June 28, 2012

Kejap je gaji lalu


Bila sampai time gaji je semua happy kan. Bila tengok gaji dalam account bank. Tapi bila keluarkan duit dari bank bukan main cepat lagi habis. Mana tak nya, kena settle hutang sana, hutang sini. Jadi kalau nak merasa duit banyak tu time first day of gaji je. Lepas tu back to normal.


Tapi nak tak nak, terpaksa la. Sebab kita ni bila dah kerja selalunya memang kena berhutang. Lepas dapat je segulung ijazah dah pun ada hutang. PTPTN la, MARA la. Macam-macam lagi la. Bila dah kerja pulak, hutang kereta la, rumah la, kad kredit la. Jadi hutang ni memang tak lari. Dari situ aku rasa kita kena pandai budget. Betul tak?

Tu la namanya kehidupan kan?

Kalau zaman student , masa tu sangat banyak, tapi duit pulak tak ade.

Kalau zaman kerja , duit tu banyak, tapi masa pulak tak ada. Kadang-kadang duit pun tak cukup.

Kalau zaman tua , duit banyak, masa banyak, tapi tenaga pulak tak ada. Nak berjalan-jalan pun tak larat sangat.


Jadi kena la kita manfaatkan kehidupan di dunia ni. Sebab orang selalu kata hidup ni sementara. Dan kita harus berusaha untuk mendapatkan hidup yang kekal abadi di akhirat kelak. Insyaallah.

June 27, 2012

Grand Lexis , Port Dickson








@ Grand Lexis , Port Dickson









June 23, 2012

Family Day @ Grand Lexis

Alhamdulillah. Akhirnya selamat jugak sampai ke destinasi. Perjalanan yang memakan masa hampir 9 jam. Dari Kota Bharu - Kuala Lumpur - Port Dickson. Sebabnya, untuk dua hari ni aku ada family day kat sini. Semalam dah bage teaser picture. Hari ni aku nak reveal la sikit.

Tempat ni pun aku baru first time pergi. Tak pernah sampai lagi. Yang aku tau, tempat ni memang dah masuk TV3. Time tu baru aku kenal tempat ni. Kalau tak memang tak kenal la.


Haa. Ni la hotelnya.Gambar malam. Sebab siang tadi tak sempat nak ambik gambar. Sebab sampai pun lewat. Malam baru la ada masa terluang nak ambik gambar. 

Aku pun terkejut jugak tadi, sebab pertama kalinya aku sampai kat hotel macam ni. Bukan senang nak duduk hotel mewah kan. Bila company dah bayar tu, kita terima je la kan. Dan yang paling best sekali, aku memang tak pernah duduk bilik hotel yang siap ada private swimming pool macam ni. Woww.


Oklah. Tak nak cerita panjang. Nak rehat. Sebab esok ada aktiviti lain pulak. Jadi malam ni kena tidur dulu. Gain energy lepas seharian driving. Night.

Kembali & Team Building


Apa khabar semua. Macam biasa, bila dah bersawang blog aku ni lepas 2 minggu ni time nak kena aktif balik la. Sebab dah dua minggu bersawang tak tulis apa-apa sebab kerja. Huhuhu. Tapi tu la tanggungjawab. Tapi selagi aku ada idea selagi tu aku akan update blog ni. 

Esok aku nak mulakan perjalanan aku ke Port Dickson. Sebab company aku ada buat Team Building macam family day la. Boleh bawak family semua. Jadi esok pagi nak kena gerak dah. Tapi aku malam ni tak packing satu apa pun. Sebabnya, malas lagi. Esok-esok pagi baru packing. Hehehe.

So, korang nak tau family day tu nanti buat kat mane? First biar kita kasi teaser dulu. Hehehe. Esok baru cerita panjang-panjang. 


Haaa. Cantik kan. Aku memang sebelum ni dah berangan nak pergi sini. Tak sangka pulak company sanggup buat family day kat sini. Macam hasrat menjadi kenyataan la pulak. Tapi apa-apa pun, ni sekadar gambar. Esok kita tengok real punya. :p

June 6, 2012

Jammed di ATM Machine

Tadi aku pergi Tesco. Kebetulan jugak aku nak kena withdraw duit. Sebabnya, dompet dah nipis la tandanya tu. Sebab tu kena draw duit. Tapi cuba korang bayangkan, apa perasaan korang bila kita tunggu giliran tapi orang kat depan kita tu ambik masa untuk belajar guna mesin ATM. Macam baru nak kenal cara nak guna mesin ATM. Tentu ambik masa lama kan.


Jadi korang yang nak draw duit dengan cepat pun ambik masa yang lama. Tak ke geram. Tu baru aku sorang. Yang belakang dah beratur panjan ape cite pulak kan? Tapi tak apa la. Sabar je. Mungkin budak baru belajar. Tapi aku rasa mesin ATM ni tak pun susah nak guna. Sampaikan orang yang kat depan aku siap telefon member dia. Nak tahu cara guna mesin ATM.

Kadang-kadang rasa macam nak tolong. Sebab bila aku tolong, masa aku nak guna ATM pun cepat. Tapi terfikir jugak bila ada orang yang cakap yang aku ni jaga tepi kain orang. Jadi macam terbantut pulak rasa nak tolong tu. Last-last kena la tunggu sampai 10minit. Memang betul-betul menguji kesabaran. Huhuhu.

Ok lah. Last entry. Lepas ni offline lagi untuk 2 minggu. Dah naik kerja balik. Jumpa lagi lepas 2 minggu ye.

Wordless Wednesday #6


Seperti biasa entry untuk Wordless Wednesday !


Kebaikan dan Keburukan Chewing Gum

Bengang !

Tu ekspresi aku malam ni. Sebab apa? Sebab ada antara kita ni pandai makan chewing gum tapi tak reti nak buang dengan cara yang betul. Last-last aku pulak jadi mangsa. Tak pasal-pasal. Sebab tu aku rasa Malaysia ni patut ikut jejak langkah Singapura yang haramkan chewing gum dari di makan di negara mereka. Mungkin sebab ni la kot.


Sebenarnya, kalau diikutkan chewing gum tu tak salah. Tapi yang makan chewing gum tu la yang salah. Sebab reti makan je. Tapi buang dekat tempat yang sepatutnya. Main campak je sana-sini. Mula lah melekat merata-rata. Tak ke kotor tu.

Tapi mengikut satu kajian yang dibuat, terdapat jugak faedah bila makan chewing gum ni. Antaranya ;

1. Membantu menguruskan berat badan.
2. Meningkatkan tahap konsentrasi.
3. Meningkatkan tahap kepekaan.
4. Mengurangkan stress.
5. Sugar Free Gum dapat mengelakkan tooth decay dan menghilangkan nafas berbau.

Jadi kat sini kita dapat lihat yang chewing gum ni pun ada faedahnya. Cuma orang yang makan chewing gum ni je yang kadang-kadang tu reti bahasa. Dah tau makan, tapi buang tak tau. Hurrmm. Tu  la mentaliti orang kita. Yang aku rasa patut didisiplinkan lagi.

June 5, 2012

EURO 2012 | Aku pilih Germany dan Netherlands

Tinggal lagi 3 hari sebelum sepak mula EURO 2012 diantara Poland dan Greece pada 8th June 2012 ni pada pukul 11.55 malam. Memang kalau kejohanan bola sepak ni mesti tengah-tengah malam. Maklum la, buat dekat negara Eropah. Terpaksa la ikut time diorang kan.

Bila dah start EURO 2012 ni korang mesti ada pasukan pilihan masing-masing kan? So, apa pasukan pilihan korang? Untuk aku memang dari dulu dah setia dengan pasukan Germany. Time World Cup 2010 dekat South Africa dulu dah kecewa sangat-sangat. Walaupun masuk semi final. Tapi tak menang-menang. EURO 2008 pulak kalah dengan Spain time final lagi la kecewa.

Untuk EURO 2012 kali ni aku tetap setia dengan Germany. Sebab player time ni aku rasa boleh bawak diorang menang untuk EURO kali ni. Mungkin jugak sebab ramai player yang semakin meningkat naik. Macam Thomas Muller, Manuel Neuer, Mesut Ozil dan Sami Khedira. Tak kurang jugak pemain-pemain senior macam Philip Lahm, Lukasz Podolski dan jugak Miroslave Klose. Mungkin sebab tu aku yakin diorang bakal perform untuk EURO kali ni.


Satu lagi team yang aku sokong untu EURO kali ni Netherlands ataupun Belanda. Sebab top performance untuk setiap player diorang. Tak mustahil untuk diorang menang dalam EURO 2012 kali ni. Ye la kan, takkan korang tak kenal player Belanda yang penuh dengan individual skills macam Wesley Sneijder dan Arjen Robben. Tak kurang jugak dengan player lain macam Robin Van Persie, Dirk Kuyt, Ibrahim Afellay, Nigel De Jong. Lagipun, diorang ni mesti nak tebus kekalahan diorang time World Cup 2010 dengan Spain.


Pasukan pilihan korang pulak macam mana? 

Hantaran Kahwin berdasarkan taraf akademik

Dah tiga hari tak ada entry. Baru malam ni nak menaip balik. Semalam, aku hantar mak aku tolong jiran lama dekat rumah lama. Kebetulan time tu, diorang nak decide wang hantaran untuk majlis perkahwinan diorang. Kira perbincangan untuk melaksanakan masjid la ni. Nak kata diorang ni baru kenal, sangat-sangat baru. Baru 2 kali berjumpa dan dah pun decide nak kahwin. Mungkin dah jodoh diorang kot.

Tapi kan, aku terkejut dengan apa yang mak aku cakap. Yang pasangan perempuan tu dah letak harga wang hantaran RM 10,000. CASH. Harga cincin lain pulak. Nak yang harga RM 3,000. Wow. Boleh tahan jugak kan kalau nak kahwin ni. Memang banyak jugak nak pakai duit. Tu tak masuk untuk majlis lagi tu. Mungkin ada betul jugak dengan info yang disebarkan dekat FB ni kan.


Sekarang ni taraf akademik dah pun dijadikan kayu ukur untuk seseorang itu. Jadi sekarang ni senang. Bila dah ada degree RM 10,000. Tapi bukan aku maksudkan semua. Sebab mungkin ada jugak yang berbincang. Dan mungkin tak sampai banyak tu. 

Aku ada baca dalam buku yang dikeluarkan oleh Consumer Association Penang, The Money Books yang mengatakan perkahwinan ni satu perbelanjaan yang besar. Dan bukan berfikir akan kesannya di kemudian hari. Mungkin akan berhutang sana-sini. Yang penting terpulang kepada kemampuan masing-masing. 


Mungkin nampak macam cara aku ni kedekut. Dan ada juga orang cakap yang perkahwinan ni sekali seumur hidup. Tapi bagi aku, cuba kita fikirkan balik untuk sehari kita merasa kemewahan ataupun untuk sepanjang hayat kita? Sebab hutang ni sangat membebankan. Walaupun kita cuba lari dari berhutang tapi kit tetapi perlu berhutang. Betul tak? Apa-apa pun, jodoh tu ketentuan tuhan. Kalau memang dah jodoh kita bersama pasangan, semua yang susah akan jadi mudah.  ^.^

P/S : Pendapat aku. Korang pulak macam mana?

June 2, 2012

Pengalaman jumpa Dolphin dekat open ocean

Korang pernah tengok dolphin ataupun ikan lumba-lumba depan mata korang dekat open ocean tak? Bukan senang nak tengok kan. Kalau nak tengok yang real pun boleh pergi dekat Aquaria ke, Zoo negara ke. Tapi kalau nak tengok kat open ocean ataupun laut lepas ni memang memerlukan satu tahap kesabaran yang tinggi.

Sebabnya, setakat aku kerja dekat pelantar minyak ni, baru 2 kali aku jumpa ikan lumba-lumba ni. Pertama kali tu agak frust la jugak sebab tak bawak kamera. Tapi untuk kali kedua aku dah standby dengan kamera. Tapi disebaban hanya compact camera. Agak frust jugak la, sebab bukannya boleh ambik gambar macam pakai dSLR kan. Huhuhu.



Tengok gambar pun macam tak best je kan. Nak buat macam mana, tu je la setakat kemampuan kamera Olympus TG-310 aku. Apa-apa pun, memang seronok bila boleh tengok dolphin ni bermain-main dekat platform aku. Siap main lompat-lompat lagi. Hehehe. Maybe one day, aku ambik video pulak. 

Piala FA kini di Kelantan !

Akhirnya sampai jugak Piala FA kat Kelantan ni kan. Kalau sebelum ni selalu je dapat kat jirang negeri sebelah. Terengganu. Alhamdulillah tahun ni dapat kat Kelantan. Walaupun pada hakikatnya memang aku tak suka game final hari tu.

Kebetulan semalam time aku sampai Tesco, peminat-peminat Red Warriors buat majlis sikit dekat KFC TESCO sempena kemenangan Piala FA. 


Memang tak boleh nak ambik gambar dekat-dekat. Korang paham-paham je la sekarang ni, pemain bola sepak dah macam selebriti. Sebab tu nak pergi dekat pun susah. Tapi nasib baik la teknologi sekarang ni, semua kamera ada LCD viewer. Tak payah nak pakai viewfinder lagi dah. Dari jauh pun boleh. Hehehe.


First time bertentang mata dengan Piala FA. Yang besar ada, yag kecik pun ada. Memang macam tu ye? Selalunya aku tengok yang besar je. Yang kecik tu nak buat apa pulak ye?

Apa-apa pun, lepas ni nak tengok Piala Liga Super pulak. Hehehe. Kot-kot menang tahun ni.