October 30, 2010

Maaf sebab lama tak update

Aku rasa dah tiga hari blog aku sepi tanpa entry. Sejak hari Khamis hari tu je ade entry. Jumaat dengan Sabtu senyap. Sebab aku sibuk-sibuk sikit. Maklum la kan, dalam dua hari ni sibuk dengan konvo. Banyak la jugak aktiviti. Tapi nak cerita dalam satu entry tak syok la pulak kan.

Hari ni lepas konvo terus gerak ke Melaka. Jumpa sedara lama. Malam ni kira bermalam kat Melaka la. Time dekat Bangi hari tu, aku nak online. Walaupun Bangi tu kita satu tempat yang boleh kat maju kalau nak dibandingkan dengan Melaka ni. Tapi line internet aku yang cukup-cukup lembab kat Bangi memang tak bagi aku nak online. Sebab tu aku tak online. Asal nak bukak blogger je. Memang lambat nak mampus. Aku pun tak tahu sebab ape. Tapi kat Melaka ni laju la pulak. Hehehe.

Nak upload gambar aktiviti aku dua hari ni pun tak sempat lagi. Tak sempat nak pilih. Nak edit sikit-sikit dulu. Jadi nanti bila dah balik Kota Bahru kot aku akan cuba upload gambar-gambar tu nanti. Kalau sekarang ni memang tak sempat nak pilih. Sebab banyak sangat. Sabar ye. 

Malam ni nak rest. Sebab semalam tak cukup rest. Hari ni je dah bangun pukul 6 pagi. Lepas tu, pukul 7 pagi dah kena ade kat GMI. Memang tak semapat la kau nak rehat-rehat. Malam ni baru dapat time nak rehat puas-puas. Esok dah nak gerak balik Kota Bahru. 

Jadi sampai kat sini dulu ye. Maaf sebab tak boleh nak kongsi entry-entry baru lagi. Kepada korang yang masih setia membaca blog aku. Thanks alot. Sebab korang sudi lagi jenguk blog aku ye. 

=D

October 28, 2010

Asal income BE sikit? | Jawapannya

BE. Atau selalu orang sebut buffered earnings. Kalau korang masih ingat dulu. Masa mula-mula Nuffnang kenalkan BE ni. Hanya mereka yang mempunyai traffic yang tinggi setiap hari yang mampu mendapat BE ni. Tapi sekarang, sesiapa sahaja yang dapat BE ni tak semestinya memerlukan traffic yang cecah 500++ sehari. Tapi sekadar melepasi 100++ sehari pun dah cukup.


Tapi macam mane sebenarnye BE ni berfungsi? Korang tahu tak?

Kalau korang godek godek kat blog Nuffnang. Korang mesti tahu macam mane sebenarnya BE ni berfungsi. Sebab BE ni lagi mudah nak jana pendapatan kalau nak dibandingkan dengan CTR ataupun Click Through Ratio yang mana kita dapat income bila orang klik iklan kat blog kita. Macam tu la. Tapi BE ni berdasarkan blog impression korang.

Walaupun korang dapat banyak BE. Tapi income ciput je. Mesti hairan kan? Selalu dengar bila BE banyak mesti dapat banyak duit. Macam tu? Sebenarnye tak. Kalau korang dapat BE tapi blog korang visitor tak ramai. Macam mane nak dapat income? Sebab impression tu datangnye daripada visitor blog korang. Bila tak ade visitor. Maknenye tak ade income la. Sebab tu, kalau ade BE korang kena try tarik seramai mungkin visitor untuk datang ke blog korang. Baru boleh jana income daripada BE.

Sebab tu korang kena usaha jugak nak tingkat kan visitor ke blog korang. Makin ramai visitor, makin tinggi la nilai BE yang korang dapat. Kalau banyak pun tak bukan semua boleh jalan serentak kan? Cukup la sekadar memenuhi korang punya Ads board. 

Tu pandangan aku mengenai BE. Sape-sape ade pandangan lain boleh tambah. =D

Keinginan Lelaki dalam hidupnya

Bila dah jadi lelaki ni mesti ade target sendiri  Mesti ade perancangan sendiri. Sebab lelaki ni memang dilahirkan untuk menkadi pemimpin. Jadi macam mana sekalipun seorang lelaki tu, dia memang layak menjadi seorang pemimpin. Tak kira dari organisasi yang macam mana sekalipun. Mungkin yang paling terdekat adalah memimpin keluarga. Sebab lelaki bila dah kahwin mesti akan jadi pemimpin keluarga. Betul tak?

Ape yang lelaki nak dalam hidupnya?


Pekerjaan
Sesuatu yang amat penting. Lelaki memerlukan pekerjaan. Sebab ni merupakan sumber pendapatan seorang lelaki. Kalau tak ade pekerjaan mana nak cari duit. Betul tak? Macam mana nak penuhi kehendak diri sendiri kalau tak ade duit? Sebab semuanya bermula dengan pekerjaan. Tak kan dah besar-besar pun nak mintak duit mak bapak lagi kan? Lain la kalau, korang ni dari family yang amat dan teramat berada. Tu mungkin tak kisah kot.


Kereta
Aset penting untuk seorang lelaki. Perempuan sekarang ni demand ke? Sebab kalau dah kerja tu. Perempuan tak pandang dah mereka-mereka yang naik motor. Kan kolej pun kadang-kadang same jugak. Mana-mana lelaki yang ade kereta, especially kereta sports for sure mesti ade aweks. Tambah-tambah aweks tu mesti ramai orang yang admire. Betul tak?


Rumah
Rumah ni kadang-kadang terkebelakang sikit la. Sebab selalu orang lebih pentingkan kereta. Tapi aku rasa rumah ni patut beli bila korang dah dapat kerja tetap. Sebab sekarang ni rumah bukan main mahalnye. Lepas tu pulak rumah ni boleh diibaratkan macam investment la. Sekejap je naik harga. Misalan, sekarang rumah harga RM 200,000, tup..tup..tak sampai setahun dah naik RM 250,000. 


Kahwin
Yang ni aku rasa. Paling last sekali. Tapi ikut jodoh seorang lelaki la. Kalau dah dia ni ditakdirkan kahwin awal nak buat macam mana kan? Tapi yang penting kena la at least capai keinginan yang pertama iaitu pekerjaan. Sebab nak tanggung anak orang. Bukan senang. Pastu takkan nak kahwin tak buat kenduri even kecik-kecik. Sebab korang mesti nak ingat korang punya hari bila korang bergelar raja sehari kan? Nanti kalau tangguh-tangguh sebab masalah kewangan mesti susah nak jadi. Seeloknya penuh kan dulu keinginan korang dulu.

Rasenya lelaki-lelaki kat luar sana, anda dah capai ke keinginan anda? Agak-agak, bila korang boleh capai semua tu ye? Tapi kalau dah jodoh korang dahulu. Tu takdir. Tak boleh nak kata ape la kan. Masing-masing ade perjalanan hidp masing-masing. Mana tahu, korang akan bina dan capai keinginan korang dengan orang tercinta. Siapa tahu? Betul tak? =D

Short Entry di pagi hari

Salam. Entry di pagi hari. Lame jugak tak taip entry pagi-pagi hari ni. Hehehe. Hari ni aku nak bergerak ke Kuala Lumpur. Perjalanan jauh jugak la. Kalau naik bas, mau makan 8 jam. Tapi kalau naik kereta cepat sikit daripada tu.


Ape-ape pun. Ni short entry je. Sebab aku nak pergi mandi pulak. Nak gerak dah. Hehehe. Tapi still ambik kesempatan nak update blog lagi. Adakah aku ni dikira sebagai blogger tegar? Ataupun blogger yang dah addicted dengan blog? Hahahaha.

Ok2. Tak nak cakap lebih-lebih. Nak pergi bersiap dulu ye. Ape-ape pun. Korang doakan la ye perjalanan aku ke Kuala Lumpur pagi ni. Semoga perjalanan aku pagi ni selamat hendaknye. Amin~


October 27, 2010

Thank You Nuffnang

Aku cukup sayangkan Nuffnang. Love you Nuffnang. Sebab hari ni bila aku check je kat earnings untuk blog aku. Aku dapat pertambahan 2 Buffered Earnings. Kalau ikutkan sebelum ni aku hanya dapat 3 je. Hari ni check-check ade pertambahan lagi. Alhamdulillah. Rezeki. Tapi kecewa jugak sebab bulan ni tak boleh nak cash out. Insyaallah bulan depan boleh kot. Hehehehe.


Hari ni jugak aku dapat invitation daripada Nuffnang untuk Digi Angels Internet Gathering. Macam yang korang tahu, nanti akan diumumkan siapa pemenang untuk contest iphone 4 hari tu. Jadi ramai la jugak blogger-blogger yang bakal datang kat situ nanti. Termasuk la blogger-blogger otai yang aku rasa aku tak pernah jumpa kot. Aku dah pun RSVP untuk gathering tu. Insyaallah kalau tak ade ape-ape sape yang dapat invitation ke gathering tu nanti kita jumpa kat sana ye. =D


Kebetulan dengan Gathering ni jugak. Esok aku akan ke Kuala Lumpur. Sebab aku kan nak konvo this Saturday. Jadi kena la bergerak ke Kuala Lumpur esok. Sebab lusa dah ade rehearsal. Kena sampai awal la. Ape-ape pun, kalau takde ape-ape aral kita jumpa kat Digi Angel Internet Gathering tu ye. Ok guys. Nak sambung packing barang lagi ni. =D

Facebook tempat mencari jodoh ke?

Masih berkisar pasal Facebook. Kalau korang perasan 2,3 hari ni aku banyak tulis pasal Facebook. Bukan pasal Facebook tu. Tapi pasal pengguna-pengguna Facebook tu sendiri. Dan aku yakin, korang yang membaca blog aku pun tentu ae account Facebook ni kan. Mustahil la kalau korang sekarang ni takde account Facebook. Betul tak?

Facebook sekarang ni dah boleh jadi tempat mencari jodoh ke? Aku ade jugak tengok beberape profile yang ade dalam friend list aku. Aku tak kenal pun. Cuma mungkin ade dalam friendlist aku. Banyak diantara mereka ni yang mempromote diri mereka. 

Tambah-tambah bila dalam part perubahan Relationship status. Korang bayang sendiri la. Bila dah tukar je status tu. Mesti komen akan mencurah-curah. Tak tipu punye. Betul tak?


Ade jugak yang promote diri mereka ni single. Siap buat caption pada gambar yang cakap diorang ni single. Especially perempuan la. Yang lelaki aku tak jumpa tak tau la kalau korang jumpa kan. Yang promote tu biasa la. Dedah sana, dedah sini. Kalau boleh segenap pelusuk tubuh tu nak tayang. Tapi tak sampai tahap 18sx je la. Hmmm. Aku pun tak faham. Memang perlu ke nak ade pasangan sekarang ni?

Kalau tak bercouple tu. Korang ni bermasalah ke? Sebab orang lain semua dah ade pasangan. Tapi 'engkau' tak ade. Sebab tu 'engkau' ni bermasalah. Macam tu ke?

Bengang dengan kedai tu, sebab ape?

Baru balik dari kedai. Tadi teman mak aku pergi beli kasut jap. Teman je la. Tak shopping sebab aku rasa tak perlu kot. So, tadi masuk la kat satu kedai ni. Kedai kasut. Tapi bila masuk je kedai tu. Terus cepat-cepat keluar.

Sebab ape aku keluar dari kedai tu cepat-cepat?

Memang mula-mula mak aku masuk kedai tu. Nak tengok-tengok kasut. Banyak jugak choice kasut kat kedai tu. Tapi bila masuk je kedai tu. Lagu yang dipasang kat dalam kedai tu memang cukup membingitkan telinga. Kuat sangat. Lagu pulak bukan lagu yang mendayu-dayu. Lagu bising. Lagu rock kapak lame. Perghhh. Memang sakit telinga la. Sebab tu aku terus keluar.


Lepas tu, staff kat situ pulak memang tak tengok customer langsung. Buat dek je. Buat kerja sendiri. Sedangkan orang nak tanya. Sebab tu la kedai tu tak ade orang nak masuk. Bila dengar lagu dalam kedai tu, ade jugak lagi satu kedai yang pasang lagu kuat-kuat jugak. Macam nak lawan lagu kedai sape yang paling kuat pulak.

Aku rasa memang tak patut la. Kalau nak pasang lagu pun, pasang la lagu yang orang kata sentimental sikit. Halwa-halwa telinga. Baru syok nak dengar. Tenang je untuk customer beli barang. Ni tak. Kalau boleh lagi kuat nak dipasang. Hmmm...

Friends, Stalker, last sekali 'Fake Identity'

Berjalan-jalan di Facebook mereka-mereka yang ade Facebook. Aku tengok la sorang-sorang. Perghh. Sorang kawan-kawan sampai 3,4 ribu. Ramai tu. Tapi kalau korang fikir-fikir balik tu kawan diorang betul-betul ke? Ataupun peminat. Yang lame-lame lepas tu jadi stalker. Betul tak?

Bukan niat aku nak dengki. Sebab aku ni jenis yang tak approve orang sesuka hati. Kalau aku kenal orang tu baru aku approve. Maaf ye. Sebab aku lebih suka privacy. Sebab tu aku akan tengok dulu orang tu baru aku approve. Kalau tak kenal. Tak pernah terserempak aku takkan approve.

Tapi kalau yang kawan dah nak cecah 5 ribu tu. Mesti dia ni ramai kawan kan? Ke ramai peminat? Limit kat Facebook kalau tak silap aku 5 ribu je untuk satu account kan? Tapi korang tak serabut ke bila wall korang akan dipenuhi oleh mereka-mereka yang korang tak kenal? Tak tahu pun siapa diorang ni. Bila dah approve. Mesti diorang ade access kat korang punya gambar. Pastu nanti timbul pulak hal lain. 

'Fake Identity'

Macam-macam lah sekarang ni. Jadi perlu ke approve kalau korang tak kenal? Pendapat pleasssseeeee.

Aku rasa nak buat kelainan la time konvo nanti.

Dengan tahap broadband aku yang agak kurang memberansangkan setakat ni. Memang aku cukup tak suka. Internet makin perlahan. Nak load satu-satu page pun lambat. Memang cukup boring.  Malam ni baru balik dari Tesco. Beli barang-barang sikit. Sebab nak travel lagi dua hari. Kan aku nak konvo 30-10-2010 ni. Jadi beli barang makan sikit la. Untuk perjalanan nanti.

Esok pulak banyak kerja nak kena settle. Baju untuk konvo pun tak cari lagi. Hahaha. Memang last minute. Kalau ikut dalam surat Konvo tu kena pakai full suit. Complete sekali dengan blazer. Tapi ye la kan. Kalau macam aku ni mane nak cari blazer? Nak beli baru? Macam buang duit je. Pakai sekali lepas tu tak pakai dah. Ingat nak try pakai baju batik Indonesia time konvo nanti. Agak-agak gempak tak?


Hahaha. Aku Google jap tadi. Cantik jugak ape. Kelainan sikit. Tambah-tambah time ambik gambar. Kalau aku pakai batik ni memang terserlah lah siapa aku yang sebenarnya. Hahaha. Tapi masih difikirkan, nak buat macam ni ke tak. Tinggal sehari je lagi. Esok dah siap-siap nak check-check mane yang patut. Nak gerak dari Kota Bharu nak ke Kuala Lumpur ni perjalanan jauh jugak la. Sebab tu kena make sure everything ok. Tambah-tambah pulak sekarang ni traffic tengah sibuk. Maklum la. Kan nak mengundi. Silap-silap dapat duit raye tengah jalan. Mane la tau kan. Hehehe.

Ok lah. Entry untuk malam ni sebelum tido sampai kat sini je. Esok kita sambung cerita lain. Aku nak rehat-rehat jugak. Sebab ade kerja nak kena settlekan. Sebab baru dapat projek. Hehehe. Boleh buat tambah downpayment kereta jugak ni. =D

October 26, 2010

Lumrah manusia

Bila tahap kebosanan dah memuncak. Aku pun layanlah movie lame. Tadi terlayan la pulak dengan filem Syurga Cinta. Hahaha. Jiwang sikit petang ni.


Time tengah-tengah tengok cerita tu, tertarik jugak aku dengan kata-kata yang telah pun dikeluarkan oleh Fizz Fairuz dalam cerita ni. Yang berbunyi macam ni,

Mak aku cakap, kalau aku nak buat ape-ape pun kat dunia ni mak aku tak kisah. Tapi bila kahwin esok mak nak yang pakai tudung.

Perghhh. Panas tu. Ayat penyata ke atau fakta? Walaupun cara hidup sebelum kahwin macam tak sedar diri. Tapi bila kahwin nak yang pakai tudung. Ramai ke yang macam ni sekarang?

Bila nak kahwin baru nak fikir macam ni. Tapi time nak seronok-seronok tak fikir pun pasal ni. Macam mane tu?

WANTED : Muslim, Dead or Alive

Satu entry bergambar yang aku rasa boleh difikirkan oleh kita semua.















Pendapat anda?





October 25, 2010

Harga Tiket Final Piala Malaysia naik mendadak

Kalau korang tengok berita TV1 satu tadi mesti korang perasan. Yang tiket untuk perlawanan akhir yang bakal berlangsung kat Stadium Bukit Jalil hujung minggu ni meningkat. Aku pun terkejut jugak dengan berita tadi. Maklum la. Memang ramai peminat-peminat bola yang akan turun. Tambah-tambah bila pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan. Yang mana memang mempunyai ramai peminat fanatik.


Tadi pulak, berita TV1 umum yang tiket untuk perlawanan akhir nanti RM 50 untuk grandstand berbumbung. Kalau yang lain pulak RM 30. Perghhh. Mahal tu. Kalau tahun lepas, harga tiket untuk Grandstand baru RM 30. Yang lain-lain baru RM 20. Macam mane boleh naik tinggi macam ni?

Naik secara mendadak? Aku pun tak faham kita tunggu je la nanti. Yang aku tahu, yang tu baru umum RM 50. Nanti dapat kat ulat-ulat tiket. Mesti diorang boleh jual sampai RM 60- RM70. Banyak tu. Kalau korang nak beli tiket. Baik beli awal-awal. Jangan sampai tertipu pulak dengan ulat-ulat tiket ni ye. Kalau tak korang pulak yang rugi.

Cinta pandang pertama | Boleh pakai lagi ke sekarang?

Tadi aku dengar lagu Plain White T. Ade satu lagu ni bertajuk Love at 10 sight. Wah2. 10 sight tu.. Selalu orang akan cakap love at first sight kan?

Jadi macam mane sebenarnya love at first sight ni sebenarnye? 
Love at first sight is a common trope in Western literature, in which a person, character, or speaker feels romantic attraction for a stranger on the first sight of them. Elaborated upon by poets and critics from the Greek world on, it has become one of the most powerful tropes in Western fiction. It is also considered "The most powerful type of Love"
~WIKIPEDIA
Aku cuba Google. Ape itu love at first sight. Jumpa jugak. Satu ungkapan sastera yang menunjukkan kalau korang ni ade jodoh dengan seseorang tu. Tapi sekarang ni senang ke nak dapat Love at the first sight ni? Sebab rata-rata semua orang dah ade pasangan masing-masing. Kalau ikut pada situasi keadaan sekarang ni. Kena cari love at 10 sight pulak.


Even sekarang ni, budak sekolah rendah pun dah pandai bercinta kan? Time tu masih lagi guna duit mak bapak. Jadi sekarang ni kalau pergi kat sekolah rendah pun belum tentu dapat Love at first sight kan? Sebab ramai budak sekolah dah ade pakwe makwe masing-masing.

Boleh ke guna ungkapan Love at the first sight lagi sekarang ni?

Broadband pun ade datang bulan jugak tau

Hari yang di nanti dah pun sampai. Hari ni baru dapat mesej dari CElcom yang cakap penggunaan Bandwidth bulanan aku dah sampai pun ke had 5Gb. Macam kebiasaan, speed internet aku akan dicontrol.  Jadi nak bukak satu-satu web page pun susah. Yang laju pun kalau bukak twitter je. Tu pun kadang-kadang pun lembab jugak. 


5Gb sebulan bagi aku ni cukup-cukup makan je. Ni memang langsung tak guna untuk download. Kalau aku guna untuk download aku rasa dah lame dah habis bandwidth bulanan aku. Tapi tinggal 3 hari lagi baru la speed aku akan kembali normal. Sebab 28 haribulan baru speed normal balik.

Aku ade jugak survey pakej baru yang lebih sesuai. Lebih 5Gb dan murah. Bila tengok-tengok balik, makin mahal tu ade la. Hmm. Kalau sekarang aku pakai yang promosi dulu untuk student RM 50 untuk 5Gb. Tapi sekarang ni RM 50 hanya untuk 3Gb. Sebab tu aku rasa baik stay dengan pakej sekarang. Lagi untung. 

Jadi kat mana usaha nak galakkan orang pakai broadband? sebab sekarang ni kan makin mahal. Kadang-kadang tu ade jugak yang tak mampu. Lepas tu, kalau murah pun, bandwidth bulanan setakat 1 Gb. Cukup ke? 

Hmmm.

October 24, 2010

Asal la kereta kat Malaysia ni mahal sangat?

Aku nak kereta ni.


Kalau ikut harga market sekarang. Harga lebih kurang RM 180,000 ++. Wah2. Cukup mahal. Kira punya kira. Downpayment 10 %. Dah RM 20,000. Bayar bulan-bulan RM 2,000 ++.  Tambah dengan insurance untuk kereta 3.5 cc lebih kurang RM 3,000 ++. Tak masuk dengan road tax lagi.

Perghh. Memang mahal. Agak-agak bila la aku boleh pakai kereta ni? 5 tahun? 10 tahun? Kalau ikut bajet 2011. Hanya kereta elektrik ataupun kereta yang eco friendly dapat pengecualian cukai. Kalaulah kereta ni pun boleh dapat pengecualian cukai kan best. Huhuhu.


Setakat ambik gambar la nampaknye. Nak pakai tunggu 5-10 tahun lagi kot. Kena make sure gaji bulan-bulan aku 7-8 ribu sebulan. Baru layak angkat sebijik. Huhuhu.

Aku setuju jika Sejarah wajib lulus.

Aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu. Kalau masuk je time mata pelajaran sejarah. Mesti ramai pelajar yang rasa boring. Maklum la. Bila belajar sejarah ni banyak nak kena baca. Nak kena ingat. Pastu nak jawab exam pulak mesti kena hafal satu-satu fakta. Tak macam subjek lain yang perlu lebih faham. Sejarah ni pulak kalau silap fakta. Confirm salah.


Semalam pulak, kerajaan dah umumkan yang  mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM. Jadi, sekarang ni mata pelajaran sejarah ni dah jadi macam  Bahasa Melayu. Yang merupakan syarat utama untuk dapat sijil SPM. 

Susah ke nak lulus sejarah ni?

Bagi aku. Aku tak pernah gagal pun. Alhamdulillah SPM dan PMR aku dua-dua dapat A. Aku rasa mesti korang tahu taktik atau skill nak jawab sejarah ni kan? Yang aku ingat dulu. Sejarah ni tak perlu hafal semua pun. Cuma kena hafal point-point penting. Sebab tu, perlukan mind map. Cikgu aku dulu pun banyak buat aktiviti macam presentation, discussion pasal sejarah ni. Sebab kalau setakat baca je memang susah nak tangkap kot.

Pelaksanaan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus 2013 oleh kerajaan aku amat setuju. Sebab melalui mata pelajaran sejarah ni la, generasi akan datang akan tahu pasal kisah silam negara kita. Kalau kita cuba tanya generasi sekarang tentang sejarah pengorbanan orang terdahulu. Mungkin ramai yang tak tahu. Bila dah jadi wajib ni harapnya ramai la generasi akan datang akan semakin faham akan pengorbanan orang zaman dahulu.

Harapnye kita dapat kenang kembali. Sejarah lama. Sebab dah semakin dilupakan. Hmmm.


p/s: Kalau korang suka penulisan aku. Boleh la like page aku di Facebook ye. =)

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah | Nikah 20.01.2011


PETALING JAYA: Akhirnya teka-teki tentang perkahwinan aktres Ayu Raudhah, 25, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, terjawab apabila pasangan ini memilih tarikh 20 Januari 2011 untuk diijabkabulkan.
Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setarm Kedah manakala majlis resepsi akan menyusul pada 21 Januari 2011 di lokasi yang sama.
Sementara majlis resepsi sebelah pengantin lelaki dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.
Pasangan ini dilaporkan telah rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya.
Menurut laporan sebuah akhbar, Ahad, pasangan itu bukan sengaja merahsiakan tentang majlis tersebut sebaliknya menghormati keputusan keluarga Zaquan ekoran kontroversi yang baru sahaja terjadi melibatkan aktres Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kembar Zaquan.
Ayu dan Zaquan telah menghadiri kursus perkahwinan pada awal Ramadan lalu.
Teka-teki tentang tarikh perkahwinan Ayu dan Zaquan mula tersebar sejak September lalu.

p/s: Semoga segalanya berjalan lancar ye. Amin~

Blogger, Facebooker dan Tweeple sekalian | Undi anda amat diperlukan

Blogger, Facebooker dan juga Tweeple sekalian. 

Aku rasa korang mesti perasan yang sekarang saudara Joe kita sekarang ni sedang berusaha sedaya upaya nak promosikan Gathering antara Blogger, Facebooker dan juga Tweeple. Nak dapatkan bajet sehingga RM 10,000. Mungkin ni akan jadi salah satu gathering terbesar untuk blogger, facebooker dan juga tweeple. Dengan bajet RM 10,000 tu aku rasa memang tempat best-best boleh buat. Dan dipenuhi dengan banyak aktiviti.

Paling latest. Secreenshot yang aku ambik. Time pukul 12.30 PM hari ni 24 October 2010. Sekarang ni ranking berada di kedudukan no. 28#. Masih jauh lagi nak kejar kedudukan no. 1# tu. Jadi kalau anda rasakan anda merupakan seorang blogger, facebooker mahupun tweeple. Jasa baik anda diperlukan untuk vote. Mana tahu kita akan pecah rekod sebagai gathering terbesar antara blogger, facebooker an tweeple. 


Sila klik pada link di bawah untuk mengundi


Tak lame dah tarikh tutup. Korang boleh vote sampai 26 Oktober 2010 je. Tinggal dua hari lagi. Sebab anda je yang boleh tentukan ini akan menjadi kenyataan. Vota anda amat diperlukan.  Bukan untuk individu. Tapi untuk keuntungan bersama. Mana tahu, kot-kot kita boleh jumpa kat gathering tu nanti ke. =)



Aku seorang stalker?

Aku seorang stalker?


Kalau guna perkataan 'STALKER' ni kan macam jahat sangat. Betul tak? Tapi ape sebenarnye yang dimaksudkan dengan stalker ni? Kalau ikut kamus la kan. Stalker ni macam pengendap la. Selalu nak ambik tahu pasal seseorang tu. Kalau korang try Google kan maksud stalker ni. Banyak meaning yang korang boleh jumpa.

Antara meaning yang aku jumpa:
Seseorang yang ingin mengetahui pasal anda dengan cukup mendalam. Kadang-kadang boleh membuatkan seseorang tu rasa takut.
Wah. Sampai macam tu sekali ye. Sampai boleh buat orang takut dengan kita? Ish3. Bahaya betul stalker ni. Tapi kalau stalker ni berniat baik, macam mane pulak ye? Korang ade contoh tak stalker yang berniat baik ni macam mane?

Kalau kita lepaskan sesuatu, adakah ia akan datang kembali?

Aku pernah buat survey kat Facebook dan Twitter. Bertanyakan pasal ni.


If we let something go, will it came back?

Banyak jugak respons yang aku dapat. Macam-macam jawapan. Banyak berbentuk nasihat. Ada yang bentuk harapan. Banyak lagi la. Antara jawapan yang aku dapat.
  • Kita berserah kepada yang esa.
  • Kalau dah betul milik kita, ia akan datang kembali.
  • Mungkin akan datang balik, dan mungkin jugak tidak.
  • Kadang-kadang. Kadang-kadang takkan datang dah.
Tu antara responden yang aku dapat. Tapi kalau kita biarkan sesuatu yang sudah tentunya milik kita. Tapi kita tak berusaha untuk mendapatkannya. Adakah ia akan datang kembali? Kebiasaannya untuk dapatkan sesuatu, kita perlu usaha, berdoa dan akhir sekali tawakal. Tu baru langkah yang betul tapi kalau kita biar macam tu. Ia akan datang pada kita atau tak?

October 23, 2010

Lakon adegan ranjang , sesuatu yang membanggakan?

Aku rasa korang pun dah tahu kan. Yang ade sorang artis ni akan melakonkan adegan ranjang dalam filem terbaru yang bakal ditayangkan tahun hadapan. Dan pendedahan ni seolah-oleh macam bila lakukan adegan ranjang ni satu pencapaian terbesar dalam kariernya sebagai anak seni. Cukup dibanggakan.


Adakah ni dah pun tunjukkan yang negara kita ni dah menuju ke arah satu transformasi di mana agama bukan lagi salah satu faktor dalam melakukan sesuatu. Semua boleh dilakukan dengan sesuka hati. Mengikut hawa nafsu. Macam tu ke?

Pengakuan oleh Nanu Baharudin yang cakap dia lakukan semua tu kerana kerjaya. Dan mengharap agar tak dipandang serong oleh masyarakat. WTF. Macam tu pun boleh ke. Tengok kenyataan Nanu yang aku petik daripada Mstar Online.

"Ini merupakan kali pertama saya diberi untuk melakonkan watak panas. Semasa latihan sahaja saya sudah berpeluh-peluh kerana takut, cemas dan gementar terutama berdepan dengan Adi Putra.
"Tapi ia tidaklah sepanas mana, kita ada hadnya di Malaysia. Setakat ini ia masih lepas dari tapisan Lembaga Penpisan Filem (LPF)
"Watak panas ini juga bukan bertujuan utama untuk menarik penonton, tetapi ada sebab kenapa ia dilakonkan terutama menyentuh kepada jalan cerita," katanya ketika sidang media pelancaran filem Haq, di sini, Rabu.
Jelas Nanu, sebagai pelakon dia hanya fokus kepada kerja lakonannya dan berharap tidak dipandang serong oleh masyarakat dan peminat.
"Saya takut juga dengan pandangan peminat sebab sebelum ini saya hanya bawa watak ibu atau wanita korporat. Saya harap mereka tidak pandang serong sebab tujuan adegan tersebut adalah bagi menceritakan babak seterusnya.
"Setelah melalui LPF, kami hanya perbaiki dan tidak perlu memotong adegan tersebut," katanya yang melakonkan watak Zahra.

Kenyataan yang dikeluarkan tu seolah-olah macam masyarakat tak boleh pandang serong. Sebab tak salah. Dia buat semua tu sekadar lakonan. Macam pelik pulak kan. Hairan betul. Sekarang ni adegan ranjang dah jadi normal ke kat Malaysia ni?

Cepatnya masa berlalu

Hari ni tinggal sebulan lagi sebelum aku report duty untuk kerja. Pejam celik, pejam celik cepat je aku rasa masa ni berlalu. Setelah 4 bulan aku tinggal kat rumah ni. Memang betul-betul ambik peluang nak rehatkan diri kat rumah lame-lame. Kalau dari aku form 1 sampailah aku dah grads. Ni la pertama kali aku lepak-lepak kat rumah sebegini lama. Lagi lama dari cuti lepas SPM dulu.


Bulan depan aku dah nak masuk kerja. Satu kehidupan baru dalam hidup aku. Dah nak mulakan hidup baru. Lepas ni dah tak boleh mintak duit mak bapak lagi. Hahahaha. Betul ke tak boleh mintak? =p

Bulan ni jugak aku akan berkonvo. 30/10/2010. Tarikh tak cantik. Rasanya kalau 20/10/2010. Lagi cantik. Tapi takpe la. Yang penting aku berjaya dapatkan skrol dengan keputusan yang membanggakan. Tak sabar jugak sebenarnya nak konvo. Ye la kan. Tengok blog mereka-mereka yang dah konvo ni. Jeles jugak. Aku je yang tak konvo-konvo lagi.

Lepas je konvo. Prepare nak raya haji pulak. Tapi kebiasaanya raya haji ni orang tak sambut macam semeriah raya aidilfitri. Jadi sambut ala kadar je la kan. Yang penting maksud sebenar perayaan tu di fahami.

Last sekali baru aku masuk kerja. Kira berturut-turut jugak event yang aku akan hadapi sebelum masuk kerja. Kira memang bagi cuti habis dengan semua perayaan aku sempat sambut. Krismas je yang tak sempat. Hehehe. Kira memang bermakna jugak la aku jadi penganggur terhormat ye. Banyak jugak pengalaman aku semasa jadi penganggur terhormat ni.

Banyak jugak cabarannya. Maklum la, member-member semua dah kerja. Aku sorang je tak kerja lagi. Tension jugak beb. Ape-ape pun. Kisah lain kita sambung kat entry lain. Nanti aku nak jugak cerita pengalaman aku berkerja part time selama 4 hari. Korang tunggu ye.

=)

Demam Kelantan vs Kedah di Old Trafford?

Demam bola dah bermula. Maklum la hari ni ade perlawanan untuk pusingan separuh akhir kedua yang akan berlangsung kat Johor dan juga Kelantan. Hari ni pun kalau kat Stadium Sultan Muhammad ke-V tu, memang ramai orang. Maklum la ade yang nak cari tiket last-last minit. Tak pun nak beli baju untuk pasukan kegemaran ke. 

Tak kurang jugak ade yang nak cari rezeki. Dengan jualan makanan dan minuman kat situ. Walaupun, perlawanan bola sepak dijangkakan pukul 8.45 malam ni. Aku sempat jugak singgah tadi. Kebetulan ade keje jap. Lepas tu terus singgah kat situ. Tengok-tengok je. Bukan beli pun. Hehehehe.




Memang cukup meriah. Tambah-tambah pulak ramai yang datang tanye aku nak beli tiket ke tak. Dah confirm-confirm diorang ni ulat tiket. Tapi aku memang takde niat nak pergi pun sebab ade hal lain. Sebab tu aku tak beli. Ramai jugak ulat-ulat tiket ni ye. Jalan je kat mane-mane mesti ade ulat tiket. Ish3. HArga confirm la lagi mahal daripada beli kat kaunter tiket kan?...hmmm..macam-macam.

Blogger boleh diibaratkan sebagai artis di dunia maya

Sekarang ni ramai yang dah jadi blogger. Kalau dulu, mula-mula aku bergiat dengan blog. Time tahun 2005, aku rasa time tu nak jumpa blogger Melayu ni mesti susah. Mungkin time tu aku tak aktif sangat macam sekarang. Sekarang ni cukup ramai. Tengok je la statistik Nuffnang. Mungkin lebih 100, 000 blogger yang dah berdaftar dengan Nuffnang kot. 

Blogger sekarang diibaratkan sebagai artis? Betul ke? Kadang-kadang kita tengok blogger ni pun popular macam artis. Cuma diorang ni tak dapat publisiti daripada media macam TV ke surat khabar ke. Tapi aku rasa ade jugak blogger-blogger yang masuk paper. Macam Ariffshah dengan Irine Nadia.


Tapi kadang-kadang tak perlu pun pakai surat khabar ke TV ke blogger ni dah popular.Sebut je nama. Mesti orang kenal blogger ni. Lepas tu banyak cerita pasal blogger popular ni. Memang blogger sekarang ni dah ade iras-iras macam artis ke?

Mungkin jugak. Suatu hari, Mane tau kan. Diorang tak payah berlakon pun. Boleh jadi terkenal. Yang penting penulisan. Tak pun kisah hidup diorang. Betul tak? Last-last mungkin boleh dapat income ribu-ribu. Bila pengikut atau follower dah ramai. Memang blogger tu dah dianggap popular. Bukan senang kita nak suruh orang follow kita kan? Bila ramai follower tu tandanya blogger tu ramai peminat.

Time tu jugak la ramai stalker. Yang nak tahu pasal kisah hidup blogger ni. Nasib baik tak campur dengan paparazzi lagi. Kalau dalam dunia maya ni pun ade paparazzi. Aku pun tak tahu nak cakap macam mane. 

Jadi korang rase. Kehidupan blogger ni macam artis tak? Walaupun di dunia maya?

Filem 2 Alam hanyalah Khayalan Dr. Rozmey?


Sekarang ni ramai wartawan dah geleng kepala bila tonton Filem 2 Alam yang diterbitkan oleh Dr. Rozmey. Filem yang di canangkan bakal mengutip kutipan sehingga 40 juta? Betul ke? Sampai tahap tu ke?
Nak cakap lebih-lebih pun aku tak tengok lagi. 
Antara komen-komen yang diberikan oleh wartawan yang tengok pra tonton movie tu.
Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.
Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama.
“Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. “Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,” katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.

Komen lain pulak,

Wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam sekadar "biasa-biasa" sahaja.
Katanya olahan filem itu menarik tetapi disebabkan terlalu banyak flash back yang ditampilkan, ia telah mengganggu tumpuan penonton.
"Tidak perlu banyak pengulangan terutama pada babak asmara," katanya.
Tambahnya, lakonan para pelakon perlu diperkemaskan kerana tuntutan filem berkenaan adalah kuat. 

Bila dah dengar komen macam ni aku nak gi tengok ke cerita ni? Ye la. Kurang-kurang pun nak habiskan RM 12 jugak untuk satu movie. Tambah-tambah pulak sekarang ni, kebanyakan remaja mana nak tengok movie-movie Melayu ni. Selalu orang akan cakap yang movie Melayu ni tak best la. Dah keluar komen macam ni lagi la orang tak nak tengok. 


Jadi bakal tercapai ke target Dr. Rozmey nie?

October 22, 2010

Lelaki mudah dikuasai wanita

Lelaki sanggup buat apa sahaja untuk seorang perempuan? Kenapa?


Aku pernah berdepan dengan situasi seorang rakan aku yang sanggup melakukan apa sahaja untuk seorang perempuan. Walaupun bergaji besar. Betul. Aku tengok lelaki ni sanggup buat apa sahaja untuk perempuan ni sedangkan kawan sendiri tak boleh buat macam tu. Kalau kawan sendiri ni macam ade satu penghalang .

Tapi kalau untuk perempuan tu. Cukup lain. Bukan aku nak dengki. Tapi aku cuma hairan. Tu lah kekuatan yang ada pada seorang perempuan. Sehingga mampu menguasai seorang lelaki sampai macam tu. Pernah sekali, aku dengar cerita daripada rakan aku yang mereka ni pernah bergaduh, dan cuba korang bayangkan, handphone yang bernilai sampai ribuan ringgit dicampak sehingga pecah. Adakah tu makna sebuah CINTA?

Hairan jugak. Sebab lelaki ni macam terlalu takut dengan perempuan tu. Adakah tu perlu? Tunduk kepada seorang perempuan walaupun pada hakikatnya dah jadi macam orang suruhan? Sanggup berulang-alik dari satu lokasi yang jauh, semata-mata nak jumpa dengan perempuan tu lepas kerja. Tapi kawan-kawan ajak minum kat kedai dekat dengan rumah pun boleh tolak.

Fine. Memang perempuan tu boleh tolong dia sepanjang masa ke? Memang dia hanya perlukan perempuan tu dan tak perlukan rakan-rakan? Dan kalau rakan-rakan yang dia ada sekarang ni dah tak berkawan dengan dia siapa yang boleh dia mintak tolong?

Marah pun marah jugak. Sebab aku tengok, kerana seorang perempuan dia ni rosak. Tak macam time belajar dulu. Banyak duit dilabur kat perempuan tu. Hak dia memang la. Tapi tak pandang masa depan ke?  

Betul la orang kata, segagah, sekuat mana seorang lelaki tetap tewas oleh seorang wanita. Dah banyak sejarah membuktikan. Macam mana tewasnya Julius Ceasar ke atas pujuk rayu Cleopatra. Banyak lagi contoh lain. Mungkin sebab tu perempuan lagi hebat dari lelaki. Sebab tu jugak lelaki selalu terpengaruh oleh wanita. 

Mungkin ni dah buktikan segalanya kan. Hmmm.

Facebook Page untuk aizatshafiq.com


Facebook page untuk aizatshafiq.com. Aku rasa agak terlambat jugak la. Dah ramai pun buat page untuk blog masing-masing. Tapi aku baru je buat.  Ni atas cadangan yang aku dapat dari molmolla. Time tu dia tanya aku ade tak Facebook Like Page kat blog. Sebab dia jarang bukak blog orang . Bila dah ada page macam ni senang nak baca. Aku pikir-pikir punya pikir. Betul jugak. Sebab tu aku pun ambik keputusan nak buat la. 

Thanks to molmolla sebab bagi cadangan ni hari tu. Hehehe. Jadi kepada korang yang melawat kat blog ni. Sudi-sudi lah like kan page tu ye. Aku tak pakse pun. Terpulang kepada keikhlasan korang nak like page aku ni ye. =)

Lelaki tak suka keluar rumah, lelaki bermasalah?

Kalau namenye lelaki mesti selalu dikaitkan dengan suka berjalan. Suka keluar melepak sana-sini. Tapi bila cakap pasal lelaki yang tak suka keluar rumah. Ni menjadi satu kelainan. Mengapa ye? Mungkin boleh kata banyak persoalan yang timbul. Antara persoalan yang aku rasakan boleh timbul macam :
  1. Lelaki tu tak ade duit nak keluar kot.
  2. Lelaki tu mesti tak ade kawan.
  3. Lelaki ni ramai orang tak suka kot.
  4. Lelaki ni pemalu?
  5. Lelaki ni kedekut. 
Banyak lagi la yang boleh dikaitkan dengan lelaki yang tak suka keluar rumah. Boleh cakap lelaki yang tak suka keluar rumah ni macam anak dara la. Suka duduk terperuk dalam rumah. Macam tu ke? 


Terus terang aku cakap, aku seorang yang cukup tak suka keluar rumah. Melainkan ade sesuatu yang aku rasakan perlu aku keluar rumah. Sebab tak ade duit? Tak lah. Bukan sebab tu pun. Tak ade kawan? Aku pun tak rase macam tu. Tapi kadang-kadang aku memang suka keluar sorang-sorang.

Pernah dulu, aku layan movie sorang-sorang. Time kat KL la. Jalan kat MidValley sorang-sorang. Boleh kat gile ke macam tu? Aku tak rase macam tu. Sebab aku rasa bila aku jalan sorang-sorang macam kita nak manjakan diri kita lebih sikit. Aku akan buat ape yang aku suka. Tak perlu terikat dengan mana-mana atau sape-sape.

Tapi sebab ape aku tak suka keluar rumah. Sebab banyak benda yang aku boleh buat kat rumah. Aku habiskan masa aku dengan gitar. Tak pun aku main Playstation. Ape lagi? Online sudah semestinya. Bila dah asyik sangat keluar ke satu-satu tempat tu dah jadi boring. Sebab tu aku hanaya kan keluar bila aku rasa nak.

Bila aku cakap aku tak suka keluar rumah mesti orang hairan. Kenapa ye? Kalau dah nama lelaki mesti kena selalu keluar rumah pergi jalan-jalan ek?

Alfatihah buat Inani Zalikha

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Keluarga pelajar perubatan Malaysia yang meninggal dunia di Bandung, Indonesia hari ini terkejut dengan berita tersebut kerana Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, tidak pernah mempunyai penyakit serius.

Menurut abang sulungnya, Azzudin, 24, kejadian yang menimpa Inani itu dimaklumkan oleh rakan serumah adiknya itu kira-kira pukul 7 pagi ini.

“Keluarga amat terkejut menerima berita tersebut memandangkan Inani tidak mempunyai sejarah kesihatan yang serius sejak dulu,” katanya.

Inani Zalikha, pelajar tahun empat Universiti Padjadjaran (Unpad) Bandung meninggal dunia di rumah sewanya di Bandung, awal pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.

Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu baru seminggu menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung, selepas hampir dua bulan cuti semester di tanah air.

Azzudin berkata, ibunya yang ditemani seorang ibu saudara telah berlepas ke Bandung pukul 1.30 petang tadi bagi menguruskan proses pengesahan kematian dan penghantaran jenazah ke tanah air.

“Bapa saya yang bertugas dalam bidang telekomunikasi di Papua New Guinea pula dijangka tiba di tanah air kira-kira pukul 11 malam ini.

“Keluarga kami reda dengan pemergian Inani yang merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik. Kami memutuskan tidak akan menjalankan bedah siasat ke atas mayat,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.

Azzudin memberitahu, kali terakhir dia berbual dengan Inani adalah melalui laman sosial Facebook kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Inani ada mengadu sakit belakang dan sakit perut tetapi mendakwa keadaan itu normal. Inani juga mengadu tertekan dengan bebanan tugasan amali yang banyak perlu disiapkan.


“Sebenarnya Inani baru sahaja menghabiskan cuti semester selama dua bulan bersama keluarga dan berlepas ke Bandung pada 17 September lalu.

“Sepatutnya latihan amali itu perlu dijalaninya sehingga dua tahun sebelum tamat pengajian,” jelasnya.
Dalam pada itu, menurut Azzudin, Inani adalah seorang yang pendiam, berdikari dan tidak suka berkongsi masalah atau cerita peribadi dengan keluarga.

Katanya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir, Hulu Klang esok, sekiranya semua proses penghantaran jenazah ke tanah air berjalan lancar malam ini.


p/s: Kita sedekahkan AlFatihah kepada Allahyarham Inani Zalikha. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin~