July 24, 2012

Logo Merdeka 2012 melambangkan kematangan 55 tahun Merdeka?

Nampak sangat yang sekarang ni bahang politik di negara kita menjadi-jadi. Aku rasa korang pun perasan. Semakin hampir kita dengan pilihanraya. Semakin menjadi-jadi laporan berita TV, surat khabar. Sampaikan kita sebagai rakyat nak dapat info yang tepat pun kadang-kadang tu keliru. Sama ada berita tu tepat atau tidak.

Yang terbaru berkaitan dengan Logo Kemerdekaan 2012. Yang aku rasa sangat-sangat bermotifkan politik. Sampaikan Logo  Merdeka 2012 pun boleh dikatakan amatlah bermotifkan politik. Tambahan pula, logo macam terlalu simple. Sampaikan bila aku tengok penjelasan logo tersebut macam tak melambangkan kematangan kita yang dah pun merdeka selama 55 tahun.


Apa pendapat korang?

Sampaikan "ERDEKA" tu oleh melambangkan keunikan? Sedangkan tu pun bukannya salah satu perkataan yang terdapat dalam kamus dewan bahasa. "ERDEKA" ? Maksudnya?

Kalau tengok balik pada logo kali ni. Aku rasa pelajar sekolah rendah baru pertama kali kenal apa itu PAINT pun rasanya tak susah nak buat logo ni. Ni yang menghairankan aku macam mana logo ni boleh diluluskan. Nak dibandingkan dengan logo - logo terdahulu sangat la jauh berbeza.


July 22, 2012

Sindrom Sewaktu Solat Terawikh , Pernah Alami Tak?

Masuk hari ketiga terawikh. Bila dah penuh makanan disebabkan berbuka tadi. Mesti time terawikh rasa mengantuk je kan. Korang ada tak sindrom-sindrom macam ni time nak terawikh. Tu la dugaan selepas berbuka. Lepas solat terawikh. Ada la sindrom ni nanti kan?


Bila dah ada sindrom tak khusyuk dalam solat ni. Kita kena lah berusaha. Sebab aku pun selalu terkena sindrom ni. Alhamdulillah. Bulan puasa ni tak lah seteruk bulan-bulan lain. Maklum la syaitan laknatullah semuanya diikat. Jadi cuma tinggal hawa nafsu kita je yang perlu dilatih. Aku pun masih lagi mencuba untuk mendapat kekhusyukan. Bukan senang kan?

Apa-apa pun. Sama-sama kita berusaha. 

Kadar Bayaran Zakat Negeri di Malaysia 2012

Sambil-sambil menunggu waktu berbuka. Sempat jugak aku update blog. Hehehe. Ambik kesempatan masa yang ada ni sikit. 

Back to the story. Dalam bulan Ramadhan ni selain kita dituntut untuk berpuasa di siang hari. Kita juga dituntut untuk mengeluarkan zakat. Iaitu zakat fitrah. Aku rasa kepada mereka yang dah pun punya pendapatan sendiri kena la bayar zakat fitrah ni. Sebab wajib tau. 

Berikut adalah kadar zakat untuk tahun 2012 untuk semua negeri di Malaysia.


Bilakah waktu pembayaran zakat?

Waktu Wajib : Akhir Ramadhan sehingga terbitnya matahari
Waktu Afdal : Bermula terbit fajar subuh sehingga sebelum solat hari raya
Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh : Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Waktu Haram : Selepas (uruf) matahari satu Syawal tetapi tetap wajib membayar zakat fitrahnya. Jika lebih lama tidak dibayar lebih besar dosanya. 

Jadi lebih baik kita ambil berat tentang pembayaran zakat. Sebab salah satu amalan di wajib dilakukan di bulan Ramadhan. 

Bazar Ramadhan penuh sesak !

Alhamdulillah. Hari dah pun berjaya melalui hari pertama Ramadhan. Selamat pun melaksanakan ibadah berpuasa untuk hari pertama. Semoga kita dapat habiskan sehingga Syawa menjelang nanti kan. Insyaallah.

Apa aktiviti korang hari ni? Mesti ramai yang dah pun singgah ke Bazar Ramadhan kan? Macam biasa mencari juadah berbuka puasa. Aku pun ada singgah jugak tadi dekat Bazar Ramadhan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Pada mulanya memang niat nak mencari-cari kuih untuk berbuka puasa. 

Tapi...



Korang tengok je la. Betapa ramainya orang dekat Bazar Ramadhan tu tadi. Sampaikan laluan pejalan kaki pun penuh sesak. Aku yang nak masuk nak tengok-tengok kuih pun tak jadi. Last-last beli je la kat gerai-gerai tepi. Tu pun beli air tebu je. Ok la jugak buat buka puasa kan.

Tapi kan.. aku ada satu persoalan. Bila dah berhimpit ramai-ramai kat dalam bazar ramadhan tu. Lelaki dan perempuan. Takde ke yang cuba ambil kesempatan. Walaupun di bulan Ramadhan ni? Allahualam. Tu yang aku takut nanti puasa sia-sia je. Hanya berlapar dan dahaga kan? Hurmm.

July 21, 2012

Ramadhan | Bulan Mempertingkatkan Amalan

Alhamdulillah. Tadi kita dah pun bersolat Terawikh beramai-ramai yang mana telah pun masuknya bulan Ramadhan al-Mubarak. Bersyukur kita sebab kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni. 

So, apa perancangan korang untuk Ramadhan tahun ni? Ada azam tak? Cuba kita jangan lepaskan peluang bulan yang penuh barkah ni. Aku pun akan cuba sedaya upaya untuk lengkapkan azam aku untuk Ramadhan kali ni. Semoga amalan bulan ni akan kekal sehingga ke bulan-bulan seterusnya.


Malam ni mesti ramai yang tidur awal kan? Sebab nak bangun sahur pagi esok. Maklum la. Selalunya bangun pukul 6 pagi. Kali ni kena bangun pukul 5 pagi sebab nak tunaikan sunat sahur pagi nanti. Aku pun nak kena train jugak ni. Takut terbabas pulak nanti.

Apa-apa pun jangan lupa untuk niat puasa esok hari. Tak pun niatkan untuk puasa sebulan terus. Takut-takut terlupa pulak nanti. 


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga kita sama-sama mempertingkatkan amalan kita dibulan yang mulia ni ye. 

July 19, 2012

Surat Cinta dari Pak Cik Polis


Baru-baru ni sampai je kat rumah aku dapat surat cinta dari Pak Cik Polis. Sejak aku dapat lesen 5 tahuun lepas. Ni la kali pertama aku kena saman. Saman pun kes speedtrap time aku pergi Port Dickson tahun lepas. Kira aku ni pemandu berhemah jugak la kan. Sebab 5 tahun pegang lesen baru dapat saman. Hehehe.


Kalau tengok pada kesalahan aku ni kan, memang macam tak puas hati jugak la. Hanya 108km/h. Macam tak puas hati je kan. Lain la kalau aku tekan sampai 160km/h ke. Ni 108km/h. Tapi dalam kawasan 70km/h. Hurmm. Kalau korang yang dari pantai timur lalu ikut Kuala Lipis tu mesti perasan jalan dekat Kuala Lipis yang tersangat la lebar dan luas. Kat situ la pulak diorang boleh buat speedtrap. 

Nak tak nak kena la bayar jugak. Tapi sebab gaji tak masuk lagi ni. Aku kena hold la dulu. Tunggu gaji masuk baru boleh bayar. Tengok tempoh bayaran pun dah macam tu kan. Nasib dalam tempoh 2 minggu boleh bayar RM150. Ok la sikit. Tapi kalau dapat discount sampai RM 100 pun ok jugak kan?? Hehehe..

July 18, 2012

[Photo] Pantai Kemasik


f/22
1/20s
ISO 320

July 17, 2012

Penggunaan ' Handphone ' di sekolah pada tahun 2013


Sekarang dah dibenarkan pula pelajar-pelajar bawa handphone ke sekolah. Kalau dulu, bila bawa handphone ke sekolah cikgu mesti rampas. Lepas tu, nak minta balik handphone tu ibu bapa kena datang jumpa cikgu. Baru la boleh ambik. Tapi bermula tahun hadapan, handphone dibenarkan bawa ke sekolah pula. 

Senang je kan peraturan diubah. Walaupun dah sekian lama kita tahu yang handphone tak boleh bawa ke sekolah. Bagi aku aku tak setuju, sebabnya ini mungkin mengganggu konsentrasi pembelajaran di sekolah. Macam yang kita tahu, bila ada handphone ni senang la nak bersms. Sedangkan tengah bawak motor pun boleh sms. Inikan pula kat dalam kelas.

Bukan tak ada kebaikan, ada juga kebaikan yang mana memudahkan lagi perhubungan dengan keluarga. Kalau ada kecemasan senang dihubungi. Tapi bukan semua yang mampu nak pakai handphone. Walaupun pada hakikatnya kita tengok boleh dikatakan 90 % daripada pelajar sekolah dah ada handphone. 10 %  bukanlah dikalangan keluarga yang mampu.

Mungkin jugak dengan penggunaan handphone ni pelajar lagi senang terjebak dengan gejala-gejala yang tak sihat. Contohnya kecurian. Faham-faham je la. Budak-budak zaman sekarang ni bukannya nak pakai Nokia 3310. Paling kurang pun smart phone. Tak mustahil gejala kecurian kat sekolah mungkin meningkat. Betul tak?

Tu antara pendapat aku. Untuk korang macam mana pulak ?

Sesuatu yang tak patut dibanggakan

Budaya kita kat Malaysia ni dah dipengaruhi dengan budaya barat? Ataupun gaya hidup Islamic atau yang berlandaskan agama bukan lagi menjadi salah satu panduan hidup. Sedangkan agama Islam tu sendiri di gelar ad-din. Ataupun cara hidup. 

Cuma aku hairan, sebab sekarang ni aku tengok gaya hidup masyarakat Islam di negara kita ni hanya sekadar nama. Walaupun pada hakikatnya, tidak mengamalkan rukun Islam yang lima. Mungkin ini lah yang dikatakan dekatnya kita dengan Hari Kiamat. Seperti mana yang telah dijanjikan kepada kita yang akan tiba pada suatu ketika nanti. Tapi sudah kah kita semua bersedia?

Aku cukup terkejut bila satu artikel yang tersebar di dunia maya, sehingga dibangga-banggakan. Walaupun sebenarnya menampakkan yang kita ni sebenarnya dah lari dari gaya hidup sebenar masyarakat Melayu dan Islam yang mana ada adat sopannya yang tersendiri.

Bila dah keluar kenyataan macam tu. Aku boleh katakan, hilang adat ketimuran kita yang sopan santun. Boleh katakan sekarang ni budaya barat dah jauh mempengaruhi hidup kita. Yang mana aku sangat akui yang aku pun terikut-ikut dengan budaya barat. Walhal, kita ni sepatutnya sedar di mana bumi kita berpijak. 

Aku harap, semakin hari kita akan sedar yang kita ni berpijak di bumi siapa. Apa yang sepatutnya di banggakan dan apa yang sepatutnya tidak. Tapi itulah hakikatnya sekarang. Wallahualam.

[Photo] Blooming Bunga Raya di Pagi Hari


Blooming Bunga Raya. 
Aku ambik pagi tadi. Dekat perkarangan rumah aku. Kebetulan nak masuk parking tu baru perasan yang bunga raya ni dah mekar. Sangat cantik bila tengok tambah-tambah pulak bertentangan dengan matahari naik. So, lighting pun ok.

Photo details :
F 1.8 1/4000s ISO 100

Kepada photographer diluar sana, what's your comment?

July 16, 2012

Dato' Fazley juara MasterChef Selebriti yang pertama

Tahniah buat Dato' Fazley sebab dah jadi juara untuk MasterChef Selebriti yang pertama. Menewaskan Angah Raja Lawak dengan masakan ala barat yang dihasilkan oleh beliau. Angah pula menghasilkan makan ala-ala asian.


Sebenarnya sebelum diorang start masak agi aku dah boleh jangka yang Dato' Fazley menang. Maklum la, Malaysian punya rancangan ni bukan nya susah sangat nak baca. Everything has been planned. Kot. Hahahaha. Sebab apa yang aku jangka memang betul. Sebabnya? Malaysian punya fikiran mostly going to stereotype. Tu pandangan aku la.

Apa-apa pun tahniah buat Dato' Fazley dan Angah sebab dah berjaya menjadi peserta akhir. Dan untuk Dato' Fazley yang dah jadi juara MasterChef selebriti yang pertama. Sekaligus memberi sumbangan berjumlah RM 57, 500 kepada Persatuan Jantung Malaysia. 

July 15, 2012

Pernah tengok dari mana minyak mentah tu datang?

Pejam celik..pejam celik dah pun sepuluh hari. Sampai la aku kat rumah. Kali kerja tak sampai 14hari. Sebab crew change. Jadi kerja 10 hari. Cuti 10 hari. Hari ni pun chopper sampai awal jadi sampai Kota Bahru pun cepat la. Dalam pukul 2 petang dah sampai Kot Bharu.

Eh. Korang pernah tak terfikir dari mana kita minyak mentah. Apa kata kalau aku berkongsi dengan korang apa sebenarnya wellhead. Aku rasa ramai yang kenal lagi kan. Jom tengok sikit. 


Haa.Amacam? Apa pendapat korang?

July 3, 2012

Keindahan bulan pada malam 3 Julai 2012


Keindahan bulan malam ni. Sangat cantik. Kebetulan aku jenguk keluar rumah sebentar tadi. Terlihat yang tersangat indah. Subhanallah. Sangat-sangat cantik.



Oh My English ! | Cara belajar Bahasa Inggeris dengan mudah


Aku rasa korang pun mesti dah tengok rancangan Oh My English kat TV IQ kan? ASTRO channel 610. Aku rasa konsep untuk rancangan ni memang sangat-sangat bagus. Sebab rancangan yang bercorak education yang dapat ajar para pelajar zaman sekarang untuk memahirkan diri diorang dengan bahasa inggeris yang aku rasa memang diperlukan untuk zaman sekarang. 


Kalau tengok cerita ni yang memang tunjukkan pelajar-pelajar kita yang sangat-sangat kurang mahir menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Last-last diorang dapat pulak cikgu Mat Salleh. Mula la susah nak berkomunikasi. That's the reason why we need to understand English. Tambahan pulak, sekarang ni kemahiran bertutur dalam bahasa inggeris memang menjadi salah satu keperluan. Tak kira la untuk belajar mahupun bekerja. Jadi kalau kita tak dapat untuk bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa inggeris mungkin kurang satu kemahiran yang agak diperlukan masa kini. 


So, jom sama-sama belajar English dengan Oh My English !


July 2, 2012

Tahniah Spain kekalkan kejuaraan EURO 2012

Akhirnya berakhir jugak perlawanan EURO 2012. Kemenangan yang rasa nya tak pun membawa kelainan dengan 4 tahun lepas. Ketika mana, Spain menang ke atas Germany. Kali ni Spain menang sekali lagi dengan menewaskan Italy. Kemenangan yang agak besar untuk Spain kali ni. Apa-apa pun, perlawanan tetap perlawanan. Mesti ada menang kalah. Team yang aku sokong Germany dengan Netherlands pun kalah. Kira kena tunggu World Cup 2014 kat Brazil la pulak nanti.

Apa-apa pun tahniah buat pasukan Spain. Sebab sekali menjulang piala EURO 2012. Buat kali kedua berturut-turut.