November 3, 2010

[Review] R.E.D. | Retired. Extremely. Dangerous

Petang tadi aku layan movie yang boleh kata baru jugak la. R.E.D (Retired. Extremely. Dangerous) agak-agak sape yang dah tengok movie ni? Macam mana dengan impression korang?


Bagi yang dah tengok aku rasa tak perlu la nak cerita panjang. Sebab jalan cerita ni mesti korang dah tau kan. Kepada yang belum sini-sini aku story sikit. Movie ni mengisahkan pasal special agent yang memang dah bersara. Tapi diorang ni memang terlalu rahsia sampaikan orang yang kerja dalam CIA sendiri tak ade rekod pasal diorang. Diorang ni dah membongkar satu rahsia yang berkaitan dengan Vice President Amerika Syarikat. Disebabkan diorang ni terlalu hebat, diorang ni diburu sebab takut diorang ni akan bocorkan rahsia tu. Nak tahu lebih-lebih korang tengok sendiri la. Hehehe. Lakonan Bruce Willis, Morgan Freeman, Mary-Louise Parker, John Molkovich, Helen Mirren dan Karl Urban.

Pandangan aku :

Cerita ni best. Aku boleh bagi 3/5 la. Kalau tengok filem action Bruce Willis nampak biase je. Sebab character Bruce Willis yang bersahaja. Tapi yang tak syoknye, hero ni terlalu hero. Sampai nak cedera pun payah. Biase la tu, cerita. Jalan cerita tersusun. Dari A sampai Z. Tak tahu la kalau korang berpendapat macam mane kan. Tapi ending untuk cerita ni macam tak syok sangat. Sebab penjahat senang sangat mati. Jadi ending yang terlalu simple. Tak best.

Korang yang dah tengok pulak macam mane?

No comments: