November 4, 2010

[Review] Resident Evil : Afterlife

Aku memang pengikut setia filem Resident Evil. Dari yang mula-mula. Sampai la Resident Evil : Extinction. Semalam aku baru layan movie terbaru dalam series Resident Evil. Resident Evil : Afterlife.


Macam kebiasaan, filem Resident Evil ni kalau korang bukan pengikut yang setia, baik tak payah tengok. Sebab nanti korang mesti pening. Sebab plot dalam cerita ni kebanyakannya bersambung dengan cerita sebelum nya. Ye la, dari mula-mula filem Resident Evil ni keluar sampai la yang paling latest asyik dok cerita pasal Alice je. Kejap hidup, kejap mati.

Dalam cerita latest ni, memang totally bersambung dari cerita Resident Evil : Extinction. Dalam cerita ni, diorang cari balik survivor yang terselamat sebelum tu. Sebab diorang ni tiba-tiba hilang. Jadi si Alice ni cari la balik. Last-last si Alice ni jumpa la salah seorang dari survivor tu. Pastu diorang bersama-sama mencari Arcadia. Yang mana selalu dihebohkan bahawa Arcadia ni tempat selamat untuk diorang, sebab tak ade infection. Nak tahu kisah selanjutnya? Korang tengok la ye.

Pandangan aku :

Kadaang-kadang jalan cerita ni pening sikit. korang kena flashback balik kisah-kisah sebelumnya. Korang kena ingat balik. Lepas tu, scene lawan-lawan dalam cerita ni dah tak syok macam sebelumnya. Zombie pun tak best macam mula-mula dulu. Aku lagi suka cerita Resident Evil yang mula-mula. Time mula-mula infection tu berlaku. Sekarang ni start-start je, semua dah kena infection. Tak syok la. Rating 2/5 je kot.

No comments: