March 28, 2010

Mana letaknya maruah perempuan apabila berpakaian?

Selamat pagi semua...Hari baru aku ada semangat sikit nak menaip entry-entry baru...Disebabkan keletihan semalam...Aku tak sempat nak menaip panjang entry terbaru...Ok...sekarang let's go to the point...

Macam yang korang tahu, semalam aku dah jaga open day...So...Ramai pelawat-pelawat yang datang...Tak kira daripada pelbagai bangsa, agama juga jantina...Aku bukanlah nak mengata sape-sape semalam...Amatlah pedih rasanya mata ini apabila ramai yang aku lihat perempuan yang seolah-olah ingin menunjukkan susuk tubuh badan mereka...Padahal, mereka bertudung...

First of all, tipu la kalau aku tak tengok mereka-mereka ini...Sebab aku lelaki...Dan aku boleh di kategorikan cacat kalau aku tak menjeling...Sebab aku lelaki...So...Kat sini apa tujuan mereka berbuat sedemikian?...tak ke mereka ni macam dah memburukkan lagi pemakaian mereka...Di tambah pula bertudung...Adakah tudung hanya menjadi syarat sebagai gaya atau fesyen?...

Aku pernah dulu post entry yang bertajuk Tanda-tanda Kiamat...Yang mana salah satu tanda-tanda kiamat adalah apabila perempuan berpakaian pada hakikatnya terlanjang...Dan aku rasa dah banyak yang kita boleh nampak...Tak kira di mana sahaja...Yang mereka ini sanggup menunjukkan segala-galanya yang terdapat pada tubuh mereka...Walaupun mereka sebenarnya bepakaian...

And then, timbul pulak kes-kes rogol di merata tempat...Kemudian lelaki yang di persalahkan....Lelaki yang di penjarakan...kemudian perempuan tu bebas...Cuma mungkin dia menanggung malu untuk sementara...Tapi pada hakikatnya kita lihat kembali...Kebanyakan dalam hal ini siapa yang salah...

Kat sini aku bukan nak salahkan perempuan...Dan bukan semua perempuan yang berperangai sedemikian...Masih ramai lagi yang menjaga adab berpakaian...

Jadi apa pandangan korang semua?...


18 comments:

myQza said...

erhMmmm!!..

yup! Itu pemandangan biasa juga..

semalam aku ke pasaraya,s eranga wek bertudung, tetapi memakai seluar legging hitam yang melekat tu..

bukan aku je serang yg pandang 2 kali.. yg lain pun berbisik2..

aizatshafiq said...

si tedi-

dah biasa sangat...

sebab tu aku timbulkan persoalan tu...

thanx for ur comment...

Yuni Aisyah said...

good opinion...mmg isu nie perlu dibangkitkan krn makin ramai perempuan yg berpakaian x senonoh dan menyakitkan mata utk dipandang..

expecially yg bertudung ni mcm xde rase malu dgn tudung yg mereka pakai tu..pakai baju sendat, pendek n xde lengan mmg sakit tol hati ble tgk cara pemakaian mereka.

kalau nak sangat pakai baju cantu tanggalkan je la tudung tu..isu nie mmg panas..huhu

Eyqa Zaque said...

dunia

~semua di tangan Tuhan.

kekadang bilet yg girl ne pun tak berapa pandang kalo tgk drng. sakit hati tak cuma geram. benci tak cuma kesian..
harap kita sma2 kembali ke pangkal jalan..

zhrhtoodem said...

kadang2 mereka ingat itu biasa.
kalau cakap, diaorang ckp, itu kan fesyenn, trend masa skang..

tudung untuk penuhkan syarat
ada lagi macam2 fesyen tudung.
alehai....
dunia betul2 dah nak kiamat..

Lucy S. said...

salah dua2. kdg2 kes rogol ni, nenek pun die nk rogol. alahai. ape2 pun, kalau melibatkan pompuan muda yg seksi, salahnye teletak kat dua2 belah pihak.

aizatshafiq said...

yuni aisyah-

betul tu...

semalam ramai sangat jumpe yang bertudung tapi pakai baju yang sendat huhuhu...

kne kawal nafsu....

arghhh....

aizatshafiq said...

billet-doux-

btol tu...

tapi kita sendiri yang kna usahakannya...

btol tak?...

aizatshafiq said...

zaradgreat-

banyak lagi tanda-tanda lain yang da kelihatan...

Ya Allah...cukup tak amal kita selama ini?...

aizatshafiq said...

Alynn notnot-

kadang-kadang memang melibatkan 2 belah pihak...

tapi aa juga situasi di mana kadang-kadang lelaki tergoda kepada perempuan di sebabkan pemakaian mereka...

sehingga menyebabkan berlakunya kes-kes sedemikian...

huhuhu...

IntanBerlian said...

hm aku selalu dgr..mane2 bloggers lelaki yang aku jengah cakap pasal ini.mesti ada sebut.. kalau "aku" tak jeling..kalau "aku" tak pandang lurah yg ditayang..kalau aku tutp mata dr dada yang ditayang..

sah lah aku ni cacat..takpun tak normal sebagai lelaki.

adeh.. lelaki memang mcm tu ye.

ye aku tahu itu slh sang perempuan yang tak thu menjaga aurat sampai sang lelaki turut menjeling pandang..

dan sebenarnya aku sangat benci dengan artis malaysia yang tayang semua aset tanpa segan silu..

dan hasilnya..rogol meleluasa..diorang tak sedar ke diorang tu yang turut sama menyebabkan berlaku kejadian ni.

aizatshafiq said...

bellarossa-

takde niat...

tapi sifat lelaki memang mudah tertarik pada wanita...

diibaratkan magnet...

yang tu hakikat...

=)

thanks for the comment...

hans said...

perempuan skrg suka pakai seksi2

aizatshafiq said...

hans-

betul...

setuju 100%...

zety said...

diorang ni sbnrnye nk ikut trend je...xnk ketinggalan zaman la kata kan..i pn ade gak pakai2 cmtu tapi xselalu segan gak.

aizatshafiq said...

zety-

trend2 jgk...

tapi fikir la untuk kebaikan bersama...

thanx for the comment...

Pena Crystal said...

hurm..tetiba rasa tertarik lak ngan topik nih.betul awak cakap,walaupun saya tak de la baik sangat..hehh

tapi benda nih tak mnyakitkan hati kalau pmpuan tuh mmg dah terang2 seksi or tak bertudung tapi skang nih pmpuan bertudung pown bukan main lagi pakaian nyer boleh plak nak match ngan baju lengan pendek.ntah apew2.

Kalau bertudung buat cara bertudung.kalau rasa nak dedah2 tak yah pakai tudung trus.org tgk pown tak sakit hati.

Mungkin diorg dapat pahala separuh barangkali.hurrrm.

aizatshafiq said...

Arra Jasmy-

Entahlah...

aku pun kadang-kadang hairan...

apa guna kalau bertudung tapi nak tunjuk segala-galanya?...

hmmmm....