October 23, 2010

Lakon adegan ranjang , sesuatu yang membanggakan?

Aku rasa korang pun dah tahu kan. Yang ade sorang artis ni akan melakonkan adegan ranjang dalam filem terbaru yang bakal ditayangkan tahun hadapan. Dan pendedahan ni seolah-oleh macam bila lakukan adegan ranjang ni satu pencapaian terbesar dalam kariernya sebagai anak seni. Cukup dibanggakan.


Adakah ni dah pun tunjukkan yang negara kita ni dah menuju ke arah satu transformasi di mana agama bukan lagi salah satu faktor dalam melakukan sesuatu. Semua boleh dilakukan dengan sesuka hati. Mengikut hawa nafsu. Macam tu ke?

Pengakuan oleh Nanu Baharudin yang cakap dia lakukan semua tu kerana kerjaya. Dan mengharap agar tak dipandang serong oleh masyarakat. WTF. Macam tu pun boleh ke. Tengok kenyataan Nanu yang aku petik daripada Mstar Online.

"Ini merupakan kali pertama saya diberi untuk melakonkan watak panas. Semasa latihan sahaja saya sudah berpeluh-peluh kerana takut, cemas dan gementar terutama berdepan dengan Adi Putra.
"Tapi ia tidaklah sepanas mana, kita ada hadnya di Malaysia. Setakat ini ia masih lepas dari tapisan Lembaga Penpisan Filem (LPF)
"Watak panas ini juga bukan bertujuan utama untuk menarik penonton, tetapi ada sebab kenapa ia dilakonkan terutama menyentuh kepada jalan cerita," katanya ketika sidang media pelancaran filem Haq, di sini, Rabu.
Jelas Nanu, sebagai pelakon dia hanya fokus kepada kerja lakonannya dan berharap tidak dipandang serong oleh masyarakat dan peminat.
"Saya takut juga dengan pandangan peminat sebab sebelum ini saya hanya bawa watak ibu atau wanita korporat. Saya harap mereka tidak pandang serong sebab tujuan adegan tersebut adalah bagi menceritakan babak seterusnya.
"Setelah melalui LPF, kami hanya perbaiki dan tidak perlu memotong adegan tersebut," katanya yang melakonkan watak Zahra.

Kenyataan yang dikeluarkan tu seolah-olah macam masyarakat tak boleh pandang serong. Sebab tak salah. Dia buat semua tu sekadar lakonan. Macam pelik pulak kan. Hairan betul. Sekarang ni adegan ranjang dah jadi normal ke kat Malaysia ni?

11 comments:

Unknown said...

pelakon yang dah tak laku..
rela lakon kan aksi panas semata2 nak nama naik semula..
ape nak jadi ntah..

Afizz said...

sekarang ni filem-filem kat Malaysia memang dah 'setanding' dengan filem-filem barat yang banyak tunjuk adegan-adegan yang tak bertamadun...

Apa Cer Orang Muda?:
Hina Sangat Ke Aku Kalau Aku Guna Perkataan Abang/Kakak?

Idalara said...

geleng kepala berastagafar td tguk film haliza misbun yg jelas membodohkan diri sendiri..sudahlah pakaiannya terlalu seksa mata memandang..adake patut masa nikah pakai baju mcm org putih kwin..tak logik langsung..

la ni nanu pulak....nak suruh kita anggap adengan tu baik2 belaka...ish...memalukan.

aizatshafiq said...

@diana

rasanya nanu ni bukan pelakon yang tak laku...
tapi asal nak buat adegan macam ni?...
nak kelainan?

aizatshafiq said...

@afizz

tu la...
aku rasa Malaysia ni nak jadi macam hollywood...
diorang dah tak pandang adab ketimuran ni...
hmmm

aizatshafiq said...

@idalara

tu la pasal...
sekarang ni semua nak dedah sana...dedah sini...
hmmmm...
kalau tak dedah...tak masyuk kot...

memang memalukan...

CPFZ said...

semakin maju dan membangun negara,
seharusnya semakin bertamadun,
bukan semakin tak bertamadun..
apa ciri2 masyarakat bertamadun?
tepuk dada,tanya iman...

aizatshafiq said...

@ayaz

tu la...
semakin maju semakin bermasalah...
moral semua dah down...
macam tak ade tamadun...
hmmmm

CPFZ said...

tula pasal...
kang ckp tak bertamadun,marah..
tp bertamadun ke camtu gaya?

aizatshafiq said...

@ayaz

kalau komen lebih2 jap gi susah jugak kan...
hmmmm

Saworita Agidustor said...

ish3..apa la yg nak jadi dengan artis2 kita sekarang ni ek..xtau malu langsung..