November 3, 2015

Terlalu banyak kenaikan !

Kebelakangan ni banyak sangat kenaikan. Adakah perlu semua kenaikan ni dilakukan serentak? Hari tu kita dah kehilangan subsidi minyak. Sekarang kita ikut harga minyak dunia. Walaupun harga masa subsidi dihapuskan harga pasaran minyak dunia lebih kurang $80 USD per barrel. Masa tu korang pun perasan yang harga minyak lebih kurang sama macam sekarang. RON 95, RM2.05 seliter kalau tak silap. 

Sekarang?

Harga minyak dunia lebih kurang $50 USD per barrel. Harga minyak RON 95, RM2.05 seliter. Duit kita murah? Jatuh? Sebab tu harga minyak sama? 

Tol naik bulan lepas. 

Paling aku tak puas hati AKLEH. Dari RM1.50 dah naik jadi RM2.50. Kenaikan RM1. Sedangkan kita tahu yang AKLEH ni memudahkan orang ramai termasuk orang yang nak ke pejabat sekitar KLCC. Hari tu bila aku naik AKLEH, boleh dikatakan orang lagi sanggup lalu jalan jem daripada guna AKLEH. Dan aku dapat rasa yang pengguna AKLEH dah makin berkurangan. Aku pun naik sekali tu je sebab nak test guna lepas tol guna. Lepas ni, kot-kot AKLEH untuk orang yang guna motor je la kot. Kan?

Tambang komuter naik minggu ni.

Kenaikan lagi. Padahal, hari tu tak silap aku aku ada terbaca sebab kenaikan harga tol sebab nak galakkan orang ramai gunakan pengangkutan awam. Eh? Minggu ni diumukan pulak kenaikan tambang Komuter. Yang mana semua orang tahu yang servis komuter ni memang amat menyakitkan hati. Lepas ni silap-silap tambang LRT pun naik.

Aku tak faham, ke mana perginya kutipan GST yang berbilion ringgit tu? 


Kutipan GST untuk tahun ni dianggarkan berjumlah RM27 billion. Banyak tu. Menteri Kerja Raya pulak cakap yang kerajaan perlu bayar RM1.08 billion sekirannya tiada kenaikan tol.


Pendapat aku, kalau betul lah GST tu akan dipulangkan kepada rakyat. Hasil dari kutipan GST tu, 1/27 daripada kutipan GST tu boleh bayar syarikat konsesi. Kan? 

Semua melibatkan kos hidup.