secara tak langsung semua ahli keluarganya terlibat dalam pelaburan saham. Dan disebabkan itu, Mary Buffett cuba untuk berkongsi tentang teknik-teknik yang sering digunakan oleh Warren Buffett dalam pelaburan saham.  Bagi aku, buku ini amat penting untuk mereka-mereka merancang untuk mengaut keuntungan dalam jangka masa yang panjang. Kebanyakan teknik yang digunakan oleh Warren Buffett adalah untuk mengaut keuntungan dalam masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Juga diterapkan dalam buku ini cara-cara dan masa yang sesuai untuk membeli sesebuah ekuiti.

Pelbagai kriteria yang digunakan oleh Warren Buffett dalam "VALUE INVESTING". Teknik Warren Buffett yang amat popular. Bagi aku, cukup mudah untuk memahami penulisan Mary Buffett dan David Clark. Bahasa yang digunakan cukup mudah dan mereka yang mungkin baru berjinak-jinak dengan pelaburan saham aku rasa perlu memiliki buku ini untuk mengetahui lagi cara investing yang betul dan mengaut keuntungan melalui "STOCK COMPOUNDING".



May 19, 2016

PAVREIT dan AAX dah jana keuntungan lebih 20% untuk pelaburan aku

Paling last aku berkongsi pasal pelaburan saham pada tahun lepas.

Kali ni aku rasa aku nak berkongsi tentang hasil pelaburan aku dalam dua ekuiti saham. Untuk pengetahuan korang aku mula melabur dalam saham ekuiti ni pada tahun lepas dan aku rasa hasil dengan melabur saham ni kalau kita betul-betul faham boleh membuahkan hasil yang lagi elok dari hasil dividen yang selalu kita harapkan dari ASB.

Aku banyak membaca buku yang digunakan oleh Warren Buffet dalam "Value Investing". Mungkin aku akan kongsikan dalam entry-entry akan datang.

Berikut aku kongsikan dua ekuiti yang dah bagi pulangan pada aku lebih dari 20%.

PAVREIT



Aku beli ekuiti ni tahun lepas. Pada ketika itu ekuiti ni berharga RM1.52 per share. Kriteria pemilihan aku untuk ekuiti ni adalah Pavilion Mall. Bagi seorang yang masih baru lagi dalam dunia pelaburan, pengalaman aku belum cukup dalam untuk mengenali syarikat tersebut. Jadi kriteria pemilihan aku bila mengikut teknik Warren Buffett adalah dengan menggunakan consumer monopoly. Amnya, memang aku tahu yang Pavilion Mall, Bukit Bintang memang tak pernah ada kosong dan boleh dikatakan hampir 90% kedai disewa. Jadi aku pun beli la ekuiti ni dengan cara mudah apabila tengok keadaan Pavilion Mall sahaja.

Dalam masa setahun, ekuiti ni dah meningkat pada harga RM1.80 per share. Kenaikan sebanyak 28% daripada harga asal tahun lepas.

AAX



Kalau korang masih ingat, pada tahun lepas salah satu kapal terbang milik Indonesia Air Asia yang kemalangan di Lautan Jawa. Dan pada ketika itu juga ekuiti untuk Air Asia menjunam ke tahap yang paling rendah. Tapi pada waktu tu aku tak cukup kewangan untuk beli ekuiti masa tu. Jadi bulan lepas aku beli ekuiti Air Asia pada harga RM0.315 per share. Harga terkini adalah pada RM0.41 per share. Peningkatan sebanyak 30% dalam masa sebulan.

Kriteria yang aku tengok untuk Air Asia X ni, sebab yang paling utama adalah kos penerbangan yang murah. Dan sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Kalau nak dibandingkan dengan syarikat-syarikat penerbangan lain yang agak mahal. Jadi untuk ke luar negara, mereka masih memilih untuk menaiki Air Asia X. Ini berbeza dengan Air Asia sebab untuk AAX cuma menawarkan penerbangan ke berberapa buah negara sahaja.


Jadi, bila aku tengok revenues untuk AAX ni consistent dan sentiasa meningkat. Dan berpontensi untuk mencapai harga yang lebih dari RM0.50.

Setakat ini, kedua-kedua ekuiti ni masih lagi mengekalkan tempo yang sama. Tapi apa yang penting bukan kita menjana keuntungan dalam masa yang singkat. Bagi aku, "value investing" yang digunakan oleh Warren Buffett adalah konsisten. Dan aku rasa kedua-dua ekuiti ni berpontensi untuk pergi lebih jauh.


Boleh rujuk entry untuk KOS MEMBELI SAHAM.

May 15, 2016

Cara untuk dapatkan Macbook dengan harga murah daripada pasaran.

Bulan lepas kalau korang masih ingat aku ada tulis satu entri pasal Macbook aku yag dicuri ketika parking di KLIA 2. Lepas dari itu, memang aku dah tak ada laptop untuk buat kerja cuma harapkan iphone dan juga tablet Acer Iconia yang dah lama aku tak gunakan. Jadi pencarian untuk aku beli Macbook baru.

Kali ni aku nak kongsikan cara aku cari harga Macbook yang paling rendah aku boleh dapat dengan harga yang paling rendah.

Mudah.my
Aku tak kisah kalau aku beli daripada Mudah .my. Sebab Macbook Air 11 inch yang aku pakai hari tu pun beli di Mudah.my. Aku beli dari seorang warganegara Canada yang bercadang nak keluar dari negara disebabkan dia dah habis urusan kat Malaysia. Yang paling best, Macbook yang aku beli time tu dapat denga harga yang agak murah dan juga disertakan dengan resit. Baru dibeli dalam masa sebulan. Aku dapat dengan harga RM2400. Sebab time tu Macbook Air 11 inch yang baru berharga RM3,199.
Tapi bila dah beli kat Mudah ni memang ada risiko juga. Sebab sebelum aku beli Macbook aku ni, aku pernah ditipu oleh penjual di Mudah. Boleh tengok entri aku kat sebelum ni.

Machines Store
Aku beli Macbook aku ni di Machines, Midvalley. Nak dijadikan cerita bila aku tengok laman we Machines online store ada satu bahagian Clearance kat situ. Kat situ kebanyakan unit-unit barangan Apple yang dikategorikan sebagai Ex-Demo dan Open Box dijual kat bahagian tu. Dengan harga yang berpatutan dan lagi murah daripada unit yang baru. Boleh dikatakan semua model barang Apple ada dijual situ. Jadinya, “First Come, First Serve”. Kat sini aku dapat beli Macbook 12 inch pada harga RM3,670. Macbook baru time tu RM4,599.



Apple for Education Store
Kat sini pun boleh dapat murah. Especially untuk pelajar-pelajar. Tapi nak cakap murah pun tak lah murah sangat. Harga yang lebih kurang RM200 bagi setiap unit. Cuma perlu dibeli melalui online. Cntoh macam harga Macbook 12 inch, RM4,599 akan dikurangkan sehingga RM4,399.

Jadi tu antara cara yang aku dapat kongsikan kalau korang nak nak beli Macbook dengan harga yang murah sedikit jika dibandingkan dengan harga pasaran.

Satu lagi yang aku rasa korang juga boleh tengok nilai mata wang kita jika dibandingkan dengan USD. Sebab tu pun mempengaruhi jugak harga Macbook ataupun produk-produk Apple yang lain.