February 21, 2015

Perbandingan GoPro Hero 4 Silver Edition dan Black Edition

Aku ada dapat soalan pasal antara GoPro Hero 4 Silver Edition ataupun Black Edition.


Pendapat aku,

Harga

Untuk Hero 4 Silver. Harga pasaran lebih kurang RM 1499. Tapi kalau pandai cari mungkin boleh dapat kurang RM100-150. Kalau untuk Hero 4 Black pulak, harga RM 1899. Beza dalam RM300 jugak la. Jadi terpulang pada budget korang. Kalau rasa ada budget lebih apa salahnya kan?


Design

Design kedua-duanya sama. Saiz sama. Bentuk pun sama. Yang berbeza nya, Hero 4 Silver ada 1.5" touch screen. Tapi kalau untuk Hero 4 Black memang tak ada. Kalau korang nak pakai screen pun boleh jugak. Tapi kena beli asing-asing. Tak silap aku dalam RM 500. Sekali dengan Battery Bac Pac.


Kualiti Video

Hero 4 Black menang part ni. Sebab kualiti gambar untuk Hero 4 Black paling cantik. Dengan resolusi 4K 30fps. Video sangat cantik dan clear. Tapi satu je, sebab tak semua komputer boleh tengok video 4K ni. Jadi, korang punya komputer perlu betul-betul high spec baru boleh tengok. Sebab kalau tak video tu jadi lekat-lekat.

Hero 4 Silver bukan tak ada video beresolusi 4K ni. Ada juga, tapi cuma 4K 15fps je. Kira okay la juga. Tapi aku jarang guna resolusi 4K ni. Sebab satu saiz video sangat-sangat la besar. 30sec video dah guna hampir 1Gb. Jadi korang perlu ada memory card yang betul-betul besar kalau nak ambik video nanti. Aku selalu guna 1080p 60fps. Tu pun dah terbaik.



Audio

Dari segi audio, dua-dua sama. Improvement kalau nak dibandingkan dengan Hero 3+ Black Edition dulu. Kualiti audio sangat jelas.

Kesimpulannya,

Terpulang pada korang. Kalau untuk Black Edition memang top features la kan. Tapi bagi aku kurang, bila LCD screeen tak ada. Aku rasa perlu jugak. Sebab nanti malas nak cropping. Lagipun, dah boleh siap-siap tgk kat mana korang nak frame. Untuk professional photographer mungkin la kot. Tapi kalau sekadar kita nak ambik gambar memory atau kenangan aku rasa tak perlu sangat. Tapi tu semua terpulang pada korang la kan. Aku cuma bagi pendapat aku bila aku dah guna pun GoPro Hero 4. Tapi Silver Edition je la.

February 2, 2015

Big Bad Wolf Fire Sale 2015 @ MIECC The Mines



Big Bad Wolf kembali.

Tapi kali ni bukan 24 jam berturut-turut. Kali cuma dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam. Lokasi masih sama. Dekat MIECC, The Mines.


Jualan kali ni berbeza sikit kalau dibandingkan dengan jualan tahun lepas. Cara-caranya? Kat bawah ni. Tapi sebenarnya sama je. Cuma mungkin harga tu murah sikit. Sebab harga buku-buku tu ade diskaun sikit. Kalau dulu ikut price tag kat buku Kali ni ada diskaun pulak dari harga kat buku tu.



Kali ni pun aku tak beli banyak. Sikit je. Tak sampai RM50 pun. Sebab takut nanti tak habis baca dah ade pulak Big Bad Wolf lain. Jadi aku beli buku yang aku betul-betul nak je. Macam buku fotografi. Kalau kat kedai dah tentu-tentu mahal. Tapi kalau kat sini murah je. Aku beli yang RM 8. Paling mahal pun RM 15. Sangat berbaloi la kan.


Suasana time aku pergi tadi tak ramai sangat. Time tu baru pukul 11.30 pagi. Baru buka dari pukul 10.30 pagi tadi. Jadi tak ramai sangat time tu. Tapi bila aku balik pukul 12.45 ptg tu, dah start jem. Maklum la, hari ni kan KL cuti. So, ramai yang ambik peluang nak pergi hari nie. Kalau esok rasanya lagi ramai, sebab public holiday, Thaipusam. Memang confirm jem habis la esok.


Apa tunggu lagi, jom serbu ramai kat Big Bad Wolf kali ni. Sampai 9 February je tau.

Bukit Tabur, Melawati

01022015.

Buat pertama kali aku mendaki bukit. Setelah lebih kurang 5 tahun aku tinggalkan dunia panjat memanjat nie. Kalau semput, perghh bukan main, baru 5 minit mendaki dah rasa macam nak pitam.  Kalau dulu, mendaki gunung yang makan masa lebih 8 jam rilek je. Zaman kegemilangan dulu la.  Aku rehat kejap, ambik mood nak mendaki balik. Lepas duduk rehat kejap baru dapat gain balik stamina. Penat hilang, makin bersemangat pulak. Tambah-tambah sampai dekat first peak dah nampak view yang Subhanallah, sangat cantik. Time tu pukul 8 pagi. Sunrise di sebalik Bukit Tabur West Peak.






Bukit Tabur ni banyak puncak. Tak silap aku tadi kalau naik yang East Peak ni ada 3 puncak. Kat bawah salah satu puncak. Kebetulan hari ni tak ramai sangat. Still ada peluang lagi la nak ambik gambar sambil berehat kat atas tu. Time aku panjat pagi tu pun ada dalam 5 group jugak la yang terserempak. 



Aku rasa ramai jugak yang tahu pasal banyak jugak kes-kes yang melibatkan kematian kat akibat jatuh dari Bukit Tabur ni. Banyak kes. Kebetulan tadi aku ada tanya seorang uncle ni, dia kata yang selalu jatuh dekat check point no 9. Memang kat situ bahaya sikit dan sangat-sangat curam. Kalau jatuh memang betul-betul tinggi. Jadi korang kalau naik memang betul-betul kena berhati-hati. Sebab batu-batu kat situ sangat licin. Jadi perlu peka dan berhati-hati.



Apa-apa pun, kalau korang berdekatan kat Kuala Lumpur, rasanya dekat sangat kalau nak pergi. Maintain fitness. Hehehe. Ramai jugak uncle-uncle Chinese yang panjat kat situ. Sambil-sambil tu diorang kutip sampah yang ditinggalkan tak tau la sape. Itu yang masalah tu, kalau korang dah bawak makanan ke, roti ke, kalau boleh bawa la sampah tu turun ke bawah balik. Jangan la korang tinggalkan kat atas tu je. Sebab mencemar alam sekitar. Kena la jadi bertanggungjawab terhadap alam sekitar sikit ye. 

Hope korang enjoy tengok gambar-gambar kat atas ni. Aku ambik guna Nikon D90 dengan GoPro Hero4. Nak upload video, tapi makan masa nak edit. Jadi aku upload gambar dulu la ye.