November 5, 2010

Drama 'Justice Bao' | I'm addicted to it

Sekarang ni aku memang dah tergila-gila dengan satu drama. Tapi bukan drama Melayu, drama cina dekat TV2. Kalau korang perasan setiap pukul 6 petang kat TV2 aku akan mengadap tv sebab nak tengok drama Justice Bao. 


Memang dah lama dah drama ni. Sebab time aku sekolah rendah pun dah ade drama ni. Kalau tak silap, time tu disiarkan kat Vision TV. Tak tau la sekarang ni ade lagi ke tak tv tu. Drama yang mengisahkan pasal Justice Bao yang mana merupakan salah satu simbol keadilan ataupun 'justice' kat negara China. Kira macam sejarah la jugak cerita ni. Sebab Bao ni memang kisah benar,  sebab zaman dia pun tahun 999-1062. Memang dah lame kot. 


Yang bestnye drama ni sebab dia tunjuk cara-cara penyiasatan si Bao ni nak selesaikan kes. Tambah-tambah pulak bila melibatkan keturunan maharaja. Lagi la hebat kan? Pastu ade pancung-pancung pulak tu. Hehehe. Sekarang ni dah episod 50 lebih kot. Sebab aku tak tengok no episod mula-mula start cerita tu. Dan kes yang tengah dia selesaikan sekarang ni berkaitan dengan kes Chen Shi Mei. Antara top kes yang dia selesaikan. Kalau korang nak tengok, sempat lagi kot. Sebab kes ni awal-awal lagi. Dia tengah buat siasatan. 

Hahahaha. Panjang pulak aku cerita kat sini. Kalau korang nak tau best ke tak. Korang tengok je la sendiri. Yang penting bagi aku cerita ni memang best. Sebab plot semua tersusun. So, korang layan je la. Isnin-Jumaat, pukul 6-7 petang. =)

No comments: