October 8, 2010

Ayah Pin kembali?

Ayah Pin kembali? Betul ke? Kalau dulu heboh pasal ayah Pin dan kerajaan langitnya yang terletak di Besut,Terengganu. Dan mengikut laporan berita kali ni, ramai pengikut-pengikut ayah Pin kembali mengunjungi kampungnya.


Berikut adalah laporan Berita Harian


JERTIH: Penduduk di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, mendakwa perkampungan pemimpin ajaran sesat, Ayah Pin atau Arifin Mohamad kembali menjadi tumpuan pengikutnya sejak Ogos lalu terutama pada hujung minggu.

Penduduk mendakwa walaupun perkampungan itu sudah dirobohkan, mereka melihat banyak kenderaan menggunakan nombor pendaftaran dari luar Terengganu kelihatan ke luar masuk ke perkampungan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, berkata penduduk memberitahunya mereka melihat Ayah Pin di perkampungan itu. 

Justeru, beliau berharap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) bertindak segera bagi mengelak ajaran sesat terbabit bertapak semula. 

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau nampak beberapa kumpulan masuk ke situ sejak kebelakangan ini. 

“Bagaimanapun, saya tidak pernah nampak kelibat Ayah Pin,” katanya ketika ditemui, semalam. 
Berita Harian semalam melaporkan Ayah Pin, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali me-neruskan ajarannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13. 

Di KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mengarahkan JHEAT menyiasat segera dan mengemukakan ha-sil siasatan kegiatan Ayah Pin yang kembali aktif menyebarkan ajaran sesat. 

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, kerajaan negeri sehingga kini tidak menerima laporan pemimpin ajaran Kerajaan Langit itu. 

“Sebelum ini kita dimaklumkan Ayah Pin berada di negara jiran dan pulang ke perkampungan sehari dua menziarahi saudara mara dan akan pulang semula ke tempat persembunyiannya bagi mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya. 

6 comments:

Afiq Bukhari said...

xabeh2 lagi dengn kes ayah pin ni.. bila la yg berkenaan nak percaya pada YANG ESA..

aizatshafiq said...

@Afiq

tu la pasal...
memang teruk...
yang jadi masalahnye, yang terlibat ni kebanyakannye ade yang bijak pandai...
haishhh...

Dyla Dahlan said...

pe yg hebat sgt ngn ayah pin ni smpai rmai org ikut ajaran sesat die tu..
dah habis suma paper war2kan yg ajaran die ni sesat, still org nk ikot gk..x fhm

YOUsoF said...

Sedih, kesian ( sebab tak dpt pikir logik) pon ade jgk tengok diorang ni. Moge terbukak hati diorang 1 hari nanti kan..

aizatshafiq said...

@Fara Dee Dilah

tu la pasal...
tak tahu ape yang diorang fikir...
pelik betul...
sedangkan kebanyakan pengikut dia ni berpelajaran tinggi kan?...
hmmmm

aizatshafiq said...

@yousof

tu la...
harapnye terbukak la pintu hati diorang ni...
amin~