July 23, 2015

GoPro Hero4 Session | Berbaloi tak?


Makin lama, makin kecil kamera yang dihasilkan oleh GoPro. Produk terbaru dari GoPro ialah GoPro Hero4 Session yang lebih kecil jika dibandingkan model Hero4 Silver, Black ataupun Hero+. 

Jika nak dibandingkan dengan GoPro Hero4 Silver yang aku gunakan sekarang, tak banyak sangat beza dan video mode untuk GoPro Hero4 Silver lebih tinggi iaitu 2.7K @30Fps dan juga 4K@15Fps. Untuk GoPro Hero4 Session cuma setakat 1440p. Dari segi harga Hero4 Silver dan Hero4 Session adalah sama. Lebih kurang RM1700++ termasuk GST. Rujuk review untuk GoPro Hero4 Silver



Untuk GoPro Hero4 Session, dua casing berbeza. Reka bentuk kamera lebih tahan lasak dan waterproof dengan kedalaman 10M. Hero4 Silver kalau nak jadi waterproof kena la pakai casing yang waterproof dan lebih dari kedalaman 10M.

Dari segi mounting, GoPro Hero4 Session lebih fleksibel. Low profile clearance. Terutama bila digunakan pada helmet. Sebab Hero4 Silver macam tak aero dynamic sangat la. Sebab bila pakai kat helmet nampak macam besar pulak kan. Sebab lebar.

Hero4 Session dah tak pakai battery macam Hero4 Silver. Yang ni built in. Jadi masalah jugak bila built in ni. Sebab bila bateri habis terus nak kena charge. Macam aku punya GoPro Hero4 Silver, habis bateri boleh tukar baru. Ade kekurangan jugak kat situ. 


Semua tu terpulang pada korang. Bagi aku GoPro Hero4 Silver paling ok. Sebab berpatutan dengan features yang diberikan. Gambar yang aku ambik dengan Hero4 Silver ni memang tak mengecewakan. Boleh tengok entry Aidilfitri 1436H

Dia ni betul-betul susah ke?

Yang ni terjadi bila aku ke bank dekat bandar Kota Bharu pagi tadi. Aku cukup tak faham. Adakah menjadi seorang peminta sedekah adalah satu kerjaya? Sebab tadi aku jumpa bukan seorang , tapi dua orang yang berpakaian sempurna. Tak nampak pun macam ada cacat cela. Duduk minta sedekah depan bank. Rilek je. Cuba korang nilai sendiri gambar tu.

Dan aku juga tak faham bila mana ada juga yang bermurah hati untuk memberi sedekah sedangkan peminta sedekah tu dalam keadaan yang cukup sempurna. Dan aku rasa mereka-mereka ni cuba untuk mengambil kesempatan di atas kebaikan orang-orang Malaysia ni.


Aku rasa, pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam hal ni. Sebab nanti, rasanya jadi peminta sedekah dah jadi satu kerjaya yang berleluasa. Sebab duduk diam sambil mengemis boleh dah masuk dalam RM100-200 sehari maunya lagi besar dari gaji kerja hari-hari. 

July 19, 2015

Raya Pertama dan Kedua 1436H.

Selamat Hari Raya. 

Baru berkesempatan nak buka blog. Dua-dua hari langsung tak sempat nak sentuh laptop. Maklum la kan, tahun lepas tak beraya. Jadi tahun ni pulun habis. Hahaha. Tahun depan belum tentu lagi kan. Jadi tahun ni kita raikan dulu. Nak taip panjang-panjang pun rasa dah malas. Upload gambar je la sudah. 

1st Day Raya




2nd Day Raya.






Semua tu aku ambik dengan iPhone 5s dengan GoPro Hero4 Silver sekali dengan QuikPod. Penting jugak GoPro ni sebenarnya. Bila nak ambik ramai-ramai ruang pulak terhad. Wide angle. Memang tak kecewa lah. Tak payah nak bawak DSLR besar-besar. Hehehe.  

Nanti sambung untuk 3rd Day Raya pulak.

July 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Alhamdulillah. 

Genap sebulan kita melaksanakan ibadah puasa. Sekarang dah pun tiba masa untuk kita meraikan kemenangan kita sebagai umat Islam. Jadi, kat sini saya nak kongsikan sikit beberapa tips-tips apa yang perlu kita lakukan di pagi Aidilfitri.
  1. Mandi Sunat Aidilfitri.
  2. Pakai pakaian paling cantik dan wangi-wangian.
  3. Ambil beberapa biji kurma sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.
  4. Tunaikan solat sunat Aidilfitri.
  5. Walaupun kepada wanita yang tidak dapat tunaikan solat Aidilfitri, digalakkan untuk hadir ke masjid bagi mendengar khutbah.
  6. Bertakbir daripada pagi hinggalah bermulanya solat sunat Aidilfitri.
  7. Bersalam-salaman antara satu sama lain.
  8. Ambil jalan selain jalan yang selalu kita ambil untuk datang solat sunat Aidilfitri.
Sumber daripada Islamic Online University.

Dengan ini saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan di atas segala salah dan silap. Maaf zahir dan batin.


Tukang Jam Ibrahim, Kota Bharu

Pengalaman tu penting. Ni cerita siang tadi. Aku ke kedai seorang pak cik ni. Memang dah selalu sangat aku pergi ke kedai pak cik ni. Sebab bila jam aku rosak, pak cik ni tak pernah mengecewakan. Pernah sekali, time jam G-Shock aku rosak. Banyak kedai yang aku pergi, tapi semua cakap jam tu dah tak boleh nak baiki. Sekali bila aku pergi ke kedai pak cik ni elok je dia repair. Alhamdulillah, sampai sekarang okay. Tak ada masalah.

Kedai pak cik ni simple je. Tak perlu kedai besar-besar. Cuma perlukan tempat kat bawah tangga. Sangat simple. Tapi kerja teliti. Hasil tak pernah mengecewakan. 




Tapi kedai ni bukanlah kat Kuala Lumpur. Tapi kat Kota Bharu, Kelantan. Sape-sape yang kat Kota Bharu tu, boleh la datang repair jam kat sini. Senang je nak cari kedai pak cik ni. Kedai dia berdepan dengan Syarikat Jaafar Rawas berdekatan dengan Bangunan Pas. 

InsyaAllah, kalau ada masalah dengan jam tak kira la digital ke mekanikal ke. Pak cik ni boleh tolong repair.

** Kadang-kadang kan, kedai-kedai besar cas lagi mahal. Tapi kita sanggup bayar. Betul tak?

July 13, 2015

Gaduh kat Plaza Low Yat. Apa sebenarnya?


Sekarang kecoh pasal isu gaduh kat Plaza Low Yat. Cerita mana yang betul aku pun tak tahu. Ada yang cakap budak melayu tu curi handphone. Ada juga cerita pasal cina penjual tu jual handphone local bukan ori. Last-last gaduh. Punca? Macam-macam versi.


Kali ni aku rasa macam teringat pula cerita lama. Aku pernah juga sekali kena dengan penjual cina ni. Tapi masa tu bukan kat Low Yat. Biasa la kan. Jalan-jalan sambil tengok-tengok. Lepas tu, survey la kan. Maklum la, diorang ni mulut manis je. Bila nak tengok diorang bagi. Lepas tu offer baik punya harga. 

Tapi time tu aku tak ada niat pun nak beli lagi. Cuma nak survey dulu. Bila penjual cina tu dah buka harga apa semua. Aku cakap la aku tak nak lagi. Sebab aku nak survey dulu. Lepas tu tak pasal-pasal cina tu melenting. Cakap aku ni dah buang masa dia la. Ambil masa dia la. Buat dia rugi la. Padahal aku nak tengok je. Yang dia offer lebih-lebih tu apahal?

Time tu silap aku jugak la bagi sim card aku kat dia nak test telephone. Dia pegang la sim card aku. Kalau aku nak balik, aku kena bayar. Ah, sudah. Time tu aku student. Duit pun cukup-cukup je nak makan. Tak pasal-pasal kena pow. Nak tak nak aku bayar la jugak RM20. Baru dapat sim card aku balik.

Bila ada history macam tu memang aku bengang. Jadi kes ni kurang-kurang buka mata semua orang yang diorang ni kadang-kadang ambil kesempatan pada kita. Pada pengguna. Sepatutnya pihak berkuasa kena ambil tindakan. Takkan sampai dah jadi macam ni baru nak ambil tindakan. 

Apa-apa pun. Kena la berhati-hati. Jangan mudah sangat kita tertipu. 

July 10, 2015

Saya Zahra , realiti hidup lepasan graduan masa kini.



Aku kagum. Bila aku tengok video #sayaZahra. Kisah seorang graduan yang walaupun telah berjaya mendapat pekerjaan tetapi masih lagi dihimpit dengan kesempitan untuk hidup dengan kos hidup yang makin hari makin meningkat. Rumah makin mahal. Kereta makin mahal. GST? Minyak pun mahal. Yang terpaksa tinggal di Kuala Lumpur lebih-lebih lagi terpaksa menanggung kos hidup yang tinggi. 

Ya betul. Aku setuju apa yang dikatakan. Sebab apa? Sebab semua tu  betul. Kami-kami yang baru lepasan universiti bukan mudah untuk memulakan hidup dalam kehidupan realiti. Walaupun ada sesetengah-sesetengah dari mereka yang menyatakan bahawa kita belum cukup berusaha untuk mengatasi masalh tersebut.

Graduan-graduan perlu disuapkah? Ataupun graduan-graduan ni perlu dimanjakan? 

Entahlah. Untuk memulakan hidup mungkin kita perlukan bantuan awal. Contoh, kalau tinggal di Kuala Lumpur. Kalau pakai motor jimat. Minyak pun kurang. Masa pun cepat. Rumah? Yang bujang mungkin masih boleh sewa bilik. Yang dah kahwin? Rata-rata condo ataupun apartment dengan keluasan 800sqft sahaja dah paling kurang pun RM900. Kalau baru-baru kerja gaji mungkin RM1800. Separuh dari gaji untuk bayar rumah sewa. 

Macam mana nak survive?

Dah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.