November 9, 2010

Gelang AC Mizal | Benar atau Tidak?

Sekarang ni kalau korang perasan, ramai bloggers yang dah tulis pasal Gelang AC Mizal yang dikatakan menipu. Harga gelang tak sampai pun seratus ringgit tapi boleh dijual dengan RM 1000++. Semua tu penipuan. Mana taknya, kalau jual macam tu, dalam masa setahun pun, aku sendiri boleh pakai Bentley. Betul tak? Bukan jual setakat 2 kali ganda. Tapi berkali-kali ganda.



Testimonial yang diberikan oleh AC Mizal shop adalah rekaan semata-mata.

Betul ke? Aku baca dekat blog  Aidid Mu'addib yang testimonial yang telah diberikan oleh AC Mizal shop dari luar negara tu semuanya tipu. Hasil dari edit semata-mata. Betul ke? Nak cakap betul ke tak pun susah. Selalunya kita takkan nak cari kan text ni same ke tidak. Betul ke tipu. Selalu mesti kita percaya dekat testimonial yang dikeluarkan semata-mata. Korang tengok je la gambar kat bawah ni.




Kalau tengok balik pada kedua-dua testimonial, senang-senang je testimonial kat AC Mizal shop tu. Cuma tukar nama produk. Mane tak nye, ayat tu copy sebijik-sebijik kot. Tapi ramai dah percaya. Sampaikan dah boleh pakai Bentley yang berplate kan AAC 1. Perghhh. Tengok ni plate dah la. Berapa harga?




Joegrimjow jelaskan konsep MLM
Bila dengar MLM je aku dah malas nak dengar. Sebab  dulu pun ade orang tarik aku nak join MLM jugak. Tapi time tu dengan Luxor. Mase tu ramai la orang yang tengah gila-gila pasal Luxor ni. Mane taknya, sorang-sorang datang bagi ceramah pasal Luxor tak main la naik Merc. Paling kurang pun naik Porsche. Sape tu telan air liur beb. Tapi aku awal-awal lagi dah cabut. Tak kan nak dapat semua tu senang-senang. Betul tak? Paling tak pun ko ni jadi businessman.

Joegrimjow baru-baru ni buat pulak penjelasan pasal MLM. Sebab dia ni pun ade join jugak. Dan memang konsep MLM ni memang boleh diguna pakai. Tapi mesti la kena dengan caranya. Korang pun tahu kan, kalau Joegrimjow ni tipu la pasal Herbalife dia, aku rasa dah ramai kot yang maki dia ni. Tapi takde pun kan. Lepas tu, siap diperjelaskan lagi macam mana sebenarnya perbandingan antara kes AC Mizal ni dengan Syarikat Herbalife yang dia sertai. Lain beb. Tak percaya, korang tengok kat sini.


AC Mizal bagi feedback
Sekarang ni kalau korang tengok dekat Fanpage AC Mizal ni macam-macam la bahasa dah keluar. Kutuk sana, kutuk sini. Ye la kan, bila keluar statement macam ni terus la orang bengan. Betul tak? Terutama bila mereka-mereka yang dah pun terbeli gelang ni. RM 1000, bukan satu nilai yang kecik. Dan mesti la diorang ni menagih janji yang dijanjikan betul tak?


Dulu masa tengah sibuk dengan Luxor dulu pun macam ni jugak. Kawan aku sanggup jual motor, jual laptop sebab nak masuk. Mana taknya, sebab kelabu mata. Dengan RM 2000, kalau tak silap aku, korang boleh dapat keuntungan berlipat kali ganda. Banyak tu. Lepas tu, ape hasilnya? Sampai sekarang dah 3 tahun aku tak nampak hasil.
Antara Feedback lain :





Sejauh mana kebenaran kisah ni, kita sendiri yang perlu menilai.Ye la kan. Nak ambik bulat-bulat pun kena pertimbang jugak. Betul tak? Takkan dapat info sini terus nak percaya. Jadi kena cari lagi info yang betul-betul konkrit sebelum percaya. Bagi aku, MLM ni memang aku tak setuju. Sebab sekarang ni memang orang gunakan MLM ni sebagai pengganti kepada Skim Cepat Kaya. Cuma cara lain sikit. Apa-apa pun yang penting kita kena fikir yang bukan senang nak jadi kaya dan bukan susah nak jadi susah. Dalam kes ni, aku konfius jugak sebab tak sampai beberapa tahun pun AC Mizal dah boleh jadi kaya. Macam sekejap je kan? Terpulang lah kepada korang nak menilainya.


p/s: Aku pernah jumpa AC Mizal kat MidValley. Time tu tengah promote pasal gelang ni. Nasib baik tak kecoh lagi pasal isu ni.

10 comments:

Cik Kuku Besi Penumbuk said...

baru semalam baca tentang ni..
tp kan kalo xbetul xkan org bercakap kan..selalu kabar angin ni betul jugak..

nampak az mula xsenang duduk..kalau betul la penipuan ini mmg teruk sgt la kan...huhuhuhu..

psst : nak beli rantai gajah da..hahaa

PutraRocker said...

BOHONG syal

Durrani Zamri said...

aaaaahh..aku benci org MLM..
dorg punya modal kalo nak tarik org xlain xbukan..dengan tayang kereta mahai2..kat org lain...
tayang barang2 mahal...jam la..apa la..
cam haraaam! :)
kita sikit lagi nak join! bila pikir balik..xmahu aku...

aizatshafiq said...

@miss yani

tu la pasal...
tak tau la semua ni betul ke tak...
kalau AC konsortium rasekan ade kesilapan...
elok diperjelaskan...
betul tak?

aizatshafiq said...

@putrarocker

bohong macam mane tu?...

aizatshafiq said...

@bit zamri

tu la...
tayang semua benda pinjam...
betul tak?..
memang aku pun tak suka MLM...
huhuhu

joegrimjow said...

MLM ni satu bentuk bisnes yang akan melahirkan berjuta2 jutawan sehingga tahun 2015. syariah pon dah diluluskan

yg ac buat ni memang bukan konsep MLM, main scam je nak kaya cepat.

Syafrizal said...

sebelum join tgk pada syarikat nya mana dia dapat produk tersebut.. dia buat ke atau dia import..
lepas tu tengok pada pelan pemasarannya..
tgk pada tokeynya..
apa matlamat dia
duniawi ke ukhrawi ke.. atau dua2
tengok pulak syarikat dia sumbang duit dia ke mana?
US? Yahudi?
ada bagi sumbangan untuk umat Islam?
ada sumbangan untuk fakir miskin?
ada sumbangan untuk sekolah2 agama? sekolah2 tahfiz?
semua kena fikir sebagai umat Islam la..
ini hanyalah bagi mereka yang berfikir

dalam Islam tidak boleh menjanjikan keuntungan semata-mata
semua mesti ada risiko..
jangan janji apa2...
kalau nak berjaya kena usaha
takde duit mudah...

ingatlah kita akan disoal mana kita dapat duit, produk apa kita jual, ke mana duit itu pergi.. kalau produk bersumberkan benda haram.. macam gelatin babi ke apa ke.. susah kita kat kubur dan padang mahsyar

aizatshafiq said...

@joegrimjow

tu la pasal...
takkan gelang yang harga 25USD boleh jual dengan RM 1000..kaya beb...
macam tu...aku pun cepat kaya...
huhuhu

aizatshafiq said...

@syafrizal

moral of the story...
bukan senang nak dapat duit...melainkan dengan usaha...
takkan kita bayar je boleh dapat duit??..
konfius jugak part tu...
huhuhuhu