March 4, 2010

Kes Kecurian dan Pak Guard

Selamat Pagi....Sari berita penting....hahaha...dah macam new@tv3 la plak...ok2...back to the topic...semalam aku balik dari sports complex tiba-tiba ditahan pak guard...tapi malam ni satu operasi yang agak besar-besaran bagi kerana satu kes cubaan mencuri moto dekat tempat aku berjaya ditumpaskan (ade gaye macam mazidul tak) hehehehe...

First of all...aku hairan sebab bila dah ade kes-kes macam ni baru diorang sibuk-sibuk nak check I/D la...macam-macam hal...tapi bila takde masalah...diorang buat bodoh je...sampaikan orang luar pun boleh masuk...selambe je...takde nak check-check pun...

Kes kejadian dekat tempat aku ni bukanlah baru sekali-dua tapi dah banyak kali...aku ingat lagi tahun lepas time tu kes kecurian laptop memang tinggi...tapi diorang takde pun nak buat sportcheck ke...TAKDE...tapi bila laptop dah yang hilang dah mencecah sampai 25 biji...baru nak sibuk-sibuk nak tahan budak...Tapi dah 25 biji yang hilang...kalau 2.5 biji boleh la diterima lagi....

Aku pun kadang-kadang menyirap jugak...aku time tu ade hilang PSP...warranty pun tak habis lagi...tau-tau dah kena kebas...member aku pulak hilang laptop...so...aku pun buat la report polis...apa yang aku terkejut, statement yang pak guard tu bagi...langsung tipu...diorang kata yang diorang round kat block tiap-tiap hari...tapi yang aku nampak diorang duduk kat bawah...borak-borak...tido-tido...last-last bila polis tanya...diorang cakap diorang round...APE CITE?...

Kalau ikutkan hukum hudud pencuri ni patut dipotong tangannya bila dah cukup syarat dan saksi...cuba korang semua bayangkan kalau pencuri-pencuri kat Malaysia ni dihukum hudud...pastu tunjuk live plak kat TV...Ramai lagi ke nak mencuri?...

Aku harap sangat satu hari nanti dilaksanakan hukuman yang sedemikian...kerana memang boleh menyedarkan mereka-mereka ini...Semestinya apa yang Allah s.w.t. perintahkan mesti ada hikmah disebaliknya...



No comments: