February 28, 2011

Nuffnang aku kembali ke ZERO !

Wah. Lamenye aku tak update. Dah lebih seminggu kot. Actually, last week banyak jugak activity yang aku buat. Macam-macam la. Tengok drift. Pegi air terjun. Cuma aku tak sempat lagi nak update. Tambah pulak dengan bandwidth untuk broadband aku dah exceed limit. Lagi la rase malas nak online. Sebab bile online je. For sure ambik mase untuk satu-satu page tu load. Naik menyampah jugak la.

Semalam aku dah cash out Nuffnang earnings aku. Disebabkan aku sekarang ni tak berapae nak aktif macam time belajar dulu. Secara tak langsung pendapatan Nuffnang aku pun macam tu je. Tak banyak sangat. Jadi sebab tu aku decide nak cash out income tu. Nak tunggu income baru pulak. Hehehe.


Everything goes back to zero. Hehehe. Kena try cari income Nuffnang lagi ni. Hope Nuffnang sudi la bagi aku buffered earnings lagi. Hehehe.

February 18, 2011

Remaja 14 tahun perkosa budak 5 tahun | Ape la nak jadi sekarang ni?

Ape la nak jadi dengan dunia sekarang ni. Budak-budak zaman sekarang pun dah terpengaruh dengan cara hidup barat. Korang ade bace tak artikel kat Harian Metro hari ni?


Aku rase macam bangang gile. Baru umur 14 tahun tapi dah pandai buat kerja-kerja macam ni. Mane mak bapak diorang? Ke disebabkan kesempitan hidup zaman sekarang ni menyebabkan diorang ni tak terkawal oleh ibu bapa diorang? 



Ke ni jugak booleh dikaitkan dengan masalah keluarga? Disamping kesempitan hidup yang diorang alami. Tak pun pengaruh rakan-rakan. Ye la kan. Sekarang ni budak-budak senang terikut-ikut dengan rakan-rakan diorang yang mana kadang-kadang tu lagi besar dari diorang. Bila dah kawan dengan orang yang lebih tua ni, macam pengaruh la yang diorang dapat. Betul tak?

Ape-ape pun. Aku rasa semua tu kena ade pertimbangan dalam diri sendiri. Lepas tu, didikan agama daripada ibu bapa dan diri sendiri pun penting. Kadang-kadang kita ni pun lalai. Betul tak? Sebab tu aku rasa wajar untuk kita saling ingat-mengingati. =)

February 12, 2011

[Gambar] Pertunangan Ally Iskandar dengan Aishah Zainal

kredit : Roti Kaya
Akhirnya. Baru sekarang kita tahu siapakah yang bertakhta kat hati si Ally Iskandar ni kan. Hehehe. Alhamdulillah. Ally sekadar telah pun bertunang dengan Aishah Zainal yang mana merupakan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama. Agak-agak bila majlis perkahwinan diorang ye? 

Nasi Padang Bukit Kecil

Jalan-jalan cari makan kali ni. Makan tengah hari tadi, aku pergi ke satu port best. Nasi padang. Kalau orang Kuala Terengganu tau kot. Nasi Padang Bukit Kecil. Dekat dengan Sabasun. Memang favourite aku pun. Asal weekend je aku mesti pergi la kat kedai tu. Sebab memang sedap sangat. Hehehe.



Lauk yang aku ambik macam biasa. Nasi dengan ayam percik. Memang best. Jadi kalau korang datangg kat Kuala Terengganu korang cari la tempat ni. Tapi tempat ni tak bukak sepanjang masa. Hanya time waktu makan tengah hari dalam pukul 11 hingga pukul 3 kot paling lewat. Ape salahnye kalau berkunjung sekali ke kedai ni. Aku rase mesti nak lagi. Hehehe.

Proton Satria Neo R3 CPS 2011

Dengar cerita tak lame lagi Proton nak keluarkan model baru R3. Kalau dulu model R3 dah pun keluar. Kali ni Proton nak keluarkan Proton R3 CPS. Kalau dengar-dengar cerita tu dah banyak. Lagipun sekarang ni, Proton dah pun open for booking untuk Proton R3 CPS 2011.


Gambar kat atas ni model Satria Neo Concept yang boleh dikaitkan dengan Proton R3 CPS. Cuma sekarang ni Proton tak reveal lagi. Tapi tak jauh beza la dengan model kat atas ni. Hari tu diorang ade test model ni kat Jepun. Jom tengok video kat bawah ni.


Pasal harga, sekarang ni Proton umumkan harga RM 79 797. Engine same jugak dengan Satria Neo CPS. Cuma ade perubahan pada body kits, ECU, seat, Dual DIN audio dan banyak lagi la. Nak tahu lebih korang boleh tengok dekat Proton Motorsport R3 Satria Neo 2011 untuk jualan.


Memang cantik ! Baru 3 bulan aku ambik Satria Neo CPS aku. Kalau tak memang aku dah ambik yang ni dah. Hehehe.

February 11, 2011

Berdua-duaan di alam maya boleh dikatakan khalwat?

Dalam alam maya ni boleh dikatakan khalwat? 


Bahaye jugak tu. Tapi kalau ikutkan memang ade betulnye jugak kan. Sebab sekarang ni walaupun jauh beribu batu tapi still boleh berhubung macam ade kat sebelah je kan. Ye la kan. Sekarang ni Yahoo Messenger ade, Skype ade. Macam-macam lagi la. Jadi perhubungan sekarang ni makin mudah. Walaupun seseorang tu berada beribu batu jauhnya.

Betul kan?

Kalau dulu nak berhubung kalau jauh beribu batu ni, sekadar surat menyurat je. Tu pun nak dapat replay balik ade la dalam 2,3 minggu. Tak pun dalam sebulan ke. Tapi sekarang berape step je dah dapat tengok muka orang tu. Senang. Sebab tu boleh dikatakan yang berdua-duaan dalam alam maya ni boleh dikatakan khalwat. Bahaye tu. 


Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri. 
Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.
 Sumber : Harian Metro

February 7, 2011

Remaja sekarang sanggup gadaikan maruah diri !

Sape ade bace paper Metro Ahad semalam. Pengakuan 3 orang pelajar yang sanggup menggadaikan maruah diri semata-mata untuk duit. Memang macam tu ke? Cuba korang bace petikan kat bawah ni yang dipetik dari artikel Kikis Wang Lelaki.

LALA, 24:
“SAYA menggenggam segulung diploma dalam jurusan pelancongan dari sebuah kolej di Melaka tahun lalu, namun persaingan dalam dunia pekerjaan menjadi penyebab saya beralih menjadi pekerja sosial.
‘Pekerjaan’ ini mudah dan tidak memerlukan masa panjang untuk mendapatkan gaji lumayan. Saya tidak perlu bekerja lebih seperti mana eksekutif kanan pelbagai syarikat lain. Lagipun, pekerjaan seperti itu belum menjamin pendapatan tinggi. 
Jika ada yang menawarkan gaji sehingga lima angka sebulan, ia memerlukan komitmen tinggi dan masa yang banyak.
Sebab itu saya beralih kepada kerja seperti ini. Cukup senang. Walaupun dipandang hina, masih ramai lelaki hidung belang mahukan khidmat kami. Bagaimanapun, sebagai orang Islam, saya tetap terfikir mengenai soal halal dan haram. 
Mungkin, apabila mengumpul wang secukupnya, saya akan berhenti melakukan kerja seperti ini dan memulakan perniagaan sendiri,” kata gadis berasal dari Kedah itu.
Sumber : Metro Ahad

Perasan tak? Tah la. Aku pun tak faham sebab ape remaja sekarang nie sanggup buat apa sahaj demi wang. Kalau tengok balik kenyataan dari si Lala ni. Naik marah jugak aku. Macam perkara halal haram ni boleh buat main-main pulak. Hmmm.  Lumrah kehidupan zaman sekarang kan.

February 5, 2011

Sape lagi tak join Sahabat Blogger? | Best ke group ni?

Sape yang tak kenal dengan logo kat atas ni? Angkat tangan? Aku rase ramai dah blogger yang tahu kehadiran group baru ni dalam Facebook. Sebab ahli dalam group tu pun setakat ni dah pun 2600++ setakat ni. Memang ramai. Baru-baru ni pun diorang dah pun buat gathering dekat Times Square. Siap ade Heliza lagi. Sebab tu jeles dengan sesiapa yang menghadirkan diri kat Gathering tu. Harap-harap nanti diorang boleh la organize lagi walaupun tak besar.

Best ke join Sahabat Blogger group?

Best la. Kalau korang nak tahu korang join sendiri. Ramai kawan wooo. Nak cari pasangan hidup pun boleh. Hehehe. Kalau yang tak join lagi, ape kata kalau korang meramaikan lagi group tu. JoMMMM. 

Internet dah kehabisan IP address !

Internet dah kehabisan I.P. Address?


Betapa ramainya pengguna-pengguna internet di dunia ni sehingga kan sekarang ni dah habis I.P address yang boleh digunakan. Berdasarkan laporan daripada Informationweek.com I.P address yang kita guna sekarang IPv4 dah pun berkurang. Lebih kurang 33 juta IP address didaftarkan di Regional Internet Registry (RIR) hanyalah untuk Region Asia Pacific. 

Kalau ikutkan, region asia pacific ni termasuklah Malaysia, betul tak? Jadi mereka-mereka yang tinggal kat Asia Pacific ni boleh dikategorikan sebagai IT savvy ke? Hehehe. Macam mane kalau alamat untuk IP address ni dah habis. Sehinggakan dunia dah tak boleh ade IP yang baru. Agak-agak ape akan jadi ye?

February 1, 2011

Cerita dulu lagi banyak moral of the story | Setuju atau tak?

Baru lepas tengok cerita P. Ramlee, Tiga Abdul kat TV2. Aku rase korang pun dah selalu sangat tengok cerita ni kan. Tapi lawak dan jalan cerita tu tetap membuatkan kita rasa nak gelak. Walaupun dah tahu jalan cerita tu. Tambah-tambah pulak cerita dulu-dulu ni banyak moral of the story. 


Tu la kelebihan cerita dulu kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang. Kalau cerita sekarang ni, tak nampak sangat moral of the story tu. Lebih kepada penceritaan. Tak habis-habis pasal cinta. Tu je la yang selalu dapat tengok dalam cerita sekarang. Betul tak?