March 26, 2010

Earth Hour 2010


Aku rasa agak terlambat untuk aku post kan entry ni...Memandangkan Earth Hour hanya akan berlaku dalah tempoh 24 jam...Ini kerana tahun ini earth hour akan dilakukan pada pukul 8.30 p.m. pada 27 Mac 2010...Jadi kalau ikutkan sekarang pun dah kurang 24 jam...


Aku rasa aku nak bagi info sikit pasal earth hour ni...Sebab aku pun kurang pengetahuan pasal earth hour...So...lepas buat sedikit research boleh la aku share dengan korang semua...

untuk makluman korang...Earth Hour pertama kali dijalankan di Sydney, Australia pada 2007...Jadi untuk kali ini merupakan kali ketiga Earth Hour disambut di seluruh dunia...Tujuan utama earth hour adalah untuk memberi satu kesedaran terhadap perubahan klimate di seluruh dunia...Sebagai mana yang kita tahu...Suhu di dunia kita semakin hari semakin meningkat dan keadaan cuaca yang kurang menentu...

Pada tahun lepas, yang mana merupakan tahun kedua, kempen ini telah berjaya mencapai penyertaan sebanyak 50 juta orang daripada 35 buah negara...Mercu tanda dunia seperti Sydney Harbour Bridge, The CN tower of Toronto, The Golden Gate Bridge dan juga Colloseum Rome semuanya bergelap bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Earth Hour.

So...Apa tunggu lagi...Mari kita tunjukkan sokongan kita bagi menyokong kempen kesedaran terhadap perubahan klimat...

Tentatif kempen:

Masa : 8.30 p.m.
Tarikh : 27 March 2010

Cuma bergelap untuk tempoh satu jam...

Sama-sama kita jayakannya...


p/s: info daripada earthhour.org

5 comments:

rizal jabai said...

i will support this program..luv nature

~_^

aizatshafiq said...

rizal jabai-

bagus-bagus...

keep supporting...

=)

ParkAir said...

huhu rasa macam baru je earth hour taun lepas, kejap je masa berlalu..

aizatshafiq said...

parkair-

btol2...

mase sekarang memang cepat sangat berlalu...

Pemilik Cinta said...

rugi x dpt support thn ni.. sbb kt umah sedara.. tp ms kt u thn lps mmg best... 1 kolej kediaman bgelap slma sejam.. nmpk jgk la usaha stdent support prgrm ni..