November 30, 2010

Status "In A Relationship" | Perlu ke?

Baru lepas menjenguk-jenguk Facebook rakan-rakan aku. Boleh kate majoriti dekat status tu tayang "In A Relationship" yang mana bermaksud diorang ni dah ade pasangan masing-masing. Yang juga bermaksud yang diorang ni dah berpunya. Lepas tu, macam biasalah, gambar dengan "the special one" dalam photo album. 

Ni bermakna trend zaman sekarang ni, seseorang tu mesti ade pasangan. Macam kalau takde partner ataupun status tu tak tukar kepada "In A Relationship" tu, boleh dikategorikan sebagai pelik la. Tak pun korang ni boleh dikatakan memilih. Tak pun korang ni jual mahal. Betul ke macam tu?

Betul ke kita ni memang sudah pun terpengaruh dengan gaya hidup orang barat? 

Asal aku tiba-tiba nak tulis pasal ni? Korang boleh tengok kat blog Jard pasal Arkib SMS Cinta. Pernah tak korang alami pasal tu?

Proton Saga 2011 Facelift | Gambar

Proton Saga. Kali ni keluar dengan ciri-ciri facelift terbaru. Baru je launched kat Thai Motor Show semalam. Kalau nak tengok, nanti maybe korang boleh pergi kat Kuala Lumpur International Motorshows kat PWTC nanti. 


Ade jugak perubahan. Tapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang sepatutnya ade pada Proton Saga yang lame. Tapi untuk Proton Saga Facelift 2011 ni, ade sedikit perubahan pada bahagian dalaman dan juga accessories kat bahagian luaran kereta.

Jom tengok lagi gambar Proton Saga Facelift 2011

November 29, 2010

Petang Isnin

Penat !

Sebab ape. Sebab aku baru balik dari beriadah. Maklum la. Selama aku duk bercuti hari tu. Memang dah lame tak beriadah. Duk kat rumah je. Hehehe. Sekarang ni baru nak bergiat aktif balik lepas dah beberapa bulan menternak lemak. Walaupun lame. Tapi badan still maintain lagi. Hahaha.

Hari ni. Tak banyak cerita sangat. Sebab routine kerja. Biasa la. Bangun pagi - Kerja - Lunch - Kerja balik - Balik kerja. Kalau agak rajin, pergi riadah. Kalau tak rajin. Mengadap tv je la kat bilik. Hehehe. Tu la life sebagaii seorang pekerja. Tapi aku nasib baik la. Still kena undergo training. Macam student. Tapi privilege tu lain sikit. Seronok jugak kan. Student sambil bekerja ni. =)

Sekarang ni idea nak berblogging tak macam dulu. Kalau dulu, banyak je aku nak tulis. Sekarang ni, macam idea ni kering sangat. Sebab ape? Masih lagi dalam proses nak mengenali masalah yang aku tengah hadapi sekarang. Macam masalah besar pulak kan? 

Stop kat sini dulu. Aku nak mandi-mandi. Maklum la lepas bersukan. =)

November 28, 2010

Korang ni memang best la !

Ape khabar semua? Lame jugak aku tak blogging kan. First aku mintak maaf, sebab memang aku tak sempat nak online. Di tambah pulak dengan penggunaan bandwidth internet aku yang dah pun capai limit last 2 weeks. Jadi memang aku susah la nak online. Kalau online boleh bukak Facebook je. Maklum la. Bandwidth dah capai limit. Secara tak langsung speed pun kena control la. Huhuhu.

Baru seminggu kat Terengganu. Macam lame dah kan. Hahaha. Still got a long way to go. Ape-ape pun best. Bila dah keje kat Terengganu ni boleh simpan duit. Betul ke? Maybe kot. Tapi tak tau la kan. Kalau jolly tu, jolly jugak la kan. Ape-ape pun atas niat sendiri.

Sekarang ni aku susah sikit nak blogging macam dulu. Sebab bila dah ade komitmen kerja ni, banyak benda lain yang aku nak kena buat. Kadang-kadang je boleh ade online. Petang la especially. Mungkin sebab tu aku tak update entry aku macam dulu. Mungkin bila aku kelapangan aku akan online. Akan aku cuba update sehari satu entry. Kalau berkesempatan.

Ape-ape pun. Aku nak thanks kat korang. Sebab korang still datang melawat lagi blog aku. Walaupun traffic minggu memang macam tangga. Tak percaya? Jom tengok kat bawah ni.


Macam tangga kan? Hehehe. Ape-ape pun thanks kat korang tau. Jangan lupa singgah lagi ye. =)

*aku rasa nak bukak bloglist lagi la. Maybe 1st of December kot. Tunggu!!!

November 22, 2010

My room and Yuna

Tempat yang bakal aku bermalam selama 1 tahun disini. Pendapat korang? Actually ni la bilik aku time aku kat sini untuk setahun. Tak lame pun, setahun je. Training before masuk ke real job. So, lepas briefing tadi aku dapat bilik ni. Twin sharing dengan seorang member. All the facilities are here. Alhamdulillah. 


Baru lepas tengok Muzik Muzik jugak tadi. Tengok banyak je tweet pasal Finalis untuk AJL nanti kan? Neway, untuk tadi. Aku jatuh hati kat Yuna la. memang cukup fesyen la Yuna malam tadi. Nice. Kalau korang jumpa Yuna kirim salam aku kat die ye. Hehehe.


Ok. Malam ni nak rehat. Sebab penat sehari tadi. Sekarang ni nak kena set mind sebab kena bangun awal esok. Maklum la, dah 4 bulan bangun tengah hari. Hahaha.

Nite !

Best kan kalau dapat traffic tinggi

Best kan kalau dapat traffic tinggi-tinggi. Aku baru je lepas jenguk blog Cik Epal tadi. Alaaa. Cik Epal yang terkenal tu. Korang kenal tak? Hari ni dia buat entry pasal traffic yang paling rendah dia dapat. Terus-terang. Dia hebat. Memang hebat pun kan. Walaupun berhenti blogging lebih kurang 4 bulan. Tapi masih lagi boleh maintain traffic hebat kan. Kalau nak dibandingkan dengan blog aku yang seciput ni memang tak setanding la dengan Cik Epal kan?


Tengok je la statistik Cik Epal ni kan. Tinggi tu. Aku nak dapat macam tu pun. Pejam celik. Pejam celik pun tak dapat. Agak-agak korang, korang tahu tak ape rahsia Cik Epal ni ek?...Jom kita gosip-gosip kat sini. Hehehehe.

* agak-agak kalau aku bukak blog yang pakai name Encik Epal ade orang marah tak?...hehehe

First time bergelar employee

First time update dekat INSTEP, Batu Rakit. Pagi tadi aku dah report duty as a employee. Ye la kan. Dah 4 bulan aku dok rehat-rehat kat rumah. Sekarang ni dah start balik nak perah otak aku yang agak beku sekarang ni. Hahaha. Hari ni tak banyak aktiviti sangat. Sebab baru first day. Jadi banyak rest je la. Esok, baru start ice-breaking untuk new employee. So, sekarang ni memang aku rehat-rehat dalam bilik je. Tunggu time dinner. Hahaha. 

So, sekarang ni aku nak dreaming jap. Penat. Nanti aku update lagi ye. 

November 21, 2010

Update dari Terengganu | Hari ini

Update di Chalet Anees. Tempat aku bermalam untuk malam ni. Sebab esok dah nak kena report duty dekat Institut Teknologi Petronas. Sepanjang hari, ni baru aku dapat peluang nak online. Terkejut jugak tengok dekat komen-komen yang aku terima. Banyak jugak. Ingatkan kalau aku tak update takde la orang sudi nak jenguk blog aku kan?....=)

Hari tak pegi jalan-jalan sangat. Just melawat nenek aku kat kampung. Walaupun kampungnya berada di tengah bandar. Tapi masih boleh panggil kampung kan? Hehehe. So, sampai je kat Kuala Terengganu, terus singgah kat situ. Mula-mula ingat nak lepak-lepak kejap je. Pastu, disebabkan angin sepoi-sepoi bahasa. Tertido la pulak. Sampai pukul 4. Dekat 3 jam jugak la. Hehehe.



Lepas tu, aku jalan-jalan pulak kat Pantai Batu Buruk. Solat kat situ jap. Tapi aku agak kecewa la. Sebab kalau ikutkan, orang Islam dituntut untuk menjaga kebersihan kan? Tapi aku masuk kat surau tu. Agak kurang bersih. Sepatutnya aku rasa tak boleh la buat macam tu. Masing-masing yang gunakan surau tu kena la ade tanggungjawab nak jaga kebersihan kan? Tapi.....

Entry terakhir sebelum aku menamatkan zaman bujang?

Entry terakhir kot sebelum aku menamatkan zaman bujang ku. Haaaaaaa. Takde la. Ni entry terakhir untuk minggu ni dari Kota Bharu. Sebab esok dah nak berangkat ke Kuala Terengganu. Nanti tiap-tiap hari live from Terengganu la ye. Hehehehe. 


Baru siap pack barang. Walaupun pada hakikatnya aku tahu yang aku masih lagi tak kemas habis. Sebab tengah pening nak bawak ape. Maklum la, lepas ni dah jadi pemastautin tetap kat Kuala Terengganu. Hehehe. Jadi bloggers yang dekat Kuala Terengganu tu, hello-hello la ye. Mane tau kalau kita boleh jumpa-jumpa. Tu pun kalau aku punya Ferrari yang ditempah dah sampai la kan. =p

Tengah-tengah kemas tadi, tiba-tiba

November 20, 2010

Jenis lelaki ini | Korang bagi pendapat sikit

Hari ni seharian aku tak mengadap blog. Lepas pagi tadi, ni baru aku mengadap balik blog aku. Sebab tadi banyak benda nak kena settle. Sekarang ni tinggal nak pack barang je. Sebab esok aku nak ke Terengganu dah. Malam ni macam kebiasaan, hujan. Macam malam semalam. Hari yang panas siang hari tadi. Jadi sejuk.


Kisah bermula macam ni,

Gambar Majlis Perkahwinan Elyana dan Khairul

Seorang lagi artis yang telah pun menamatkan zaman bujangnya, Erneelya Elyana Emrizal,23  dengan pasangannya Khairul Anuar Husin,36. Pasangan ni dinikahkan sendiri oleh bapa kepada Elyana, Emrizal Shamsuddin pada pukul 9.40 malam, hari Jumaat dengan mas kahwin RM 80 bersama-sama wang hantaran sebanyak RM 22,000.

 Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Elyana dan Khairul :

Sungguh indah kekuasaan Ilahi

Malam ni hujan lebat. Lepas 2 hari dah tak hujan kat Kota Bharu ni. Mula petang tadi dah start hujan. Syukur Alhamdulillah. Sebab dua hari bersempena Hari Raya Aidiladha, memang tak hujan. Cukup panas. Jadi senang upacara penyembelihan lembu korban dilakukan. Tu la rahmatnya kuasa Allah s.w.t. Bila malam je hujan. Sejuk bumi tuhan ni kan. Korang perasan tak?


Sekarang ni tinggal lagi 2 hari sebelum aku menamatkan zaman menganggur aku yang selama 4 bulan tu. Walaupun sebelum ni perbah dapat tawaran kerja. Tapi aku tolak. Sebab sengaja nak habiskan masa kat rumah. Sempat jugak aku beraya Aidilfitri dan Aidiladha. Sempena cuti aku yang 4 bulan ni. So, bermula 22hb ni aku akan digelar sebagai seorang pekerja. Jadi, dah hilang la kelayakan aku nak mintak duit mak bapak lagi. Hahaha. Bulan pertama ni boleh lagi kot. =p

Aku kerja kat mana? 

November 19, 2010

Mataku berair | Gara-gara mengadap laptop lame ke?

Dah dua hari mata aku sakit. Aku pun tak tahu sebab ape. Maybe letih kot. Tapi yang tak syoknye, sebelah je mata aku yang berair. Sebelah kiri. Kalau tengok, urat-urat mata tu dah merah semacam. Sebab ape ek? Aku pun dalam dua hari ni dah jarang-jarang mengadap laptop. Bila mengadap laptop lame mata aku confim berair. Maybe ni la akibatnye kalau mengadap laptop terlalu lama kot. Huhuhu.


So, tadi pegi la Guardian pharmacy. Beli Eye Mo. Sebab aku memang tak tahan sangat dah sakit mata ni. Berair sepanjang masa. Alhamdulillah. Lepas guna je Eye Mo Relief ni. Mata aku dah semakin ok. Tapi tengok esok pulak macam mana. Entry pendek je malam-malam ni. Sebab tak boleh nak online lelame. Sebab mata aku dah macam nak berair ni. Huhuhu.

p/s: Internet dah mula slow. Sebab bandwidth dah sampai limit. So, kena tunggu 28hb baru laju balik. Huhuhu.

Buffered Earnings tertinggi yang aku dapat

Hari ni aku check aku punya earnings Nuffnang yang aku dapat untuk minggu ni. Buat pertama kalinya aku dapat nilai Buffered Earnings yang tertinggi. Walaupun tak sampai beratus-ratus. Tapi sepanjang aku berblogging ni. Ni merupakan BE tertinggi yang aku dapat. Tunggu nak capai RM 50 je. Tu pun tak tau la sempat ke tak. Hehehehe. 


BE dari Digi ni masih lagi berjalan. Harap-harap sampai la RM 50 tu nanti ye. Hehehehe. Sekarang ni pun dah tinggal 4 dah. Sebab yang lain dah jadi metered. Jadi kena la tunggu BE yang akan datang pulak. =)

November 18, 2010

Event Perdagangan Terbesar di Kelantan

Ingat lagi tak pasal hint entry aku yang lepas-lepas. Pasal satu event yang bakal diadakan di Kota Bharu, Kelantan yang bertaraf antarabangsa. So, kali ni aku nak bagi info sikit la pasal tu. Sebab sekarang ni pun dekat kawasan Stadium Sultan Muhammad ke-IV memang dah penuh dengan khemah-khemah yang gedabak besar. Hehehe.

Nak tahu event ape? Jom tengok kat bawah ni. =)

Fida Aishah sayang aku?

Hahaha. Tajuk ni mesti gempar kan? Sape yang tak kenal Fida Aishah. Yang sekarang ni memang betul-betul ambik tempat dalam dunia blog. Aku ni memang pengikut blog Fida Aishah ni. Tapi bila keluar tajuk macam ni, mesti korang terkejut kan. Hari tu pun dah keluar pasal kontroversi Fida Aishah ni. Betul ke tak. Lantak la. Yang aku fikir. Semua dalam dunia blog ni ade rahsia tersendiri. Hehehe. 


Tengok gambar pun boleh cair kan. Hahaha. Pastu tadi Fida Aishah cakap dia sayang kat aku. Hahahaha. Korang jeles tak? Aku ade bukti ni. Hehehe.

November 17, 2010

Aktiviti Aidiladha | Kelantan Lengang

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Ape aktiviti korang hari ni? Ade yang korban tak? Hari ni aku tak terlibat pun dengan aktiviti korban. Sebab tahun ni memang tak ambik bahagian pun. So, merehat-rehat kan diri kat rumah je. Ape menu korang untuk hari ni? Kalau aku, hari ni kat rumah makan lodeh. 

November 16, 2010

Irine Nadia Marcello | Top Keywords for this week

Sape Irine Nadia Marcello? Hahaha. Kalau korang tak kenal sape dia. Boleh la Google name tu ye. Aku pun terkejut jugak, sebab keywords tertinggi untuk minggu ni Irine Nadia Marcello ni paling top la. Aku pun tak tahu jugak sebab ape. Mungkin sebelum ni aku pernah tulis pasal isu Fake Irine Nadia Marcello kot. 


Faktor-faktor sebab ape orang cari pasal Irine Nadia Marcello:

Richard Branson jadi stewardess Air Asia | Gambar Hangat

Hahahaha. Memang nak tergelak jugak aku dengar berita ni. Macam korang tahu, yang Sir Richard Branson yang mana merupakan pengasas kepada Virgin Group kena jadi pragumari Air Asia. Ye la kan, lepas kalah pertaruhan dengan Tony Fernandes dalam Formula one racing. 


Selanjutnya,

Senarai blog terbaru untuk bloglist aizatshafiq.com

Senarai blog terbaru yang berada dalam bloglist aku. Bersempena dengan entry aku yang dah pun sampai 700 entry. Mungkin kalau aku berpeluang lagi, aku akan bukak bloglist aku lagi. Mungkin untuk entry ke 800 mungkin? 


Ape-ape pun. Jom tengok sape yang senarai blog terbaru yang tersenarai dalam bloglist terbaru.

November 15, 2010

Permaisuri Aishah dan Uncle Seekers? | Kebenaran atau Kepalsuan

Heboh hari ni. Bila mana dunia blogging ni penuh dengan cerita-cerita pasal Permaisuri Aishah dengan Uncle Seekers. Aku tahu pasal cerita ni pun bila aku terbaca blog Joegrimjow pagi tadi. Tentang traffic blog uncleseekers yang mencatat kenaikan mendadak akibar dari pendedahannya pasal hubungan beliau dengan Permaisuri Aishah. Betul ke?

November 14, 2010

Entry dan Komen di blog aku | Penghargaan kepada pembaca blog

Pejam celik, pejam celik. Aku dah pun menaip sebanyak 700 entry. Tak sangka betul. Dah banyak rupanya aku menulis. Sejak dari blog aku berdomainkan apieceofaword.blogspot.com hinggalah aku bertukar kepada aizatshafiq.com. Wow! Entry ni genaplah entry aku yang ke 700.

Cicak Pokke @ Gecko boleh buat aku jadi jutawan?

Korang mesti dah dengar pasal Pokke? Tak pun Gecko? Atau pun Cicak Tokek? Pernah dengar tak? Aku dah lame pun dengar pasal cicak ni. Tapi tak pernah pulak buat research pasal cicak ni. Mungkin sebab hari ni aku banyak masa. Jadi aku tergerak hati nak cari info pasal sejenis cicak yang dikatakan boleh bagi keuntungan kepada sesiapa yang memilikinya.


Sejauh mana kebenaran pasal kisah ni?

Malaysia layak ke pusingan kedua walaupun tewas di tangan China

Mungkin ni satu berita yang menggembirakan rakyat Malaysia bila pasukan bola sepak kita masih lagi layak ke pusingan kedua walaupun tewas 3-0 kepada China ekoran insiden 3 orang pemian Malaysia yang dibuang padang. Mungkin ni satu kontroversi yang ditimbulkan oleh pengadil dari Asutralia, Ben Williams.

November 13, 2010

Nabil cium mulut dengan Qasha?

Artis Malaysia dah nak jadi macam hollywood? Mengapa? Ni kes terbaru yang timbul dalam dunia serba pantas ni. Bila pelawak popular, Nabil dikatakan bercium mulut dengan Qasha. Tak habis-habis cerita pasal si Nabil ni. Sejak-sejak popular ni macam-macam pulak timbul. Tapi sebelum tu, aku nak tanye korang. Sape Qasha ni ek? Aku tak kenal la.

Majlis Perkahwinan Raja Farah dengan Megat Bashirun

Kira-kira jam 11pagi semalam, pelakon, Raja Farah Raja Aziz, 23 sah bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Dato' Zakaria, 25. Dengan sekali lafaz sahaja. Pasangan yang dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah dengan mas kahwin RM 888. Majlis pernikahan turut dihadiri oleh rakan-rakan dan saudara mara terdekat hanya berlangsung sederhana di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Jom tengok antara gambar majlis perkahwinan mereka.

November 12, 2010

Guangzhou Asian Games Opening Ceremony | Memang Gempak !

Sape tengok Majlis Perasmian Sukan Asia di Guangzhou live kat TV1 tak? Memang respect la kat diorang. Sebab ni dah bagi satu kelainan dalam majlis perasmian Sukan Asia. Mungkin jugak sukan-sukan besar yang lain. Betul tak? Sape kate negara dari Timur tak mampu nak buat macam tu? Siap main terbang-terbang lagi. Hehehe.

Earnings untuk bulan November | Tips dapat earnings

Thank you Nuffnang. Tu yang aku boleh ucapkan. Walaupun traffic blog aku ni tak la sehebat Redmummy ke, Eyriqazz ke. Tapi masih lagi dapat peluang untuk mendapat income dari Nuffnang. Masih lagi diberi peluang untuk mendapat Buffered Earnings daripada Nuffnang

Bloglist aizatshafiq.com dah keluar !

Bloglist untuk aizatshafiq.com dah keluar. So, korang lupa nak jenguk-jenguk tau. Bloglist ni mungkin akan kekal sampai hujung tahun. Thanks to all yang participating ye. Kat bawah ni semua list blog yang berada dalam bloglist aku. Jangan lupa berkunjung kat blog mereka ye.

Kalau berani tengok la !

Hahaha. First impression aku. Memang nak tergelak. Sebab ape? Jom tengok.

November 11, 2010

Kenapa AC Mizal tutup account Facebook?

AC Mizal dah tutup account Facebook? Kenapa dan mengapa? Sebab dah tak tahan dengan tohmahan yang dikeluarkan ke? Ke fakta yang telah dikeluarkan oleh Aidid Mu'adib ni betul-betul belaka? Konfius jugak sekarang ni. Bila dah tutup account Facebook macam tu bukan ke macam melarikan diri dari masalah?

Tahniah kepada calon-calon UPSR | Sedikit Pesanan

Tahniah diucapkan buat adik-adik yang dah pun berjaya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR kali ni. Bagi yang kurang bernasib baik tu, jangan anggap ni satu keputusan yang menutup masa depan korang ye. Masih banyak lagi yang korang boleh kecapi, PMR dan SPM menanti akan datang. Ape-ape pun tahniah kepada seramai 48,327 calon UPSR yang dah dapat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

SUMBER : MSTAR

Kat sini nak berpesan sikit kat adik-adik yang baru habis UPSR ni.

Cara kenal blogger dengan lebih dekat | Blogging Tips

Korang tahu tak? Yang kita ni sebenarnya boleh berborak-borak dengan blogger-blogger lain tau. Bukan setakat kat komen je. Sekarang ni teknologi memang betul-betul memudahkan kita nak berkomunikasi. Walaupun kita ni tak pernah jumpa diorang. Tapi kita masih lagi boleh berborak-borak dengan diorang. Tanya tips. Tanya pengalaman banyak lagi la. 


Macam mana? Sini aku nak share sikit.

Fazley dapat Ijazah Palsu?

Lepas kes AC Mizal, sekarang timbul pulak paasl Fazley yang dikatakan mempunyai ijazah palsu. Macam mane boleh jadi macam tu? Aku pun terkejut jugak. Mane taknye, Fazley dari dulu lagi orang dah tahu yang dia ni ade Ph.D. Siap guna gelaran Dr. Fazley. Tup-tup jadi macam ni. Mane tak terkejut kan?

Cepat sebelum terlambat | Bloglist masih dibuka

Hari ni merupakan hari terakhir untuk aku ambik nama untuk aku ambik nama blog untuk berada dalam bloglist aku. Dan mungkin jugak mereka yang berada dalam bloglist tu akan kekal sampai hujung tahun. Kalau korang masih lagi tak letakkan link blog korang. Boleh tinggalkan lagi. Sebab nak manage bloglist ni jarang-jarang. Sebab tu aku bukak peluang ni untuk korang yang selalu melawat kat blog aku.

November 10, 2010

Bila la agaknya dapat income macam Redmummy.com yer

Seronok betul aku tengok blog Redmummy hari ni. Income kak Red untuk bulan September hari tu je dah cecah RM 7k. Perghh. Banyak tu. Hari tu bro Eyriqazz pun dah cecah RM 1k. Tak termasuk blogger Cik Epal pun dah dapat RM 1k. Best kan tengok income diorang. Tapi berapa lama masa yang diorang ambik untuk capai income macam tu?

Presiden Russia pandu kereta F1 selaju 240km/h

Best kan. Bila dapat peluang nak test drive kereta F1. Aku pun teruja jugak kalau dapat peluang nak test drive kereta F1. Tapi kali ni, Vladimir Putin, President Russia yang test drive. Perghh. Memang sempoi la. Bukan selalu nak tengok Ketua Negara drive kereta F1selaju hampir 240km/h. Tapi memang Presiden Putin ni minat-minat benda-benda macam ni. Jadi tak kisah la.

Vladimir Putin dalam kereta F1 yang dipandunya

Proton Inspira mampu tak mengatasi Mitsubishi Lancer 2.0 GT ?

Hari ni Proton dah pun umumkan harga untuk kereta keluaran terbaru mereka Proton Inspira. Tiga kategori harga yang mungkin mampu menarik minat golongan eksekutif muda sebab harga yang ditawarkan oleh Proton sekarang ni pun bawah RM 100k. Malah lebih murah daripada Perdana V6 dulu, yang kalau tak silap aku cecah jugak RM 100 k.

AC Mizal buat laporan polis

Aku rasa semua masih ingat lagi kekecohan yang timbul pasal Gelang AC Mizal. Yela kan, bila ada sumber-sumber yang mengatakan pasal gelang itu betul atau tidak. Tipu ke tak? Dan aku sendiri pernah tulis pasal kesangsian aku tentang gelang ni. Jadi sekarang  ni kalau korang nak tahu AC Mizal dah pun buat laporan polis. Dan telah menamakan beberapa blog yang dikatakan mengancam bisnes nya. 

Sumber : SINI

November 9, 2010

Fiza Elite sah bercerai dengan suami

Bila cakap pasal artis ni, memang susah nak lari dari kes cerai. Ramai sangat artis yang kahwin-kahwin, lepas tu ade anak, bercerai. Dan yang paling baru kes penceraian Fiza Elite, dengan suaminya yang Ahmad Farriq Zainul Abidin yang mana merupakan seorang ahli perniagaan. Kes penceraian ni disebabkan oleh perangai Fiza Elite yang dikatakan menduakan suaminya. 

Ingin berada dalam bloglist aizatshafiq.com?

Kalau korang perasan, kat blog aku ni dah tak ade blog list. Bukan sebab aku nak buang. Tapi entah macam mane boleh hilang. Ni semua sebab aku cuba-cuba tukar template blog. Secara tak langsung blog list dalam blog aku pun hilang. Aku pun tak tahu sebab ape.

Satu kecantikan atau keindahan tak akan kekal lama

Betul la kata pepatah. Sesuatu yang cantik tu takkan kekal selama-lamanya. Memang betul. Dan dalam seminggu ni aku sendiri dah saksikan yang satu keindahan yang memang betul-betul berlaku depan mata aku. Tapi tak sampai tiga hari pun keindahan tu dah pun berlalu pergi.

Penoreh getah mampu dapat RM 4000 sebulan

Harga getah naik? Ni mungkin berita terbaik untuk penoreh-penoreh getah, apabila mereka dijangkakan boleh mendapat pendapatan sehingga RM 4000 sebulan. Kenaikan ni diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal apabil menyatakan bahawa harga getah SMR20 yangg mencatatkan harga RM12.44 sekilo semalam bakan menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

Gelang AC Mizal | Benar atau Tidak?

Sekarang ni kalau korang perasan, ramai bloggers yang dah tulis pasal Gelang AC Mizal yang dikatakan menipu. Harga gelang tak sampai pun seratus ringgit tapi boleh dijual dengan RM 1000++. Semua tu penipuan. Mana taknya, kalau jual macam tu, dalam masa setahun pun, aku sendiri boleh pakai Bentley. Betul tak? Bukan jual setakat 2 kali ganda. Tapi berkali-kali ganda.

Evolusi 10 tahun handphone dalam hidup aku

Kali ni nak cerita pasal handphone la pulak. Sape yang tak pakai phone? Cuba angkat tangan. Aku rasa sekarang ni semua orang mesti ade handphone. Sebab zaman sekarang ni handphone memang jadi satu keperluan. Betul tak? Kalau takde handphone mesti macam tak lengkap hidup ni kan. So, kali ni aku nak cerita sikit pasal evolution handphone aku. Yang aku pakai sejak tahu 2001 sampai la 2010. Dah dekat 10 tahun kot.

Ericsson T18

November 8, 2010

Lelaki Bakar diri , bimbang kuil diroboh

Gara-gara terlalu bimbang kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor akan dirobohkan, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar dirinya.

Patung Gajah jadi bualan kat Batu Pahat

Patung Gajah jadi isu kat Batu Pahat? Kalau tengok kat gambar bawah ni memang besar betul. Kalau hempap orang tu. Memang tak lame la. Tapi sebab ape nak buat patung gajah sebesar tu kat atas bangunan tu ye? Hmmm. 

Berita selanjutnya kat bawah ni.

[Review] Jonah Hex

Salah satu filem yang keluar tahun ni jugak. Release date kat Malaysia 5 August 2010. Aku pun lambat jugak tengok cerita ni. Sebab time tu tengah sibuk-sibuk final project. Sebab tu la sekarang ni baru tengok.

Liverpool 2-0 Chelsea | Jaringan Torres 'terbaik'

Aku gembira. Walaupun aku ni bukan la peminat Liverpool, tapi aku cukup gembira sebab Liverpool dah tewaskan Chelsea 2-0 kat Anfield semalam. Gol pulak cantik-cantik. Memang Torres jaringkan gol dengan bergaya. Jom tengok video perlawanan semalam. Ni dah bagi peluang kat Manchester United ni. Hahahaha.

Aizatshafiq.com di ranking bawah 400,000

Akhirnya, blog aizatshafiq.com berada di bawah ranking alexa.com 400,000. Walaupun ade sesetengah pihak yang rasakan bahawa ranking alexa ni bukan lah satu yang boleh dijadikan kayu ukur. Tapi aku rasa bila kita tengok pada kedudukan ranking blog kita yang semakin meningkat setiap hari, menjadikan semangat aku nak berblogging tiap-tiap hari semakin seronok.

November 7, 2010

aizatshafiq.com | Berwajah baru

aizatshafiq.com kini berwajah baru. Entry ni sebagai menjawab pertanyaan yang telah ditinggalkan di shout box aku. Dua orang gadis dah tinggalkan pertanyaan ni. Ery Farieha dan juga Misaki.  Hehehe.

Kalau nak cari pasangan perlu setaraf

Aku kemukakan soalan ni dekat Twitter dan juga Facebook. Bertanyakan pendapat tentang isu mencari pasangan biar setaraf. Memang perlu ke? Sebab selalunya orang akan berkata yang kalau nak mencari pasangan ni perlu la setaraf. Dari segi keluarga, kewangan mungkin juga kepandaian. Betul atau tidak?

[Review] The Losers

Review untuk movie The Losers. Kalau ikut kat internet, movie ni dah pun di release 22 April 2010 kat Malaysia. Cuma aku je baru tengok. Melihatkan pada jalan cerita untuk filem The Losers ni lebih kurang macam A-Team la. Tapi tak tau la sape tiru, tiru sape.