October 16, 2010

Pelakon, Yalal Chin meninggal dunia


PETALING JAYA: Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu.
Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu lalu.
Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya.
Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip.
Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam.

9 comments:

Afiq Bukhari said...

innalillah~ alfatihah~

AfiqBukhari.com

Haw said...

al-fatihah

Ati Masrif said...

hilang lagi pelakon yang sgt berbakat tanahair kita..innalillah...

kyuubi said...

sama2 kita doakan untuk beliau..

aizatshafiq said...

@afiq bukhari

al-fatihah untuk arwah...

aizatshafiq said...

@ati masrif

ajal maut ketentuan tuhan...
kita doakan untuk beliau...
semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

aizatshafiq said...

@haw

aminn~

aizatshafiq said...

@kyuubi

aminnn~

Nur Suaidah Bachok said...

semoga dicucuri rahmat :)