November 13, 2010

Majlis Perkahwinan Raja Farah dengan Megat Bashirun

Kira-kira jam 11pagi semalam, pelakon, Raja Farah Raja Aziz, 23 sah bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Dato' Zakaria, 25. Dengan sekali lafaz sahaja. Pasangan yang dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah dengan mas kahwin RM 888. Majlis pernikahan turut dihadiri oleh rakan-rakan dan saudara mara terdekat hanya berlangsung sederhana di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Jom tengok antara gambar majlis perkahwinan mereka.




Pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran sebagai hadiah kepada pengantin perempuan. Manakala pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran. Antara barangan yang dihadiahkan kepada Raja Farah ialah iPhone 4, wangian Gucci, set solekan Christian Dior, sepasang persalinan, tas tangan Coach dan tidak ketinggalan wang hantaran bernilai RM 8888.


Semoga berbahgia la mereka ke anak cucu ye. =)

SUMBER : Gua.com.my





4 comments:

Siti Safiyyah said...

uikkk bila masa pulak dia kawen?? wah, congrats la untuk dia. ;)

aizatshafiq said...

@siti

semalam...
12 November 2010...
=)

ardinihumaira said...

semoga mereka berbahagia, amin


:)

aizatshafiq said...

@ardinihumaira

amin....
tula yang kite harapkan...
=)