November 16, 2010

Richard Branson jadi stewardess Air Asia | Gambar Hangat

Hahahaha. Memang nak tergelak jugak aku dengar berita ni. Macam korang tahu, yang Sir Richard Branson yang mana merupakan pengasas kepada Virgin Group kena jadi pragumari Air Asia. Ye la kan, lepas kalah pertaruhan dengan Tony Fernandes dalam Formula one racing. 


Selanjutnya,


PETALING JAYA: Sebilangan penumpang AirAsia bertuah bakal dilayani oleh hartawan dan pemilik Virgin Atlantic, Richard Branson yang akan memakai sut lengkap pramugari syarikat penerbangan tambang murah itu.


Peluang yang mungkin datang hanya sekali itu berikutan pasukan Formula Satu (F1) Richard, Virgin Racing berada pada kedudukan di belakang pasukan F1 1Malaysia-Lotus yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes.



Dalam pada itu, Tony turut menyahut cabaran Richard akan ‘bekerja’ sebagai pramugari Virgin Atlantic sekiranya pasukan F1 1Malaysia-Lotus tewas dengan pasukan lawannya.



Kedua-dua tokoh korporat itu membuat cabaran sewaktu bermulanya musim F1 pada Mac lalu dan berakhir di Litar Yas Marina, Abu Dhabi pada Ahad.



1Malaysia-Lotus berada pada kedudukan ke-10 manakala Virgin Racing pada kedudukan terakhir dalam perlumbaan melibatkan 12 pasukan itu.



Tony sebelum ini berkata, uniform (pakaian pramugari AirAsia) dilihat begitu sesuai dengan Richard dan penumpang pasti akan gembira untuk menerima layanan daripadanya.



“Tetapi cabaran sebenarnya apabila mengenali Richard adalah menghalangnya daripada bertanya kepada penumpang kami ‘kopi, teh atau saya?” kata Tony.



Beliau menambah, Richard akan ‘ditugaskan’ untuk menjadi pramugari bagi penerbangan jarak jauh yang dikendalikan oleh AirAsia X.


“Kami mahu mengekalkannya dengan penerbangan jarak jauh berbanding penerbangan jarak dekat yang dikendalikan oleh AirAsia,” katanya lagi.

Sape la yang Richard Branson pikul tu ek? Mesti orang Malaysia kan? ni time qualifying session dekat Yas Marina, Abu Dhabi.

1 comment:

Anonymous said...

My partner and I really enjoyed reading this blog post, I was just itching to know do you trade featured posts? I am always trying to find someone to make trades with and merely thought I would ask.