March 31, 2010

Ingat lagi tak zaman kita kanak-kanak?

Kembali lagi...Time aku taip entry ni aku dekat MC'D the mall...Sekarang tengah tunggu bas aku untuk balik ke kampung pukul 9.30 malam ni...Penat jugak la...sebab lepas je exam petang tadi aku terus ke Hentian Kajang nak beli tiket...Nasib baik tiket ada lagi...Lepas tu dalam keadaan hujan lebat aku redah je...Sebab nak kuar sebelum pukul 5...Jadi nak tak nak...Aku redah je...

So...sampai kat rumah aku pack barang dan terus gerak ke KL...Agak awal bukan...Bas 9.30 malam...tapi gerak dari bangi pukul 5.00 petang...Ni sebab aku ada tujuan...Aku nak ke Sogo...Sebab kena beli mainan yang aku janji dekat adik aku...Korang tau dia nak apa?...


Ni lah dia...Karektor dalam tv yang menjadi kegilaan semua kanak-kanak...Sebelum aku beli benda ni...Aku buat 3G dulu dekat mak aku...Sebab nak tanya nak beli apa...Lepas tu adik aku ternampak la Dora ni dekat belakang aku...Last-last ni yang dia mintak....RM 40 jugak la harga anak patung tu...

Kalau kita tengok balik pengaruh tv kepada kanak-kanak...Kuat bukan...Aku dulu pun macam tu jugak...Aku dulu jugak adalah peminat fanatik cybercops...Tu kalau korang ingat la...Siap buat collection setiap karektor cerita tu...Kira ada complete set la...Tapi sekarang tak tau kat mana dah...HAHAHA...


Ni lah karektor dalam cerita cybercops yang aku kumpul dulu...

Aku rasa korang takkan lupa dengan Ultraman sebab dari dulu sampai sekarang...Still ditayangkan lagi....


Jadi kesimpulannya kat sini memang TV boleh membawa impak yang besar kepada kanak-kanak...Boleh kata kebanyakan daripada mereka mudah terpengaruh kepada TV jika tidak dipantau dengan baik oleh ibu bapa...Betul tak?...


Korang ada tak koleksi-koleksi mainan ketika zaman dulu kala?...Komen sikit....



March 30, 2010

Evolusi KL Drift 2...Komen Sikit...

Semalam aku dah pergi tengok Evolusi KL Drift 2...So...ni nak bagi komen sikit la...Aku tau korang dah ramai yang pergi tengok...Semalam pun kebetulan aku ada free time kejap...Jadi aku dengan member-member pergi la kat Alamanda Putrajaya naik motor je...Sampai je dekat Alamanda dah nak hujan arghhhh....Biasa la tu adat bermotor...


Stop kat situ...so sekarang aku nak komen sikit Filem yang telah diterbitkan oleh Syamsul Yusuf ni...Boleh bagi 4 bintang la...Dari segi Action tu memang ada improvement dari filem Evolusi KL Drift...Yang ni menunjukkan kelainan...Banyak yang telah beliau pelajari dari filem yang pertama...

Tapi jalan cerita untuk kali ini agak memeningkan sedikit...Aku tertanya-tanya juga...Ni adalah sambungan dari filem yang pertama ke?...Ada part-part yang menunjukkan kesinambungan dari filem yang pertama...Tapi ada juga yang tak nampak kesinambungan nya...Jadi aku tertanya-tanya...

Ada satu part tu bila Syamsul marah dekat Scha...tapi last-last tangkap cintan pulak kat situ...Macam tak kena sangat la...sebab dah maki-maki...pastu jadi jiwang...Tu pandangan aku la...Part lain aku rasa best...Terutama time bila kejar-mengejar dengan kereta...Scene memang menunjukkan kemantangan beliau dalam menghasilkan filem...

Ditambahkan lagi dengan rasanya 4 biji kereta dihancurkan...RX7, Supra, BMW...yang satu lagi aku tak perasan kereta apa...


Scene dimana Kereta Supra dihancurkan


Aku rasa...Orang lebih kenal Sam ni sebagai Adnan...Tak sangka pulak boleh jadi ganas kali ni...Lakonan yang agak mantap oleh beliau...


p/s: berapa rating korang untuk filem ni?...

March 29, 2010

Aku dekat Pit Pulse


Selamat pagi semua...Update untuk hari ini...So...aku nak cerita sikit pasal event aku malam tadi dekat The Pit Pulse KLCC...Macam yang korang tau aku dapat invitation daripada Petronas...So...aku kiranya antara 200 orang yang terpilih dalam majlis tu...So semalam aku dengan member aku pergi ke tempat tu...

Bannyak persembahan yang telah dipersembahkan kepada kami ketika majlis tu termasuklah persembahan utama daripada Zainal Abidin dan juga Adibah Noor...Memang mantap gandingan mereka...Kitorang juga dihidangkan dengan makanan dan minuman...Memang banyak....Waiter diorang asyik lalu je nak bagi makan...Dan event ini memang dianggap exclusive...Maklumlah nak masuk pun kena ada protokol...

Agak menarik juga semalan, aku dengan member aku mula-mula decide tak nak pergi...Disebabkan kitorang basah kuyup...Meredah hujan dari KLCC untuk kesana...Tapi last-last kitorang try jugak...Ye la...mana tak nya..takut kalau basah-basah diorang tak bagi masuk...Tapi last-last dapat juga masuk...

Layanan kat situ boleh bagi 5 bintang la...Waiter diorang boleh kata semua mat-mat bangla...Yang Malaysian semua jadi bos je...Semalam juga kitorang tunggu sampai ke pukul 11.00 malam...Still tak habis lagi...bila dah lepas 10.30 malam...Suasana dah jadi macam clubing...Sebab tu aku dengan member cabut dulu...

Semalam jugak ada satu cerita, bila mana member aku mintak air dengan mamat bangla tu...Dialog lebih kurang macam ni...

Member aku : Minum-minum ada lagi?...
Mamat bangla : Ada....Ada....Whiski ada...Beer ada...Semua free....

Hahahaha....Giler ape....Member aku mintak air lain dia cakap air lain.....Diorang ni dah tak boleh nak beza ke Melayu Islam dengan bangsa lain...Ke ni sebab diorang ni dah pernah jumpa orang Melayu minum-minum sekali...Mungkin...Allahualam....

So kat bawah ni sedikit gambar kat event tu....


Persembahan daripada Zainal Abidin...Marvelous....


Persembahan irama gendang...Memang best...Adrenalin aku pun naik...hahaha...


Persembahan DJ pada malam itu


Persembahan Violin...Tapi aku tak ingat daripada siapa...


p/s: Rabu ni, 31 March 2010, dekat Pit Pulse...Micheal Schumacher dengan Nico Rosberg ada dekat sana...Aku nak pergi...Tapi tak boleh sebab ada exam....Arghhhhh...So sapa-sapa yang boleh pergi...Boleh la memeriahkan suasana jika ada kelapangan ye....

March 28, 2010

Mana letaknya maruah perempuan apabila berpakaian?

Selamat pagi semua...Hari baru aku ada semangat sikit nak menaip entry-entry baru...Disebabkan keletihan semalam...Aku tak sempat nak menaip panjang entry terbaru...Ok...sekarang let's go to the point...

Macam yang korang tahu, semalam aku dah jaga open day...So...Ramai pelawat-pelawat yang datang...Tak kira daripada pelbagai bangsa, agama juga jantina...Aku bukanlah nak mengata sape-sape semalam...Amatlah pedih rasanya mata ini apabila ramai yang aku lihat perempuan yang seolah-olah ingin menunjukkan susuk tubuh badan mereka...Padahal, mereka bertudung...

First of all, tipu la kalau aku tak tengok mereka-mereka ini...Sebab aku lelaki...Dan aku boleh di kategorikan cacat kalau aku tak menjeling...Sebab aku lelaki...So...Kat sini apa tujuan mereka berbuat sedemikian?...tak ke mereka ni macam dah memburukkan lagi pemakaian mereka...Di tambah pula bertudung...Adakah tudung hanya menjadi syarat sebagai gaya atau fesyen?...

Aku pernah dulu post entry yang bertajuk Tanda-tanda Kiamat...Yang mana salah satu tanda-tanda kiamat adalah apabila perempuan berpakaian pada hakikatnya terlanjang...Dan aku rasa dah banyak yang kita boleh nampak...Tak kira di mana sahaja...Yang mereka ini sanggup menunjukkan segala-galanya yang terdapat pada tubuh mereka...Walaupun mereka sebenarnya bepakaian...

And then, timbul pulak kes-kes rogol di merata tempat...Kemudian lelaki yang di persalahkan....Lelaki yang di penjarakan...kemudian perempuan tu bebas...Cuma mungkin dia menanggung malu untuk sementara...Tapi pada hakikatnya kita lihat kembali...Kebanyakan dalam hal ini siapa yang salah...

Kat sini aku bukan nak salahkan perempuan...Dan bukan semua perempuan yang berperangai sedemikian...Masih ramai lagi yang menjaga adab berpakaian...

Jadi apa pandangan korang semua?...


March 27, 2010

Penat seharian di Open Day...

Time aku tengah typ entry ni...Aku tengah kat dalam keadaan gelap...Maklum lah...start pukul 8.30 malam tadi kita kan kena memberi sokongan terhadap usaha menyelamatkan Bumi daripada climate change...So...dengan itu kita perlu memberi sokongan terhadap earth hour...

Ok...cukup pasal tu...Hari ini aku amat sibuk...memandangkan hari ni aku kena jaga exhibition untuk Open Day kat kolej aku...Hari ni jugak aku kena pergi jumpa fabricator untuk monitor progress untuk barang yang aku order untuk final year project aku...So...penat jugak...Coz terpaksa bergerak ke sana kemari...

Aku sempat jugak berjalan-jalan kat booth-booth open day...Tapi tahun ni tak berapa nak meriah...sebab tak banyak booth-booth yang menarik...tak macam yang open day tahun lepas...siap ada Paintball lagi...Kali ni kurang menarik...ni mungkin di sebabkan ia dijalankan untuk sehari kot...

So..hari ni aku tak sempat nak ziarah-menziarahi korang...Memandangkan...Aku penat...

So...Rasanya tu je kot yang aku boleh share dengan korang semua hari ni...Esok aku update lagi...


March 26, 2010

Earth Hour 2010


Aku rasa agak terlambat untuk aku post kan entry ni...Memandangkan Earth Hour hanya akan berlaku dalah tempoh 24 jam...Ini kerana tahun ini earth hour akan dilakukan pada pukul 8.30 p.m. pada 27 Mac 2010...Jadi kalau ikutkan sekarang pun dah kurang 24 jam...


Aku rasa aku nak bagi info sikit pasal earth hour ni...Sebab aku pun kurang pengetahuan pasal earth hour...So...lepas buat sedikit research boleh la aku share dengan korang semua...

untuk makluman korang...Earth Hour pertama kali dijalankan di Sydney, Australia pada 2007...Jadi untuk kali ini merupakan kali ketiga Earth Hour disambut di seluruh dunia...Tujuan utama earth hour adalah untuk memberi satu kesedaran terhadap perubahan klimate di seluruh dunia...Sebagai mana yang kita tahu...Suhu di dunia kita semakin hari semakin meningkat dan keadaan cuaca yang kurang menentu...

Pada tahun lepas, yang mana merupakan tahun kedua, kempen ini telah berjaya mencapai penyertaan sebanyak 50 juta orang daripada 35 buah negara...Mercu tanda dunia seperti Sydney Harbour Bridge, The CN tower of Toronto, The Golden Gate Bridge dan juga Colloseum Rome semuanya bergelap bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Earth Hour.

So...Apa tunggu lagi...Mari kita tunjukkan sokongan kita bagi menyokong kempen kesedaran terhadap perubahan klimat...

Tentatif kempen:

Masa : 8.30 p.m.
Tarikh : 27 March 2010

Cuma bergelap untuk tempoh satu jam...

Sama-sama kita jayakannya...


p/s: info daripada earthhour.org

March 25, 2010

Sandiwara Obama


Sandiwara Obama...Kalau korang semua masih ingat...Apa yang selalu digembar-gemburkan oleh Obama ialah niat beliau untuk merapatkan jurang antara orang Islam dengan bangsa lain di dunia...Jadi dengan penggunaan slogan itu secara tidak langsung menaikkan populariti beliau di seantero dunia...Di tambah pula pada ketika itu imej negara Amerika Syarikat jatuh setelah dijatuhkan ketika pemerintahan George W. Bush...

Baru-baru ini, lawatan Obama ke Indonesia telah dibatalkan...Dengan alasan untuk fokus dalam pengundian suatu resolusi yang telah diperjuangkan selama setahun...Setelah segala persiapan dan perancangan telah diatur oleh negara republik Indonesia...Pada saat-saat akhir, ia dibatalkan...

Baru-baru ini juga Obama telah berjumpa dengan Netanyahu, yang mana perjumpaan mereka telah membawa kepada satu keputusan di mana 20 buah apartment telah diluluskan pembinaannya di Baitul Maqdis...Sedangkan pada awal bulan ini, AS telah menyelar, tindakan Israel akan pembinaan itu...Tapi last-last selepas Obama sendiri berjumpa dengan Netanyahu...secara tak langsung...Dah diluluskan...

Berita selanjutnya klik SINI....

Apa cerita semua ni?...Kejap selar...Lepas tu diluluskan...Mana pendirian Obama?...

Kalau tengok persediaan Indonesia...Siap ada patung yang telah dibuat khas untuk Obama...Tapi adakah itu perlu?...

AS dan Isreal tak boleh dipisahkan...Sekuat mana pun AS menyelar Israel...Last-last tetap setuju jugak...Aku hairan...Sekarang kita boleh lihat...yang dunia ni dikawal oleh Israel pada hakikatnya...Dan semua patuh pada negara tersebut...

Dan kita pula sering tertipu dengan propaganda yang sering di war-war kan...

Kita sedar tak semua tu?...

March 24, 2010

Isu plagiat lagi....

Aku paling bengang...Korang bengang tak bila entry korang di plagiat secara terbuka...Tanpa rasa bersalah mengambil isi-isi entry itu sebagai hak atau karya diorang?...Aku rasa isu ni tak perlu nak heboh-heboh sangat...tapi sekadar nak meluahkan rasa tak puas hati aku kat bloggers ni...

Aku malas nak reveal dia punya URL...jap gi tak pasal naik pulak traffic mamat tu...Aku malas nak mempopularkan dia...Malas nak tolong dia naik kan rating...Tapi aku tau yang dia akan baca entry aku...Sebab apa aku marah?...

Sebab ni dah DUA kali entry aku di plagiat...oleh mamat yang sama...Entry yang dia tiru...kedua-duanya untuk project alpha...yang nuffnang anjurkan...Dah terang-terang pulak tu di tiru...Kira tak ubah ayat langsung...Macam pakai copy and paste je...

Elok sikit kalau dia type balik ayat-ayat tu...Dah ramai sangat bloggers yang mengadu apabila entry mereka di plagiat...Sebab kadang-kadang diorang ni sekadar ambik dan terus post kat blog diorang...Tanpa mengambil kira hak bloggers yang lain...

Isu ni semua orang dah tau...dan masih lagi ada bloggers-bloggers yang tak mengambil tau akan sensitiviti isu ini...

Pengambilan secara copy and paste tak salah...tapi kena la bagitau dari mana sumber tu...Ni bukan sekadar main cilok je...Secara terang-terangan...Post kat blog diorang...Jadi benda tu jadi hak mutlak diorang...betul ke macam tu?...

So..kat bawah ni aku nak tunjuk sikit entry yang telah diambil point dari entry aku....


Kalau korang perasan dalam entry No Sweat!...Advantage yang aku tulis...Tu aku untuk guna ayat sendiri...
then, ia telah di copy balik...


Penutup untuk entry aku...Cuma last sekali..di tambah rakan-rakan...Perasan tak?...


Susunan table yang lebih kurang sama dengan table aku...
Termasuk la 2 biji botol air tu...
Perasan tak?...


Point botol air...sama dengan point aku untuk "My Favourite Surfing Spot"

So...aku dah tunjuk persamaan dalam entry kitaorang...Jadi korang sendiri faham kan...Ok2..Aku bukan lah nak marah kepada tuan empunya blog...Tapi just nak bagi info...yang kita kalau boleh bekerjasam dalam blogging...Tambah-tambah kedua-dua entry ni adalah untuk project alpha nuffnang...

Jadi apa salahnya kalau kita cuba gunakan ke kreativitian kita untuk membuat satu entry yang baik...Inform kan dari mana sumber tu diambil...Jadi tak menimbulkan kemarahan orang lain...

So...Think about it ok...

March 23, 2010

No Sweat!


Aku kesian sebenarnya dekat mamat kat atas tu...Berpeluh-peluh...Kadang-kadang aku kesian dekat dia...Ramai orang tak suka rapat dengan dia...sebab peluh tu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan...Jadi dia selalu berfikir, macam mana cara untuk dia hilangkan peluh supaya badan rasa lebih sihat dan segar...

So..Pada suatu hari, mamat tu pergi la berjalan-jalan ke farmasi...mencari produk-produk yang sesuai untuk diri dia...Belek-belek punya belek...still tak jumpa yang sesuai...Dari satu kedai...ke kedai yang lain...still tak jumpa...

So...dia pun bertanya la kepada jurujual kat situ...

Mamat : Akak, tumpang tanya boleh?...Ape produk yang sesuai untuk saya ye?...Untuk hilangkan bau badan...

Jurujual: Ada....Cuba tengok yang produk Adidas Action 3...FRESHHHHH.....

So...Sejak hari tu, mamat selalu menggunakan produk Adidas 3...Dia pernah mencuba produk lain...Tapi tak dapat memuaskan hatinya...Kira dia dah jatuh hati dengan produk Adidas 3...Lepas dia guna produk tu...Bau badan dia pun dah makin kurang...Malah dah ramai kawan-kawan yang makin rapat dengan dia...Dia pun semakin senang...


Tu kisah mamat dengan Adidas Action 3...Daripada ramai orang yang selalu jauhkan diri daripada dia...akhirnya Adidas Action 3 dah ubah persepsi orang ramai terhadap dia...Adidas Action 3 bukan sahaja menghilangkan bau badan...Malah memberi kesegaran berpanjangan untuk seseorang...Kalau tak percaya try la...
Aku pun dah pernah try...Memang puas hati...Segar sampai ke petang...Jadi kalau pakai tu memang tak sia-sialah...Dapat maintain je...Confident dalam diri pun bertambah...Jadi keyakinan nak bertukar pada produk lain pun kurang...



Cuba tengok gambar kat atas tu...Pak Cik tu nak lumba lari pun confident je...Keyakinan dalam diri dia pun bertambah...ni sebab dia guna Adidas Action 3...Dengan triple 3 Action....Nak tau advantagenya?

1 : 24 hour perspiration absorbent
2 : Dry Max System technology for extra wetness absorption
3 : Cooling fragrance
4 : Special anti Whitening
5 : 0% alcohol

So...tu sebab-sebab Pak Cik tu happy semacam je...Berpeluh?...tengok yang no.2 tu...Dry Max System...for extra wetnes absorption...Sebab tu Pak Cik tu rasa happy...Jadi tak salah lagi...Kalau Adidas Action memberi kepuasan yang berlebihan kepada kita...

So...apa tunggu lagi?...Grab it now!!!


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open!...Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions.

Berkopiah....Berjanggut...Tapi?...

Salam...Aku baru je sampai dari Bukit Merah...Perjalanan yang ambik masa lebih kurang 4 jam...Penat?...sudah semestinya...

Aku ada satu isu nak cite kat korang...Ni masa dah masuk KL jap tadi...Betul-betul berlaku depan aku...Time tu kitorang dekat Ampang...Kalau korang perasan dekat simpang empat traffic light depan De Palma hotel...Kitorang tunggu traffic light...nak buat U-turn...sebab kitorang nak balik Bangi...

Tunggu punya tunggu...tiba-tiba ada la sebuah kereta proton Iswara...Potong line...Lepas tu terus buat U-turn...Time tu traffic light kat situ masih merah...Line bertentangan pun banyak kereta...sebab time tu orang baru balik kerja...
Kat sini aku bukan nak kata aku tak bengang...aku memang bengang...tapi apa yang aku lagi bengang...driver yang bawa kereta tu...BERKOPIAH....BERJANGGUT...BERBAJU MELAYU...dan kalau sekali tengok...memang orang yang baik...

Tapi...cuba korang fikir balik la...Takde langsung sifat sabar dalam diri...Terus potong line...Lepas tu buat U-turn...Jalan kat situ memang sibuk...dan lampu still merah...dia sanggup ambil risiko...Aku tengok kat sit belakang kereta tu ada la anak-anak dia...kecik-kecik lagi...Secara tak langsung...dia dah tunjuk satu sifat pemanduan berhemah...Betul ke?...

Mungkin tu salah satu cara dia drive...tapi dari segi pemakaian tu...aku agak kurang berpuas hati...Ini menunjukkan yang mereka yang berkopiah ni perangai tak elok...Walaupun terdapat segelintir yang mencurah nila dalam belanga...Mereka pun secara tak langsung...Menujukkan sifat kurang sabar...Tambah-tambah dengan menunjukkan imej keislaman...

Manusia...manusia....

March 22, 2010

Manchester 2-1 Liverpool


Goal by Torres...


33 goal...goal celebrations...


Goal celebrations by the team mate...


One of the scene...


Park Ji Sung goal celebration...


p/s: courtesy of soccernet.com

March 21, 2010

Bukit Merah


Selamat pagi semua....So hari ni aku nak review sikit pasal Bukit Merah Laketown Resort...
Petang nanti aku bersama geng-geng akan bertolak ke Ipoh...
esok baru ada kat sana...
ni bru first time nak sampai sana...
sebab sebelum ni tak pernah sampai pun kat sana...
So...tak tau apa aktiviti best yang boleh buat kat sana...


Aku pun dah tengok resort map kat atas tu...tapi sekadar tengok je la...tak boleh nak bayang lagi...Agak-agak korang...sama tak macam Sunway Lagoon?...

So...kalau korang ada idea lain...untuk aktiviti yang menyeronokkan...Share-share la ye...



p/s: nanti aku buat entry pasal ni lagi.....plus dengan gambar time kitorang kat sana ye...

Tungggguuu!!!

March 20, 2010

Souvenir dari Cik Panadol


Contest closed....
Aku ada join contest kat blog cik panadol...

So..sekarang contest tu dah closed...
kepada mereka yang nak masuk...dah terlambat...hehehe...
sory guys...
Aku pilih no 18...harap-harap no aku terpilih la nanti..,


Kat atas ni..
boleh kata souvenir la yang telah diberikan oleh cik panadol...


Aku dapat invitation


Aku dapat invitation...
Untuk programme PETRONAS Mesra Loyalty members...
Event on the 28th March 2010
Dekat Pit Pulse Jalan Binjai, near KLCC...
Featuring artist Adibah Noor dengan Zainal Abidin...

Tak tau la nak pergi ke tak...
Dapat 2 exclusive passes...
Fikir-fikir dulu...





p/s : kalau "dia" dekat, kan boleh pergi sama-sama....=)

March 19, 2010

UEFA Champions League Draw (Latest Update)


Latest update for UEFA Champions league draw....

All draw is taken place at UEFA headquaters Nyon, Switzerland at 11.00 GMT..


source from soccernet.com

"I'm Going to the Gatsby Deodorant Street Fair"


17th of April 2010...Aku dah mark dalam aku punya kalendar...sebab apa?...
Sebab aku nak pergi "Gatsby Deodorant Street Fair"....Kat Times Square...

Here is the information where it will be:

Date : 17th April 2010
Time : 10 a.m. to 5 p.m
Venue : Front Foyer, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Korang tengok sendiri la...Street Fair yang Gatsby buat kat bawah tu...Event secara maya sekalipun..
Seronok...
Ni kan pulak kalau kita pergi The Real Streetfair yang diorang nak buat kat Time Square...
Real experience tu...
So...better be there...


Aku dapat mail dari nuff pun agak lambat...
Dalam pukul 3.43 p.m...(detail sikit)
Tarikh tutup contest ni pulak dah dekat...tinggal 3 hari je lagi...
Tak tau la aku tergolong dalam 400 bloggers yang akan dijemput ke sana...
Tempat yang terhad...aku pun dah jugak terbaca entry yang dah ditulis oleh bloggers yang lain...

But i don't want to miss it...
Dah banyak pakai product Gatsby...so want to have the experience to be at Gatsby Street Fair...
Korang pun begitu juga...
Better don't regret at last...
Lagipun it happen on Saturday..
Weekend...So boleh la release tension kat situ sikit...
Have fun with all the Gatsby Street Fair...

Further information...Refer to www.gatsby.com.my/streetfair...
Kat situ korang boleh dapat banyak info for this event...

Last word...Kalau nasib aku baik...kita jumpa kat sana....

See you there...Guys...



Nissan GTR M7 Datuk Lee Chong Wei


Tak sampai seminggu rentetan kejayaan Datuk Lee Chong Wei ketika kejohanan All England...
Beliau kini telah menaik kan lagi taraf seorang bintang dengan membeli sebuah kereta Nissan GTR yang telah di tune oleh M7 Japan...


Berikut adalah gambar-gambar beliau bersama Nissan GTR beliau...









p/s: sumber daripada rotikaya.com & fajridil

March 18, 2010

Langit di waktu pagi


Indah tak langit di pagi hari?...
Gambar ni aku snap pagi tadi...
Pakai kamera phone je..3.2 mp...
Boleh la tahannn....


Time ni matahari baru nak naik...
Sebab bilik aku mengadap arah matahari naik...
so dapat la gambar-gambar langit di waktu pagi....

March 17, 2010

My Favourite Surfing Spot


Dah potong?...Tak nak ke En. Wiggy kat bawah tu?...


Korang nampak tak wiggy kt atas tu?...Smart ke tak?...Lawa ke tak?...Mesti la smart so...kalau boleh aku pun nak satu...Maklum la...Teknologi terbaru...Tambah pulak dengan colour hitam...Perghh...Memang smart....

Petang nie aku pun tak berape nak ada idea untuk update blog...So berjalan-jalan kesana ke mari...Then, aku terserempak dengan Nuffnang Instant Cash blogging...Terus terfikir nak tulis entry pasal My Favourite Surfing Spot...Terlihat jugak blog cik huda & cik liyana....Secara tak langsung aku pun nak try tulis jugak...hahaha...Menambah kerja di petang hari....

Dah lame sangat nak reveal tempat aku selalu membuang masa...Sehari kalau 5,6 jam...tak mengadap laptop...that's not me...Hahahahaha...Meja aku simple je...Aku lebih suka buat kerja kat meja..Kalau buat kerja kat katil confirm-confirm...tak sampai 5 minit....Dah berada di alam mimpi...So...Memang aku kerja kat meja lagi selesa bagi aku...

Bangun pagi, first thing first...mesti aku online...check Facebook...itu sudah semestinya...tengok mana-mana yang patut...News...Sudah tentu...Peka pada keadaan semasa...Blog update...Tiap-tiap hari...Check Nuff kebiasaan...

So...entry ni ditulis khas untuk Project Alpha ...sambil-sambil tu aku nak story la sket pasal tempat lepak aku sepanjang hari...


Tempat favourite aku kecik je...Meja just 600mm x 1000mm....hahaha...dalam unit mm tu...sekadar muat-muat laptop dengan tempat aku nak buat kerja sudah...tak perlu nak besar-besar...Simple....Botol air mesti ada...Sebab musim yang agak panas ni...kandungan air dalam badan aku pun kurang...so...air kena lebih sikit...sudah semestinya...serba-sedikit tentang aku punya favourite surfing spot...

Conclusion, aku memang suka surfing kat rumah coz lagi selesa...Tak payah nak risau kalau tertinggal barang ke...Tak payah nak angkut Laptop aku dengan wayar-wayar yang berserabut tu ke merata tempat...Yang penting selesa je...Home sweet home....

Jap-jap pesanan penaja....

"Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported byP1 and MAS"