November 11, 2010

Fazley dapat Ijazah Palsu?

Lepas kes AC Mizal, sekarang timbul pulak paasl Fazley yang dikatakan mempunyai ijazah palsu. Macam mane boleh jadi macam tu? Aku pun terkejut jugak. Mane taknye, Fazley dari dulu lagi orang dah tahu yang dia ni ade Ph.D. Siap guna gelaran Dr. Fazley. Tup-tup jadi macam ni. Mane tak terkejut kan?



Laporan selanjutnya dari MSTAR :

PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.
Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.
“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.
Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.
Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.
University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.
Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.

8 comments:

velasrizal said...

berat btol dugaan yg dia hadapi..

Ramlah Ram Bertudung !

eiela said...

macam-macam sekarang nih. Ada yang bagitau dia dah lama tak guna gelaran Dr. Tak tau macam mana keputusannya. tunggu dan lihat je lah.

aizatshafiq said...

@velasrizal

tu la pasal...
harap dia bersabar...
=)

aizatshafiq said...

@eiela

macam tu la nmpaknye...
kita tunggu je laporan berita nanti...
=)

Unknown said...

tp die tetap berbakat sebagai doctor motivasi.

Usy@M^^ said...

kecian nya...mc2 dugaan kt artis malaysia ni.. (-_-)"

aizatshafiq said...

@ery farieha

tu tak tau la...
sebab tak pernah lagi ikut motivasi die...
hehehehe

aizatshafiq said...

@syamsul anuar

tu la pasal...
hmmm...harap diorang ni bersabar la ye..
=)