October 7, 2010

Jangankan darat, laut pun ade kes kemalangan tau

Ni lah yang terjadi kat perairan Sabak Bernam, Selangor pukul 3.30 pagi tadi.

Berikut adalah laporan berita penuh :



LUMUT: Dua nelayan terbunuh manakala empat lagi hilang apabila bot pukat jerut mereka karam akibat dilanggar sebuah kapal dipercayai kapal dagang di perairan Sabak Bernam, Selangor pada kira-kira 3.30 pagi tadi.
Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 1, Asisten Komisioner (ACP) Zainul Abidin Hasan berkata 10 lagi nelayan selamat dalam kejadian itu yang berlaku kira-kira 10 batu nautika dari Kuala Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor.
Bercakap kepada pemberita di Pangkalan PGM Kampung Acheh di sini, beliau berkata PGM menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.30 pagi dan terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
"Pada pukul 11 pagi, sepasukan anggota telah sampai di lokasi dan berjaya menyelamat 10 orang nelayan terdiri daripada dua lelaki Cina tempatan dan lapan orang warga Thailand yang berpaut dengan bot nelayan yang terbalik itu," katanya.
Enam yang lain berumur antara 25 dan 50 tahun termasuk tekong bot pukat jerut yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak dilaporkan hilang, katanya.
Seorang daripada mangsa yang hilang itu ditemui mati tidak jauh dari tempat kejadian pada kira-kira 12 tengah hari manakala mangsa kedua dijumpai 4.30 petang tadi, katanya.
"Mereka yang masih hilang terdiri daripada lima orang nelayan warga tempatan dan seorang warga Thailand...dua yang dijumpai itu ialah warga Thailand dan seorang lelaki tempatan," kata Zainul Abidin.
Mayat telah dihantar ke Hospital Sabak Bernam, Selangor untuk bedah siasat.
Zainul Abidin berkata operasi mencari masih diteruskan di sekitar kawasan nahas kerana dipercayai mangsa yang hilang mungkin terperangkap di dalam bot yang terbalik itu.
Hasil siasatan mendapati kesemua nelayan terbabit sedang tidur dan tidak menyedari bot mereka dilanggar, katanya.
"Kejadian itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Laut untuk mengesan kapal dagang yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.
"Operasi mencari dan menyelamat sedang diteruskan termasuk melibatkan sepasukan unit selam PGM dan sebuah helikopter unit udara polis sehingga semua angsa ditemui," katanya.
Zainul Abidin berkata tujuh mangsa yang selamat telah dibawa ke Pangkalan PGM Kampung Acheh sebelum seorang daripada mereka dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan kerana mengalami kecederaan.
"Tiga mangsa lain telah dimasukkan ke Hospital Sabak Bernam kerana cedera," tambahnya. - BERNAMA

2 comments:

CPFZ said...

erkk?
kat laut pun?
bahaya gak tuh..
report kat polis marin la jawabnya..

aizatshafiq said...

@ayaz

tu la...
macam-macam sekarang ni kan...
hehehe...
nasib baik la ade polis marin...
=)