March 3, 2010

Sering tertipu?...Fikirkan...

Pernah tak kalau korang pergi dekat shopping complex ke...expo ke...ade la mamat-mamat or minah-minah yang yang bagi flyers...tajuk utama kat flyer tu...

ANDA INGIN MENJANA WANG SEHINGGA 5 ANGKA SEBULAN?...

Pernah tak?...so...first expression korang ape ek?...mesti tertanya-tanya yang semua ni betul bukan?...
Tapi pernah tak korang terfikir yang kadang-kadang ade betulnya...Bukan niat nak promote ok...so...biar aku elaborate sket...

Korang pernah tak terdengar tentang kata-kata pujangga (if not mistaken la) yang "rezeki yang halal pasti mesti susah untuk mendapatkannya, kerana kita perlu berusaha untuk mendapat kannya"

Jadi bagi iklan-iklan cepat kaya diatas adakah ia boleh dipercayai?...Tapi disebabkan keinginan kita yang ingin cepat kaya...dengan selamba nya kita keluarkan modal...last-last habuk pun tadak...Dalam zaman yang penuh dengan kemajuan ni...manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk kebahagiaan hidup...terutama bila melibatkan wang...

Maruah?...Harga diri?...Halal?...Haram?...

Tu dah tak menjadi pertikaian bagi kita...yang penting kita dapat apa yang kita nak...BETUL TAK?...bukan aku maksudkan semua dari kita tapi siapa yang tergigit cili pasti merasa pedasnya...Tapi dah ramai sangat yang tertipu dengan iklan-iklan sebegini...Memang la kadang-kadang time nak prompte bukan main lagi datang dengan kereta mewah...pernah tak fikir kalau diorang ni pakai kereta pinjam?...

Kita sebagai umat akhir zaman banyak kelebihannya berbanding umat-umat manusia yang lain...tetapi kita sering tidak sedar akan keuntungan kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.
Banyak yang kita tak sedar akan kelebihan kita sebagai umat Rasulullah s.a.w...

Sila lihat artikel ini...

Jadi kita gunakanlah kelebihan yang ada pada kita...Jangan sia-siakannya...Insyaallah...

2 comments:

ParkAir said...

halal haram belakang crita, janji dapat duit.. tu la mind set orang sekarang.

aizatshafiq said...

parkair- btol2...

aku stuju dengan pendapat tu....