April 24, 2011

Rakan-rakan perempuan , sila tapis gambar anda sebelum post di Facebook.

Satu persoalan yang bermain-main dalam fikiran aku bila buka facebook. Kenapa ramai perempuan yang suka tayang-tayang gambar diorang yang aku rasa agak tak sopan la. Macam terlalu menunjukkan kelebihan diorang kat orang ramai.

Betul tak?

Aku rasakan sekarang ni facebook ni macam satu platform yang rasenye bukan lagi salah satu tempat peribadi. Tapi dah macam satu tempat perkongsian hidup sampai ade yang sanggup tayang-tayang gambar yang aku fikirkan agak bersifat peribadi.

Hmmm.

Mengikut statistik, lebih 10juta rakyat Malaysia menjadi pengguna facebook. Ramai tu. Kalau ikut statistik bancian tahun 2010, rakyat Malaysia je dah seramai 28juta orang. Kira ramai jugak la yang guna facebook kan.

Sekarang ni kalau nak cari sape-sape pun senang. Just search kat facebook. Mesti jumpa. Betul tak? Tapi bila aku tengok ade antara friends aku yang suka menayangkan gambar yang kadang-kadang tu agak menggoda lelaki yang tengok. Jadi aku rasa isu ni patut diketengahkan. Sebab tu dah macam membuka aib diorang sendiri. Tambah-tambah pulak kalau-kalau gambar diorang digunakan untuk tujuan yang tak baik.

Sape tau? Betul tak?

April 22, 2011

Nasi Lemak tak patut dipersalahkan !

Selamat hari Jumaat semua... Lamenye aku tak update blog. Mungkin disebabkan masa kot. Jadi tak sempat nak luangkan masa untuk update blog. Tapi aku akan cuba untuk update blog. Walaupun tak sehebat zaman kegemilangan dulu. Hehehehe.

Nasi lemak yang patut dipersalahkan?

Hahahaha. Tibe- tibe je kan. Sebab sekarang ni kecoh la pasal nasi lemak boleh menyebabkan kegemukan di kalangan kanak-kanak. Betul ke? Bagi aku. Aku tak berpendapat macam tu. Sebabnye. Aku rasa banyak lagi faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan kanak-kanak ni jadi gemuk. Sebab sekarang ni ramai yang tak mengamalkan cara hidup sihat. Betul tak?

Contohnya,

1. Kanak-kanak sekarang ni dah kurang keluar bermain. Sebab kat rumah dah ada xbox,ps3 tak pun nintendo wii.

2. Kurang pemantauan ibu bapa. Maklum la. Sekarang ni ibu bapa pun ramai yan sibuk dengan kerja, jadi kurang memantau anak-anak. Tambahan pulak zaman sekarang ni banyak pulak kedai runcit merata-rata. Senang je nak beli aiskrim ke, makanan ringan yang lain. Betul tak?

Tu dua contoh pandangan aku. Sebab aku rasa nasi lemak tak patut dipersalahkan dalam hal ni. Selagi kita mengamalkan gaya hidup sihat, dengan senaman, makan yang ikut nutrition yang betul. Rasenye tak menjadi masalah. Bila merujuk pada kanak-kanak pulak. Pemantauan daripada ibu bapa ataupun orang dewasa sangat penting. Korang setuju tak?

April 15, 2011

Berhati- hati bila tulis entry | Nanti kena saman baru tahu.

Makin lame entry kat blog aku ni makin lame la nak publish. Dah memang bersawang sangat-sangat dah. Tak tau la sebab apa makin lama aku makin jarang update. Kiranya macam semangat nak berblogging tu dah makin hilang. Arghhhhh.

Bila aku bukak online paper hari ni. Ade pulak rules baru. Kira yang blogger ni kena control bila publish kan satu-satu isu. Ye la kan. Sekarang ni blogger dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Ramai. Jadi bila dah ade kebebasan bersuara melalui blog. Kena la ade law baru pulak kan? Betul tak?

Hmmm. Macam-macam rules kan? So, bila berblogging sekarang ni pun kena hati-hati jugak. Sebab entry tu jangan tulis sebarangan. Sebab nanti ade pulak orang yang saman blogger sebab timbul cerita-cerita tipu. Bahaye tu. Huuuuuu.

April 6, 2011

Apa yang selalunya blogger inginkan? | Betul kan?

Entry kali ni nak cerita pasal blogging sikit la. Dah lame jugak tak keluarkan tips-tips blogging ni kan. Tapi kali ni tak la sampai nak cerita tips-tips sangat. Sekadar perkongsian. Rasenye kat luar sane lagi ramak yang mampu bagi tips-tips bernas berblogging ni. Sebab ade yang dah jadikan blogging ni pendapatan utama. Betuk tak?

Ape yang selalu bloggers-bloggers nak bila berblogging?

1. Traffic yang tinggi

Betul tak?. Sape yang tak nak traffic tinggi kan. Sebab bila dah ade traffic, secra automatik. Korang akan ade follower. Kan?

2. Follower yang ramai

Mesti la nak ade follower ramai. Kalau boleh nak beribu-ribu. Bila dah ade follower. Ramai la yang selalu singgah. Nak tahu ape yang terbaru kat blog kita. Kita pun kena jage hati reader jugak. Kena la selalu update entry. Hehehe.

3. Income @ pendapatan sampingan

Yang ni sudah semestinya kan? Takkan la tak nak dapat income langsung. Betul tak. Tengok je macam Cik Epal hari tu je dah dapat cek RM2k. Banyak tu. Kurang-kurang dapat sikit pun dah kira ok kan? Boleh jugak tambah pendapatan sampingan.


Aku rase ni je kot yang selalu yang diinginkan oleh seorang bloggers. Tapi semua tu kena la usaha kan? Kalau usaha mane nak dapat. Betul tak? Yang penting. Minat pun kena ade jugak. Kalau takde minat ni susah jugak. Hehehe.

Boring. Bosan. Bila tengok berita tv dan surat khabar.

Boring. Bosan. Ape lagi yang sama maksud dengannya.

Sebab sekarang ni kalau tengok newspaper...tengok tv ke. Asyik-asyik pasal politik. Kes tu la. Kes ni la. Memang tak seronok. Sebab tu aku lagi suka tengok news dalam internet yang lagi global dan tidak sebelah pada satu pihak je.

Aku kesian jugak la. Tengok salah seorang pemimpin politik yang selalu je dimalukan di khalayak ramai. Sedangkan, sekarang ni pun kes yang disabitkan dengan dia pun masih lagi tak habis dibacara. Tapi macsm dah terbukti yang dia ni bersalah. Memang cara macam tu ke?

Kita sebagai manusia ni cepat judge orang. Sebelum kita tau kebenaran? Macam tu?

Hairan. Hairan. Tapi tu la hakikat senario yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang.

April 3, 2011

Potong lane sambil cakap phone time tengah corner | Pandai bawak kereta ke tak ni?

Bila bawak kereta ni macam-macam korang boleh jumpa. Maksud aku macam care orang bawak kereta. Actually tadi aku bengang sikit dengan sorang mamat ni. Korang tahu macam mane mamat tu bawak kereta?

1. Potong dekat kawasan corner, aku pulak yang kena elak. Kalau tak faham-faham je la.

2. Korang bayangkan, tengah-tengah memotong tu. Boleh pulak dia cakap phone. Dah la masuk lane orang lain. Grrr.

Teruk kan? Tapi tu la hakikatnye. Langsung tak risau pasal keselamatan. TERUK !!!!

April 2, 2011

Perlahankan kereta nak tengok accident | Tak pasal-pasal jalan jem !

Alhamdulillah. Aku selamat jugak sampai ke Kuala Terengganu. Sebab esok dah nak kena start kerja balik. Maklum la. Dah dua minggu cuti. So, esok dah start keje balik. Huhuhu.

Dalam perjalanan tadi, aku menyaksikan satu kemalangan jalan raya. Rasenye tak melibatkan kemalangan jiwa kot. Sebab takde ambulans. Lagipun yang kemalangan tu Toyota Hilux. Teruk jugak la. Bila dah kemalangan macam tu ape yang korang expect?

Jalan Jem !!!!

Tak pasal-pasal. Ni bukan sekali aku terserempak dengan kemalangan. Banyak kali jugak. Dan masalahnye. Jalan ni jem sebab orang yang lalu lintas ni slow kenderaan diorang sebab nak tengok kemalangan tu. Hairan betul la. Sebab ape ye?.. Korang bagi pendapat sikit.

April 1, 2011

Tinggal lagi sejam minyak RON97 berharga RM2.70

Yahooo...Minyak naik lagi...macam biase RON97 la yang naik..Walaupun RON95 tak naik. Tak mustahil satu hari nanti akan naik jugak. Dengan alasan, kerajaan dah tak mampu nak tanggung subsidi minyak untuk rakyat sebab rakyat guna minyak banyak sangat. Betul ke macam tu?

Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan

Betul ke slogan tu? Kalau dulu kita pakai RON97. Pastu downgrade jadi RON95. Hmm. Macamane tu? Sebab tu kadang-kadang tu sendiri mau fikir la. Susah bila bercakap benda macam ni. Kena control. Nanti tak pasal-pasal lain pulak jadinya. Betul tak?

Sekarang ni minyak RON97 dah naik RM2.70. Same macam pernah naik dulu kan?..kan?..kan?

Biar papa , asal bergaya...Releven pada zaman sekarang | Setuju tak?

Korang pernah dengar tak ungkapan macam ni

Biar papa ,asal bergaya !

Aku rasa dah lame kot ungkapan macam ni. Tapi korang tahu tak, bila difikirkan balik. Ade jugak sudut positif ungkapan ni tau. Aku ade sebab tersendiri mengatakan bahwa ungkapan hari ni membawa makna dalam kehidupan sekarang.

First,bila kita cakap pasal gaya. Korang perasan tak, bila kita ni tak bergaya, ataupun selekeh semacam je, walaupun pada hakikatnya kita ni seorang CEO ..ade ke orang nak layan kita kat kedai tu?

Tapi kalau kita ni bergaya. Pakai macam manager, padahal kita ni seorang biasa. Yang datang nak window-window shopping. Bukan main orang tu layan kita kan. Hmmm. Tu la hakikat dunia sekarang.

Jadi memang ungkapan Biar papa , asal bergaya ni memang relevan la untuk zaman sekarang ni. Betul tak?